Search This Blog

Wednesday, December 29, 2010

Target 2011

Masih tinggal 3 hari dari 29 Disember ini untuk ke tahun 2010 hampir melabuhkan tirainya. Masa yang sesuai untuk menganalisis dan merancang. pengakhiran tahun adalah waktu yang paling sesuai untuk menyemak semua ini. Menganalisis semula perkara yang berlaku dan dibuat, daripada situ kita boleh merancang perkara yang dapat diambil untuk membaikinya. Setahun perjalanan adalah sangat berharga, jadi jangan biar ianya berlalu begitu sahaja. Rancang, rancang dan rancang!

“ Jika anda gagal merancag, anda merancang untuk gagal.”

Antara soalan yang boleh ditanya adalah:

Tahun 2010:

* Perkara apakah yang telah dicapai pada tahun ini?
* Berapakah matlamat yang telah ditetapkan dan berjaya dicapai?
* Apa yang dibuat untuk mencapainya?
* Perkara gembira yang berlaku sepanjang tahun 2010?
* Jika anda dapat kembalikan ke awal tahun 2010, perkara apakah yang akan anda lakukan?

Tahun 2011:

* Apakah matlamat untuk dicapai tahun ini?
* Apakah hadiah yang akan diberikan untuk setiap pencapaian?
* Bagaimanakah untuk mengelak daripada tidak tercapainya matlamat tersebut?
* Ilmu, Kemahiran apakah yang diperlukan?
* Masa untuk setiap matlamat?

Itulah soalan-soalan yang ditanya. Untuk post seterusnya nanti, saya akan berkongsi tips untuk menulis matlamat untuk tahun 2011 menggunakan cara yang berkesan. Tips mudah tetapi power! ayat dr inpirasi

Monday, December 27, 2010

CErita Kita tentang Kelas LAw..

Episod Master membilang hari untuk ke 3 Februari 2011

Semester dengan belajar Law dengan Dr H.
Group member dengan kawan2 yang setia membentangkan kes.
Orang yang belajar Law kata Dr H must patience
We must Passionate , patience and interest in the subject.

So hopely, we get the best lesson from the class law.

Wednesday, December 22, 2010

MyPHD???

MyPhD terbuka kepada semua graduan yang layak dan kakitangan sektor swasta. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti yang mampu menjana pertumbuhan sektor ekonomi dan industri tempatan.
Kriteria MyPhD

Calon-calon

*
Pelajar Awam
*
Kakitangan Swasta
*
Pensyarah IPTS

Tempat Pengajian

*
IPTA
*
IPTS bertaraf GLC (UTP,MMU & UNITEN)

Bidang Tajaan

*
60% - Sains dan Teknologi
*
40% - Sains Sosial/Sastera Ikhtisas

Kontrak

*
Berkhidmat di Malaysia atau mana-mana organisasi yang mempunyai kepentingan kepada Malaysia selama lima (5) tahun.

Syarat-syarat Permohonan

i. Warganegara Malaysia;

ii. Umur tidak melebihi 45 tahun semasa memohon;

iii. Telah mendapat tawaran/memulakan pengajian di IPT;

iv. Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh IPTA dengan CGPA minima 3.00. Bagi mereka yang tiada kelayakan sarjana, perlu mempunyai pencapaian CGPA minima 3.50 di peringkat sarjana muda atau pengalaman berkerja berkaitan mengikut tempoh yang diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);

v. Pengajian secara sepenuh masa;

vi. Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali menerima elaun sebagai Pembantu Penyelidik Siswazah);

vii. Pelajar akan dikenakan perjanjian bersama seorang penjamin dan ikatan kontrak untuk berkhidmat kepada negara.
Elemen Pembayaran*
KATEGORI

YURAN PENGAJIAN(MAKSIMUM SEPANJANG PENGAJIAN)

ELAUN SARA HIDUP(MAKSIMUM 42 BLN)

ELAUN BANTUAN JURNAL

ELAUN TESIS**
Pelajar Awam(Tidak Bekerja)
IPTA & IPTS : RM 24,000
RM2,300/bln

RM2,000

RM3,000
Kakitangan Swasta
IPTA : RM 24,000
Tiada

RM2,000

RM3,000
Pensyarah IPTS
IPTA : RM 24,000
Tiada

RM2,000

RM3,000

*Tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan

** Tertakluk kepada siling peruntukan yuran masih berbaki
Syarat Kontrak

i. Lima (5) tahun kontrak berkhidmat dalam negara atau dengan mana-mana organisasi yang berkepentingan untuk negara dengan gantirugi penuh pembiayaan sekiranya terlibat dalam pelanggaran kontrak;

ii. Penerima biaya yang melanggar syarat-syarat kontrak seperti berhenti atau ditamatkan pengajian oleh pihak IPT atau gagal atau berhijrah ke negara lain sebelum tamat kontrak akan dikenakan tindakan bayar balik atau gantirugi.
Pemohonan & Penawaran

i. Permohonan akan dibuka secara online sepanjang tahun mulai 01 Disember 2010.

ii. Tawaran juga secara online akan dibuat dalam empat (4) fasa iaitu Januari, April, Julai dan Oktober pada setiap tahun.

iii. Pemilihan calon akan dibuat berdasarkan penilaian oleh Jawatankuasa Pemilih yang akan dilantik Kementerian Pengajian Tinggi.

iv. Sebelum memohon, calon hendaklah terlebih dahulu:-

*
Memperolehi surat tawaran pengajian;
*
Menyediakan Kertas Rancangan Penyelidikan (proposal)

Tatacara Permohonan

1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem.

2. Borang permohonan boleh diisi dan dikemaskini butirannya dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diakui Sah & Hantar.

3. Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan telah dipersetujui oleh penyelia. Sila rujuk (Lampiran A) untuk panduan penyediaan.

4. Pemohon juga dikehendaki mengisi Kajian Cadangan Penyelidikan (Lampiran B) secara bertaip dan cetak sebagai dokumen PDF sebelum muatnaik bersama dokumen permohonan lain. Rujuk panduan menukar format dokumen seperti di bawah.

5. Permohonan akan diproses dalam empat (4) fasa iaitu Januari, April, Julai dan Oktober pada setiap tahun.

6. Semua dokumen sokongan asal hendaklah diimbas (scan) dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) melalui permohonan atas talian ini. Dokumen yang di (capture) menggunakan kamera adalah tidak dibenarkan. Dokumen sokongan tersebut adalah:

terus rujuk MyPHD. Mymaster..

Monday, December 06, 2010

+ hari + no umur.



Salam MAal Hijrah 1432


Doa Akhir Tahun (Baca selepas solat Asar 29 Zulhijjah 1431 / 6 Disember 2010 - Isnin) :

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.

Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.

Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun (Baca selepas solat Maghrib 6 Disember 2010 - Isnin) :

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

rujuk :http://myadha.blogspot.com

Saturday, November 27, 2010

ASSIGNMENT AND PRESENTATION TOPICS MBA UUM FRIDAY

How to do this assigment ????

PART ONE


EMPLOYMENT LAW

Group 1

1) Pan Global Textile Bhd, Penang V Ang Beng Teik [1994] 3 MLJ 808 (High Court) (not more than 10 pages)
2) Ang Beng Teik V Pan Global Textile Bhd, Penang [1996] 3 MLJ 137(Court of Appeal). (not more than 10 pages)
3) Pan Global Textiles Bhd, Pulau Pinang V Ang Beng Teik [2002] 2 MLJ 27 (Federal Court). (not more than 10 pages)


Group 2

4) Wong Chee Hong V Cathay Organisation (M) Sdn Bhd[1988] 1 MLJ 92 (Supreme Court) (not more than 10 pages)
5) Dr A Dutt V Assunta Hospital [1981] 1 MLJ 304. (Federal Court) (not more than 10 pages)


Group 3

6) Alan Thomas Bohlsen v Draftworldwide Sdn Bhd [2009] 8 MLJ 461 (High Court At Kuala Lumpur) (not more than 10 pages)
7) Chong Mee Hup Kee Sdn Bhd v Mahkamah Perusahaan Malaysia & Anor [2008] 8 MLJ 262 (High Court at Ipoh) (not more than 10 pages)


Group 4

8) Hong Leong Bank Bhd v Phung Tze Thiam John Phung [2008] 2 MLJ 785 (Court of Appeal at Putrajaya) (not more than 10 pages)
9) Grey Advertising (M) Sdn Bhd v Wong Yoke Ying & Anor [2006] 6 MLJ 247 (High Court at Kuala Lumpur) (not more than 10 pages)



COMPANY LAW

Group 5
10) Dato’ See Teow Chuan & Ors v Ooi Woon Chee & Ors (including Can-One International Sdn Bhd as 15th respondent) and other appeals [2010] 6 MLJ 459 (Court of Appeal at Putraya) (not more than 10 pages)
11) Kesang Leasing Sdn Bhd v Dato’ Haji Mat @ Mat Shah bin Ahmad & Ors (No 2)[2009] 2 MLJ 574 (High Court at Kuala Lumpur) (not more than 10 pages)


Group 6

12) Tan Hock Beng v Perfect Kamhung Sdn Bhd [2009] 6 MLJ 92 (High Court at Kuala Lumpur) (not more than 10 pages)
13) Caley Ototo Worldwide Sdn Bhd v Sun Wen Long [2009] 9 MLJ 1(High Court at Kuala Lumpur) (not more than 10 pages)


Group 7

14) Ravichanthiran a/l Ganesan v Percetakan Wawasan Maju Sdn Bhd & Ors [2008] 8 MLJ 450. (not more than 10 pages).
15) Simmah Timber Industries Sdn Bhd V David Low See Keat & Ors [1999] 5 MLJ 421 (not more than 10 pages)


Group 8

16) The Bank of East Asia Ltd Singapore Branch v Axis Incorporation Bhd (No 2) [2009] 6 MLJ 564(not more than 10 pages)
17) Ong Kim Chuan & Anor v Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja[2009] 5 MLJ 807. (not more than 10 pages)


INTELLECTUAL PROPERTY

Group 9

18) Lau Foo San v. Government of Malaysia(1974) 1 MLJ 28(not more than 10 pages)
19) Tohtonku Sdn. Bhd. v. Superace(M) Sdn. Bhd.(1992) 2 MLJ p. 61. (not more than 10 pages)


Group 10

20) Besalon International Ltd .v South Strong Industries Sdn. Bhd.(1997) 2 MLJ 131. (not more than 10 pages)
21) Teh Teik Boey v. Chuah Ciak Loo (1962) MLJ 80. (not more than 10 pages)

Friday, November 26, 2010

KEPUTUSAN MESYUARAT PANEL PENGESAHAN HALAL

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil. 23/2010 pada 01 November 2010 memutuskan bahawa:


1) Syarikat Winner Food Sdn. Bhd adalah dilarang menggunakan logo halal Malaysia pada produk dengan serta merta. Tindakan akan diambil sekiranya syarikat masih menggunakan logo halal Malaysia pada label atau pembungkusan produk.

2) Semua pemegang dan pemohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah diwajibkan menterjemahkan nama produk dan label pembungkusan dalam bahasa asing ke dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Penterjemahan tersebut hendaklah dibuat dan disahkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia.

3) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan bahawa produk Minyak Sapi jenama ‘QBB Pure Ghee’ keluaran Syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd menepati konsep Halalan Toyyiban dan dengan itu Syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd diluluskan mulai 1 November 2010. Sijil Pengesahan Halal ini diberikan setelah pemeriksaan dilakukan secara terperinci dengan menggunakan pendekatan ‘product traceability’ di mana tiga (3) elemen telah digunapakai iaitu ‘supplier traceability’, ‘process traceability’ dan ‘costumer traceability’.

4) Mesyuarat Lembaga Penasihat Halal bil.1/2010 telah menetapkan bahawa bagi permohonan luar Negara perlu mengikuti syarat-syarat berikut :

i) Pihak pengilang wajib menempatkan dua (2) orang pekerja muslim di
bahagian pemprosesan.
ii) Pemohon perlu mempunyai syarikat / wakil syarikat di Malaysia.

5) Perlaksanaan penggunaan logo halal Malaysia beserta no. Malaysia Standard dan no. rujukan pada label dan pembungkusan produk adalah bermula pada 1 Julai 2011 dan dikuatkuasakan pada 01 Januari 2012.

Kuasa Cinta

Oleh : Haslinda Lukman (Panel Penulis JAKIM)

Majalah Cahaya keluaran Februari 2010

Pendahuluan

Rasulullah SAW bersabda : “Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit “ (Riwayat Tabrani)

Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata : “Kami semua pengasih” Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia”. (Riwayat Tabrani)



Erti Cinta

“Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus memberi kesan kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta!” (Jalaluddin Rumi).

Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana
seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan
cinta yang lebih dalam, lebih murni, dan lebih abadi.

Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk. Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata karena mencintai-Nya. Asasnya adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 165, 'Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam(taat) cintanya kepada Allah.'

Pengurusan Cinta
Islam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala prioriti cintanya. Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya . Cinta pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu kedua orang ibu-bapa, kaum kerabat , anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sekerja, ibnu sabil dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan juga mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah . Maha Suci Allah, Allah Maha Hebat!

Perasaan cinta adalah abstrak. Namun perasaan cinta mampu diwujudkan
dengan tindakan yang nampak oleh mata. Di antara tanda-tanda cinta
seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunnah,membaca al-Quran dan berzikir kerena dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!




Ini dapat dilihat daripada kata-kata di bawah:

“Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya” ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)


Bukti Cinta
Namun hati-hati juga dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada Allah. Itulah para pencinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta Allah, cinta yang begitu agung, cinta yang murni.

Ramai yang mengaku mencintai Allah, dan sering mengatakan mencintai Rasulullah, namun mustahil semua itu diterima Allah tanpa ada bukti yang diberikan. Contohnya ketika Allah menguji cintanya, dengan memisahkannya daripada apa yang membuat dia lalai dalam mengingat Allah, selalunya manusia sukar menerimanya. Ketika Allah memisahkan seorang gadis daripada kekasih hatinya, selalunya sang gadis itu akan lemah, lesu, sedíh. kecewa dan terbaring sakit. Pada ketika seorang isteri dipanggil menghadap Ilahi, sang suami pun tidak mempunyai semangat untuk meneruskan kehidupan.

Ketika harta yang dimiliki hangus terbakar, ramai yang masuk ke hospital sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian daripada Allah, kerana Allah ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-Nya pada-Nya. Allah menginginkan bukti, namun manusia kadangkala tidak berdaya membuktikannya, justru cintanya pada Allah selalu kecundang ketika Allah menarik sedikit nikmat yang telah diberikan-Nya. Itu semua adalah bentuk cinta palsu. Sedangkan semuanya sudah diatur oleh Allah, rezeki, maut, jodoh, dan setiap tarikan nafas kita, itu semuanya sudah ada suratannya pada Allah, kita hanya harus berusaha untuk merealisasikannya.

Sungguh merugikan apabila manusia hanya diletihkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan tidak mahu membantu orang yang memerlukan pertolongan. Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup di dunia, Bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah SWT.



Kata-kata yang tepat untuk itu seperti di bawah:
'Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.' {Imam Nawawi)



Cinta Allah
Yakinlah wahai saudaraku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman. Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya. Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar daripada cinta palsu.

Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya.Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat, ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiyamullail, puasa sunnah, membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Buah daripada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, Insta-Allah kita akan dapat menggapai cinta dan keredhaan-Nya.

Cinta dan kasih sayang membawa kepada kebahagiaan. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang dan dunia pun akan aman dan damai.

Kasih sayang penuh dengan rasa ikhlas kerana mencari redha Allah. Kasih kepada seorang saudara mencegahnya daripada menderhakai Allah, sayang dalam persahabatan dalam memburu kejayaan yang diredhai Allah Maha Pencipta, kasih kepada masyarakat dengan seruan ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Itulah kasih sayang yang sejati.

Islam menggalakkan umatnya hidup berkasih sayang. Haram hukumnya membenci serta memutuskan kasih sayang sesama manusia, kerana ia mengundang azab Allah.



Penutup

1.Hidup dalam berkasih sayang membawa kepada keamanan masyarakat.

2.Cinta dan kasih sayang merupakan motivasi paling hebat dalam diri manusia.

3.Tanpa kasih dan sayang hidup tidak bermakna dan bahagia.

4.Suburkan kasih sayang sesama manusia dengan mengamalkan segala yang diredhai Allah.

Rujukan :

Tafsir Pimpinan al Rahman

Terjemahan Hadis Bukhari dan Muslim

Cinta Allah, Ibnu Qayyin al Juzyiah

55 Petua Orang Berjaya, Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmadi Fadzli Yusof, PTS Millennia sdn bhd

12 Peribadi Cemerlang, Yusuf al Qaradawi Blue T Publication

Saturday, November 20, 2010

Siapakah yang layak untuk menerima tawaran Ujrah 1%?

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
JAWAPAN RINGKAS KEPADA PERTANYAAN BERKENAAN TAWARAN CONVERSION UJRAH

A. PERMOHONAN/TAWARAN

1. Siapakah yang layak untuk menerima tawaran Ujrah 1%?

Jawapan : Tawaran perubahan pinjaman sedia ada (3%) kepada pembiayaan Ujrah 1%
layak diterima oleh peminjam-peminjam sedia ada yang masih mempunyai baki pinjaman

PTPTN pada 1 Jun 2008 kecuali bagi kes-kes berikut :
i. Telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan undang-undang

ii. Peminjam yang telah melanggar perjanjian pinjaman terdahulu – (batal
pinjaman, gagal pengajian, berhenti pengajian dan mendapat penaja lain)

2. Saya masih belajar dan masih menerima pengeluaran pinjaman PTPTN. Bilakah saya
boleh menerima tawaran Ujrah?
Jawapan : Anda akan ditawarkan Ujrah sebaik tamat pengajian.

3. Saya mempunyai baki WPP sahaja. Adakah saya layak untuk memohon?
Jawapan : Anda tidak layak untuk ditawarkan Ujrah.

4. Apakah tindakan yang perlu diambil bagi membolehkan saya mendapat tawaran Ujrah?
Jawapan : Peminjam perlu mengambil langkah-langkah berikut :
i. Membuat pendaftaran melalui laman web PTPTN (www.ptptn.gov.my)
dengan menggunakan no kad pengenalan dan memasukkan alamat e-mel
peminjam;
ii. Mengemas kini maklumat yang diperlukan melalui link yang dihantar ke
alamat e-mel peminjam yang didaftarkan;
iii. Mencetak dan menandatangan dokumen tawaran yang dihantar ke alamat
e-mel peminjam; dan
iv. Menghantar dokumen tawaran yang lengkap (sila rujuk panduan
pengisian) kepada PTPTN dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh tawaran

5. Bilakah peminjam boleh mula membuat pendaftaran dan pengemaskinian maklumat?
Jawapan : Pendaftaran dan pengemaskinian boleh dibuat oleh peminjam mengikut
tahun kelulusan pinjaman seperti jadual berikut :

Tahun Kelulusan Pinjaman

Tarikh Mula Kemaskini
2006, 2007 dan 2008 20 September 2010
2003, 2004 dan 2005 1 November 2010
2002 dan tahun-tahun sebelumnya 1 Disember 2010

6. Bilakah PTPTN akan mengeluarkan dokumen tawaran Ujrah?
Jawapan : Dokumen tawaran akan dikeluarkan pada 10hb setiap bulan. Bagi peminjam
yang telah mendaftar dan mengemas kini pada bulan semasa, dokumen tawaran akan
dikeluarkan pada 10hb bulan yang berikutnya.

7. Apakah asas penawaran Ujrah?
Jawapan : Asas yang digunakan adalah seperti berikut :
i. Jumlah pembiayaan : Berdasarkan jumlah baki hutang pada 1 Jun 2008
ii. Tarikh kuatkuasa : 1 Jun 2008
iii. Tempoh bayaran balik baru : Baki tempoh bayaran balik pada 1 Jun 2008
berdasarkan pinjaman asal

8. Apakah yang dimaksudkan dengan baki hutang pada 1 Jun 2008?
Jawapan : Baki hutang pada 1 Jun 2008 bermaksud jumlah prinsipal dan juga kos
pentadbiran yang masih belum dijelaskan, mengambil kira semua bayaran balik yang
telah dibuat sebelum 1 Jun 2008.

9. Bagaimanakah Ujrah dikira?
Jawapan : Jumlah Ujrah = Jumlah Pembiayaan Pokok x Kadar Ujrah (1%) x tempoh
bayaran balik (tahun)

10. Saya telah cuba mendaftar mengikut jadual yang telah ditetapkan tetapi telah diminta
mengemaskini maklumat selepas 1 Januari 2011.
Jawapan : Semakan terperinci perlu dibuat ke atas akaun pinjaman sedia ada anda bagi
mengelakkan kesilapan tawaran. Walau bagaimanapun tawaran yang akan diberikan
masih berkuatkkuasa pada 1 Jun 2008.
........................................................................................

B. BAYARAN BALIK/PENGUATKUASAAN

1. Saya telah diluluskan penangguhan bayaran balik, adakah saya layak menerima tawaran
Ujrah?
Jawapan : Peminjam yang telah diluluskan penangguhan layak menerima tawaran
Ujrah.

2. Setelah Ujrah ditawarkan, saya masih tidak mampu membuat pembayaran balik. Adakah
saya boleh membuat penangguhan sekali lagi?
Jawapan : Peminjam boleh mengemukakan permohonan penangguhan. Walau
bagaimanapun, keputusan permohonan penangguhan tertakluk kepada budi bicara
PTPTN.

3. Saya telah dikenakan tindakan penguatkuasaan tetapi masih belum dikenakan tindakan
mahkamah, adakah saya layak untuk memohon dan menerima tawaran ini?
Jawapan : Peminjam layak untuk menerima tawaran Ujrah ini selepas menjelaskan
tunggakan dan sebarang kos penguatkuasaan yang telah dikenakan kepada peminjam.
Bagi membolehkan tawaran dibuat, peminjam perlu memaklumkan kepada PTPTN
selepas pembayaran dibuat.

4. Perlukah saya meneruskan bayaran balik sepanjang tempoh proses penawaran Ujrah
ini?
Jawapan : Peminjam adalah dikehendaki untuk terus membuat pembayaran balik.
Sebarang pembayaran balik akan diselaraskan ke akaun pembiayaan Ujrah.

5. Saya telah pun mula membuat bayaran balik secara potongan gaji melalui LHDN. Apa
yang akan berlaku kepada potongan gaji saya?
Jawapan : PTPTN akan membuat pindaan amaun potongan gaji dengan pihak LHDN.
Maklumat berkenaan akan juga diberikan salinan kepada majikan dan juga peminjam.
............................................................................................

C. LEJAR/PENYATA

1. Bilakah akaun pinjaman peminjam dikemas kini?
Jawapan : Akaun pinjaman peminjam akan dikemas kini selepas dokumen tawaran
diterima dan diproses oleh PTPTN.

2. Apa yang berlaku apabila pengemaskinian dibuat?
Jawapan : Akaun pinjaman yang lama akan diselaraskan ke akaun pembiayaan.

3. Apa berlaku kepada bayaran balik yang dibuat selepas 1 Jun 2008?
Jawapan : Bayaran balik yang telah diterima selepas 1 Jun 2008 akan diselaraskan
dengan jadual bayaran balik pembiayaan, dengan mengambil kira jumlah Ujrah (upah)
sepatutnya dan kos pentadbiran yang telah dikenakan bagi tempoh 1 Jun 2008 sehingga
tarikh semasa. Sebarang lebihan akan digunakan untuk menyelesaikan ansuran bulanan
ke hadapan.

boleh rujuk PTPTN

Tuesday, November 09, 2010

Status Terkini Produk Minyak Sapi Jenama QBB


Isu tentang Produk Minyak Sapi yang dikata tidak Halal telah dibuat pemeriksaan kembali... dan akhirnya...
Status Terkini Produk Minyak Sapi Jenama QBB

JAKIM ingin memaklumkan bahawa produk 'Minyak Sapi jenama QBB Pure Ghee' keluaran Syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. adalah menepati konsep Halalan Toyiban dan dengan itu permohonan dari Syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. adalah DILULUSKAN mulai 01 November 2010. Harap maklum. Dari Jakim
Berbaagai senario tentang kedudukan produk makanan ni..ada masa dah dapat sijil halal..da kata tak dapat sijil Halal..
Tapi bagaimana pula kalu produk ni yang dah sedia ada di pasaran (yang dikata tidak Halal tapi masih dijual stoknya) dengan produk yang diberi status baru (yang kata produk tersebut mendapat sijil Halal)...emmm ... bagaimana nak kenal pasti produk tersebut????

Sunday, November 07, 2010

Mufakkiratul Mukminah

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagai,
Sedekahlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
Hiduplah dalam IMAN walau hari dipenuhi dugaan dan
Berpegang kepada ALLAH walau DIA tak kelihatan...

Bukti kasihNYA,
Kita wujud didunia pinjaman ini.

Ada Sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya.
Jangan terlalu banyak berkhayal untuk menjadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...
Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani....

Saturday, November 06, 2010

Exam Ditangguh, UUM


Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa menangguhkan peperiksaan akhir yang dijadual berlangsung pada Isnin hingga 3 Dis ini atas sebab-sebab keselamatan dan juga banjir.

Naib Canselor UUM Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata tarikh baru untuk peperiksaan itu adalah pada 21 Nov hingga 13 Disember ini.

"Kita membuat keputusan itu selepas mengambil kira nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pusat Gerakan Banjir Negara," kata beliau dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata antara sebab penangguhan peperiksaan itu ialah jalan utama yang menghubungkan UUM dengan Bandaraya Alor Setar yang melibatkan Lebuhraya Utara Selatan ditutup dan pada masa yang sama Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim juga ditutup kerana banjir.

"Keadaan itu menyebabkan pelajar-pelajar yang pulang ke kampung semasa minggu ulang kaji tidak dapat kembali semula ke kampus," katanya.

Mohamed Mustafa berkata keputusan itu terpaksa dibuat demi keselamatan dan kebajikan pelajar dan kakitangan selain situasi tersebut tidak mengizinkan UUM meneruskan peperiksaan.

Bagaimanapun, keadaan dalam kampus terkawal dan ibu bapa tidak perlu bimbang dengan keselamatan pelajar, kerana UUM telah memastikan bekalan makanan untuk mereka yang berada di dalam kampus mencukupi dan bilik gerakan banjir juga ditubuhkan bagi memastikan bantuan sewajarnya diberikan kepadanya.

Beliau berkata pelajar-pelajar yang berada di kampung halaman diminta merujuk kepada laman web dan portal UUM bagi mengetahui jadual peperiksaan akhir yang terkini.

Sementara itu Kementerian Kesihatan telah menangguhkan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi pegawai serta kakitangannya di Kedah dan Perlis akibat kedua-dua negeri itu dilanda banjir.

Ketua Komunikasi Korporat kementerian itu Zailani Hashim dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini berkata peperiksaan itu yang dijadual diadakan pada Isnin hingga Khamis ini ditangguhkan ke satu tarikah yang akan dimaklumkan.

- BERNAMA

Thursday, November 04, 2010

Terima Kasih Ayah...Terima Kasih Emak....

Terima Kasih Emak dan Terima Kasih Ayah....
Tiada yang lebih bermkna dari segala-galanya apabila hidup ini mendapat keredhaan daripada AYAH dan EMAK ...

BeRAPA KALIKAH KITA PERLU BERDOA UNTUK ORANG TUA KITA?
Minimum,, 5 kali sehari semalam, iaitu stiap kali kita menunaikan solat fardhu. Maksimum, sebanyak mana yang kita mampu...


Moga2 Engkau YAA ALLAH...
MEMBERIKAN KEKUATAN UNTUK ORANGKU MENERUSKAN IBADAH, BERAMAL DENGAN IBADAHMU.


"YAA ALLAH, YAA TUHANKU, KASIHILAH DAN AMPUNILAH DOSA KEDUA2 IBUBAPAKU SEBAGAIMANA MEREKA MENGASIHI AKU SEWAKTU AKU KECIL"

MEndoakan orang tua kita merupakan kayu pengukur kasih dan sayang seorang anak kepada orang tuanya. Apabila seorang anak rajin mendoakan supaya orang tuanya mendapat rahmat dan keampunan ALLAH, itu bererti anak itu adalah anak yang berbakti kepada kedua orang tuanya.


Dipeti dari buku "Dahsyatnya Doa Ibu" menceritakan bahawa :
Pernah seorang sahabat lelaki datang kepada seorang sahabat iaitu Sofyan at-Tsauri dan bertanya, " Berapa kalikah seorang anak perlu mendoakan kedua orang tuanya, adakah sekali sehari, sebulan sekali ataupun setahun sekali?" Sofyan menjawab, "Alangkah baik sekiranya kamu mendoakan mereka setiap kali selesai membaca tahiyat dalam solat." Maksudnya, selepas selesai membaca tahiyat sebelum mngucap salam.

MENEMBUSI NEGARA "MASTER 2010/2011"

Happy Good Luck to all member of postgraduate student session 2010/2011.
To my member Msc. Management which register together on last year 2009.
Now, we here to last Semester.
Today we register to last subject, God Willing.
For me, after get the news about news register. I quickly open my laptop and online register. Allamdulillah, It trusty and faster .



login ni Portal UUM




last...alhamdulillah...successful

Saturday, October 30, 2010

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?

Petikan dari http://www.iluvislam.com

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Kita Sepatutnya.......

Hubungan cinta sebelum perkahwinan merupakan satu cabaran bagi pemuda-pemudi hari ini. Jika kita terjebak dengan perkara ini, kita mestilah berpegang kepada prinsip-prinsip yang betul dan takut kepada Allah (khauf Allah) kerana sudah pasti syaitan akan sentiasa menghasut kita untuk melakukan maksiat.



Kita sepatutnya bersyukur jika si dia :

* Menolak ajakan kita untuk keluar.

* Tidak selalu mengadu kesedihannya.

* Cemburu pada tempatnya.

* Mengajak kita untuk bertahajud.

* Mengajak kita menutup aurat dengan sebenar benarnya.

* Mengingatkan kita atas dosa-dosa yang kita tidak sedari.

* Mengajak kita untuk berkahwin jika sudah mampu.

* Menahan dari melafazkan kata-kata cinta yang tidak hak kepada kita.

Kita tidak sepatutnya bersyukur jika si dia :

* Mengajak kita keluar ditengah malam semalaman.

* Mengadu pada setiap saat sehinggakan terluka 2 cm pun mahu mengadu.

* Cemburu buta sampaikan marah walaupun sedikit.

* Mengajak kita ke majlis-majlis maksiat.

* Bangga dengan pakaian ketat yang terdedah kita.

* Mengajak kita membuat dosa.

* Menangguh pernikahan semata-mata untuk mengejar kesenangan dunia.

* Selalu melafazkan kata-kata cinta setiap hari.

- Artikel iluvislam.com

Friday, October 29, 2010

Tiada Kekuatan Selain Allah


'"Lahaula Wala Quwata Illa Billah Hil Aliyil 'Azim."

"Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia."

Berzikirlah selalu kerana ia adalah salah satu cara untuk kita menghubungkan diri kita dengan Allah, disamping itu, cara ini jugalah yang akan menjadikan hati manusia lembut. Sedangkan Saidina Umar (r.a.) memeluk islam dengan mendengar adiknya sendiri berzikir (membaca surah Taha), padahal sebelum ini, beliaulah seorang yang paling kuat menentang ajaran agama islam yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w).

Walaupun hanya sebaris ayat, tetapi jika dihayati sedalam-dalamnya, ia akan memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupan. Sesungguhnya manusia ini semuanya lemah. Tidak berkuasa. Dan yang berkuasa pun, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kekuasaan Allah (s.w.t).

Malahan kuasa tersebut dikurniakan oleh Allah (s.w.t), bukan untuk kita kufur kepada-Nya, tetapi untuk kita lebih mendekatkan diri kepada-Nya. Selemah-lemah manusia, tidak berdaya untuk berbuat apa-apa, kecuali dengan kehendak Allah semata-mata. Jika Allah tidak mahu ia berlaku, ia mustahil akan berlaku. Tetapi apabila Allah (s.w.t) menyebut 'Kun', maka 'Yakun' lah apa yang dikehendaki-Nya.

Oleh itu, apa-apa pun perbuatan yang kita lakukan ataupun hendak kita lakukan, mestilah bersandarkan konsep zikir ini. Malahan, ayat ini juga boleh menjadikan motivasi untuk kita mencapai kejayaan. Tetapi mestilah disertakan dengan usaha yang bersungguh. InsyaAllah, walaupun kita rasa mustahil akan berlaku, ia akan berlaku.

Jadikanlah zikir ini sebagai nyanyian mulut kita setiap hari, terutamanya dikala waktu kesusahan menimpa diri. Kerana apabila manusia terus-menerus mengingati Allah (s.w.t.) sewaktu dalam kesusahan, maka mereka tidak akan sekali-kali berputus asa kerana yakin atas apa yang Allah takdirkan.

Sama-samalah kita menggunakan zikir-zikir dan ayat-ayat al-Quran sebagai motivasi kita dalam kehidupan.

- Artikel iluvislam.com

Thursday, October 28, 2010

ORANG YANG MATANG??

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

- Artikel iluvislam.com

Tuesday, October 26, 2010

Pengenalan "HALAL"


Sejarah Halal

Penglibatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam memberi pengesahan status halal kepada produk makanan dan barangan gunaan Islam d negara ini bermula pada tahun 1974 apabila Pusat Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri memberi surat pengesahan halal kepada produk-produk yang memenuhi kehendak syarak. Bermula pada tahun 1994 pengesahan halal diberi dalam bentuk sijil pengesahan beserta logo halal dan mulai 30 September 1998 pemeriksaan halal dilaksanakan oleh Syarikat Ilham Daya iaitu sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan.

Pada 1 September 2002, kerajaan telah memutuskan bahawa semua urusan pengesahan halal dilaksanakan sepenuhnya oleh JAKIM melalui Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam yang mempunyai hanya 28 jawatan.

Dengan perkembangan pesat industri makanan di negara ini dan keperluan semasa umat Islam, maka pada 17 November 2005 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan sebanyak 165 perjawatan pelbagai skim dan gred dengan nama baru Bahagian Hub Halal.

Pada 2 April 2008, pengurusan pensijilan halal diambil alih oleh Halal Industry Development Corporation. Walau bagaimanapun mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memutuskan pengurusan pensijilan Halal Malaysia dalam dan luar negara dikembalikan kepada JAKIM.



50, 000 SIJIL HALAL PALSU


Oleh WARTAWAN MY METRO - Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: Berhati-hati apabila menjamu selera di restoran milik pengusaha bukan Islam berikutan siasatan pihak berkuasa
mendapati ada antara sijil halal yang tertera pada premis perniagaan berkenaan palsu dan dibeli daripada pihak tertentu pada
harga mencecah RM5,000 sekeping semata-mata untuk menarik kedatangan orang Islam menjamu selera di premis mereka.

Difahamkan, penyebaran sijil akuan halal itu mendapat permintaan tinggi di kalangan pengusaha restoran milik bukan Islam
bermasalah berikutan pemilik tidak perlu mematuhi syarat dan prosedur pensijilan halal yang ditetapkan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini.

Berdasarkan siasatan, sijil akuan halal yang tidak diiktiraf Jakim itu kini dimiliki hampir 50,000 premis makanan terutama
pengusaha restoran bukan Islam di seluruh negara.

Jurucakap Halal Industry Development Corporation (HDC) berkata, pemantauan dan siasatan dilakukan di beberapa premis makanan
mendapati sijil halal tidak sah berkenaan diedarkan individu tertentu yang menjualnya untuk mendapatkan keuntungan lumayan.

Standard Malaysia

STANDARD MALAYSIA BEKENAAN MAKANAN HALAL(MS 1500:2009)

Standard Malaysia bertajuk ‘Makanan Halal:Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan – Garis Panduan Umum (MS 1500:2009) telah dibangunkan di bawah Sistem Pembangunan Standard Malaysia yang di bawah tanggungjawab Jabatan Standard Malaysia (DSM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Standard Malaysia ini merupakan satu daripada lima inisiatif Kerajaan di dalam merealisasikan Malaysia sebagai pusat makanan halal.

Standard ini dibangunkan oleh Jawatankuasa Standard Perindustrian Kebangsaan yang berkaitan dengan Halal (ISC I) yang mana telah diwakili oleh pelbagai organisasi termasuk JAKIM yang merupakan Pengerusi kepada Jawatankuasa Teknikal yang berkaitan (sila rujuk Lampiran 1) untuk gambaran menyeluruh sistem pembangunan standard di Malaysia dan kaitan ISC I di dalam sistem ini.

Skop standard ini mengandungi garis-garis panduan yang praktikal bagi industri makanan mengenai penyediaan dan pengendalian makanan halal (termasuk penambah nutrien). Ia bertujuan menyediakan peraturan asas bagi produk makanan serta perdagangan atau perniagaan makanan di Malaysia. Ia akan digunakan oleh JAKIM sebagai asas untuk pensijilan tetapi akan ditambahkan dengan banyak keperluan yang lainnya bagi melengkapkan proses pensijilan.

Ringkasan bagi pembangunan Standard Malaysia berkenaan dengan makanan halal adalah seperti di Lampiran 2.

Dokumen ini telah melalui proses yang diselaraskan kepada keperluan standard antarabangsa sebagai contoh; Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa (ISO), di mana sistem pembangunan standard antarabangsa adalah asas persetujuan semua pihak yang berkepentingan seperti Kerajaan, sektor swasta, NGO, penyelidik dan badan-badan profesional. Malaysia (DSM) menggunakan polisi ISO yang sama.

Pada masa hadapan, adalah diharapkan agar Standard Malaysia (dokumen rasmi Kerajaan) akan dipromosikan di luar negara dan diiktiraf oleh negara-negara lain atau blok seperti Amerika, Eropah, China dan negara-negara ASEAN, dll.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Jabatan Standard Malaysia,
Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi,
Century Square, Tingkat 1 & 2,
Blok 2300, Jalan Usahawan,
63000, Cyberjaya, Selangor.

Thursday, October 21, 2010

Hab HALAL ada AKTA???

TAKLIMAT PINDAAN AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972 (APD 1972) KEPADA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (JPM) DAN MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN (KPDNKK)dari Web HALAL

Bahagian Hab Halal telah mengadakan Majlis Taklimat Akta Perihal Dagangan 1972 (APD 1972) kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 5 Oktober 2010, bertempat di Dewan Syura.

Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk memberi penjelasan kepada kedua-dua menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan mengenai persediaan yang perlu dibuat dan kesan yang akan dihadapi oleh Bahagian Hab Halal apabila pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 diwartakan kelak.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian Penguatkuasa dan Bahagian Undang-undang KPDNKK, Bahagian Penasihat Syariah Jabatan Peguam Negara, Bahagian Undang-undang JAKIM dan Bahagian Hab Halal JAKIM.

Majlis tersebut telah berlangsung dengan baik dan kedua-dua menteri bersetuju kerjasama ini perlu diteruskan demi untuk menjamin penguatkuasaan halal dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Melalui pindaan tersebut secara jelas Jakim dan Majlis Agama Islam Negeri akan menjadi badan berkuasa berwibawa untuk melaksanakan pensijilan halal di Malaysia.

Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 telah membincangkan Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa:


Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manafaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:

1. Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;
2. Diserah kepada golongan fakir miskin; atau
3. Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.


Keterangan/Hujah:
1. Imam al-Nawawi di dalam kaedah penyelesaian harta haram telah menukilkan pandangan al-Ghazali yang menyatakan jika seseorang lelaki itu memiliki harta haram dan hendak bertaubat serta melepaskan tanggungan daripada harta haram tersebut, maka harta tersebut mestilah diserahkan kepada pemiliknya atau wakil pemilik tersebut. Sekiranya pemilik tersebut telah meninggal dunia, berkewajipan untuk menyerahkan kepada ahli warisnya. Sekiranya pemilik harta tersebut tidak dapat dikenal pasti, maka harta tersebut mestilah diserah (dibelanjakan) kepada maslahah-maslahah umum umat Islam seperti (membiayai pembinaan atau menyelenggara) jambatan, masjid-masjid, dan seumpamanya yang bersangkut-paut dengan urusan orang Islam. Sekiranya tidak digunakan untuk tujuan kemaslahatan umat Islam, harta haram tersebut diserahkan kepada golongan fakir.

2. Sheikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ketika ditanya bagaimana mengurus faedah yang terkumpul di dalam bank konvensional, sama ada hanya perlu dibiarkan sahaja berada di dalam bank konvensional tersebut atau sebaliknya, telah menyatakan bahawa:

a. Faedah-faedah bank yang terkumpul hukumnya adalah sama seperti harta- harta lain yang diperolehi melalui jalan yang haram.

b. Tidak harus seseorang menggunakannya (wang faedah) tersebut kerana tindakan menggunakan wang tersebut adalah termasuk di dalam kategori memakan harta yang diperolehi melalui jalan kezaliman. Tidak boleh dimanfaatkan melalui jalan makanan, minuman, tempat tinggal, membayar cukai dan seumpamanya.

c. Meninggalkan wang faedah itu di dalam bank konvensional adalah haram secara muktamad. Dasar ini telah dipersetujui di dalam Muktamar Bank Islam Kedua di Kuwait oleh ulama’ secara ijma’. Tindakan tersebut hanya akan mengukuhkan lagi ekonomi bank riba dan dikira sebagai menolong dalam urusan maksiat. Menolong perkara yang haram adalah haram.
dari web Halal

BAGAIMANA SIJIL HALAL DIBERI?????

Pegawai Audit Jakim membuat penilaian terhadap pekerja dapur hotel yang menyediakan bahan mentah. Foto The Star oleh RAYMOND OOI

BANYAK pihak menyifatkan permohonan pensijilan halal sesuatu yang merumitkan menyebabkan pemain industri di negara ini tidak mengambil peduli tentang kepentingan itu.

Maka tidak hairanlah setakat ini hanya 80 dapur hotel mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) daripada lebih 2,000 hotel di negara ini. Walaupun jumlah itu tidak termasuk perolehan sijil halal daripada Jabatan Agama Islam Negeri namun kadar tersebut masih membimbangkan bagi Malaysia yang berhasrat menjadi hab halal global.

Pengeluaran sijil dan logo halal merupakan salah satu bahagian di Bahagian Hub Halal Jakim yang melaksanakan penilaian dan dokumentasi bagi pensijilan halal.

Masih ramai terutama pengguna Muslim tidak menyedari pensijilan halal itu sebenarnya merujuk kepada dapur hotel bukan hotel atau restoran hotel.

Wartawan Mingguan mStar berpeluang melihat bagaimana Jakim melakukan penilaian yang dikendalikan oleh pegawai audit di dapur Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hotel itu secara kebetulan baru saja mendapat pengiktirafan sijil halal semula daripada Jakim selepas membuat permohonan kedua berikutan penarikan sijil itu sebelum ini.

Bagaimana Jakim Nilai Dapur Untuk Diiktiraf Sijil Halal


Pengusaha hotel perlu membuat permohonan pensijilan halal dengan Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Permohonan bagi pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa boleh dimohon secara terus atau dalam talian.

Setiap permohonan perlu dilengkapi dengan dokumentasi berkaitan sebagai rujukan apabilan pemeriksaan dijalankan ke atas sesuatu premis. Penilaian dapur di Hotel Grand Seasons dijalankan oleh Penolong Pengarah Kanan, Mohd Fakarudin Masod dan Penolong Pengarah, Nik Mohd Nasrun Nik Abdullah. Kedatangan mereka berperanan sebagai Pegawai Audit Jakim yang dimaklumkan kepada pihak hotel menerusi mesyuarat pembukaan bagi membuat penilaian. Ia berdasarkan piawaian Standard Malaysia berkenaan Makanan Halal: Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan - Garis Panduan Umum (MS 1500:2009).

Selain itu, Fakarudin berkata, pemohon juga perlu mematuhi keperluan dan kriteria yang ditetapkan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

“Pegawai audit Jakim akan meneliti dokumentasi yang disediakan pemohon membabitkan semua perkara seperti senarai ramuan dan rekod berkaitan.
“Setiap ramuan akan diperhalusi satu-persatu dan dilakukan secara berasingan sekiranya permohonan pensijilan halal membabitkan beberapa dapur,” katanya.

Proses penilaian

Mengenai rekod, antara yang diperiksa diperiksa seperti invois pembelian ramuan, rekod suntikan pekerja, rekod kawalan makhluk perosak dan rekod latihan pengendalian makanan. Sewaktu proses penilaian berlangsung, pegawai audit akan merekod secara terperinci dan merakam segala bahan bukti terutama kesalahan yang dikenal pasti.
Jika terdapat perkara yang meragukan, Fakarudin berkata, Jakim akan mengambil sampel untuk dihantar kepada jabatan kimia.

“Sebagai contoh, beliau berkata, sejenis minyak dikhuatiri status halalnya maka Jakim akan mengambil sampel untuk dianalisis.

“Ia bertujuan untuk mengetahui bahan itu dihasilkan daripada sumber haiwan atau tumbuhan dan sekiranya haiwan, akan ditentukan sama ada halal atau tidak,” katanya.
Pegawai Audit Jakim akan menemuramah chef yang terbabit dalam penyediaan makanan bagi mendapatkan kesahihan dan pemahaman mengenai prosedur berkaitan. Dalam prosedur pensijilan halal, sekurang-kurangnya dua pekerja Muslim warganegara Malaysia diperlukan dalam menyediakan makanan di dapur premis. Pemeriksaan dilakukan terhadap bahan-bahan ramuan bagi mengenal pasti sama ada terdapat percampuran bahan ramuan halal dan tidak halal.

Seterusnya, katanya, bahagian penstoran sejuk beku yang menyimpan bahan-bahan mentah dan segar diperiksa seperti yang diisytiharkan dalam dokumentasi.
“Bahagian penyediaan bahan-bahan kritikal seperti ayam dan daging turut diteliti kaedah penyembelihannya yang telah mendapat pengiktirafan sijil halal,” ujar Fakarudin.

Pengasingan elak keraguan

Kebersihan dinilai dari pelbagai aspek secara menyeluruh dari kawasan dapur, pekerja, peralatan serta cara penyediaan bahan mentah dan masakan. Beliau berkata, bahan pencuci yang digunakan untuk membersih dan mencuci kelengkapan dan peralatan di dapur hotel perlu mendapat pengiktirafan halal.

“Kebersihan turut dilihat berdasarkan kawalan makhluk perosak dengan mengenal pasti sama ada terdapat unsur-unsur kehadiran makhluk perosak seperti lipas dan tikus.

“Sebagai langkah kebersihan, penyediaan makanan membabitkan bahan mentah di atas tempat besi tahan karat pada kedudukan lebih tinggi,” ujarnya.

Operasi penyediaan makanan yang membabitkan chef dan kakitangan akan diperhatikan sama ada ia mematuhi atau bercanggah dengan keperluan Syariah.

“Penggunaan ramuan untuk dapur pastri mungkin berbeza dengan ramuan yang digunakan bagi menu di dapur bagi restoran makanan Cina,” katanya.

Selepas itu, penilaian beralih kepada bahagian simpanan bahan kering bagi memastikan tiada percampuran bahan halal dan tidak halal secara fizikal.

Walaupun minuman beralkohol dan minuman berkarbonat diletakkan di dalam kotak secara berasingan namun tidak dibenarkan disimpan bersama bagi mengelakkan keraguan.
Kebersihan dan susun atur dititikberatkan termasuk perancangan tempoh luput barangan yang disimpan menerusi amalan ‘yang mana dahulu itu akan didahulukan’.

“Pihak hotel juga perlu memastikan barangan yang disimpan di bahagian berkenaan tidak mengandungi bahan tidak relevan,” katanya.

Beliau menambah, pengusaha hotel perlu menempatkan segala aspek halal dan tidak halal secara berasingan tanpa kompromi.

“Pengasingan tersebut membabitkan laluan dapur secara menyeluruh, penggunaan bahan ramuan, kelengkapan dan peralatan serta kakitangan.
“Pengusaha hotel juga dinasihatkan supaya tidak meletakkan tempat penyembahan ibadat agama bukan Islam di dapur dan sepanjang laluan berkaitan,” katanya.

Pemantauan masih berterusan


Penilaian terhadap dapur hotel turut membabitkan pemeriksaan pengangkutan pembekal yang membawa bahan-bahan mentah dan ramuan ke hotel. Kenderaan pembekal itu akan dipastikan berada dalam keadaan bersih dan tidak mengandungi bahan tidak halal atau berbahaya. Selepas itu, katanya, Pegawai Audit Jakim akan mengadakan perbincangan berhubung laporan penilaian berkaitan permohonan pensijilan halal.

“Laporan peniian yang sudah lengkap akan dibentangkan dalam mesyuarat bersama pihak hotel terutama ahli jawatankuasa halal hotel mengenai hasil pemeriksaan.

“Jika mereka didapati melanggar peraturan atau wujud sebarang keraguan sepanjang proses penilaian, borang ketidakakuran dikeluarkan bagi menyenaraikan perkara tersebut,” ujarnya.

Borang laporan penuh serta rumusan penilaian sekiranya proses penilaian tiada bermasalah kerana memenuhi keperluan dan standard yang ditetapkan. Bagaimanapun, tindakan pembetulan perlu dilakukan sekiranya bermasalah dan laporan itu perlu disertakan bukti kepada Jakim untuk perolehan kelulusan atau penilaian semula.
Selepas mesyuarat penutup, jelasnya, laporan audit akan dinilai oleh panel halal di Bahagian Hub Halal Jakim bagi meluluskan permohonan.

Jakim akan memberikan sijil halal kepada permohonan yang telah diluluskan dan tempoh sah laku pensijilan itu selama dua tahun. Pun begitu, katanya, Jakim akan melakukan pemantauan berkala atau pemantauan berdasarkan aduan secara mengejut sekurang-kurangnya dua kali setahun.

“Jika pihak hotel didapati melanggar peraturan, standard dan piawaian yang ditetapkan maka Jakim berhak menggantung atau menarik balik sijil halal mereka,” katanya.

Wednesday, September 15, 2010

Berita Harian Online | Bakar al-Quran juga perbuatan ekstrem

Berita Harian Online | Bakar al-Quran juga perbuatan ekstrem

Pemimpin Islam harus sepakat bantah tindakan agar ia tak berulang

WALAUPUN niat seorang paderi di Amerika Syarikat untuk menganjurkan pembakaran al-Quran tidak menjadi kenyataan bagi membantah pembinaan masjid berdekatan Ground Zero, namun kempennya berjaya ‘membakar’ semangat orang lain untuk meneruskannya.

Mereka bukan saja membakar tetapi juga mengoyak helaian kitab suci itu ketika upacara memperingati peristiwa 9 September di depan Rumah Putih, baru-baru ini. Ia perbuatan yang boleh mengancam kestabilan dan meniupkan api kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Paderi itu mungkin cuba menguji kepintaran presidennya menangani isu sedemikian, ketika beliau sedang menghadapi peperangan di Afghanistan dan menjadi penganjur pertemuan pemimpin Israel dan Palestin.

Paderi terbabit cuba berlindung di sebalik peruntukan perlembagaan yang memberinya kebebasan bertindak sebagai individu. Dia tidak hirau bahawa perbuatannya akan hanya mencetuskan huru-hara dan membahayakan nyawa askar Amerika di Afghanistan dan di tempat lain di seluruh dunia.

Dengan tidak semena-mena nama seorang paderi di sebuah gereja kecil, Terry Jones, dikenali dunia terutama di kalangan orang Islam. Dia ingin menjadi juara di kalangan pengikutnya berikutan tindakannya membantah pembinaan masjid berdekatan tapak serangan 11 September itu di New York.

Tindakan membakar al-Quran adalah perbuatan menghina agama Islam dan tidak harus dilakukan oleh mana-mana pihak. Ia dikecam seluruh umat Islam termasuk Imam Masjid Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb.
Imam Al-Azhar itu berkata tindakan gereja kecil di Florida itu “memudaratkan hubungan dan perdamaian di kalangan manusia” dan boleh membangkitkan kemarahan umat Islam.

Di Washington, ulama yang terbabit dengan pembinaan pusat budaya dan masjid berdekatan Ground Zero itu, Imam Feisal Abdul Rauf, berkata tentangan terhadap projek itu hanya memperkuatkan golongan ekstremis Muslim.

Demi kedamaian, imam itu tidak menolak kemungkinan memindahkan projek ke tapak lain dengan mengambil kira kepentingan semua.

Tindakan sekumpulan ekstremis Kristian itu sebenarnya boleh disifatkan sebagai “bermain dengan api”. Jika satu pihak membakar al-Quran atau masjid, dan satu pihak lagi membalasnya dengan membakar Injil dan gereja, apa kesudahannya?

Apakah akan berlaku peperangan agama dan perpecahan selama-lamanya seperti di antara Israel dan Palestin?

Berikutan hasrat paderi itu, seorang usahawan Muslim juga menyatakan hasratnya untuk membakar kitab Injil tetapi cadangannya itu dihalang perintah mahkamah.

Mahkamah Tinggi Johhanesburg Jumaat lalu mengeluarkan arahan serta-merta menghalang Mohammed Vawda daripada membakar Injil di dataran di bandar raya itu.

Di Srinagar, sekumpulan penunjuk perasaan yang membantah sekumpulan Kristian mengoyak al-Quran di Washington, membakar sebuah sekolah mubaligh di kawasan Kashmir, India.

Beratus-ratus Muslim yang marah melaungkan slogan pro-Islam dan anti-AS berarak di sepanjang jalan raya di kawasan perkampungan Tangmarg, di Barat Srinagar, sebelum menyerang Sekolah Tyndale Biscoe.

Golongan itu menentang kerana mereka mempunyai tanggapan salah terhadap agama Islam dan Muslim. Mereka mengaitkan Muslim dan Islam dengan jihad dan perjuangan golongan ekstremis.

Obama sendiri mengakui Islam bukan musuh Amerika. “Sebagai rakyat Amerika, kita tidak akan berperang dengan Islam kerana bukan agama yang menyerang kita pada 11 September, 2001. Ia adalah al-Qaeda,” katanya ketika berucap di Pentagon pada upacara memperingati peristiwa 9/11.

Obama menegaskan rakyat Amerika tidak harus tunduk kepada perasaan marah dan prejudis.

Kempen anti-Muslim dan anti-Islam ini lanjutan daripada tindakan bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush yang menyerang dan memusnahkan Afghanistan dan Iraq selepas peristiwa 9/11.

Akhirnya di Afghanistan, tiada Osama ditemui dan di Iraq tiada senjata pemusnahan dijumpai.

Apa yang berlaku adalah ancaman terhadap dua negara Islam dan penyingkiran pemimpin yang ditakuti mereka, Saddam Hussein yang kemudian turut dihapuskan.

Barat sememangnya mempunyai pendirian anti-Islam seperti dilihat daripada tindak-tanduk mereka mengancam dan menghina Muslim di seluruh dunia. Minggu lalu Jerman memberi anugerah kepada pelukis karikatur Nabi Muhammad SAW walaupun perbuatannya menimbulkan konflik dan kemarahan masyarakat Islam sedunia.

Anugerah itu disampaikan sendiri Canselor Jerman, Angela Merkel kepada pelukis dari Denmark, Kurt Westergaard atas alasan kebebasan bersuara. Westergaard melakar karikatur Nabi Muhammad SAW memakai serban menyerupai bom.

Kini seorang paderi cuba mengeruhkan lagi keadaan dengan mengancam untuk membakar al-Quran. Walaupun cadangannya itu sudah dibatalkan, kita bimbang bahawa ancaman seumpama akan terus mengancam keharmonian di antara Muslim dan bukan Muslim. Namun pembakaran al-Quran yang dipelopori Terry Jones tidak akan memadamkannya daripada sanubari 600 juta umat Islam di seluruh dunia.

Malah, isu itu akan mencetuskan minat di kalangan bukan Muslim mengenai isi kandungan al-Quran dan mereka akan membacanya untuk melihat apa sebenarnya yang dibantah sangat paderi terbabit dan sekutunya, seperti berlaku selepas peristiwa 9/11 ramai rakyat Amerika dilaporkan memeluk Islam.

Berita Harian Online | Minda Pengarang: Akur pemasyhuran Sultan demi kehormatan istana, kerabat diraja

Berita Harian Online | Minda Pengarang: Akur pemasyhuran Sultan demi kehormatan istana, kerabat diraja

KONTROVERSI melanda Istana Kelantan sejak lebih setahun lalu akhirnya terungkai kelmarin, apabila Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra, secara rasminya dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 bagi menggantikan ayahanda baginda, Tuanku Ismail Petra. Krisis pengganti Sultan di Istana Kelantan tercetus ekoran Tuanku Ismail Petra yang gering sejak Mei tahun lalu. Masalah kesihatan berpanjangan itu menyebabkan baginda tidak dapat melaksanakan tugas dengan sempurna dan memerlukan pengganti.

Pelantikan Tengku Muhammad Faris, 41, dibuat mengikut Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua). Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang bersidang kelmarin, sebulat suara memilih dan mengesahkan Tengku Muhammad Faris sebagai Raja memerintah dan menaiki takhta kerajaan Kelantan. MPN berpendapat Tuanku Ismail Petra yang gering memerlukan pengganti baginda untuk dilantik sebagai Sultan. Dengan pemasyhuran itu, adalah wajar semua pihak akur kerana persetujuan dicapai sebulat suara 15 ahli MPN Kelantan yang hadir.

Kita percaya seluruh rakyat Kelantan pasti lega dan berharap kemelut membelenggu Istana Kelantan selama ini berakhir secepat mungkin. Mereka juga pasti tidak mahu sebarang kenyataan yang bercanggah dikeluarkan oleh mana-mana pihak selepas ini kerana ia boleh mengelirukan rakyat dan menjejaskan nama baik institusi istana sendiri. Pemasyhuran itu juga mampu menghapuskan percanggahan pendapat berhubung siapa yang lebih berhak menaiki takhta Istana Kelantan dan menamatkan pertelingkahan di kalangan kerabat istana.
Melihat majlis pemasyhuran Tengku Muhammad Faris yang berjalan lancar di Balai Rong Seri Istana Balai Besar, di Kota Bharu, kelmarin, kita percaya baginda diterima baik seluruh pemimpin tertinggi Kelantan dan rakyat jelata negeri itu. Pengisytiharan pelantikan baginda disempurnakan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Namun, kita tidak menolak kemungkinan ada beberapa individu masih tidak berpuas hati dan mempersoal pelantikan Tengku Muhammad Faris sebagai Sultan Kelantan yang sah. Ini terbukti apabila sehari sebelum istiadat pemasyhuran, dilaporkan dua petisyen difailkan di mahkamah bagi mencabar pelantikan Tengku Muhammad Faris sebagai Sultan Kelantan yang baru.

Pihak yang menentang pelantikan itu menegaskan bahawa pemasyhuran itu tidak sah kerana Tuanku Ismail Petra masih Sultan Kelantan yang sah kerana baginda tidak pernah melepaskan takhtanya. Mereka menjelaskan Sultan Kelantan hanya boleh diganti atas tiga sebab iaitu jika baginda mangkat, menghilangkan diri dari negeri tanpa alasan munasabah atau jika baginda turun daripada takhtanya. Apa pun kita berharap dengan pelantikan Sultan Kelantan yang baru ini memulihkan imej institusi Istana Kelantan, kecelaruan serta suasana tidak menentu di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Seperti kata Nik Aziz: “Sekiranya ada tukul atau pahat yang masih berbunyi, diminta simpanlah dalam kotak masing-masing.” Mesej yang ingin disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan itu cukup jelas kerana beliau mahu mengembalikan suasana tenang di Istana Kelantan seperti sebelumnya. Sewajarnya sebarang masalah yang timbul selepas ini diselesaikan secara dalaman demi memelihara kehormatan institusi istana dan kerabat diraja sendiri.

Friday, September 10, 2010

إن الاعمال بالنية: Doa

إن الاعمال بالنية: Doa

Doa




Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Salam 1 Syawal 1431


Salam 1 Syawal 1431.. Alhamdulillah sebulan meraikan bulan Ramadhan hari ini umat Islam seluruh dunia menyambut 1 Syawal 1431 pada hari Jumaat, 10 September 2010.

Hari raya tahun ini disambut bersama dengan keluaraga yang amat disayangi dan dirindui selalu...emm...sokmo2 dalam ingatan.. walaupun jarak jauh. tapi panggilan telefon tak lepas. ada masa telefon...biar lah kredit...tu dunia =).. pinjaman semata2...
Beraya di Johor dengan kakak yang sedang sarat menunggu masa untuk bersalin, serta dengan anak2 Johor.

Suasana malam raya sudah sunyi dengan suara riuh rendah kereta tetapi berdentum dengan..bommm...mercun dan bunga api..
Kawasan taman yang sibuk bertukar keadaan. Warga kota telah balik ke kampung halaman.

Suasana raya tidak seperti di kampung yang meriah dengan acara memasak rendang, lemang,ketupat...tapi malam kat bandar ni, ada juga acaranya...

Malam raya pergi jalan Pusat Bandar. Tengok dan membeli belah kuih muih yang sedang di lelong..murah juga..murah2 pun dapat kurang RM1. Balik rumah barulah sambung masak. Masak rendang sampailah masuk jam 2 pagi..emmmm

Tut..tut...bangun pagi raya...LEWAT..
Bergegas2 bersiap untuk bersedia solat hari raya.. Sunat mandi pagi raya kena ambik juga...Bila bergerak ke surau untuk solat raya. Sayunya suara... Allahuakbar...Allahuakbar... ALLAH MAHA BESAR...ALLAH MAHA BESAR...

Selesai solat raya... selesai la acara hari raya di bandar...
Nak pergi beraya pun tak da orang... balik makan kuih-muih dekat rumah jela
tak mengapa..yang pasti apa yang sunat kita cuba amalka. Mudah-mudahan amalan kita semua diterima

Friday, September 03, 2010

mohon maaf andai tersalah bahasa, tersilap tutur katar

Doa Lail Al-Qadr


“Allahumma innaka 3′fuwwun kareem tuhibbul 3′fwa, fa’ fuanna..”

sebagai mana yang diajar oleh Baginda Rasul Muhammad S.A.W kepada Ummul mu’minin saidatina Aisyah A.I dalam hadis yang berbunyi..

فقد سألت عائشة رضي الله عنها النبي صلى الله عليه وسلم: (أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ قُولِي اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي) رواه الترمذي وابن ماجة (صحيح)

telah disoal oleh beliau oleh Nabi “mahukah aku ajarkan kepadamu pada malam Al-Qadr apa yang yang kau patut sebut?..katakanlah wahai Aisyah”

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي


hadith riwayat tirmizi dan ibn majah.-soheh-

semoga kita termasuk dalam orang yang mendirikan malam Al-Qadr..
maksud mendirikan malam tidak hanya bertahajjud sahaja..segala ibadat yang kita buat ,doa,membaca Al-Qur’an dari azan isya hingga waktu sahur..

(مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ) رواه الشيخان

sebagai mana Sabda Rasul golongan yang mendirikan malam ramadhan..:
“barang siapa yang mendirikan ramadhan iman dan mengharap pahala dari Allah diampunkan segala dosa-dosa nya yang lalu ”

dan akhirnya kita tidak termasuk golongan yang rugi teramat rugi..siapakah mereka?

قال الصحابة”خاب وخسر يا رسول الله,من هو؟” قال “من ادرك رمضان ولم يغفر له”

bertanya sahabat R.A kepada Baginda Rasul :
sia-sia dan rugi ya rasul? siapa kah mereka itu??
lalu Baginda Rasul menjawab: siapa yang melalui bulan Ramadhan namun dia tidak mendapat keampunan..

bersamalah kita amalkan serta zikirkan doa diatas..moga kita tidak kerugian dunia dan akhirat

Sunday, August 29, 2010

Cara Hidup Islam Pasti Membawa Perubahan

Apakah benar cara hidup Islam yang sebenar akan membawa perubahan yang lebih positif dan lebih baik? Jawapannya YA.

Apakah perubahan itu?

Mahasiswa, kita perlu menghayati Islam sebagai cara hidup kita yang lengkap (syumul). Terdapat banyak janji-janji Allah terhadap mereka yang mengambil Islam itu sebagai cara hidup mereka dengan kejayaan yang bersifat infiniti. Terdapat empat perubahan yang pasti berlaku di dalam diri kita jika ianya dihayati dan di perbaiki semula. Pertama; KEYAKINAN,
kedua; PEMIKIRAN,
ketiga; EMOSI dan
keempat ialah TINGKAHLAKU.

Bagaimana perubahan ini akan berlaku di dalam diri kita?

KEYAKINAN-

Perkara pertama yang perlu mahasiswa kita lihat ialah soal akidah. Tauhid sebenar kepada Allah. Hal ini sering gagal di hadapi oleh mahasiswa di universiti kita pada hari ini. Adakah mahasiswa kita pada hari ini benar-benar yakin dan bertauhidkan kepada Allah semata-mata? Adakah mahasiswa kita pada hari ini benar-benar berserah kepada kepada Allah dalam seluruh aspek kehidupannya? Atau hanya bergantung harap kepada manusia? Atau tidak ada keyakinan sepenuhnya? Mereka yang yakin dengan ketentuan dan takdir adalah mereka yang benar-benar beriman kepadaNya. Jika mahasiswa kita melihat semula hal berkenaan dengan tauhid rubbubiyyah dan uluhiyyahnya, maka sudah tentu tidak akan berlaku kes-kes murtad di kalangan mahasiswa kita. Mengapa hal sedemikian boleh berlaku? Sudah tentu keyakinan sebenar kepada Penciptanya tidak sekukuh tali yang disimpul kuat.
Keyakinan juga akan membuatkan mahasiswa Islam kita akan terus berusaha dan bergantung harap dengan penciptaNya. Dan ini akhirnya akan membuatkan mahasiswa kita lebih yakin dengan ketentuanNya. Bukankah sesuatu perkara itu harus di laksanakan dahulu kemudian berserah kepadaNya (bertawakal) ? Bukankah itu juga sering kita lakukan di kampus? Mahasiswa berusaha, siang dan malam untuk menghadapi peperiksaan, namun seramai mana mahasiswa kita bertawakal selepas berusaha?

PEMIKIRAN-
Islam memberikan satu dimensi baru kepada mereka yang sentiasa memperbaiki pengetahuannya tentang Islam. Dimensi ini akan bertambah tepat jika ada mahasiswa atau individu yang bukan Islam kembali kepada Islam. Bukankah Islam itu juga menuntut kepada pengamalnya agar sentiasa berfikir? Jika sebelum ini mahasiswa kita berfikir dengan satu dimensi, tetapi apabila dimensi Islam itu masuk di lubuk hati dan pemikirannya, sudah pasti cara berfikir juga akan teranjak kepada satu dimensi yang baru. Sebelum ini juga, biasanya mahasiswa kita mengambil sambil lewa berkenaan dengan amanah ALLAH ketika belajar di universiti ini. Mereka terpedaya dengan kebebasan yang mereka miliki sedangkan mereka sebenarnya terbelenggu dengan amanah yang berat. Bukan sahaja amanah ibu bapa, malah amanah PTPTN! Bukankah ianya satu amanah? Jika mahasiswa berfikir bahawa kita bebas untuk melakukan apa sahaja, maka mahasiswa kita adalah silap. Tetapi bagaimana dimensi Islam itu dihayati semula? Sudah tentu amanah tadi akan dipelihara dengan bersungguh-sungguh dan sudah pasti tidak ada alasan untuk ponteng kelas....tidak siap kerja dan sebagainya kerana dimensi amanah di dalam perspektif Islam mendidik dan mengajar agar umatnya berfikir bahawa ada Pencipta yang sedang Melihatnya.

Berfikir adalah satu tuntutan di dalam Islam. Bukankah itu satu kewajiban kepada mahasiswa kita pada hari ini untuk berfikir berkenaan dengan masalah ummah? Bukankah kita ini juga di seru agar memikirkan berkenaan dengan nasib orang-orang Islam di dunia ini yang sering dipijak dan dihina oleh mereka yang tidak tahu malu dengan Penciptanya? Adakah mahasiswa kita pernah berfikir sehingga tahap ini atau hanya tahu bagaimana dan apa yang perlu dipakai untuk bertemu dengan teman wanita sahaja? Bukankah ini budaya pemikiran yang amat lemah sekali? Jauh amat lemah!!! Marilah mahasiswa, kita hayati semula syahadah dan kembali memikirkan hal-hal yang bersifat global dan ummahcentric. Buangkanlah cara berfikir kita yang lapuk dan kembali memimpin diri dan masyarakat agar kembali berfikir tentang tuntutan kita kepada agama kita.

EMOSI-
Sudah pasti emosi akan sensitif jika maruah kita diperkosa. Tidakkah itu satu perasaan dan emosi yang harus ada di dalam diri kita jika kita di perlakukan sedemikian? Bukankah Islam juga mengajar kita sedemikian? Tidakkah kita harus berasa malu dan segan dengan tingkah laku mahasiswa kita yang kini berani tampil melakukan maksiat dan perkara-perkara yang terlarang di dalam agama? Secara lumrahnya, mahasiswa adalah terdiri dari golongan muda. Orang muda biasanya mempunyai tahap emosi yang cukup tinggi. Maka, mengapa emosi ini digunakan bukan pada tempatnya?
Perasaan atau emosi ini haruslah ditujukan kepada agama. Jika perasaan cintakan agama dan benar-benar menghayatinya, maka sudah tentu jika ada sahaja pencerobohan di dalam agama, kitalah, mahasiswalah yang menjadi orang yang pertama mempertahankan kerana berasa tidak selesa dengan keadaan itu. Tetapi agak malang, mahasiswa kita pada hari ini sebilangannya tidak mengetahui atau tidak ada perasaan sensitif terhadap apa yang berlaku di kalangan umat Islam. Umat di hina, dipijak, dibunuh dan pelbagai lagi keganasan yang melampau melanda kepada umat, langsung tidak ada apa-apa reaksi yang menyokong ummah. Bukankah itu satu bentuk fenomena yang berbeza dari yang seharusnya?
Emosi merupakan sebahagian dari diri mahasiswa. Seharusnya emosi ini dikawal dan dibendung dari terpengaruh dengan keadaan yang tidak membentuk persekitaran yang baik. Seharusnya emosi ini dihalakan kepada emosi yang terurus. Apabila syahadah dihayati semula dan diperbaiki, sudah pasti peranan iman dan taqwa akan memainkan peranan di dalam mengendalikan emosi.

TINGKAHLAKU-
Islam mengajarkan kita akhlak atau budi pekerti yang baik. Rasulullah s.a.w. adalah contoh tauladan yag paling baik sekali di dalam menunjukkan peribadi yang baik. Secara lumrahnya, orang yang mempunyai keperibadian yang baik seperti amanah, bertangungjawab, menunaikan janji dan lain-lainnya, akan menjadi daya penarik kepada manusia lain. Bukankah ini satu pakej yang menjanjikan satu pulangan yang baik kepada mahasiswa?

Mahasiswa sebagai contoh tauladan kepada masyarakat di luar. Mahasiswa juga dipandang tinggi oleh masyarakat. Mengapa kita membawa budaya serta kelakuan yang tidak baik terhadap masyarakat? Bukankah mahasiswa menjadi rol model yang baik kepada masyarakat? Satu pemahaman yang salah dikalangan mahasiswa kita pada hari ini ialah terlalu mengagung-agungkan artis, sehinggakan mereka dijadikan rol model (ikutan). Tidakkah seharusnya artis mengikuti mahasiswa?

Syahadah merupakan satu ikrar, janji serta sumpah yang menjanjikan satu perubahan akhlak yang begitu besar apabila dihayati sepenuhnya ajaran yang terkandung di dalam syahadah itu. Bagaimana syahadah boleh mengubah semua ini? Tidak lain dan tidak bukan sudah tentulah syahadah ini akan mengajak kepada akhlak yang baik kepada penganutnya. Cuma yang pasti, individu yang memperbaiki syahadahnya itu akan merasai satu perubahan di dalam aktiviti sosialnya seperti berhubung dengan manusia lain dan sebagainya. Islam membataskan pergaulan dengan benteng-benteng (hijab) adalah bertujuan untuk melindungi dan menutupi maruah. Ini lah nilai Islam yang bertujuan melindungi.

Keperibadian Islam Yang Sempurna
Perubahan demi perubahan pasti akan membawa satu kesan atau impak yang besar di dalam kehidupan. Perubahan yang benar akan memberikan satu perubahan yang cukup bermanfaat untuk pembangunan diri dan masyarakat. Anjakan paradigma di dalam cara kita berfikir, emosi, keyakinan dan tingkahlaku akan menjurus kepada perubahan dan pembentukan syaksiah diri Islam yang sempurna. Semua ini bermula dengan kita menghayati semula kandungan syahadah. Jika semua ini disandari dengan Islam yang benar dan disemak semula kandungan syahadah, maka sudah tentu akan lahir manusia; mahasiswa yang berakhlak mulia, adil, berkepribadian mulia dan universal.

Kembali kepada pembaikian (islah) syahadah, akan melahirkan manusia yang hebat dan terulung. Yakinlah dengan muhasabah syahadah ini akan memberi satu perubahan yang cukup besar tanpa di duga oleh sangkaan manusia biasa.

Firman Allah di dalam Quran (24:55)
Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia bersungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar keadaan mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang kafir sesudah itu, mereka itulah orang-orang fasik

Saturday, August 28, 2010

Nuzul AL-QUR'AN PENUH BERMAKNA PADA TANGGAL 27 OGOS 2010,



Jatuhnya tanggal 27 Ogos 2010, Hari Jumaat. 17 Ramadhan 1431 H
semoga Dilipat gandakan Amalan dan Ikhlas dalam Beramal kepada ALLAh S.W.T

Ganjaran di dunia


Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka.
* Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)

* Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)

* Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.

“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

* Al-Quran menjanjikan kebaikan.

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ganjaran di akhirat

* Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
* Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)

* Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)

Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.
dipeti dari http://www.imranshamsir.com

ISU McDONALD'S





Dari JAKIM Tentang ISU McDONALD'S

Dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menggantung / menarik Sijil Pengesahan Halal yang telah diberikan kepada McDONALD'S / Mac Food Services (M) Sdn Bhd.

Sekian, terima kasih.

PENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT QBI PACKAGING SDN BHD



Dari JAKIM
JAKIM mengambil keputusan untuk MENARIKBALIK Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd berkuatkuasa 26 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.

Sekian, terima kasih.

slalu juga digunakan bila buat kuih raya, cth : Biskut makmur & biskut arab selalu guna ni

Thursday, August 12, 2010

myMetro | Sukar terima dalil

myMetro | Sukar terima dalil

2010/03/14 http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sukarterimadalil/Article/index_html
“BILA saya masuk blog ustaz, saya dapati semuanya haram, itu haram ini haram, naik pening kepala,” rungut seorang pelawat.
“Ustaz, elok berhati-hati menentukan hukum, usah sampai menutup rezeki orang, menzalimi orang, dosa tau,” kata seorang pedagang mata wang asing tegar.

“Selagi belum ada hukum haram yang jelas daripada badan berwajib, selagi itu harus bagi aku,” tegas ‘leader’ syarikat MLM.

“Ustaz, saya nasihat jangan la dengki dengan kami, kan elok jika senyap je, ini tidak, asyik menyusah dan memeningkan kami dengan penilaian ustaz,” kata seseorang lagi.

Inilah antara luahan dan ketidakpuasan hati beberapa individu dengan kandungan tulisan saya.

• ASAL HUKUM MUAMALAT ADALAH HARUS Memang benar, asal hukum bagi hal ehwal muamalat perniagaan dan jual-beli adalah harus sehingga dibuktikan ia haram.

Kerana itu, kajian saya sememangnya HANYA mencari sama ada wujud unsur haram atau tidak. Unsur harus tidak perlu dicari lagi kerana hukum asalnya memang harus selagi belum dibuktikan haram.

Justeru, tidak wajar saya tanya anda: “Apakah dalil urus niaga anda ini halal?” Kerana itu, saya tidak patut marah jika ada yang sambil mendengus meluru kepada saya lalu bertanya: “Mengapa ustaz kata ini haram?” Lalu menjadi tanggung jawab saya untuk menyatakan apakah unsur haram dan unsur yang boleh membawa kepada haram atau syubhah di dalam sesuatu perniagaan itu, menurut kajian dan ilmu yang saya miliki.

Saya akan menjawab persoalannya dengan jawapan dan dalil, namun secara ringkas disebabkan kekangan masa ada kalanya menghalang untuk saya menulis dan membentangkan semua hujah serta dalilnya.

Cuma saya mungkin tidak melayan sebarang persoalan apabila penyoal tidak beradab ketika ingin mendapatkan penjelasan ilmu atau soalannya berulang dan sudah dijelaskan sebelum ini.

Kemudian jika ada kesempatan masa, saya mungkin membaca maklum balas pihak sebelah sana yang berusaha mematikan setiap hujah dan dalil yang saya gunakan.

Malangnya, kebanyakan hujah diberi bukan dengan bimbingan ilmu dan akal sihat, tetapi dengan emosi atau kefahaman ilmu Fiqh Muamalat yang sangat pincang.

Jika hujahnya mematikan setiap hujah pokok dan dalil yang saya gunakan dengan baik, nescaya hukum urus niaga tadi akan kembali menjadi harus seperti asalnya. Saya juga pasti gembira jika ia harus dan halal, malah mungkin turut menyertainya.

Jika sebaliknya, saya mungkin memadam saja komentar serta ulasan emosi dan tiada nilai bagi mengelak kekeliruan di kalangan pembaca lain. Ibarat kereta baru sebelum dikeluarkan dari kilang, perlu dihujani pelbagai ujian demi memastikan ia selamat untuk dipandu.

Maka individu berpengajian syariah seperti saya dalam hal ini, ibarat tukang uji produk dan urus niaga kewangan dari sudut syariah, jika ia berjaya dan lulus, mari kita kempen kerana ia selamat digunakan.
Jika tiada saya dapati hujah balas yang logik dan kukuh, jika tidak haram sekalipun, paling kurang perniagaan, program, MLM, produk dan skim berkaitan akan duduk di tangga syubhah.

Tatkala itu, terpulang kepada pembaca untuk menggunakan akal, kemampuan memahami hujah saya dan bertanya kepada iman di dalam hati: “Siapa yang patut aku turuti.” Namun, tidak mudah untuk menyongsang arus wang yang masuk ke poket orang, saya masih ingat betapa ramainya orang tidak puas hati masuk ke blog saya dengan bahasa biadap dan kotor. Kebanyakannya dipadam tanpa siar dan baca.

• MAKLUM BALAS BIASA Biasanya hujah dan dalil saya tidak berbalas dengan sesuatu yang ilmiah tetapi dengan hal dan ayat yang tidak berkaitan serta langsung tidak boleh dijadikan hujah seperti: “Saya minta ustaz kaji dengan lebih halus,” “Ustaz tidak faham,” “Habis, ramai orang masuk ini, termasuk ustaz di Jabatan Fiqh sebuah universiti, takkan semua mereka tak tahu dan hanya ustaz seorang yang tahu,” “Ia sama dengan senarai yang dilulus oleh Suruhanjaya Sekuriti, apa ulasan ustaz,” dan banyak lagi.

Itulah ayat lazim maklum balas terhadap hujah permulaan saya, belum lagi dibawa hujah yang mungkin lebih berat dan teknikal.

Biasanya, tulisan yang saya sertakan adalah ulasan yang saya permudahkan sedaya mampu supaya mampu difahami, jika tidak mampu memahaminya baris demi baris, paling kurang pembaca dapat menangkap maksud utama secara umum.

Malangnya, ramai juga yang sebelum membaca sehingga habis setiap dalil dan ulasan, mereka terus bertempik marah dan merungut. Ada rakan saya berkata: “Kita nak tolong dia supaya selamat daripada riba, dosa dan azab alam barzakh sedaya mampu berlandaskan panduan ulama, kita pula dimarahi.” Namun itulah sunnah dalam mencegah kemungkaran dan mengajak kebaikan. Perjuangan sukar dianggap sebagai perjuangan tanpanya.

• KELUAR MULUT HARIMAU, MASUK MULUT BUAYA Tidak dinafikan ada juga yang berhujah tetapi ibarat kata pepatah: “Keluar mulut harimau, masuk mulut buaya.” Sebagai contoh dalam isu skim cepat kaya Internet.

Selepas saya berhujah dan kemudian difatwakan haram secara rasmi oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, pesertanya yang dulu terjebak kini mula sedar, namun akibat berterusan dalam tahap ilmu yang cetek, akhirnya mereka terus terpesona pula dengan beberapa skim lain.

Sedangkan ia juga skim cepat kaya dan piramid yang haram, cuma sekadar berubah nama dan sedikit bentuknya. Malangnya perubahan sebegitu pun tidak dapat mereka kenali dan akhirnya terus terperangkap di dalam mulut buaya, selepas terselamat dari mulut harimau.

Keadaan ini akan berterusan sehingga individu berkaitan melengkapkan dirinya dengan ilmu dan kesedaran yang cukup. Akhirnya ramai mendesak untuk saya mengulas lagi dan apabila saya menulis, sekali lagi individu sama meneruskan cercaan dan makiannya.

Sehingga ia bertemu pula skim lain yang boleh menggantikannya. Begitulah berterusan. Tidak mengapa, saya sudah lali dengan keadaan seperti itu dan setiap kali saya menulis sesuatu hukum berkaitan urus niaga baru, saya faham ia hanya pendapat peribadi saya, bukan fatwa dan ia tidak mengikat sesiapa.

Masing-masing boleh mengkaji dan membaca ulasan saya dan kemudian membuat penilaian sendiri. Kemudian, ia urusan anda dengan Allah SWT. Saya hanya cuba menggunakan sedikit ilmu kurniaan Allah SWT disulami dengan niat baik untuk menyelamatkan umat daripada dosa riba.

Itu tugas saya sebagai orang yang belajar, khalifah Allah di muka bumi dan juga sebagai ahli akademik. Saya tidak mahu menjadi ahli akademik yang hebat dengan kajian dan tulisan bertahap tinggi yang tidak mampu difahami oleh 90 peratus manusia, sedangkan ramai manusia di luar sana terbiar dalam kegelapan.

Saya berusaha menjadi ahli akademik yang mampu menyumbang kepada manusia ramai yang 90 peratus biar pun tulisan dan hasil kajian ini tidak sama sekali ditulis pada tahap tinggi ahli akademik, lagi tidak dipandang tinggi oleh 10 peratus ahli akademik yang asyik berfikiran tinggi. Dengan tulisan dan kajian saya, mungkin saya silap dan mungkin saya benar.

BERSAMBUNG MINGGU DEPAN

Madah Ilmuan

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Just to charge information

Indahnya Kata-kata

Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.

INgat2kan....Sekarang Bulan Ramadhan 1430 H

Total Pageviews