selalu bersama di Masjid Badlishah..
adakah ni yg terakhir...
untuk kita bersama..
berbuka beramai2 dan makan bersama..
mg2 tidak di sini sj..
"Sohabii fi UUM"
ukhwah fiillah Daiman..
InsyaALLAH..
"Seseorang Manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya"
ABSTARK
Tugasan individu bagi kursus pengurusan zakat ini adalah mengenai ayat-ayat Al -Qur’an dan Hadis yang berkaitan dengan pengurusan zakat. Rukum Islam yang ketiga ialah “zakat”. Allah Ta’ala mewajibkan ke atas tiap-tiap Muslim, apabila berlebih hartanya daripada nisab dan sampai haul (tahun)nya yang sempurna, supaya mengeluarkan zakatnya kepada orang fakir, atau miskin, atau orang musafir, atau orang yang mendapat petunjuk kepada agama Islam, atau orang berhutang, atau pada salah satu daripada jalan-jalan Allah’. Di antara hikmah membayar zakat adalah membersihkan jiwa manusia dari kikir, keburukan dan kerakusan terhadap harta, juga membantu kaum muslimin yang berada dalam keadaan kekurangan. Manakala azab yang pedih bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat sebagaimana firman Alloh subhanahu wa ta’ala :
"Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.".
Surah Al-Baqarah (ayat 83)
1.0 AYAT AL-QUR’AN MENGENAI ZAKAT
Dari Juzuk 10, Surah al-Tawbah ayat 34-35
Maksudnya:
34. Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih,
Setiap orang yang menyimpan emas dan perak
35. pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu."
RINGKASAN:
Dalam ayat yang terdahulu, Allah swt telah menerangkan bahawa kaum Yahudi dan Nasrani menjadikan orang alim dari kalangan rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah swt. Mereka juga diperintahkan supaya hanya menyembah satu Tuhan, akan tetapi mereka juga menyembah selain-Nya. Dalam ayat ini pula, Allah swt menerangkan tindakan buruk para pembesar agama itu dalam pergaulan mereka dengan manusia, supaya kaum muslimin dapat mengetahui hakikat keadaan mereka dan alasan yang mendorong mereka untuk memadamkan cahaya Allah swt. Allah swt menjelaskan, kebanyakan mereka sebenarnya adalah para hamba syahwat dan nafsu, tamak dan rakus terhadap harta manusia dengan cara yang batil. Apa yang mendorong mereka supaya menentang Islam, sebenarnya adalah disebabkan perasaan takut jika kehilangan kenikmatan dan syahwat.
Kemudian Allah swt mengancam orang yang bakhil menyimpan emas dan perak di dalam peti, tetapi tidak menafkahkan pada jalan kebaikan. Mereka akan menerima seksaan yang pedih di dalam neraka. Pada hari itu, harta benda yang disimpan akan dibakar sehingga menyala seperti neraka. Lalu dahi, pinggang dan punggung mereka dibakar dengannya, sambil dikatakan kepada mereka, “Inilah balasan terhadap perbuatan kamu di dunia. Kamu telah menyekat harta supaya tidak dapat dimakan oleh fakir miskin, kerana kamu mahu menikmatinya sendiri. Sudah pasti, balasan kamu ialah harta itu menjadi bencana besar yanga menimpa kamu. Pinggang dan punggung kamu dibakar dengannya, sehingga ia tidak memberi sebarang manfaat untuk agama mahupun dunia kamu.”
HURAIAN:
34.b) “..Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih, Setiap orang yang menyimpan emas dan perak”
Setiap orang yang menyimpan emas dan perak, tetapi tidak mengeluarkan hak-hak yang wajib daripada kedua-duanya, sama ada dia dari kalngana para pendeta aatau alim ulama atau kaum muslimin, hendaklah diberitahu kepada mereka iaitu mreka akan meneriam azab yang sangat pedih. Perkara ini dikuatkan oleh sebuah riwayat iaitu Yazib Ibn Wahb berkata, ”Aku menemui Abu Dhar di Rabazah (sebuah tempat yang terletak di anatara Makkah dan Madinah): lalu bertanya, ya Abu Dhar, apakah yang mendorong kamu untuk singgah di negeri ini?” Beliau menjawab, ”Aku pernah berada di Syam dan membaca ayat wal ladhina yaknizuna al-dhahaba wal fiddah (dan orang yang menyimpan emas dan perak).” Mua’wiyah berpendapat bahawa ayat ini hanya diturunkan kepada Ahli Kitab. Sedangkan menurut aku, ayat itu berkaitan antara kita dan meereka iaitu perkara ini menjadikan aku dan Mua’wiyah saling benci mebenci. Kemudian, ’Uthamna r.a mengirimkan
Maksud wala yunfiqunaha fi sabilillah, ialah mereka tidak mengeluarkan zakatnya, Kemudian Malik dan Shafi’iy telah meriwayatkan daripada Ibn ’Umar:
“Zakat yang dikeluarkan bukanlah harta simpanan, meskipun ia berada di bawah tujuh lapis bumi. Sementara sesuatu yang tidak dikeluarkan zakatnya ia merupakan harta simpanan, meskipun ia nampak di permukaan”
Ibn ’Adiy dan Khatib ada meriwayatkan daripada Jabir r.a iaitu Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
”Segala jenis harta yang zakatnya dikeluarkan bukan dinamakan harta simpanan.”
Ibn Abu Shaybah, Abu Dawud dan Hakim meriwayatkan daripada ’Abbas:
“Ketika ayat ini diturunkan : wal ladhina yaknizuna al-dhahaba wal fiddah ia terasa berat oleh kaum muslimin. Mereka berkata, ”Tidak ada seorang pun dikalangan kita yang sanggup melaksanakannya. Tidak adakah harta yang ditinggalkan oleh seseorang untuk anaknya selepas dia mati?”. “Umar r.a berkata, “Aku akan melapangkan kesempitan kamu.” “ Umar r.a berangkat diikuti Thawban untuk menemui Nabi s.a.w, lalu berkata, ”Wahai Nabi Alah, sesunggunya ayat ini telah membuatkan para sahabat tuan berasa berat. “Baginda bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah s.a.w tidak mewajibkan zakat kecuali untuk membersihkan baki harta kamu; dan kewajipan membahagikan harta warisan sebenarnya daripada baki harta yang kamu tinggalkan.”
Lalu, ‘Umar r.a mengucapkan takbir. Kemudian, nabi s.a.w bersabda kepada ‘Umar r.a yang bermaksud:
”Mahukah kamu aku beritahu tentang sebaik-baik perbendaharaan yang disimpan oeh manusia? Ia adalah isteri solehah, yang apabila suaminya melihatnya, maka dia akan membuatkannya senang; apabia si suami menyuruhnya dia akan mentaatinya; dan apabila dia ditinggal pergi, dia akan menjaganya (diri dan harta suaminya)”.
35.a) “ pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka jahannam..”
Beritahukanlah mereka azab yang amat pedih yang akan menimpa mereka dan pada hari tersebut harta itu turut dibakar di dalam neraka jahanam. Maksudnya harta simpanan itu diletakkan, lalu dibakar oleh api neraka yang menyala, sehingga menjadi api.
Ayat tersebut menunjukkan, bahawa harta benda iaitu benar-benar dibakar, dan Allah s.w.t Maha Kuasa untuk mengembalikannya kepada keadaan sebelumnya. Kita tidak mengetahui keadaan gambar perkara akhirat yang sebenar yang termasuk dalam alam ghaib itu. Oleh itu kita perlu mengembalikan segala perkara kepada Allah Yang Maha Mengetahui alam ghaib; kewajipan kita hanya mengambil pengajaran daripadanya supaya dapat memperbaiki jiwa dan akhlak.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurayrah r.a secara marfu’ yang bermaksud;
“Tiada seorang pun yang tidak mengeluarkan zakat hartanya kecuali pada hari kiamat kelak, harta tersebut dijadikan batu gosok dari api yang akan menyelarkan rusuk dahi dan punggungnya”.
Sebuah hadith diriwayatkan juga daripadanya yang bermaksud;
“Sesiapa yang diberi harta oleh Allah s.w.t., kemudian dia tidak mengeluarkan zakatnya, seekor ular jantan yang besar yang mempunyai dua buah sepit dijadikan untuknya. Ular itu menjadi kalungnya pada hari kiamat, kemudian membawanya dengan kedua-dua rahangnya (dua tulang yang menonjol di bawah dua telinga), seraya berkata, ”Aku hartamu; aku harta simpannamu, ” kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat 180 daripada surah Ali ’Imran. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan di leher mereka pada hari kiamat kelak)”.
Oleh itu, manfaat harta yang disimpan untuk kepentingan kamu sendiri tanpa seorang pun ikut menikmatinya, yang kamu sangka akan kamu rasakan itu ternyata terbalik menjadi bahaya bagi kamu. Di dunia, harta simpanan itu akan menjadi milik orang selain kamu; sedangkan di akhirat keak ia akan menjadi azab bagi kamu selama-lamanya. (Ahmad Mustafa Al-Maraghy, 2001).
2.0 HADIS BERKAITAN ZAKAT
36.
Ertinya:
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin,
1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.
3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".
Hadis Riwayat Ibnu Majah
KETERANGAN :
Hadis di atas menerangkan bahawa:
· Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.
· Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.
· Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.
· Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.
· Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukumhukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.
Dikatakan barangsiapa menegahkan 5 perkara, ditegah Allah Ta’ala akan 5 perkara:
1. Barangsiapa menegahkan zakat, ditegah Allah Ta’ala daripadanya akan terpelihara hartanya.
2. Barangsiapa menegahkan sedekah, ditegahkan Allah daripadanya akan afi’at
3. Barangsiapa menegahkan ’usyur, yakni zakat tumbuh-tumbuhan, ditegahkan daripadanya akan berkat pada buahnya.
4. Barangsiapa menegahkan doa’, ditegahkannya daripada perkenaannya.
5. Barangsiapa memudahkana denhan sembahyang dan meringankan dia, ditegahkan dia tatkala mati daripada berkata Laa Ilaaha Illallah. (Asy-Syeikh ’Ali Bin ’Abdul Rahman Al-Kalantani, 2005).
1203. Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Agama Islam itu didirikan atas
1204. Dari Thalhah bin Ubaidullah bin Usman bin 'Amr bin Ka'ab at-Taimi r.a., katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. iaitu dari penduduk Najad, teruraikan rambut kepalanya, kita dapat mendengarkan dengungan suaranya, tetapi tidak dapat kita fahami apa yang diucapkan olehnya itu, sehingga ia mendekat kepada Rasuluilah s.a.w. Tiba-tiba orang tersebut menanyakan perihal Agama Islam. Rasulullah s.a.w. lalu bersabda yang bermaksud:
"Iaitu
Rasulullah s.a.w. lalu menyambung sabdanya: "Dan berpuasa dalam bulan Ramadhan." Orang itu bertanya: "Apakah tidak ada kewajiban lain selain itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Tidak, melainkan kalau engkau hendak beribadat sunnah."
Thalhah berkata: "Rasulullah s.a.w. lalu menyebutkan kepada orang itu perihal zakat, lalu orang itu bertanya: "Apakah tidak ada kewajiban lain atas diriku selain itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Tidak ada, melainkan kalau engkau hendak beribadat sunnah."
Orang itu lalu menyingkir dan ia berkata: "Demi Allah, saya tidak akan menambah dari kewajiban-kewajiban itu dan tidak pula akan saya kurangi." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Orang itu akan berbahagia jikalau ia benar kata-katanya." (Muttafaq'alaih)
1205. Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. mengutus Mu'az r.a. ke Yaman, lalu beliau s.a.w. bersabda:
"Ajaklah mereka itu untuk bersyahadat bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa saya adalah pesuruh Allah. Jikalau mereka sudah mentaati untuk melakukan itu, maka beritahukanlah kepada mereka bahawasanya Allah mewajibkan atas mereka itu
3.0 KESIMPULAN
Zakat yang membawa erti tumbuh, subur, berkembang, bersih dan suci akan berkembang dan tertanam di dalam fikiran seseorang sebagaimana kehendak Allah, bahawa engkau tidak mengeluarkan belanja mata-benda, sedikit atau banyaknya, dalam usaha membantu saudaramu kerana menuntut keredaan Allah, melainkan belanja tersebut akan kembali semula kepadamu dengan keteguhan dan kekuatan hatimu dan dengan kejernihan sifat-sifat akhlaqmu juga kebersihan tingkah-lakumu seluruhnya. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Ambillah sedekah dari sebahagian harta benda mereka, untuk memberikan serta menyucikan hati mereka." (at-Tawbah: 103)
4.0 RUJUKAN
Ahmad Mustafa Al-Maraghy (2001). Tafsir Al-Maraghiy. Terjemahan Muhammad Thalib.
Asy-Syeikh ’Ali Bin ’Abdul Rahman Al-Kalantani ( 2005). Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub. Al-Hidayah Publisher
Ibnu Hajar Al Asqalani (2007). Fathul Baar. Penjelasan Shahih Al-Bukhari (Buku 14) Pustaka Azzam
Senarai ayat-ayat al-Qur’an yang menceritakan mengenai zakat
Bil | Surah | Juzuk: Ayat |
| Al-Baqarah | 2 : 43 |
| Al-Baqarah | 2 : 83 |
| Al-Baqarah | 2 : 110 |
| Al-Baqarah | 2 : 177 |
| Al-Baqarah | 2 : 180 |
| Al-Baqarah | 2 : 267 |
| Al-Baqarah | 2 : 277 |
| Al-Baqarah | 2 : 279 |
| Al-Baqarah | 2 : 215 |
| Al-Baqarah | 2 : 254 |
| Ali ‘Imran | 3 : 92 |
| Ali ‘Imran | 3 : 134 |
| Ali ‘Imran | 3 : 180 |
| Ali ‘Imran | 3 : 217 |
| An-Nisaa | 4 : 37 |
| An-Nisaa | 4 : 62 |
| An-Nisaa | 4 : 77 |
| Al-Maa’idah | 5 : 12 |
| Al-Maa’idah | 5 : 55 |
| Al-An’aam | 6 : 141 |
| Al-A’raf | 7 : 77 |
| Al-A’raf | 7 : 156 |
| Al-Anfal | 8 : 3 |
| At-Tawbah | 9 : 11 |
| At-Tawbah | 9 : 18 |
| At-Tawbah | 9 : 34 |
| At-Tawbah | 9 : 35 |
| At-Tawbah | 9 : 58 |
| At-Tawbah | 9 : 60 |
| At-Tawbah | 9 : 77 |
| At-Tawbah | 9 : 103 |
| At-Tawbah | 9 : 104 |
| Ibrahim | 14 : 31 |
| Ibrahim | 14 : 141 |
| Maryam | 19 : 31 |
| Maryam | 19 : 55 |
| Al-Anbiya | 21 : 47 |
| Al-Anbiya | 21 : 73 |
| Al-Hajj | 22 : 35 |
| Al-Hajj | 22 : 41 |
| Al-Hajj | 22 : 78 |
| Al-Mu’minuum | 23 : 10 |
| Al-Mu’minuum | 23 : 11 |
| An-Nuur | 24 : 22 |
| An-Nuur | 24 : 24 |
| An-Nuur | 24 : 33 |
| An-Nuur | 24 : 37 |
| An-Nuur | 24 : 38 |
| An-Nuur | 24 : 56 |
| Al-Furqan | 25 : 67 |
| An-Naml | 27 : 3 |
| Al-Qasas | 28 : 54 |
| Ar-Ruum | 30 : 38 |
| Ar-Ruum | 30 : 39 |
| Luqman | 31 : 4 |
| As-Sajdah | 32 : 4 |
| As-Sajdah | 32 : 16 |
| Al-Ahzab | 33 : 33 |
| Al-Ahzab | 33 : 35 |
| | 34 : 39 |
| Fatir | 35 : 29 |
| Yassin | 36 : 47 |
| Fussilat | 41 : 7 |
| Asy-Syura | 42 : 38 |
| Muhammad | 47 : 37 |
| Az-Zariyat | 51 : 19 |
| Al-Hadid | 57 : 7 |
| Al-Hadid | 57 : 10 |
| Al-Hadid | 57 : 18 |
| Al-Mujadilah | 58 : 13 |
| Al-Hasyr | 59 : 7 |
| Al-Munafiqun | 63 : 10 |
| Al-Ma’arij | 70 : 18 |
| Al-Ma’arij | 70 : 24 |
| Al-Ma’arij | 70 : 25 |
| Al-Muzzamil | 73 : 20 |
| Al-Lail | 92 : 5 |
| Al-Lail | 92 : 8 |
| Al-Lail | 92 : 18 |
| Al-Bayyinah | 98 : 5 |
| Al-Adiyat | 100 : 8 |
| Al-Maa’nun | 107 : 7 |
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...
Just to charge information