Search This Blog

Friday, October 24, 2008

Nilai Wang !

Nilai mata wang hanya sekeping kertas dan akan ada turun naik.
tidak menentu kedudukannya.
tidak seperti alat2 pengukir yang lain.
anehnya, sejak sekian lama manusia tidak dapat menyediakan wang nilai dengan stabil.
berlain dengan emas, yg mempunyai nilai yg sama dan penurunan yg berlaku jatuh mendadak.

kesan riba terhadap semua orang bukan sahaja yg menggunakan ttpi juga orang sekeliling.
memburukkan masalah penguguran. golongan kapitalis enggan melabur sekiranya kadar pulangan pelaburan adalah lebih rendah dari kadar faedah (riba) semasa. contohnya kadar keuntungan 3% tapi kena bayar faedah 4%. jadi projek yg dibuat menjadi tidak proaktif dimana pelabur tidak akan melabur dalam aktiviti itu. kesannya sumber2 kawasan itu akan dibiarkan tanpa diusahakan.

riba juga boleh menyebabkan kemelesatan ekonomi bertambah kronik.
ia menyebabkan bertambah buruk kes penguguran dan pembahagian kekayaan yg tidak adil kepada masyarakat. bagaimana akan berlaku pada golongan yg tidak berkemampuan dan berpendapatan rendah, semakin susah mereka. semakin kuat bekerja, semakin banyak mencari, semakin tiada duit, semakin hidup kesempatan. keperluan hidup tidak mampu menampung kehidupan sekarang. pengimbangan nilai harga sekarang tidak menentu..

sedarlah kita semua..kekayaan itu adalah hak milik ALLAH. manusia hanyalah sebagai pemegang amanah untuk menjaga harta tersebut.

berkait tentang isu riba yang tidak akan ada jalan penyelesaiannya.
manusia di Bumi ini akan berhadapan dengan riba,
walau sekecil2 mana pun.

menyambung tentang PTPTN

PTPTN sejak awal diperkenalkan, isu caj perkhidmatan ini sememangnya tidak sunyi daripada polemik perdebatan di kalangan massa. Isu ini kembali menjadi tumpuan lebih-lebih lagi ketika kerajaan dilihat begitu serius dalam usaha memperhebatkan perkembangan sistem kewangan dan perbankan Islam di negara ini. Pelbagai kempen yang dijalankan tampak semakin berjaya meningkatkan kesedaran rakyat mengenai halal haram dalam urusniaga muamalah khususnya berkaitan riba.


Sememangnya pembangunan sistem alternatif yang bebas riba amat bertepatan dengan amaran Allah S.W.T.: “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman. Jika tidak, Allah dan RasulNya mengisytiharkan perang terhadap kamu. Dan jika kamu bertaubat, maka bagimu pokok hartamu, agar kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”. (Al-Baqarah:278).


Kecelakaan riba ini turut ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. yang mengingatkan dalam satu hadis: “Riba mempunyai 72 pintu. Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seseorang lelaki berzina dengan ibunya sendiri.” (At-Tabrani, 7/158; Riwayat Al-Hakim).


Demikianlah bahana riba yang dikategorikan sebagai dosa besar yang bukan sahaja diumpamakan seperti berzina dengan ibu kandung sendiri malah lebih parah lagi sehinggakan Allah dan RasulNya mengisytiharkan perang terhadap pengamalnya.


Sebab itulah dalam konteks urusniaga kewangan semasa, ulama banyak memperincikan garis panduan berasaskan prinsip syarak dalam memastikan urusan muamalah umat benar-benar bebas daripada unsur-unsur riba yang diharamkan.


Salah satu bentuk riba yang jelas diharamkan oleh Islam ialah riba yang terkait dengan amalan memberi hutang atau dinamakan sebagai Riba Al-Qard atau Riba Al-Duyun. Dalam konteks ini, syariat jelas memperincikan bahawa hutang atau pinjaman tidak boleh dikenakan sebarang caj tambahan sama ada bersifat faedah mahupun perkhidmatan. Prinsip ini turut dipertegaskan dalam satu hadis: “Setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat bagi pemberi pinjaman maka ia adalah riba”.


Majlis fatwa antarabangsa yang mengawal selia operasi sistem kewangan Islam seperti AAOIFI menyataka bahawa, “semua faedah atau lebihan (daripada jumlah yang dipinjam) yang dipersetujui atau disyaratkan di dalam kontrak atau akad pinjaman dibuat pada awal kontrak ataupun dikenakan ketika kelewatan membayar balik pinjaman sama ada dalam bentuk wang, barangan atau apa-apa manfaat lain dilarang dan adalah riba”.


Berkenaan dengan kos perkhidmatan pula, Majlis Syariah AAOIFI dan Majlis Fiqh Sedunia di bawah OIC (Persidangan Negara-negara Islam), mengeluarkan resolusi yang jelas dengan menyatakan bahawa caj bagi perkhidmatan hanya dibolehkan dengan syarat ia adalah kos sebenar pengurusan teknikal sahaja. Manakala caj yang dikenakan melebihi kos sebenar adalah haram.


Ini bermakna sebarang caj yang dikenakan mestilah berasaskan kos pengurusan yang sebenar dan bukannya sekadar meletakkan peratusan seperti 1 peratus, 2 peratus ataupun 3 peratus daripada jumlah pinjaman. Inilah yang dikatakan riba kerana manfaat diperoleh daripada nilai hutang yang diberikan dan bukannya berasaskan kos pengurusan sebenar.


Sebaliknya yang dibenarkan oleh Majlis Fatwa OIC tadi ialah apabila caj dikenakan berasaskan kos pengurusan sebenar tanpa terikat kepada nilai hutang peminjam. Sebagai contoh, sekiranya kos pengurusan sebenar (termasuk kos dokumentasi, peguam, cukai setem dan lain-lain) bagi setiap transaksi adalah sebanyak RM600. Maka caj tersebut boleh dikenakan kepada peminjam tanpa mengira jumlah atau nilai hutang yang diberikan.


Demikianlah perincian yang dilakukan oleh para ulama dalam memperhalusi isu riba dalam urusniaga kewangan khususnya dalam aspek pemberian pinjaman yang sudah menjadi asam garam kehidupan hari ini. Apa yang penting elemen riba tidak boleh dikompromi sama sekali dalam upaya mencari jalan keluar bagi mempermudahkan urusan kehidupan masyarakat.



Hukum Caj PTPTN


Sebelum ini saya telah menulis fatwa ulama Islam berkenaan hukum caj perkhidmatan dalam pinjaman jenis begini di sekitar tahun 2006 yang lalu. Kesimpulannya, kaedah caj perkhidmatan yang dilaksanakan dengan mengenakan peratusan terhadap jumlah pinjaman yang diberi adalah bukan caj perkhidmatan yang diiktiraf di sisi Islam dan ia adalah Riba yang haram di sisi Shariah. Sila baca berkenaannya di sini Hukum Caj Perkhidmatan PTPTN


Umum juga telah mengetahui bahawa pihak PTPTN sebenarnya meminjam duit dari dana KWSP dengan kadar faedah 5 % (ini juga adalah riba yang diharamkan), lalu apa yang dikenakan oleh PTPTN kepada pelajar iaitu 3 % dikira agak rendah, ini adalah hasil subsidi sebanyak 2 % yang diberikan oleh kerajaan. Namun, riba tetap haram samada banyak atau sedikit, samada redha atau tidak, ia tetap riba yang diharamkan.


Justeru, disebabkan keputusan untuk mengabaikan permintaan pelbagai pihak untuk menghapuskan caj PTPTN masih belum dimuktamadkan, kita berharap lebih banyak pihak termasuk NGO di Negara kita sudi membantu para pelajar Malaysia dengan mendesak pihak berwajib dan berbincang agar caj perkhidmatan tersebut dapat dihapuskan.


Ia amat penting kerana mengelak riba serta merupakan tanggung jawab sosial kerajaan yang sebelum ini mewarwarkan ingin meningkatkan pembangunan manusia.

(http://www.zaharuddin.net)

Madah Ilmuan

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Just to charge information

Indahnya Kata-kata

Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.

INgat2kan....Sekarang Bulan Ramadhan 1430 H

Total Pageviews