Search This Blog

Showing posts with label pratikum. Show all posts
Showing posts with label pratikum. Show all posts

Wednesday, April 15, 2009

SETIAP PERMULAAN ADA PERAKHIRAN





































Alhamdulillah..selesai juga perjalanan pratikum di Kolej komuniti Pasir Gudang.
Dengan berkat keizinan dari Allah, tempoh mencecah 4 bulan berakhir. Berakhirnya bukan dengan sia2 tapi mempunyai hasil. TErima Kasih Warga KKPG 2008/2009

Tuesday, February 17, 2009

Lokasi dalam Office

Dari arah hadapan kiri bg pegawai perhubungan awam, merangkap PA. Tepi bahagia pegawai juruteknik

terdapat dua bahagia yang membezakan antara unit kewanagan dan pentadbiran

Depan pentadbiran dan belakang kewangan


behind location of financial


SELAMAT BERTUGAS:D


Monday, February 16, 2009

Apa yang Mampu..

Salam Kebahagia dan Salam ketenangan buat jiwa-jiwa yang tenang..
Buat Sahabat yang masih meneruskan sesi pratikum, Selamat meneruskannya, sudah 2 bulan berada dalam organisasi. Apakah yang mampu kita pelajari, menerima sesuatu yang baru untuk membina kejaya. Alam pekerjaan memang berbeza dengan alam pembelajaran peringkat Akademik. Mana tidaknya, andai kita berada di Universiti kita seorang berbeza indentiti, kita boleh bergerak bebas tanpa orang yang mengawal (namun kita punya hati pemikiran untuk mengawal baik dan buruk).
Berbeza kehidupan di dalam pejabat dan orang yang berada di bawah yang dipertanggungjawab. Kita mesti mengikuti arahan yang dikelauarkan, kita perlu menjaga hati orang yang lebih atas pada kita, kita sentiasa dikawal,
Alkisah cerita kawan2 sepejabat di sini, semuanya mengikuti arahan. Dalam pejabat bahagai Pentabiran Am dan Kewangan ini terdapat 3 orang bahagia pentadbiran yang berkhidmat dalam bahagia perkhidmatan. Contohnya yang menyelia mengenai cuti, mengenai pegawai atau staf yang baru masuk, mengenai perjalanan kenderaan, mengenai pervefikasi stor (keluar masuk barangan dan mengorder barangan). mengenai jawatan2 yang kosong untuk diisi, menyediakan kew 8 dan banyak lagi. sekecil2 perkara apabila berlaku selalu dirujuk dengan perkeliling http://jpa.gov.my/
Bergerak bersama dengan pentadbiran untuk perkhidmatan ialah kewangan. Unit kewangan amat lah di ambil berat dan selalu menjadi rujukan hujung bulan. perkhidmatan yang diselai mengenai gaji setiap pegawai dan staf. Mana-mana yang ingin membuat tuntutan perjalanan dan tuntutan elaun lebih masa. Lebih kurang mana2 yang melibatkan duit, pitis akan berhubung dengan kewangan.. Banyak juga yang dpelajari dalam bahagian ini. Terutama mengenai gaji. Pegawai di sini yang menggunakan gred gaji untuk memgetahui tahap gaji....
tapiyang sebenarnya, bukan di KKPG sahaja tapi semua warga yang menjawat jawatan kerajaan akan menggunakan skim gaji yang sana. Kod @ Skim gaji ini bergantung kepada pekeliling yang telah dikelauarkan oleh kerajaan Malaysia.
Unit Kewangan menpegaruhi semua kehidupan staf atau pegawai, sebabnya ia melibatkan gaji atau duit atau gaji atau elaun dan apa-apa rupa bentuk yang melibatkan duit masuk. Ketika menjalani pratikum di KKPG, kebanyakan yang dipelajari mengenai kewangan adalah baucar. Terdapat banyak baucar yang dikeluarkan dan masuk. Antaranya baucar pembayaran tuntutan, baucar bayaran tanpa invois seperti bayar elaun kepada pelajar latihan Industri, bayaran baucar pesanan tempatan seperti membuat bayaran mengenai perkhidmatan masakan atau minuman majlis dsb. bayaran baucar tuntutan seperti pensyarah yang melakukan tugas diluar dalam waktu kerja atau kerana urusan kerja boleh membuat tuntutan makanan atau penginapan atau kenderaan. dsbnya.
Ini antara dua bidang tugas yang ditugaskan semasa pratikum.

Tuesday, February 10, 2009

~Majlis di rai..~

Salam meraikan staf yang akan bertukar kerja untuk menjadi seorang pekerja tetap. Puan Normala atau lebih mesra dengan k.Mala. Beliau sebelum ini bekerja dengan status Pekerja Khidmat Singkat (PKS). Tetapi setelah berjaya dalam pemohonan yang ditunggu begitu lama hampir 4 tahun akhirnya berjaya jua..TAHNIAH!!
Kesabaran yang dilalui untuk mendapatkan pekerja yang tetap dan beroperasi dalam Khidmat kerajaan amatlah diharap2kan.
Ini kerana terdapat banyak kelebihan, terutama dalam ekonomi yang sedang mengalami masalah sekarang ini. Jadi bersyukurlah apa yang kita ada sekarang. dan mana2 yang sedang memohon, bersabar dan berusaha jua.


dr tepi k.Anis (org Trganu bhgian ICT), k.Mala yg ketiga dari tepi (yg akan berpindah ke JPN), K.Ara, k.As, K.Su (3 org bahagian kewangan), K.Lin (merangkap P.A Pengarah) Puan Nasrah (merangkap penyelia/ EO), dan K. Azlina (Pembantu Tadbir K/O-tp banyak kerja service dia kena buat)









Friday, January 23, 2009

Cuti Untuk Rehat?





Salam Budiman dan Selamat Berbahagia Sahabat2 semua..

Selamat Berhujung minggu dan selamat berehat

walaupum kita sebagai orang Melayu beragama Islam tidak meraya hari raya Cina tetapi kita sama2 bercuti dan memeriahkan hari cuti Raya Cina bagi masyarakat Cina. Lebih2 lagi di Malaysia kita bermasyarakat majmuk dan berbilang bangsa.

Di kesempatan ini juga masyarakat warga kampus akan bercuti semester.

Emm..gembira:)

Tetapi apa yang kita gembira ye..

kerna kita akan bercuti dari bebanan kerja buat sementara waktu
kita tidak perlu perlu bergegas ke tempat kerja di awal pagi.
kita tidak perlu melalui jalan sesak yang di penuhi kereta ke tempat kerja

dan kita boleh berasama-sama keluarga dan adik beradik.

dan kita boleh bercuti
dan kita boleh berjumpa kawan2
dll..so on...
Namun begitu dalam gembira jaga lupa diri
Buat tetapan kawan pratikum..
Dah mula buat laporan k?

Kalau dah tu, boleh lah kita berbincang pasal projek yang bakal di buat dalam company tersebut.

Benda ini pun penting juga, perlu disiapkan dan dihantar.

jadi jangan lupa untuk menyiapkannya.: Smoga Dalam Redha Allah semuanya.

Wednesday, January 14, 2009

Kolej KKPG ?

Kolej Komuniti Pasir Gudang ( KKPG) yang masih belum ditukar nama.


KOlej KOMUNITI PASIR GUDANG, yang dulu di manakan Kolej Komuniti Tebrau




KOlej Komuniti Kolej Untuk komuniti Setempat. KKPG mempunyai cawangan di Tanjung Pia. Iaitu Kolej Komuniti Tanjung Pia. Di KKPG terdapat 4 kursus..

Monday, January 12, 2009

Masa amat Berharga

kembali mengingati kawan2 semasa belajar
Mengenal di mana Universiti, rasa lelah dengan tugasan dan prgm dan dan,,, banyak dan
ragam hidup berbeza dengan kerja.
"On time must to do"
But must settle, don't tangguh2, dan satu lagi kerja kena cermat. cermat di sini prihatin dengan suasana setempat. kadang2 kerja tak ada depan kita tapi belakang ada.
Contoh la kan,
Bagaimana kita hdk berhadapan dengan hidup jika asyik bertangguh,
dari kerja yang sedikit akan jadi banyak, dan makin banyak.
akhirnya bawa rasa tension, fed up dan entah pe2 la perasaannya.
geram pun ada.

Ada satu kisah dekat tepi ni..
kerja pentadbiran dalam struktur kerajaan tidak lah banyak kerjanya, tapi bila ada sifat dan peal malas ni maka telah berlakulah kerja yang banyak..
fail bertingkat2 tersusun nak kena siap dalam waktu ni juga, al-maklum pengarah @ bos nak tengok baru la terkejar2 kena buat. ada la yang over time nye..
sampai pukul 7 merangkap pukul 8 malam baru balik.

Dan yang berlaku dekat sini, certa la ni kan..Kebanyakkan yang berkerja di sini iaitu bahagian pentadbiran adalah mata gaji mereka Gred N17/w17. yang memohon kerja menggunakkan Sijil,SPM, dll. Maka bagi mereka yang bersemangat nak tingkatkan diri akan belajar PJJ. itu adalah kerna nak naikkan mata gaji.
dan kisahnya, ada staf di sini yang telah berjaya menamatkan pembelajarannya dan memohon KPLI. dan alhmdulillah, dia telah berjaya masuk KPLI.
Setelah itu, dia diminta untulk menyiapkan kerja-kerjanya dalam bahgian tersebut. Banyak kerja yang terbengkalai. Ditamabah pula dengan diri yang tak sihat kerna pembawakan anak.
Bagus semangat juangnya untuk menuntut ilmu itu, tetapi bila kita mebuat kerja dengan tidak bersungguh-sungguh juga akan berlakulah ketidakstabilan hidup.
Not accountability. So, that way the Institution ......But not all.
To settle the problem, some one take over her duty.

Moral of the story: Jangan Tangguh2
Serta buat insan yang menulis ini juga.(,')

Wednesday, January 07, 2009

Motif Sebenar

Salam Pertemuan baru bagi lebaran kehidupan hari ini.


Adakah semakin ceria kawan2 semua. Alhamdulillah, kita bekesempatan untuk menikmati bkehidupan ini dengan sebaik mungkin. Tapi diri kita juga mesti kembali kepada fitrah alam ini, ada gembira dan ada kesedihan. Dalam kita ceria ada sahabat2 kita seagama di Palestin yang mengalami tekanan kekejaman dari Israel. Keperitan dan kesedihan mereka tidak kita rasai, tetapi ketahuilah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Marilah kita sama2 berdoa semoga kekajaman itu redha dan umat Islam tabah menghadapi dugaan yang Allah turunkan. Sesungguhnya ada hikmah terhadap setiap apa ynag teerjadi. ALLAH MAHA BERKUASA DALAM MELAKSANAKANNYA>



Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,

Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,Goncangkan pendirian mereka,

Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada merekaWahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,

Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,

Ya Allah,

Ya Allah,

Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Amien…!

MAi la sama2 kita memohon kepada Allah supaya setiap yang zalim itu akan dibalas dengan kejahatan juga.

Hakikat kehidupan, kejadian manusia dicipta oleh ALLAH untuk melakukan ibadah. Motif kejadian manusia untuk melakukan ibadah, melaksanakan perkara yang makruf dan meninggalkan yang mungkar.?

Bagaimana hari ini? Tepuk dada tanya iman masing2. Setakat hari ini sekilo mana? seberat mana? amalan kita dalam melaksanakan suruhan ALLAH s.w.t.

Friday, January 02, 2009

Keikhlasan

  • Perjalanan hidup diteruskan hari demi hari. Bermula dengan kosong, tidak ada ap-apa yang tahu kepada tahu dan mengeanal tentang hidup. Tetapi setakat mana yang kita ketahui? Sejauh man fahaman kita? Demi untuk menjawab persoalan itu kita mesti lah belajar.
Belajar tentang kehidupan. Hidup mesti CERIA, bagi mendapat semangat. Ceraikan hari-hari baru di tahun baru dengan perasaan CERIA dan BERSEMANGAT. SEMANGAT membina kehidupan yang baru dan meniti hidup dengan mendapatkan keredhaan daripada ALLAH.
Masalah yang berlaku kita tidak ceria meniti kehidupan di muka bumi ALLAH ini berpunca dari dalam diri kita. Kita tidak mahu untuk membuka mata hati kita untuk CERIA. bina keyakinan untuk bergerak dengan ceria dengan menanam nbiat yang baik dan ikhlas dalam setiap amalan dan aktiviti yang kita laksanakan. Bilaman kita berada sekalip[un, bila kita melaksanakan sesuatu perkara dengan ikhlas, INSYAALLAH, kita akan rasa bahagia dan selesa. Hati rasa senang dan kita pun gembira, orngf sekeliling kita pun gembira.
Jangan biarkan diri kita mempengaruhi suasana yang tidak selesa dan gundah gelana.
  • SENYUMlah untuk CERIA.
SENYUMAN itu ADALAH SEDEKAH. tidak luak jika kita memberi SENYUMAN.
BIArkanlah bagi mereka yang tidak suka senyum dan membalas senyuman itu, jangan berfikiran negatif terhadap mereka. Mungkin gaya mereka susuah untuk senyum. kita pula boleh jer...:). Sabar pun kena banyak bertahan juga.
  • Dalam alam pratikum nii...banyak perkara kena belajar, hati budi orang yang berlaianan persaan,, otak permikiran yang ke kiri dan ke kanan, ke tengah, ke depan dsbnya. Orang yrabg berpangkat tinggi, berendah, bersosial, bergelak ketawa, berharmoni, berdiam dan sebaginya gelagat..
puncanya Allah S.W.T yang menciptaka makhluk di muka bumni ini berbeza-beza. tidak akan ada sama.
  • Jadi kita cuba lah pelajari semampu kita, berdamai dengan yang sepatutnya, beradab dengan setempatnya, ber akhlak dengan sesopan santun, berkomnunikasi selancar yang perlu, berdiam diri semampu perkara serta bersemuka dalam yang had.
Ragam ? gelagat tidaka akan ada persamaan di antara kita. perlukan ketahanan dan kesabaran dan kepandaian serta kecergasaN bertindak balas dengan suasan yangv didepani.
Hidup perlu diteruskan dengan amalan yang baik dan ikhlas dalam setiap l;angkah yang dihulur.
kita tidak dapat lari dari kritikan Mka bersedialah diri untuk menerima kkritikan.
Majukan DIRI dengan PERTAHANAN AYAT2 SUCI AL-QUR'AN..tenangkan hati dengan zikrullaH..
  • insyaallah..MAMPU= boleh BERHADAPAN dengan hati yang senang. jiwa yan g tenang dan muka yang CERIA").

Tuesday, December 30, 2008

Perlu perubahan??






Salam Maal Hijrah 1430H

emm..tut..tut.. dah masuk tahun baru hijrah dan beberapa hari lagi akan masuk tahun baru masihi pula..

tapi apa kesan kepada diri kita bg makhluk yang bergel;ar insan yang lemah ini. bertambah waktu..semakin meningkat usia.

berlaku perubahan..namun apa yang berubah..mengikut pandangan Dr. HM. Tuah Iskandar


" Kadang2 kita tak mampu mengubah apa yang ada dalam diri orang lain, tapi kita sendiri mampu mengubah apa yang ada dalam diri kita."



bagi tahun yang baru ini, baik lah kita cuba sama2 perbaiki diri kita ke arah yang lebih baik dari yang sebelumnya.

berhijrah menuju peningkatan diri. banyakkan istiqamah dalam melakukan ibadah.

banyakkan membaca al-Qur'an dan memahami maksudnya. dan lebih baik mengahafal ayat-ayat al-Qur'an tersebut.

bagi yang kerja macam kita ni, juga sebgai pelajar pratikum.. belajar2 untuk menjalani kehidupan sebagai pekerja. Lepas tamat belajar ramai yang akan pilih sebagai pekerja. Hendak sambung belajar hanya segelintir. Namun, belajar tidak ada penamatnya. tapi ...

apa la nak certa kat tempat pratikum yer..

tak tau la, rasa suka k tak kat sini.

mungkin begini la suasan kerja kot..

kena padai2 la,




Oleh itu, Selamat Maju Jaya Dalam apa Jua BIdang yg diceburi'






Friday, December 26, 2008

Fii Sa'ah

Hari ini dalam sejarah..
sepanjang hari waktu membuka sejarah. Sejarah diri sendiri.
Pada hari bertarikh 26 Disember sudah genap 4 tahun peristiwa Thsunami berlaku.
Tempoh yang agak lam tapi masih dibual2 oleh masyarakat. Al-maklum la, peristiwa yang banyak membawa kesan kepada masyarakat khusus yang di Acheh, pergorbanan nyawa, harta benda dan saudara mara yang entah ke mana menghilang tidak dijumpai sampai sekarang.
Sedari dari peristiwa itu banyak yang ALLAH S.W.T nak tunjuk kepada hambanya yang dhaif ini bahawa Maha Berkuasa melaksanakan apa yang Ia kehendak sebagaimana yang telah diceritakan dalam Al-Qur'an. Jika Allah tidak menyukai sesuatu, Ia mampu menghilangkanNya, dan sekiranya Ia mengkehendakinya Ia mampu mengembalikanNya.Sesungguhnya Allah Maha Mentadbir Alam ini. Kehidupan manusia di muka buli ini hanya sementara sahaja dan pinjaman semata-mata pentadbirannya.

Detik tarikh ini juga ada kelahiran baru yang muncul untuk menghirup udara alam ini. Bagi mereka yang menyambut hari lahir "Selamat Hari Lahir" = semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Marilah kita sama2 koreksi balik dalam diri kita ini sepanjang perjalanan hidup kita di atas mukla bumi ALLAH S.W.T.
Tidak beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru Hijrah 1430 H.
sudah meningkat hari, meningkat bulan, meningkat tahun, meningkat umur, dan akhirnya makin uzur dan kembali kita ke alam terakhir, Alam Akhirat.
Bila waktunya, hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu, wallahu'alam.
Maka berkisah la tentang azam dan matlamat.?
Ada bezakah antara keduanya?
mari kita dgr pandangan dari drinpirasi:

Matlamat berbeza dengan azam. Azam ianya sama seperti harapan. Mengharapkan sesuatu terjadi tanpa tindakan yang konkrit. Ianya tiada proses yang jelas untuk mendapatkannya. Ianya tiada kemahuan yang kuat untuk mengcapainya.
“Aku harap tahun ini aku hendak….”
Penggunaan perkataan ‘hendak’ jelas menunjukkan kita tiada insentif untuk berusaha bersungguh-sungguh. Kita tidak beberapa pasti dengan matlamat kita. Sebab itulah kebanyakkan azam yang ingin dilakukan tidak berjaya direalisasikan.
Berbeza dengan matlamat. Ianya mempunyai proses. Dari proses sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-besarnya. Itulah matlamat. Ianya jelas dan diikuti dengan semangat ingin betul-betul menjadikannya kenyataan. Ianya melibatkan tempoh masa.
Jadi apakah matlamat anda untuk tahun ini? Petua Jack Canfield, penulis siri Chicken Soup. Senaraikan 3-4 matlamat utama yang anda ingin capai untuk tahun tersebut. Kemudiannya bawanya kemana sahaja anda pergi dan selalu membacanya. Cara yang efektif adalah dengan meletakkannya dalam beg duit anda dimana anda akan dapat melihat matlamat anda setiap kali anda membuka dompet untuk membayar sesuatu.
Selamat mencuba.

Tuesday, December 23, 2008

MU'annath

erti persahabatan..
bila mana ia kadang membawa kegembiraan..
dan kadang2 kedukaan..
ketahui la, bukan senang nak mencari seorang kawan yang boleh kita berkongsi
cerita dengan kita..
ikut ape yang belajar dalam komunikasi itu..
dalam komunikasi kumpulan susah..
jenis2 yang perlu diketahui..
apabila sudah kenal..
cuba untuk berkomunikasi..
bertanya apa yang patut..
nama+latar belakang+kerja berapa lama+jawatan apa=panggil apa?
emm...
dalam banyak2 sektor.. golongan perempuan selalunya menguasai ..
golongan lelaki, hanya seglintir..
begitu juga la dalam kolej ini..
berbicara mengenai itu,,terdapat cebisan keratan dari (dr_inpirasi) yang berbicara mengenai wanita..

"Hari ini kita berbicara tentang wanita. Lebih tepat lagi tentang kuasa wanita yang menjadi kelebihan pada mereka. Walaupun mereka tidaklah diangkat sebagai pemimpin dan tugas itu diserahkan kepada sang lelaki. Namun begitu mereka tetap berkuasa. Kata orang ‘girl power’. Hehe
Kuasa lemah lembut yang ada wanita tidak dapat disangkal lagi. Ketahuilah bahawa kelembutan wanita merupakan racun atau penawar dalam kehidupan lelaki. Kelembutan dan pujuk rayu seorang wanita mampu menjatuhkan sebuah empayar yang dibina oleh sang lelaki dalam sekelip mata sahaja. Walaubagaimanapun, jika kelembutan itu disalur mengikut syariat Islam, seorang wanita juga mampu menjadi tulang belakang yang kuat untuk menyokong perjuangan sang suaminya.
Contoh beberapa empayar yang runtuh akibat wanita.
- Josephine dan Napolean Bonarparte- Matahari dan Hitler-Delila dan Samson-Hendon dan Abu Lahab-Cleopatra dan Anthony
Manakala di bawah pula disenaraikan wanita yang menjadi kekuatan pada sang suaminya. Mereka sentiasa menyokong dari belakang perjuangan sang suaminya.
-Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah dan isteri baginda yang lain-Nabi Ayub dan Siti Rahmah-Nabi Ibrahim bersama isterinya Siti Sarah dan Siti Hajar
Alangkah bahagianya jika mendapat isteri yang sentiasa memberi inspirasi kepada suaminya.. "

sbgai penkongsian shj..dr laman web juga..

Monday, December 22, 2008

Majlis Perlantikan Watikah 20 Disember 2008

Sedutan gambaran semasa majlis ..
Menyambut orang besar...besar la juga persiapan walaupun datang hanya beberapa jam..
emmm...begitu la nasib rakyart jelata..


ini Menteri Pengajian Tinggi..asal dari Johor. (atas)

Bawah tu, anatara staf yang terlibat..

Berada dalam Pentadbiran Kolej Komuniti, baru la tau..keadaannya..

Di sini..secara keseluruhan pensyarah yang bergerak kerja dalam sesuatu program. Ini berbeza apabila berada di Universiti.. yg mana program di uruskan oleh pelajar.. jadi di sini kerja yang ditanggung oleh pensyarah agak berat. Tanggung kerja ini membuatkan ramai juga la staf2nya stress..tekanan kerja yg banyak. lebih-lebih lagi di akhir tahun ini. mana nak kejar semak kertas, nak telepon org terlibat dgn majlis, nak still tempat prgram and so on..sapai satu waktu..dikejutkan pertelingkahan fahaman antara staf yg berkerja dgn pensyarah...sebabnya..tidak faham maksud yg nak disampaikan..

"ini la kita kadang2 tersalah pandang tentang kehidupan...kita tidak tau bahwa keduduakn staf dan pensyarah pun ada jurang berbeza.. kita tidak boleh pandang pada kedudukan pangkat..itu hanya sementara..jika kita dapat membina hubungan yang baik antara pasukan kerja maka pengurusan kolej akan lebih cemerlang, jadi berbuat baik la pada semua orang..namun mesti berpada-pada."..ini gambar antara yang berlaku pada majlis tersebut.

audion yang di jemput ialah penduduk tempatan..komuniti Pasir Gudang..
Ini pula persatuan and peteri2


Dhif kehormatn yang dinantikan
nyanyi lagu negaraku...semua berdiri..

sebelum majlis, (ketibaan vip)


Majlis menunggung ketibaan YB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin


Bersama dengan Puan Pengarah (KKPG) Kolej Komuniti Pasir Gudang (tudung berwarna kuning) Pn Roslina Lapanditah.


Ini cepisan episod selama seminggu di KKPG.
"Suka rasanya hati nak berkongsi dengan kawan2 sesi perjalanan pratikum..
walaupun berada tempat berasingan ttp adanya kawan yg sudi posting..terasa ada juga la kawan bersama..jgn lupa kawan sudah lanye...
Kalau bagi komen pun lagi bagus...:)

Wednesday, December 17, 2008

Keadaan Pratikum..ooO..

hari ketiga berada di suasana alam pratikum kat Kolej Komuniti Pasir Gudang...
eemm...ape la nak buat ari ni yer...
semalam tak jumpa lagi dengan penyelia syarikat...tut..tut...ari ni pun tak datang lagi..dia ada urusan luar, jadi tolong la ape yang patut dgn staf-staf yang baik hati...
baik-baik la akak-akak kat sini..
tak tau nak buat minta tolong tunjuk senang je bagi tunjuk ajar...
memandang duduk di bahagian pentadbiran..meliputi juga bahagian kewangan.
akak yang berada di bahagian ni akak Asrena (dari JA= Jabatan Akaun), kak Ara (dr SPA=Suruhan jaya Perkhidmatan Awam), Kak Su D (xjupe lagi, dia MC)
Sementara tu akak yang byk membantu dalam pentadbiran juga ialah kak Suhana Salleh (org Klate), kak Az (katanya baru bekerja semula setelah lama tak bekerja 5 tahun), kak Rina (baik juga dgn pengarah) dan kak Lin yang slalu dok akat tepon, "helo, kolej Komuniti Pasir Gudang"
dan tidak lupa akak Mala yang dapat baby baru, masih susu badan.
dkt sini juga da abg Faizal abg Am..
kat bahagian ni menjadi kunjungan ramai..

setiap surat menyurat dan pengesahan akan dibuat disini kerana Puan Pengarah berada di bahagian ni,Pejabat dia la.
staf-staf sini okey..kawan camner? :)

pasal kerja pe kena buat
kena jupe penyelia dl tp dia tak da..
jadi memadai la cari peluang,,
nak tolong2 boleh sangat, asalnya rajin bertanya.
tp..kalu rajin pun..
dok depan komputer dan taip2...cam ni la.

semalam siapkan baucar pembayaran mengenai pembayaran pelajar SPP. SPT, SKD..
ntah tak tau lagi pe shortfont tu..nati nak semak dulu..
tin...tinnn

Monday, December 15, 2008

Hari Pertama Di Tempat Pratikum..

Salam Bahagia buat sahabat2 yg sama2 menjalani pratikum..
hari ini bermulanya pratikum.15bh Disember 2008.

Sesi pertama datang kat tmpat pratikum macam mana?
emm...dah tau ke tampat nak dituju..
"ish2...bangunan mana ni..."
"aik2..adik, bangunan ni la.."
"masuk pintu ni ke"
"saya nak jumpa PUan....."
"saya pelajar pratikum dari....."
"...oo...tunggu dulu yer..duduk dulu..nati dia sampai."


opps ini salah satu gelagat awal datang kat baru la katakan..
tapi last2 dapat juga temu orang yang dicari..
lega la juga rasanya.

emm...awak pelajar pratikum ye....
"sekejap ye"

emm...bedebar juga nak hadapi suasana baru ni..
alam nak kerja kan..
tapi bila ingat yg dr Dr Inspirasi
"
“Anda perlu berada di peringkat di mana anda merasakan bahawa tindakan lebih penting daripada hasilnya sama ada menang atau kalah.”
Arthur Ashe
Kesimpulannya, lakukanlah perkara yang anda ingin lakukan supaya anda tidak menyesal. Mungkin anda akan kalah, tetapi sekurang-kurangnya anda tidak akan menyesal. Adakah anda ingin suatu hari nanti di kala anda tua, anda berkata, “alangkahnya baiknya aku mencuba melakukan perkara tersebut dahulu”.?
jadi diri ini mesti kuat semangat la..juga kawan2
kita yang akan memandu diri kita..kita juga yang mampu mengawal

5 Tips mengurus masa dengan lebih efektif.

1. Selesaikan semua tugasan dengan segera. Elakkan daripada mengambil sikap bertangguh. Semakin lama anda bertangguh, maka momentum anda semakin hilang. Jadi lakukannya secepat mungkin untuk mengelak momentum tersebut hilang umhnya.

2. Tahu dan kenalpasti tugasan yang menjadi keutamaan anda. Tentukan apa yang yang penting dan perlu disiapkan segera.

3. Agihkan kerja dan minta bantuan daripada orang lain yang lebih mahir. Berilah mereka peluang untuk membantu anda.Seperti seorang murid yang meminta pertolongan seorang guru untuk menyelesaikan soalan yang sukar hendak dijawab.

4. Amalkan sikap mementingkan diri sendiri kadang kala. Kadang-kadang anda perlu kikiskan rasa bersalah tidak membantu orang lain. Andalah sebenarnya perlu dibantu.

5. Lakukan perancangan. Untuk sesuatu tugasan, rancang dahulu bagaimana anda hendak menyelesaikannya. Ia mampu menjimatkan banyak masa anda.
Pengurusan masa penting dalam menjadi pelajar dan manusia Smart. juga pelajar pratikum yang BEST!!!

Madah Ilmuan

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Just to charge information

Indahnya Kata-kata

Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.

INgat2kan....Sekarang Bulan Ramadhan 1430 H

Total Pageviews