Search This Blog

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Sunday, January 30, 2011

Bersihkan Hati Dengan Selalu Mengingati Allah

Sambil bermuhasabah diri dan mengingati diri yang selalu alpa
Marilah kita sama2 membersihkan hati kita dan mengingati Allah..

Friday, January 28, 2011

Tujuh kalimat

> > > > > > > > > > Sabda Rasulullah S.A.W > > > > > > > > > > > > > >



" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa!

Saturday, October 30, 2010

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?

Petikan dari http://www.iluvislam.com

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Kita Sepatutnya.......

Hubungan cinta sebelum perkahwinan merupakan satu cabaran bagi pemuda-pemudi hari ini. Jika kita terjebak dengan perkara ini, kita mestilah berpegang kepada prinsip-prinsip yang betul dan takut kepada Allah (khauf Allah) kerana sudah pasti syaitan akan sentiasa menghasut kita untuk melakukan maksiat.



Kita sepatutnya bersyukur jika si dia :

* Menolak ajakan kita untuk keluar.

* Tidak selalu mengadu kesedihannya.

* Cemburu pada tempatnya.

* Mengajak kita untuk bertahajud.

* Mengajak kita menutup aurat dengan sebenar benarnya.

* Mengingatkan kita atas dosa-dosa yang kita tidak sedari.

* Mengajak kita untuk berkahwin jika sudah mampu.

* Menahan dari melafazkan kata-kata cinta yang tidak hak kepada kita.

Kita tidak sepatutnya bersyukur jika si dia :

* Mengajak kita keluar ditengah malam semalaman.

* Mengadu pada setiap saat sehinggakan terluka 2 cm pun mahu mengadu.

* Cemburu buta sampaikan marah walaupun sedikit.

* Mengajak kita ke majlis-majlis maksiat.

* Bangga dengan pakaian ketat yang terdedah kita.

* Mengajak kita membuat dosa.

* Menangguh pernikahan semata-mata untuk mengejar kesenangan dunia.

* Selalu melafazkan kata-kata cinta setiap hari.

- Artikel iluvislam.com

Friday, October 29, 2010

Tiada Kekuatan Selain Allah


'"Lahaula Wala Quwata Illa Billah Hil Aliyil 'Azim."

"Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia."

Berzikirlah selalu kerana ia adalah salah satu cara untuk kita menghubungkan diri kita dengan Allah, disamping itu, cara ini jugalah yang akan menjadikan hati manusia lembut. Sedangkan Saidina Umar (r.a.) memeluk islam dengan mendengar adiknya sendiri berzikir (membaca surah Taha), padahal sebelum ini, beliaulah seorang yang paling kuat menentang ajaran agama islam yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w).

Walaupun hanya sebaris ayat, tetapi jika dihayati sedalam-dalamnya, ia akan memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupan. Sesungguhnya manusia ini semuanya lemah. Tidak berkuasa. Dan yang berkuasa pun, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kekuasaan Allah (s.w.t).

Malahan kuasa tersebut dikurniakan oleh Allah (s.w.t), bukan untuk kita kufur kepada-Nya, tetapi untuk kita lebih mendekatkan diri kepada-Nya. Selemah-lemah manusia, tidak berdaya untuk berbuat apa-apa, kecuali dengan kehendak Allah semata-mata. Jika Allah tidak mahu ia berlaku, ia mustahil akan berlaku. Tetapi apabila Allah (s.w.t) menyebut 'Kun', maka 'Yakun' lah apa yang dikehendaki-Nya.

Oleh itu, apa-apa pun perbuatan yang kita lakukan ataupun hendak kita lakukan, mestilah bersandarkan konsep zikir ini. Malahan, ayat ini juga boleh menjadikan motivasi untuk kita mencapai kejayaan. Tetapi mestilah disertakan dengan usaha yang bersungguh. InsyaAllah, walaupun kita rasa mustahil akan berlaku, ia akan berlaku.

Jadikanlah zikir ini sebagai nyanyian mulut kita setiap hari, terutamanya dikala waktu kesusahan menimpa diri. Kerana apabila manusia terus-menerus mengingati Allah (s.w.t.) sewaktu dalam kesusahan, maka mereka tidak akan sekali-kali berputus asa kerana yakin atas apa yang Allah takdirkan.

Sama-samalah kita menggunakan zikir-zikir dan ayat-ayat al-Quran sebagai motivasi kita dalam kehidupan.

- Artikel iluvislam.com

Thursday, October 28, 2010

ORANG YANG MATANG??

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

- Artikel iluvislam.com

Monday, August 02, 2010

AGAR BERPISAH TIDAK GELISAH

RENUNGAN : UJIAN DAN CABARAN

-> dari laman blog http://ummuhusna99.blogspot.com
Jujurnya, saya cuba melihat persoalan hubungan jarak jauh ini dari sudut yang agak berbeza.

Sebagaimana pasangan suami isteri yang berdepan perselisihan, poligami dan perceraian, mereka yang mengalami perhubungan jarak jauh ini juga sebenarnya sedang berdepan dengan ujian. Ujian dalam kehidupan. Cabaran dalam memaknakan ikatan perkahwinan.

Dan ujian ini boleh menjadi berganda cabarannya jika jalan-jalan yang dilalui dalam mengisi dan memaknakannya lebih banyak membawa kepada perselisihan sehingga menatijahkan poligami atau perceraian. Keadaan ini tidak mustahil, dan banyak yang telah melaluinya lantaran kedua-dua pihak memandang ringan terhadap usaha-usaha ‘mengikat’ kemas ikatan yang telah mereka jalinkan atas nama Allah.

Saya melihat ini sebagai sesuatu yang besar, lantaran menurut penilaian saya, sebab utama yang menjadikan perhubungan jarak jauh ini sebagai ‘trend’ hidup masa kini adalah kerana desakan kewangan demi menstabilkan ekonomi keluarga, membayar hutang pinjaman pelajaran, untuk membantu ibu bapa dan adik beradik yang masih belajar dan sebab-sebab lain lagi sehingga ramai para isteri rela atau terpaksa berpisah daripada suami tercinta kerana perlu bekerja jauh.

Tambahan pula, bila mana isteri yang bekerja jauh ini sukar mendapat kelulusan pertukaran tempat berkhidmat, atau tidak sanggup bertukar kerana sayang dengan suasana kerja yang telah lama diperolehi, atau seumpamanya.

Pelbagai sebab dan punca menjadi pemisah dua jiwa, dan keadaan inilah yang sewajarnya dijadikan renungan bersama.

BENARKAH INI TAWAKAL?
Justeru itu, perkara utama dan pertama perlu diperhatikan, ialah keyakinan dan tawakal kepada Allah SWT. Ramai manusia yang lupa untuk memantapkan aspek ini di dalam kehidupan. Sebagai hamba Allah SWT yang berusaha meraih kesejahteraan hidup di dunia, manusia sering memohon untuk mendapatkan kejayaan, penghasilan dan kemewahan.

Dan itu bukanlah satu kesalahan, bahkan Allah SWT sendiri menganjurkan hamba-hamba-Nya untuk memohon apa-apa pun kebaikan kepada-Nya, beserta janji bahawa DIA akan memenuhi permohonan mereka.

Firman Allah SWT :

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Maksudnya : “Dan Tuhanmu berfirman: ""Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.” ( Surah Ghafir ayat 60 )

Malangnya, realiti yang melata, tindakan kebanyakan manusia selalu tidak selari dengan doa dan permohonan yang dipinta. Ramai lebih cenderung mencari harta yang sementara sehingga mengabaikan sesuatu yang lebih utama, antaranya memilih untuk tidak bersama ‘harta’ yang lebih bernilai iaitu keluarga, dengan hidup bersama walau serba sederhana.

Mereka lebih merasa selesa ketika beroleh penghasilan yang besar, baik melalui kerjaya atau tugasan lainnya, bukan karena merasa memiliki Allah yang Maha Pemberi Rezeki, sebaliknya lebih cenderung untuk yakin dan ‘berserah diri’ kepada pihak atasan yang dirasakan memberi imbuhan dan gaji. Malahan, ada yang menganggap merekalah yang menentukan nasib, merasakan mereka yang menentukan kenaikan pangkat, pendapatan, juga beranggapan merekalah yang memberikan sebarang posisi yang diinginkan.

Kehidupan bersama keluarga dikesampingkan dengan anggapan ia tidak memberi nilaian pangkat, wang dan harta yang menjanjikan kesenangan. Inilah gerak ‘rasa’ yang tersasar dan amat menguji.

Oleh itu, pasangan yang sanggup menempuh hidup berjauhan, terutama kepada para isteri yang bekerja jauh dari suami, semata-mata dengan tujuan mendapatkan wang yang lebih, perlu kembali menilai tahap tawakal mereka kepada-Nya. Jika merasakan hanya dengan kewangan yang utuh lebih menjamin masa depan yang lebih senang dan cemerlang, maka di sinilah bermula ‘salah’ penafsiran terhadap sifat tawakal dan redha yang sebenarnya kepada Tuhan.

TAWAKAL YANG BENAR
Sewajarnya, niat bersulam tawakal yang benar ketika hidup berjauhan ini sentiasa disematkan iaitu dengan berusaha sebaiknya sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah. Menjaga halal haram dan menjauhi yang syubhah agar sebarang imbuhan yang diperolehi disinari barakah dari Allah, seterusnya dapat melangsaikan apa-apa tujuan yang menjadi penyebab mereka suami isteri hidup berpisah.

Jiwa seorang hamba Allah yang melafazkan tawakal yang benar, ialah yang mengetahui dan menyedari bahawa setinggi manapun pangkat, kedudukan atau jawatan dan sebanyak manapun imbuhan, gaji dan pendapatan, ia bukanlah satu persoalan yang besar dan mengusutkan fikiran, selama dia menyedari dan menginsafi bahawa dia masih memiliki kedudukan di sisi Allah ar Rahman. Pergantungannya yang sebenar hanya kepada DIA Yang Maha Pemberi Kurniaan.

Firman Allah SWT :

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًاوَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Maksudnya : “Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. “ ( Surah at Thalaq ayat 2 – 3 )

Justeru itu, pasangan yang mengerti dan memiliki kefahaman sebegini, mereka akan segera mencari jalan untuk kembali bernaung di bawah bumbung yang sama, setelah sebab-sebab yang menjarakkan hubungan mereka suami isteri berjaya diharungi atau dilunasi.

Mereka menginsafi, bahawa sunnatullah di dalam perkahwinan adalah suami melindungi isteri, manakala syari’at juga menekankan, tempat seorang isteri adalah untuk berada di sisi suami. Dua keadaan ini amat sukar dijayakan andai suami dan isteri tidak duduk sekali.

KISAH SAYYIDINA UMAR
Saya teringat kepada suatu kisah di zaman Sayyidina Umar Al khattab.


Suatu ketika Umar, sebagai seorang Khalifah yang amanah dan bertanggungjawab, melakukan rutin rondaan malam. Ketika beliau melewati sebuah rumah, tiba-tiba terdengar dari dalamnya, suara seorang perempuan sedang bermadah. Nadanya merintih, membayangkan jiwanya yang sedih dan pedih:


“Sungguh malam ini sangat panjang, sekelilingnya penuh kelam. Situasi ini menjadikan aku tidak baik, kerana tidak ada kekasih yang bisa kuajak bermain. Demi Allah, seandainya aku tidak takut azab dan akibat, sungguh ranjang ini akan bergoncang hebat.”


Mendengar itu, Umar berusaha untuk menyelidiki kisah si perempuan dengan rintihannya yang lirih. Akhirnya diketahui, bahawa suaminya telah meninggalkan rumah sekian lama sebagai mujahid di medan jihad.


Umar kemudian menanyakan puterinya Hafsah, berapa lama seorang isteri mampu bersabar diri dari suami ? Jawab Hafsah: empat bulan. Waktu itulah Umar melaksanakan satu ketetapan dan peraturan, bahawa seorang suami tidak boleh meninggalkan isterinya lebih dari empat bulan.


Perlu diingat, objektif yang digariskan oleh syari’at melalui perkahwinan tidak mampu disempurnakan sebaiknya tanpa suami isteri hidup bersama. Bukan sekadar memenuhi tuntutan batin semata-semata, tetapi juga untuk mengisi naluri kemanusiaan yang selalu ingin dikasihi, diambil berat, dibelai dan dirawat.


ACUAN PERCAYA
Selanjutnya, perkara kedua yang tidak kurang pentingnya dalam perhubungan jarak jauh ini ialah kejujuran diri dan kepercayaan terhadap pasangan. Tanpa jujur dan percaya, ramai pasangan akan kecundang mempertahankan keindahan perkahwinan. Ia umpama baja yang menyuburkan cinta. Semekar mana pun cinta, ia akan layu tanpa dibajai kejujuran dan percaya.

Richard Templar ada menyentuh hal ini di dalam bukunya, The Rules Of Love. Templar menegaskan :

“Trust is an absolute essential between partners. It doesn’t matter whether you’re talking about being faithful, sticking to promises, keeping spending within what you can afford, or anything else. If you can’t trust your partner, you’ll never be happy.”

Walaubagaimanapun, di dalam Islam, kepercayaan setiap pasangan harus berteraskan acuan agama. Tanpa acuan agama, sebarang usaha kepercayaan yang dilaksanakan tidak mampu membuahkan 100% rasa percaya yang benar-benar diyakini. Tanpa sedikit pun sangsi, tiada lansung gerak naluri bahawa pasangan mahu menyelidiki atau mengintipi.

Justeru itu, seorang isteri yang jauh dari suami harus menghadirkan kepercayaan kepada suami dengan sentiasa menjaga maruah diri, berpakaian sopan, sempurna menutup aurat, tidak keluar tanpa tujuan dan hala serta selalu memastikan pergaulan dengan rakan sekerja lelaki hanya sebatas yang perlu sahaja. Bercakap, berurusan dan lain-lain kerana tugas dan tidak lebih dari itu. Sebarang tindakan yang boleh mengundang fitnah, sedaya mungkin disesah. Bimbang, andai ada mata dan mulut yang hasad menyampaikan sesuatu yang tidak benar sehingga mencetuskan perselisihan, sekaligus memudarkan kepercayaan.

Sementara kepada para suami pula, perkara-perkara berkaitan isteri hendaklah sentiasa ada ‘up-date’ terkini. Tidak lengah dan tangguh untuk menasihati gaya dan keterlanjuran isteri dalam berpakaian, penampilan dan pergaulan di samping mereka juga mesti menjaga batas hubungan dengan wanita lain terutama rakan sekerja.

BUKTIKAN UPAYA CINTA
Jika kejujuran dan kepercayaan terhadap pasangan hadir sepenuhnya, barulah kestabilan emosi sentiasa berada di tahap yang tinggi, walau yang disayangi tiada di sisi.

Setelah itu, barulah mempertingkatkan upaya dan ikhtiar berbentuk teknikal demi memastikan rasa cinta dan kasih terhadap suami atau isteri sentiasa mekar dan merimbun di dalam hati.

Ini termasuklah sering berhubung dan mengemaskini ‘laporan’ kehidupan masing-masing, sama ada melalui perbualan di telefon, sms, emel atau lain-lain medium perhubungan yang canggih dan terkini.

Selain itu, buktikan juga upaya cinta kepada pasangan dengan mempertingkatkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam menjayakan sesuatu perkahwinan. Contohnya, di pihak isteri memperbaiki kemahiran memasak dan menghias diri buat tatapan suami yang dikasihi, manakala di pihak suami pula melengkapkan ilmu dan maklumat untuk mendidik diri dan keluarga, juga usaha daripada kedua-duanya dengan kemahiran keibubapaan bagi melengkapkan pengetahuan sedia ada untuk menjadi ibu bapa yang berjaya.

AGAR BERPISAH TIDAK GELISAH
Akhirnya, saya meyakini, setiap pasangan yang berkahwin sentiasa ingin didampingi suami atau suri hatinya. Selalu mengimpikan mahligai indah yang dibina, dihiasi gelak tawa yang ceria. Menatap wajah insan yang dicintai, memegang jari-jemarinya yang halus berbudi.


Dekat di mata, lebih dekat di hati.

Justeru itu, perbincang dan perancangan sebaiknya perlu ada agar perhubungan jarak jauh ini tidak melewati suatu tempoh yang lama. Gusar, jemu dan bosan akan hadir tanpa dipinta, selain ia juga tidak menepati kehendak sebenar agama.

Namun, dalam saat melewati hidup berjauhan, renung dan berusahalah untuk 3 perkara yang utama:

1) Tawakal yang benar
2) Acuan percaya
3) Buktikan upaya cinta

Agar berpisah tidak gelisah, kerana perpisahan tidak sesekali menghadirkan resah, perpisahan adalah penantian, menanti saat kembali bergandingan.

Saya kembali meneliti dan menghayati status saya di FB :

“Penantian satu ujian, penantian satu renungan, penantian satu kesyukuran, penantian bukti kecintaan.”

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Friday, July 23, 2010

Renung-renungan

PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka
perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.





KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya,
kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih
penting pabila usia semakin tua.




KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari.
Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang
anda perlu



KEEMPAT .

Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.



KELIMA.

Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.



KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.



KETUJUH...
Percayailah cinta pandang pertama.



KELAPAN..

Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak
memiliki apa-apa.



KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang.
Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi
percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.



KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman.
Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.



KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.



KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.



KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari,
lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin
tahu?'



KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan
melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.



KELIMABELAS.

Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.



KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.


KETUJUHBELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:
1.. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda



KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah
persahabatan yang besar.




KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah
berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.



KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya
daripada suara yang mereka dengar.



KEDUAPULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

RENUNG RENUNG KAN LAH....
SELAMAT BERAMAL....

Thursday, July 22, 2010

Salam Inspirasi


Coretan dari
DrInspirasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar? Saya harap anda sihat selalu. Hari ini saya ingin berkongsi tips yang dapat digunakan ketika ketandusan idea untuk berbicara.

Komunikasi mampu membuatkan anda menjadi lebih ‘menonjol’ daripada orang lain. Orang yang bijak berkomunikasi kelihatan lebih menarik berbanding orang yang diam secara amnya. Mereka seolah-olah mempunyai pelbagai topik untuk dibualkan.

Apakah rahsia mereka ya? Bagaimana mereka boleh berbual padahal bagi sesetengah orang perkara tersebut kelihatan sukar. Ada tips? Yelah, apabila melakukan sesuatu aktiviti bersama, takanlah kita hendak duduk diam sahaja. Pastinya kita memerlukan sesuatu untuk dikongsi atau dibicarakan. Persoalannya topik apakah yang boleh dibualkan? Lebih-lebih lagi jika kita merupakan seorang yang pendiam dan pemalu macam saya. Hehe :-P

Frank Tibolt telah berkongsi topik yang boleh dibicarakan jika kita ‘blank’ ketika itu. Tipsnya adalah Wondderful.. Hoho..Tidak faham. Begini..

* W- Weather (Cuaca)
* O-Occupation(Occupation)
* N- News (Berita)
* D-Dining(Makan)
* D-Driving(Memandu)
* E-Entertainment(Hiburan)
* R-Radio/TV
* F-Family (Keluarga)
* U-Uplift(Perkara yang meningkatkan rasa gembira)
* L-Location(Tempat tinggal)

Salam inspirasi!

Wednesday, July 14, 2010

Episod Semester 2nd Quater

Salam mawardah warahmah..
Selamat untuk meneruskan pejuangan walau apa pun yang berlaku..
Bersua di semester yang kedua 2010, episod kehidupan tentang pelajar yang mengambil Sarjana diteruskan. Walaupun berbagai ujian dalam hidup ini namun kehidupan insan mesti diteruskan. Dengan ibadah dan amalan. Bertambah usia ? Bertambah jugakah amalan dan ibadah?
HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERKUASA
Kita insan yang kerdil, Ilmu yang sangat cetek. Amalan yang tidak tau setakat mana kiranya. Tetapi Kata2 hikmah Yang ada mengatakan "Berkerjalah Seperti kamu akan hidup Seribu Tahun, dan Beramallah Seperti Kamu Akan MAti Esok hari".

Beramal dengan ilmu, Amar Makruf Nafi Mungkar.

HAri ini sudah minggu kedua pengajian setelah membuat pendaftaran pada 3 Julai 2010
Meriah permulaan sem dengan berita tempat tinggal. Daripada menumpang rumah orang pergi menyewa rumah sewa berdekatan. Tut..tut.. seminggu menyewa dapat berita dapat kolej. Lega juga dengan berita tu, almaklum tak payah kerap kali keluar masuk dan bawa kereta.. Sebabnya kenapa? sebabnya "cost" minyak kereta amat2 la banyak. Kita ni pelajar yang tak bekerja perlu, so perlu berjimat selagi termampu.

mUdah-mudahan dimurahkan rezeki. Dan disenangkan urusan. Niat mesti ikhlas=)

Thursday, April 15, 2010

Menolak Zina Dengan Mujahadah, Bukan Karamah!..



http://saifulislam.com/?p=7913
“Saya rasa ustaz berfikiran begini kerana ustaz sendiri tidak kahwin semasa belajar. Maka ustaz tidak faham keperluan berkahwin semasa belajar itu. Ustaz tidak dapat memberi pendapat di sini!” tegas Aliyyah, seorang mahasiswi.

Komennya tajam.

Saya pula, bukanlah berbicara tentang kahwin semasa belajar.

Apa yang saya bincangkan adalah soal kahwin tergesa-gesa tanpa pertimbangan yang lunas.

Tetapi kerangka fikir mahasiswi itu menarik untuk diberi perhatian.

SULUHAN KISAH YUSUF ‘ALAYHI AL-SALAAM

Ia mengingatkan saya kepada kisah Yusuf ‘alayhi al-Salaam mendepani godaan ibu angkatnya, Imra’ah al-’Aziz atau yang lebih dikenali namanya sebagai Zulaikha itu.

Kehebatan Yusuf bermula daripada usia kecilnya lagi.

Seorang ghulam, ‘diculik’ oleh adik beradiknya sendiri dan dihumban ke dalam perigi buta, Yusuf diuji dengan kesusahan pada tahap yang sukar untuk kita gambarkan. Berat sekali tanggungan seorang anak kecil bertahan dalam sepi dan gelita perigi buta, jauh daripada keluarga, hanya bertemankan Allah tempat memaut harapan.

Namun, sabar Yusuf ketika di dalam perigi, tidak sekental sabar Yusuf di Istana Mesir.

Saban waktu cuba digoda oleh wanita bangsawan itu, ibu angkatnya sendiri.



“Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itu pun menutup pintu-pintu serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu”. Yusuf menjawab: “Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); Sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya” [Yusuf 12: 23]

Setelah berulang kali berusaha, ‘Zulaikha’ sampai kepada ikhtiar terakhirnya.

Pintu dikunci, rumah tidak berpenghuni, First Lady itu menawarkan diri, “datanglah kepadaku. Aku bersedia untukmu”

Di sinilah kemuncak tarbiyah Allah ke atas insan bernama Yusuf. Ramai manusia lulus ujian kesusahan kerana di dalam kesusahan kita diuji dengan kekurangan pilihan. Terpaksa bersabar kerana itulah satu-satunya jalan untuk bertahan. Demikian sabar Yusuf di dalam telaga.

Tetapi di sini Yusuf diuji dengan peluang. Diuji dengan pilihan. Beliau orang asing. Tiada keluarga, tiada banyak kesan sampingan pilihan jahat yang mahu diambil kesempatan.

Ia mengingatkan saya tentang modus operandi pekerja seks di IPT hari ini. Bekerja sebagai pelayan seks berkelas tinggi, memungkinkan anak muda kita mengaut untung mencecah RM40 ribu sebulan! Tekanan lifestyle, duit PTPTN yang jauh daripada kecukupan, desakan peer pressure, apakah yang boleh menghalang anak-anak muda kita daripada mengambil pilihan itu?

Hanya satu.

Jawapannya IMAN.

“Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); Sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya…”

Itulah jawapan Yusuf.

Aku berlindung kepada Allah. Rabb diriku, Pencipta aku dan Pemilik aku.

Konotasi Rabb itu adalah satu sanggahan kepada Zulaikha bahawa biar pun dia adalah ibu angkat yang memberi makan, hutang budi tidak akan dibalas dengan bayaran yang keji. Engkau tuanku tetapi Allah Tuhanku!

Justeru Yusuf menegaskan bahawa:

“Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya”

MENCARI KAEDAH

Zina itu, di sebalik kekejiannya, adalah kezaliman.

Sudikah dibenarkan orang lain menyetubuhi ibumu? Adik perempuanmu? Anak perempuanmu? Ibu saudaramu?

Ketika engkau berzina, sudah tentu engkau berzina sama ada dengan ibu seseorang, adik perempuan seseorang, anak perempuan seseorang atau ibu saudara seseorang. Jika engkau tidak sanggup membayangkan ibumu disetubuhi lelaki lain, pilihan zinamu adalah satu kezaliman. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya!

Kerasnya persoalan yang berlegar di fikiran ialah, apakah bentuk pendidikan yang diperlukan, untuk membolehkan mahasiswa dan mahasiswi yang hidup di dunia ‘zina lebih mudah daripada nikah’ itu untuk berkata seperti Yusuf? Bagaimanakah ketika dihadap dengan pilihan zina, ketika jauh daripada keluarga, ketika kekejian kelihatannya seperti boleh disembunyikan, tawaran pulangan begitu lumayan, namun akhirnya anak muda kita mempunyai kekuatan untuk berkata, “Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya!”

Kekuatan untuk berkata TIDAK!

Itu sisi pandang Yusuf.

“Ahh, itu persis seorang Nabi!” mungkin itu tempelak anak muda lagak mahasiswi yang mengecam saya tadi.

“Apa yang Nabi tahu tentang panahan cinta? Dia itu jiwanya jiwa Nabi, bukan seperti engkau dan aku!” apakah itu yang mahu diperkatakannya?

Asal usul Tarzan, barangkali! [source - unknown]

YUSUF JUGA ANAK MUDA SEPERTIMU



“Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir kami) untuk menjauhkan daripada Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya dia itu daripada kalangan hamba-hamba Kami yang dibersihkan daripada segala dosa.” [Yusuf 12: 24]

Allah segera menafikan andaian itu.

Yusuf juga seorang anak muda.

Dia ada keinginan sebagai seorang anak muda. Jika pertimbangannya hanya sekadar kehendak jiwa muda, Yusuf juga bisa cenderung memilih kehendak Imra’ah al-’Aziz. Kehendak ibu angkatnya, wanita bangsawan yang sudah menyerahkan diri.

Allah Subhanahu wa Ta’aala mahu kita kaitkan diri dengan Yusuf.

Dia juga sepertimu wahai anak muda.

Dia bukan Malaikat yang tidak bernafsu. Dia menolak zina bukan dengan Mukjizat atau Karamah!

Dia menolaknya dengan Mujahadah.

Fikirannya sedar tentang kenyataan Allah berkenaan kekejian zina, justeru Yusuf berkata TIDAK.

Kemudian baru Allah tegaskan, semua itu adalah sebahagian daripada urusan Allah melindunginya, bakal seorang Rasul untuk menerima Risalah Tauhid kebenaran. Bukan semua datang dalam keajaiban. Yusuf itu sendiri bermujahadah mengawal diri di ujian pemilihan.

Memilih jalan zina atau memilih jalan TAQWA.

TELADAN YUSUF BUAT DIRI SAYA

Saya juga pernah muda, wahai si anak gadis.

Di usia muda, saya juga terganggu dengan kecantikanmu.

Jiwa saya pernah resah ketika melihat rakan bernikah.

Naluri saya pernah cemburu semasa menimang si comel, cahaya mata kawan bertuah.

Saya juga diasak dengan peluang bernikah.

Namun atas pertimbangan-pertimbangan peribadi, saya memilih untuk tidak bernikah, lalu memanjangkan sedikit lagi tempoh mujahadah.

Saya menghormati, mengasihi, mengagumi dan menyokong sepenuh hati teman yang memilih untuk bernikah.

Namun nikah mereka bukan lempias nafsu. Nikah kenalan-kenalan saya bukan manifestasi lemah jiwa untuk menolak zina. Mereka bernikah dengan wawasan. Mereka berkeluarga dengan perancangan.

Akan tetapi untuk dirimu yang ‘menuduh’ku menangguhkan nikah kerana tidak faham kehendak bernikah, engkau masih terlalu budak untuk menjamah akad.

“Aku Terima Nikahnya” belum lagi masanya untukmu.

Dewasalah!

“Tak tahu apakah erti kepayahan
Tak kenal erti kesusahan
Kerna dibesarkan dalam kemewahan
Belum dialami penderitaan”
- Hidup Berbudi: Lirik oleh Habsah Hasan

Wednesday, April 07, 2010

hargai jasa dengan gantung gambar?

Perlulah diingat bahawa jika kita ingin menghargai jasa dan usaha seseorang tokoh, bukanlah dengan menggantung gambarnya di rumah, memaparkan gambarnya di sana sini. Itu bukanlah cara yang disaran oleh Rasulullah s.a.w, namun cara yang betul adalah dengan menghidupkan usahanya, menyebarluaskan nasihat dan hasil pemikirannya dengan cara yang terbaik.

Jangan pula cuba beralasan mengatakan dengan gambar memberikan inspirasi, kerana jika itu benar lagi tepat, tentunya Nabi s.a.w akan menyuruh para pelukis di zaman itu untuk melukis wajah baginda untuk diedar buat para sahabat dan tabien sebagai ingatan kepada diri baginda dan Islam. Namun itu tidak berlaku, Islam bukan sebuah agama yang membenarkan patung sebagaimana dunia bukan Islam di barat terlalu ‘gila' membuat patung tokoh mereka.

http://www.zaharuddin.net/content/view/840/89/

Tuesday, January 26, 2010

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA.......

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA............






Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Friday, November 20, 2009

10 Amalan Yan Baik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut
oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah
di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia
makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka
termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut
Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik,kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di
masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah
ini suatu perbuatan yang terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa
segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan
malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang
dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di
rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa
riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya
perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri
sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri
pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari
bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan
lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam
periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.
Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan
tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.
Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali
hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir
belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita
sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau
bersolat dari tidak lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi
petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana
hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan,
tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu
manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan
malas.


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau
tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan
rumah tangga kurang bahagia.


Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima
hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup
kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah
mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang
menentukan peraturan hidup kita

Saturday, September 05, 2009

SEkadar mengingati..

Assalamualaikum ... Dan Hanya Ingin Mengingatkan .... []
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar .
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


L ima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ....

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu, iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA..
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Monday, July 27, 2009

Permudahkan ....

Salam Perjuangan semua.

Hari bermula kembali sesi pekerjaan setelah berhujung minggu. Oleh yang demikian marilah kita sama2 mulakan hari ini dengan lebih ceria dan bersemangat. Mana2 yang sakit dan mengahdapi selsema, kuatkan semangat melawan penyakit itu. "Mencegah Lebih Baik daripada Mengubati" Mengikut buku ‘The Charisma Effect’ tulisan Andrew Leigh. Salah satu tips yang dikongsi dalam meningkatkan karisma diri adalah:

“Permudahkan sesuatu yang sukar”

Karisma boleh dibina.Ianya perlu dibangunkan. Salah satunya adalah permudahkan sesuatu yang sukar. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mempermudahkan sesuatu. Tidak kira kira apa pun yang anda lakukan, permudahkan sesuatu yang sukar.Ia membuatkan semua orang faham maksud anda.

Memang mudah untuk menyukarkan sesuatu. Hampir semua orang mampu melakukannya. Hatta cara henda membuat teh yang baik pun memakan sebanyak 6 mukasurat dalam panduan etika UK. Padahal, ianya merupakan sesuatu yang mudah. Masak air panas, letak uncang, tambah gula dan siap. 9 perkataan sahajakan.

Jadi tips hari ini, ‘permudahlan sesuatu yang sukar’. Elakkan menggunakan perkataan yang tidak difahami.

Salam inspirasi. :-)

Adat dan Agama



Fatimah
Aku dikhabarkan diusia delapan belas kau dinikahkan
Bersama Ali,anak suadara kesayangan ayahandamu
Di Majlis besar itu kau berpakaian dari bulu
Yang mana ada dua belas tampalan jahitan

Mengikut adat orang Arab
Mempelai akan berpindah rumah
Ayahandamu membekalkan
Batu pengiling
Lesung penumbuk gandum
Sehelai kulit
Sebiji bantal
sebuah jag air
Sebiji pinggan

Peristiwa ini mengejutkan
Abu Bakar
Umar
Uthman
Usamah
Seraya Abu Bakar bertanya dalam hiba
Cuma ini bekalannya
Dijawab baginda
Ini memadai untuk orang yang masih hidup

Fatimah
Itu bangsa Arab
Walaupun bondamu hartawan
Ayahandamu manusia agung
Islam diutamakan

Fatimah
Bangsaku melayu
Adat kami mengatasi agama
Kami malu sekiranya terlalu beragama
Nanti jiran tertangga mengata
Selekeh dan tak moden
Tiada kenduri kendara
Adat bertunang
Membatalkan wuduk cincin emas bertatah berlian
Kami bersanding mendedahkan aib
Kami bangga sekiranya bentuk tubuh jadi hidangan
Kami suka hantaran mengatasi kemampuan
Kami suka dipuji
Kami suka mengeji

Fatimah
Adat kami lebih hebat dari agama
Nak nikah kami berijazah
Nak nikah kami ditemuduga
Tapi
Tak nikah pun kami boleh bersama

Fatimah
Dara bukan segalanya
Mencuba kerana sudah menjadi biasa
Lelaki kami sudah tak kira
Terlalu baik kerana mereka yang angkara
Kami pun suka dapat merasa dan ternoda

Fatimah
Adat kami menyulitkan yang mudah
Adat kami memudahkan dosa
Jaga nama baik keluarga walaupun ternoda
Gadai agama walaupun berdosa
Sumpah janji perkara biasa

Fatimah
Tuntutan dunia perlu diutama
Tiada lagi perlu mendalami agama
Cuma tertera pada pada mykad,Islam
Bahasa Inggeris dipertahankan
Bahasa Ibunda dipertiwikan
Bahasa Al-Quran kami nga nga
Kerana
Kami tidak punya masa
Ibu pulang jam lima
Bapa pulang sekali sekala
mbak yang mengajar bahasa jawa

Fatimah
UiTM,UM,USM, UTM
Dan semua U menjadi sasaran
Kami tersasar dalam agama
Malu anak gagal periksa
Daripada malu anak menghala ke neraka

Fatimah
Sunnah ayahandamu sudah tidak releven
Kami berbangga dengan De Bono
Idea Anthony Robbin
Plato kami banggakan
Kami setaraf dengan bangsa mereka

Fatimah
Riwayat ayahandamu diceritakan
Suatu hari Baginda didatangi lelaki
Bujang miskin hina
Nasihatnya agar bernikah
Dia datang lagi kerana tidak kaya
Nasihatnya agar nikah lagi
Dia datang lagi perkara sama
Nasihatnya nikah lagi
Selepas yang keempat
Baru leleki itu kaya
Kerana isteri keempatnya berbakat dalam tenunan
Diajarnya ketiga-tiga madunya bertenun
Dia perniaga yang berjaya

Fatimah
Tapi kami lain
Malu menjadi isteri kedua
Takut miskin hina
Takut kami dimaki dihina
Tapi mereka suka kami ternoda
Kerana dara sudah tiada harga
Adanya wang mengatasi segalanya
Adat merisik
Adat bertunang
Adat bersanding
Adat membatal wuduk
Adat lebih dari agama

Fatimah
Pelikkan kami ini
Kami hipokrit
Kami ego
Kami saman siapa yang mengaibkan kami
Tetapi kami berbangga kalau memperlekehkan agama
Sekian Fatimah

Friday, June 12, 2009

Di mana kita???

B aca jika anda ada masa untuk ALLAH . Bacalah sehingga habis.
Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus
hingga ke penghujung.
ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.
Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.



Kita cuba menyimpan
ALLAH didalam MASJID pada hari J umaat ... ...

Mungkin malam
JUMAAT?

Dan sewaktu solat
MAGRIB SAJA?
Kita suka
ALLAH pada masa kita sakit....

Dan sudah pasti waktu ada
kematian...
Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk
ALLAH waktu bekerja atau bermain?

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung pada
NYA.
Semoga
ALLAH mengampuni aku kerana menyangka... ...
Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana
ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)


Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah
DIA berikan kepada kita.
DIA
telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.
RENUNGKANLAH

Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!! !


Ya aku
CINTA ALLAH ...


Dia
adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku




IA lah
yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.


Ini adalah ujian yang mudah.


Kalau anda benar meyintai
ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu...
Kirimkan kepada 10 orang dan kepada pengirim anda


Sekarang!!!
Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?


Pastikan anda scroll hingga
ke penghabisan.


Susah vs. Senang


Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran
?




Kenapa mengantuk dalam
MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?
Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama
tetapi kita bangga mem 'forward' kan email yang tak senonoh?
Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.

Solat
adalah yang terbaik....


Tidak
perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.


Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia
TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka..

Tidakkah melucukan bila seseorang berkata ' AKU BERIMAN PADA ALLAH ' TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also 'believes' in ALLAH ).




Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai
ISLAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?




Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?.




Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.




Aku ber
DOA , untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka di rahmati ALLAH!

Saturday, May 09, 2009

SELAMAT HARI IBU

"Engkaulah ratu hatiku, engkaulah sumber ilhamku..engkaulah pyuntik smgtku yang kian pudar, tanpamu siapalah diri ku ini..terima kasih ....IBU

Ucapan Salam sejahtera Buat Semua PEngunjung Blog..Sekarang sedar tidak sedar kita semua sudah berada dalam bulan MEi..Banyak Sambutan yang berlaku dalam Bulan Mei, antaranya Hari Ibu dan Hari Guru.

Pada Hakikatnya kita tidak ada istilah untuk mengatakan hari Ibu atau hari Guru. Kerana sudah menjadi kewajipan dan kemestian untuk kita yang mempunyai ibu dan di lahir dari seorang ibu dengan Kudrat dan KEkuasaan ALLAh s.w.t jua.

Kita menraikan hari ibu..dan menghormati dan menyayangi mereka seperti mana mereka menyayangi kita sewaktu kecil..Faham kah kita kenapa kita di beri perbandingan seumpama itu " Sayangi mereka seperti mana mereka menyayangi kita sewaktu kecil"

Ini lah hakikat yang perlu kita sama2 ingati bahwa, terdapat perbezaannya kasih sayang yang diberi sewaktu kecil. Ibu bapa menyayangi dan menjaga kita sewaktu kita masih bayi lagi dengan penuh kasih dan sayang tidak berbelah bagi. Nyamuk seekor yang hinggap pada badan kita "dilenyek2 nye". Penuh prihatin Ibu bapa kita dlam menjaga dan mengasuh kita.

Namun bila kita dewasa dan di minta untuk mengasihani mereka dan menjaga mereka seperti mana mereka menjaga merka, adkah kita melaksanakan seumpama itu.. Tepuk DADA tanya IMAN,?? setakat mana dan sampai di peringkat mana kita mengasihani mereka kedua-dua ibu bapa kita. mereka ibu bapa dapat menjaga tujuh orang anak untuk satu tempoh, tetapi kita seorang anak, ADAKAH MAMPU UNTUK MENJAGA DUA ORANG IBUBAPA KITA..Sayangi MEREKA, KAsihai MEREKA dan jagalah perasaan dan hati supaya tidak ada persaan kecewa dan jauh hati dengan kita sebagai seorang ANAK. SEMoga kita semua tergolong sebagai anak-anak yang soleh dan solehah..

peringatan ini bukan untuk tatapan semata2 tetapi untuk sama2 muhasabah diri orang yang menulis juga.

Firman Allah SWT :"dan tidaklah kami jadikan apa yang ada dibumi sbg prhiasan utk dunia adlh untuk mnguji kamu yang paling baik amalannya"


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....
mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....




Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.



Thursday, April 09, 2009

Alhmdulillah...dan bersyukur kerana kita semua masih dalam keadaan sihat dan dapat menghirup udara di muka bumi ALLAH ini.
Syukur ke Hadrat Ilahi kerana Petunjuk dan Hidayah Allah Taala.
Jadi kita hendak lah sama-sama mengekalkan ke arah kebaikan dan lebih baik lagi.. sikap negatif perlu dihindarkan terutama
~~~~~~~~~MALAS~~~~~~~~

ia akan memusnahkan diri kita semua,

Malas… bagaimana hendak membenterasnya? Untuk mengetahui cara membenteras penyakit malas, kita perlu faham, mana datangnya sifat “malas” ini.

Malas berpunca dari kita terlalu selesa dengan keadaan semasa kita (zon selesa/comfort zone). Untuk keluar dari zon selesa kita, kita akan rasa berat dan susah. Ini adalah normal bagi semua orang- setiap kali kita nak keluar dari zon selesa kita, secara psychology akan menarikkan kita kembali ke zon selesa.
Berita baiknya adalah, zon selesa manusia berubah-ubah. Apa yang anda perlu lakukan adalah keluar dari zon selesa tersebut secara sedikit-demi sedikit dan pegang pada keadaan semasa yang baru. Lama kelamaan, zon selesa anda akan mengubah mengikut keadaan semasa anda.
Sebagai contoh, sekiranya anda rajin membaca buku 30 minit sehari sahaja. Lebih dari itu, terasa malas (luar dari zon selesa anda). Anda perlu paksa diri anda keluar dari zon selesa itu secara perlahan… mungkin baca selama 45 minit. Sehingga suatu masa nanti, zon selesa anda akan berada pada tahap 45 minit. Apabila ingin membaca lebih dari itu, terasa malas (luar dari zon selesa baru). Apa yang anda perlu lakukan adalah ulangi langkah sehingga anda mencipta zon selesa baru.
Untuk membenteras sikap malas, anda perlu fahami “zon selesa” anda. Semua orang mempunyai zon selesa tersendiri dan ianya boleh diperbaiki.

Madah Ilmuan

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Just to charge information

Indahnya Kata-kata

Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.

INgat2kan....Sekarang Bulan Ramadhan 1430 H

Total Pageviews