Search This Blog

Tuesday, January 20, 2009

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Selamat Petang Kawan2...
Kawan tahu ke kewujudan SPP
SPP @ Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sama juga dengan perkhidmatan SPA@ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ia juga menjadi peluang kerjaya kepada pelajar lepasan IPTA/IPTS
Sejarah..
SPP telah ditubuhkan pada 1 Januari 1974. Penubuhan SPP adalah hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja mengenai perkhidmatan perguruan yang ditubuhkan bagi mengkaji perkhidmatan guru-guru, gaji-gaji dan syarat-syarat perkhidmatan mereka serta lain-lain kakitangan sekolah (lebih dikenali dengan nama Suruhanjaya Diraja Aziz) yang telah mengemukakan perakuan supaya sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan berasingan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), ditubuhkan bagi Perkhidmatan Pelajaran.

Pada 1 September 1973 hingga 30 November 1973, SPP ditempatkan di Tingkat 9, Bangunan U.M.B.C. di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Pada ketika itu, bangunan tersebut adalah merupakan ruang pejabat yang disewa bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pada 1 Disember 1973 pula, dengan persetujuan Jabatan Pos dan Kementerian Kerja Raya, SPP telah berpindah ke Tingkat 6, Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur. Dalam tempoh masa tersebut, Jawatankuasa Ruangan Pejabat Kerajaan dan Kementerian Kerja Raya telah bersetuju untuk membina sebuah bangunan khas untuk SPP.

Pada pertengahan tahun 1975, SPP telah berpindah ke bangunan baru tersebut yang terletak di Jalan Spooner (kini dikenali sebagai Jalan Cenderawasih), Kuala Lumpur. Seterusnya pada tahun 1988, SPP telah berpindah ke bangunan Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. SPP telah berpindah ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya mulai tahun 1999 hingga kini.

Bagi melancarkan urusan pelantikan dan perkhidmatan pendidikan di negeri Sarawak, maka urus setia cawangan Sarawak telah ditubuhkan secara rasminya pada 16 Julai 1976 berdasarkan kepada Education Act 1961 (Extension to Sarawak Order 1976). Urusan perkhidmatan pendidikan di negeri Sarawak hanya dilaksanakan berdasarkan kepada peraturan-peraturan Persekutuan sepenuhnya selepas 1 Julai 1978 iaitu setelah berkuatkuasa Laporan Jawatankuasa Kabinet. Sebelum tarikh tersebut, peraturan-peraturan yang digunapakai adalah berasaskan kepada Perintah Am Negeri, Pekeliling-Pekeliling dan Peraturan-Peraturan yang digunapakai pada masa itu.

Urus setia cawangan Sabah pula telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1977 bagi tujuan yang sama iaitu melancarkan urusan perkhidmatan pendidikan di negeri Sabah. Bagi urusan kenaikan pangkat dan tindakan tatatertib ianya dikendalikan secara terus oleh ibu pejabat SPP di Putrajaya.

Secara umumnya, urus setia membantu melaksanakan semua aktiviti di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan bagi mengendalikan urusan berhubung dengan fungsi SPP. Pada peringkat awal penubuhannya, keanggotaan SPP terdiri daripada seorang Pengerusi dan empat (4) orang Anggota. Mulai tahun 1978, jawatan Timbalan Pengerusi diwujudkan. Kini, keanggotaan semasa SPP ialah seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 24 orang Anggota.

Sepanjang penubuhannya, seramai 7 orang Pengerusi dan 9 orang Timbalan Pengerusi telah dilantik. Dalam tempoh yang sama, seramai 11 orang Setiausaha telah menerajui SPP selaku Ketua Jabatan.
Mereka ialah:

PENGERUSI SPP

Tan Sri Sheikh Hussein bin Sheikh Mohamed 01.01.1974 - 31.03.1986
Tan Sri Dato' Haji Othman bin Abdul Malek 01.04.1986 - 31.03.1992
Datuk Abdul Aziz bin Ismail01.04.1992 - 09.08.1992
Dato' Abdul Halim bin Dato' Haji Abdul Rauf 20.10.1993 - 19.10.1998
Tan Sri Dr. Mazlan bin Ahmad 08. 01.1999 - 07.01.2005
Tan Sri Abdul Rafie bin Mahat 08.01.2005 - 08.03.2006
Dato' Hj. Kusaini bin Hj. Hasbullah 29 .10.2007 - Kini

TIMBALAN PENGERUSI SPP
Encik Halimi bin Haji Sharbaini 04.12.1979 - 04.12.1981
Tuan Haji Abdul Samad bin Yim 01.04.1982 - 31.03.1990
Datuk Abdul Aziz bin Ismail 01.04.1990 - 31.03.1992
Dato' Nik Mohamed Amin bin Nik Abu Bakar 01.04.1992 - 31.03.1997
Dato' Azmeer bin Rashid 01.04.1997 - 31.3.2000
Dato' Dr. Noor Azmi bin Ibrahim 04.07.2000 - 03.01.2001
Dato' Hj. Abdul Raof bin Hussin 22.08.2001 - 20.09.2006
Dato' Hj. Kusaini bin Hj. Hasbullah 16.10.2006 - 28.10.2007
Y. Bhg. Dato' Hajah Rahimah bt. Dato' Hj. Ahmad 15.11.2007 - Kini

SETIAUSAHA
Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan 01.09.1973 - 31.10.1977
Encik Mohd. Hassan bin Mohd. Hashim 01.11.1977 - 31.12.1983
Encik Baharuddin bin Abdul Muluk 16.01.1984 - 20.04.1987
Encik Mohd Zain bin Ahmad 01.05.1987 - 06.01.1990
Dato' Shahbudin bin Imam Mohamad 16.03.1990 - 15.12.1990
Tuan Haji Shaari bin Mohd. Noor 16.12.1990 - 09.07.1994
Encik Mohd Akbar bin Haji Baba 10.07.1994 - 05.07.1999
Puan Hajah Zaleha bt. Ahamad Osman 06.07.1999 - 18.11.2002
Y. Bhg. Dato' Hajah Rahimah bt. Dato' Hj. Ahmad 18.11.2002 - 12.09.2005
Y. Bhg. Dato' Nooraishah bt. Ahmad Tajudin 13.09.2005 - 26.08.2007
Y. Bhg. Dato' Wan Khazanah bt. Ismail 27.08.2007 - Kini

TIMBALAN SETIAUSAHA
Encik Mohd Arip bin Mahmod 16.11.2000 - 30.09.2004
Encik Azmi bin Ali (Pengambilan) 01.11.2004 - 15.04.2005
Encik Chin Weng Peng (Perkhidmatan) 16.12.2004 - Kini
Encik Abdul Razak bin Wahab (Pengambilan) 01.06.2005 -12.10.2008
Encik Mohd Taupik bin Yusof (Pengambilan) 13.10.2008 - Kini

Visi
Menjadikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sebuah organisasi yang dinamik, berkualiti dan mesra pelanggan.

Misi
Memastikan urusan pengambilan dan perkhidmatan Anggota Perkhidmatan Pendidikan dilaksanakan dengan berkualiti ke arah pencapaian matlamat pendidikan negara.

Objektif
Melaksanakan kuasa-kuasa di bawah Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan dari segi pelantikan, urusan perkhidmatan dan kawalan tatatertib dan naik pangkat Anggota Perkhidmatan Pendidikan dengan cekap dan berkualiti bagi memenuhi keperluan sektor pendidikan.

Dasar Kualiti
SPP adalah komited terhadap usaha penambahbaikan yang berterusan bagi mencapai harapan pelanggan

Slogan Q
Bersama Ke Arah Kecemerlangan

Kod Etika
Amanah dan Ikhlas
Mesra Pelanggan
Bertanggungjawab dan Beriltizam
Tegas Dan Berdisiplin
Bersyukur dan Berusaha Ke Arah Kecemerlangan Diri

Fungsi:
Di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya adalah berkuasa terhadap perlantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, pertukaran tetap perkhidmatan, kenaikan pangkat dan kawalan tatatertib ke atas Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) dalam perkhidmatan pendidikan.
PANDUAN E-PERMOHONAN - Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi

Latarbelakang e-Permohonan
SPP e-Permohonan telah mula dilaksanakan mulai dari 1 Januari 2003.
Perlaksanaan SPP e-Permohonan ini adalah selaras dengan saranan kerajaan ke arah kerajaan elektronik bertujuan memberi kemudahan kepada pelanggan SPP dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan pelanggan SPP.

Apakah e-Permohonan?
1. SPP e-Permohonan adalah merupakan Aplikasi Komputer yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi membolehkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) memohon perlantikan ke Jawatan Tetap Perkhidmatan Pendidikan secara atas talian (on-line).

2. Urusan permohonan boleh dilaksanakan melalui mikrokomputer (PC) yang mempunyai sambungan ke Internet.

Faedah menggunakan e-Permohonan
Faedah Mendaftar Melalui e-Permohonan (bagi calon yang berkenaan sahaja):
1. Ia lebih cepat, lebih mudah dan akuan terima permohonan (tarikh permohonan didaftarkan) adalah serta-merta.
2. Calon TIDAK PERLU mengemukakan salinan sijil bila memohon. Salinan sijil, salinan dokumen lain dan gambar berukuran pasport hendaklah dibawa semasa sesi temuduga bersama dengan yang asal.
3. Calon juga boleh mengetahui status urusan pengambilan melalui Laman Web SPP.
4. Jimat Kos
Jawatan Perlantikan Tetap Yang Boleh Dipohon Melalui e-Permohonan
Jawatan Perkhidmatan Pendidikan Gred:
1. DG41 (DG3) = Ijazah
2. DGA29 (DGA6) = Diploma
3. DG27 / DG17 (DG6 / DG8)

Calon yang BOLEH MEMOHON Melalui e-Permohonan

1. Calon yang telah MEMPEROLEHI IJAZAH BERSERTA PENDIDIKAN dari universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dan telah ditempatkan mengajar (Guru Sandaran Terlatih (GST)).
2. Calon yang telah MEMPEROLEHI DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA dari Maktab Perguruan dan telah ditempatkan mengajar (Guru Sandaran Terlatih (GST)).
3. Calon yang telah MEMPEROLEHI DIPLOMA PENDIDIKAN secara Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan telah ditempatkan mengajar (Guru Sandaran Terlatih (GST)).
4.Calon yang telah MEMPEROLEHI IJAZAH PERTAMA setelah diberi kebenaran Cuti Belajar Separuh Gaji oleh KPM (Calon Meningkat Kelayakan (CMK)).
Calon yang TIDAK BOLEH MEMOHON Melalui e-Permohonan

Calon yang berikut TIDAK BOLEH MEMOHON Melalui e-Permohonan:

1. Calon yang pernah letak jawatan atau dibuang kerja dari perkhidmatan kerajaan.
2. Calon lulusan Pendidikan Jarak Jauh (PJJ).
3. Calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan selain daripada PPP.
4. Calon dari bekas tentera / polis

- Calon-calon ini dikehendaki mengemukakan permohonan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia.
-->
Langkah-langkah dan Panduan Untuk Memohon Melalui Borang e-Pemohonan
1. Calon digalakkan mencetak Borang Kosong mengikut jawatan yang di pohon dan mengisi borang tersebut terlebih dahulu bagi memudahkan calon mengisi Borang e-Permohonan. Borang kosong boleh didapati dari ruangan MUAT TURUN BORANG di Laman Web utama SPP.

2. Klik pada mana-mana link [e-Permohonan] di Laman Web Utama SPP untuk memulakan Aplikasi SPP e-Permohonan.

3. Calon yang pertama kali menggunakan e-Permohonan atau pengguna baru dimestikan mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada butang [Daftar] di skrin Log Masuk e-Permohonan.
(Nota: Kata Laluan dan Nama Ibu yang diberi semasa mendaftar hendaklah diingat. Kata Laluan adalah rahsia anda dan diperlukan untuk masuk (login) ke Borang e-Permohonan. Nama Ibu diperlukan sekiranya calon terlupa kata laluan dan ingin menukarnya ).

4. Calon yang terlupa kata laluan dan / atau ingin menukar kata laluan boleh dilakukan dengan klik di link Terlupa Kata Laluan/ Tukar Kata Laluan, yang terdapat di Skrin Log Masuk e-Permohonan. Calon dikehendaki memasukkan maklumat ibu (case sensitive) yang diberikan semasa Daftar Pengguna.

5. Masuk (Login) ke Borang e-Permohonan.
Hanya calon berdaftar sahaja boleh mengunakan Borang e-Permohonan dengan memasukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan di ruangan Pemohon Berdaftar dan klik butang [Masuk] di Skrin Log Masuk e-Permohonan.

6. Memilih Borang e-Permohonan
Pemohon Berdaftar yang pertama kali masuk ke Borang e-Permohonan akan diminta memilih Borang e-Permohonan mengikut jawatan yang ingin di pohon dengan klik di butang borang bersesuaian dengan jawatan di pohon di Skrin Borang e-Permohonan.
(Nota: Calon dinasihatkan memilih Borang e-Permohonan dengan berhati-hati mengikut jawatan yang di pohon iaitu DG41 atau DGA29 atau DG27/DG17. Calon yang tersalah pilih Borang e-Permohonan tidak dibenarkan menukar borang dan perlu menghubungi Pentadbir e-Permohonan SPP).

7. Mengisi Medan-medan Maklumat di Borang e-Permohonan
Calon dikehendaki mempastikan medan-medan maklumat yang disediakan di Borang e-Permohonan diisi dengan selengkapnya. Terdapat lima Ruangan medan-medan yang perlu dimasukkan iaitu:
i. Maklumat Peribadi
ii. Maklumat Penempatan & Perkhidmatan
iii. Maklumat Akademik dan
iv. Maklumat Kelayakan / Nilai Taraf
v: Pengakuan Pemohon

8. Pastikan Semua Status Maklumat menunjukkan "Rekod Lengkap".
Terdapat 3 jenis status kemasukan maklumat bagi setiap ruangan maklumat iaitu:
i. "Tiada Rekod" - Semua medan ruangan maklumat ini belum dimasukkan.
ii. "Rekod Tidak Lengkap" - Medan maklumat telah dimasukkan tetapi tidak lengkap.
iii. "Rekod Lengkap" - Medan maklumat bagi ruangan ini telah lengkap diisi.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
9. Simpan Maklumat
Klik Butang [SIMPAN] bagi menyimpan maklumat yang anda masukkan dan membolehkan anda keluar dan masuk (login) bagi menyambung semula kemasukkan sehingga status semua maklumat adalah "Rekod Lengkap".
10. Penghantaran Permohonan ke SPP
Calon hanya boleh menghantar permohonan ke SPP setelah status kesemua ruangan maklumat (Maklumat Peribadi, Penempatan & Perkhidmatan, Akademik dan Kelayakan / Nilai Taraf) adalah "Rekod Lengkap".
Klik butang [HANTAR] di ruangan Pengakuan Pemohon. (Nota: Butang [HANTAR] ini hanya akan kelihatan sekiranya semua status maklumat adalah "Rekod Lengkap".

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

11. Sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul sebelum klik butang [HANTAR].Sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul sebelum klik butang [HANTAR].
(Nota: Calon tidak boleh lagi meminda maklumat yang telah dimasukkan sebaik saja penghantaran berjaya dilaksanakan. Pemohon perlu menghubungi Pentadbir e-Permohonan bagi pindaan selepas penghantaraan).
12. Penghantaraan permohonan anda berjaya di terima oleh SPP sekiranya skrin komputer anda memaparkan skrin berikut sebaik saja anda klik butang [HANTAR]:

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
Ini menunjukkan permohonan anda telah didaftarkan. (Nota: Klik butang [Cetak Borang] untuk mencetak maklumat yang telah anda hantar untuk rekod dan rujukan anda).
Keterangan Am
1. Sebarang pertanyaan mengenai e-Permohonan atau pindaan permohonan bolehlah dibuat melalui internet dengan menggunakan alamat e-mail webmaster@spp.gov.my yang terdapat dalam Laman Web Rasmi SPP di bahagian Maklumbalas. Sila nyatakan segala butir-butir yg diperlukan di laman tersebut.
2. Pemohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan akan ditemuduga dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh Suruhanjaya menerima permohonannya atau tarikh e-Permohonan didaftarkan (tidak termasuk tempoh musim cuti sekolah).
3. Bagi calon yang layak memohon tetapi permohonannya tidak dapat dilengkapkan kerana sekolah tempat bertugas atau IPT tempat belajar tidak tersenarai dalam sistem, mereka diminta membuat aduan melalui talian 03 - 8871 7300 untuk tindakan pihak SPP.
4.Pemohon yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan akan disenaraihitamkan dan boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989).
maklumat lanjut ke laman : http://www.spp.gov.my/index.htm

Madah Ilmuan

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Just to charge information

Indahnya Kata-kata

Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.

INgat2kan....Sekarang Bulan Ramadhan 1430 H

Total Pageviews