Search This Blog

Tuesday, December 30, 2008

Perlu perubahan??






Salam Maal Hijrah 1430H

emm..tut..tut.. dah masuk tahun baru hijrah dan beberapa hari lagi akan masuk tahun baru masihi pula..

tapi apa kesan kepada diri kita bg makhluk yang bergel;ar insan yang lemah ini. bertambah waktu..semakin meningkat usia.

berlaku perubahan..namun apa yang berubah..mengikut pandangan Dr. HM. Tuah Iskandar


" Kadang2 kita tak mampu mengubah apa yang ada dalam diri orang lain, tapi kita sendiri mampu mengubah apa yang ada dalam diri kita."



bagi tahun yang baru ini, baik lah kita cuba sama2 perbaiki diri kita ke arah yang lebih baik dari yang sebelumnya.

berhijrah menuju peningkatan diri. banyakkan istiqamah dalam melakukan ibadah.

banyakkan membaca al-Qur'an dan memahami maksudnya. dan lebih baik mengahafal ayat-ayat al-Qur'an tersebut.

bagi yang kerja macam kita ni, juga sebgai pelajar pratikum.. belajar2 untuk menjalani kehidupan sebagai pekerja. Lepas tamat belajar ramai yang akan pilih sebagai pekerja. Hendak sambung belajar hanya segelintir. Namun, belajar tidak ada penamatnya. tapi ...

apa la nak certa kat tempat pratikum yer..

tak tau la, rasa suka k tak kat sini.

mungkin begini la suasan kerja kot..

kena padai2 la,




Oleh itu, Selamat Maju Jaya Dalam apa Jua BIdang yg diceburi'






Friday, December 26, 2008

Fii Sa'ah

Hari ini dalam sejarah..
sepanjang hari waktu membuka sejarah. Sejarah diri sendiri.
Pada hari bertarikh 26 Disember sudah genap 4 tahun peristiwa Thsunami berlaku.
Tempoh yang agak lam tapi masih dibual2 oleh masyarakat. Al-maklum la, peristiwa yang banyak membawa kesan kepada masyarakat khusus yang di Acheh, pergorbanan nyawa, harta benda dan saudara mara yang entah ke mana menghilang tidak dijumpai sampai sekarang.
Sedari dari peristiwa itu banyak yang ALLAH S.W.T nak tunjuk kepada hambanya yang dhaif ini bahawa Maha Berkuasa melaksanakan apa yang Ia kehendak sebagaimana yang telah diceritakan dalam Al-Qur'an. Jika Allah tidak menyukai sesuatu, Ia mampu menghilangkanNya, dan sekiranya Ia mengkehendakinya Ia mampu mengembalikanNya.Sesungguhnya Allah Maha Mentadbir Alam ini. Kehidupan manusia di muka buli ini hanya sementara sahaja dan pinjaman semata-mata pentadbirannya.

Detik tarikh ini juga ada kelahiran baru yang muncul untuk menghirup udara alam ini. Bagi mereka yang menyambut hari lahir "Selamat Hari Lahir" = semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Marilah kita sama2 koreksi balik dalam diri kita ini sepanjang perjalanan hidup kita di atas mukla bumi ALLAH S.W.T.
Tidak beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru Hijrah 1430 H.
sudah meningkat hari, meningkat bulan, meningkat tahun, meningkat umur, dan akhirnya makin uzur dan kembali kita ke alam terakhir, Alam Akhirat.
Bila waktunya, hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu, wallahu'alam.
Maka berkisah la tentang azam dan matlamat.?
Ada bezakah antara keduanya?
mari kita dgr pandangan dari drinpirasi:

Matlamat berbeza dengan azam. Azam ianya sama seperti harapan. Mengharapkan sesuatu terjadi tanpa tindakan yang konkrit. Ianya tiada proses yang jelas untuk mendapatkannya. Ianya tiada kemahuan yang kuat untuk mengcapainya.
“Aku harap tahun ini aku hendak….”
Penggunaan perkataan ‘hendak’ jelas menunjukkan kita tiada insentif untuk berusaha bersungguh-sungguh. Kita tidak beberapa pasti dengan matlamat kita. Sebab itulah kebanyakkan azam yang ingin dilakukan tidak berjaya direalisasikan.
Berbeza dengan matlamat. Ianya mempunyai proses. Dari proses sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-besarnya. Itulah matlamat. Ianya jelas dan diikuti dengan semangat ingin betul-betul menjadikannya kenyataan. Ianya melibatkan tempoh masa.
Jadi apakah matlamat anda untuk tahun ini? Petua Jack Canfield, penulis siri Chicken Soup. Senaraikan 3-4 matlamat utama yang anda ingin capai untuk tahun tersebut. Kemudiannya bawanya kemana sahaja anda pergi dan selalu membacanya. Cara yang efektif adalah dengan meletakkannya dalam beg duit anda dimana anda akan dapat melihat matlamat anda setiap kali anda membuka dompet untuk membayar sesuatu.
Selamat mencuba.

Tuesday, December 23, 2008

MU'annath

erti persahabatan..
bila mana ia kadang membawa kegembiraan..
dan kadang2 kedukaan..
ketahui la, bukan senang nak mencari seorang kawan yang boleh kita berkongsi
cerita dengan kita..
ikut ape yang belajar dalam komunikasi itu..
dalam komunikasi kumpulan susah..
jenis2 yang perlu diketahui..
apabila sudah kenal..
cuba untuk berkomunikasi..
bertanya apa yang patut..
nama+latar belakang+kerja berapa lama+jawatan apa=panggil apa?
emm...
dalam banyak2 sektor.. golongan perempuan selalunya menguasai ..
golongan lelaki, hanya seglintir..
begitu juga la dalam kolej ini..
berbicara mengenai itu,,terdapat cebisan keratan dari (dr_inpirasi) yang berbicara mengenai wanita..

"Hari ini kita berbicara tentang wanita. Lebih tepat lagi tentang kuasa wanita yang menjadi kelebihan pada mereka. Walaupun mereka tidaklah diangkat sebagai pemimpin dan tugas itu diserahkan kepada sang lelaki. Namun begitu mereka tetap berkuasa. Kata orang ‘girl power’. Hehe
Kuasa lemah lembut yang ada wanita tidak dapat disangkal lagi. Ketahuilah bahawa kelembutan wanita merupakan racun atau penawar dalam kehidupan lelaki. Kelembutan dan pujuk rayu seorang wanita mampu menjatuhkan sebuah empayar yang dibina oleh sang lelaki dalam sekelip mata sahaja. Walaubagaimanapun, jika kelembutan itu disalur mengikut syariat Islam, seorang wanita juga mampu menjadi tulang belakang yang kuat untuk menyokong perjuangan sang suaminya.
Contoh beberapa empayar yang runtuh akibat wanita.
- Josephine dan Napolean Bonarparte- Matahari dan Hitler-Delila dan Samson-Hendon dan Abu Lahab-Cleopatra dan Anthony
Manakala di bawah pula disenaraikan wanita yang menjadi kekuatan pada sang suaminya. Mereka sentiasa menyokong dari belakang perjuangan sang suaminya.
-Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah dan isteri baginda yang lain-Nabi Ayub dan Siti Rahmah-Nabi Ibrahim bersama isterinya Siti Sarah dan Siti Hajar
Alangkah bahagianya jika mendapat isteri yang sentiasa memberi inspirasi kepada suaminya.. "

sbgai penkongsian shj..dr laman web juga..

Monday, December 22, 2008

Majlis Perlantikan Watikah 20 Disember 2008

Sedutan gambaran semasa majlis ..
Menyambut orang besar...besar la juga persiapan walaupun datang hanya beberapa jam..
emmm...begitu la nasib rakyart jelata..


ini Menteri Pengajian Tinggi..asal dari Johor. (atas)

Bawah tu, anatara staf yang terlibat..

Berada dalam Pentadbiran Kolej Komuniti, baru la tau..keadaannya..

Di sini..secara keseluruhan pensyarah yang bergerak kerja dalam sesuatu program. Ini berbeza apabila berada di Universiti.. yg mana program di uruskan oleh pelajar.. jadi di sini kerja yang ditanggung oleh pensyarah agak berat. Tanggung kerja ini membuatkan ramai juga la staf2nya stress..tekanan kerja yg banyak. lebih-lebih lagi di akhir tahun ini. mana nak kejar semak kertas, nak telepon org terlibat dgn majlis, nak still tempat prgram and so on..sapai satu waktu..dikejutkan pertelingkahan fahaman antara staf yg berkerja dgn pensyarah...sebabnya..tidak faham maksud yg nak disampaikan..

"ini la kita kadang2 tersalah pandang tentang kehidupan...kita tidak tau bahwa keduduakn staf dan pensyarah pun ada jurang berbeza.. kita tidak boleh pandang pada kedudukan pangkat..itu hanya sementara..jika kita dapat membina hubungan yang baik antara pasukan kerja maka pengurusan kolej akan lebih cemerlang, jadi berbuat baik la pada semua orang..namun mesti berpada-pada."..ini gambar antara yang berlaku pada majlis tersebut.

audion yang di jemput ialah penduduk tempatan..komuniti Pasir Gudang..
Ini pula persatuan and peteri2


Dhif kehormatn yang dinantikan
nyanyi lagu negaraku...semua berdiri..

sebelum majlis, (ketibaan vip)


Majlis menunggung ketibaan YB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin


Bersama dengan Puan Pengarah (KKPG) Kolej Komuniti Pasir Gudang (tudung berwarna kuning) Pn Roslina Lapanditah.


Ini cepisan episod selama seminggu di KKPG.
"Suka rasanya hati nak berkongsi dengan kawan2 sesi perjalanan pratikum..
walaupun berada tempat berasingan ttp adanya kawan yg sudi posting..terasa ada juga la kawan bersama..jgn lupa kawan sudah lanye...
Kalau bagi komen pun lagi bagus...:)

Friday, December 19, 2008

seminggu di sini

terima kasih buat kawan2 yang berkunjung tiba di blog ini..
juga seukir kata membina perubahan..
terasa senang dan gembira kiranya sahabat2 membuka lebaran di blog ni..
tau la bahwa ada sahabat yg sudi bertamu...

ooOO..bahasa puitis..
buka skip kerja ni..
tapi salah satu kerja juga la..
kena buat laporan ..

`Setelah seminggu berada di dalam pentadbiran kolej komuniti...
emm...semalam dapat juga jumpa denagn Puan Nasrah Haji Omar.
selaku Penyelia merangkap EO.( Executive Officer=Pembantu Pegawai Tadbir..
beliau juga telah membuat permohonan pertukaran ke KK Kluang..mungkin berdekatan dgn rumahnya..

Pada awal pagi semalam dapat berita result dah kluar..
tapi susah juga nak tgok..
apa la akan berlaku dgn result ni..
apa yg bakal hadapi..
ada perubahan tak?
Moga2 perubahan akan terjadi..
: YA ALLAH..kepada MU jua kami berserah.."

agenda semalam..
staf2 yg terlibat bermesyuarat mengenai Majlis Perlantikan Watikah yg bakal dibuat pada esok hari...
tidak semua yg terlibat termasuk sebagai urusetia program..

dari pukul 10 hingga 11.3.
dari perhatian..
pengarahnya seorang yang menepati masa,,pukul 10 sudah ada dalam bilik mesyuarat..
tetapi staf2nya....
bg yg pratikum ini..
mita bantuan kalu da kerja boleh la tolong,,
so, lastnya buat invois mengenai pembayaran tuntutan yang dibuat oleh staf yang keluar masuk mengenai urusan kolej seperti lawatan, kursus dan program yang terbabit bagi meningkatkan pembangunan kolej..
invois dan pembayaran perlu dibuat dengan secepat mungkin sebelum kemasukan tahun baru.
bahgian kewangan nampaknya pening2..
tapi masih "calm down" .. tetapi biasa la, berada di bawah ketua dan pemantau dari pihak atasan..
mesti nak secepat mungkin..
kewangan mesti ditutup..
tidak ada pemintaan invois
emm..da nasihat dari akak ni " kalu jadi org atasan tengok2 la kerja orang bawah ni"..
banyak mana, wat ape?..jangan bagi arahan semat-mata..

Wednesday, December 17, 2008

Keadaan Pratikum..ooO..

hari ketiga berada di suasana alam pratikum kat Kolej Komuniti Pasir Gudang...
eemm...ape la nak buat ari ni yer...
semalam tak jumpa lagi dengan penyelia syarikat...tut..tut...ari ni pun tak datang lagi..dia ada urusan luar, jadi tolong la ape yang patut dgn staf-staf yang baik hati...
baik-baik la akak-akak kat sini..
tak tau nak buat minta tolong tunjuk senang je bagi tunjuk ajar...
memandang duduk di bahagian pentadbiran..meliputi juga bahagian kewangan.
akak yang berada di bahagian ni akak Asrena (dari JA= Jabatan Akaun), kak Ara (dr SPA=Suruhan jaya Perkhidmatan Awam), Kak Su D (xjupe lagi, dia MC)
Sementara tu akak yang byk membantu dalam pentadbiran juga ialah kak Suhana Salleh (org Klate), kak Az (katanya baru bekerja semula setelah lama tak bekerja 5 tahun), kak Rina (baik juga dgn pengarah) dan kak Lin yang slalu dok akat tepon, "helo, kolej Komuniti Pasir Gudang"
dan tidak lupa akak Mala yang dapat baby baru, masih susu badan.
dkt sini juga da abg Faizal abg Am..
kat bahagian ni menjadi kunjungan ramai..

setiap surat menyurat dan pengesahan akan dibuat disini kerana Puan Pengarah berada di bahagian ni,Pejabat dia la.
staf-staf sini okey..kawan camner? :)

pasal kerja pe kena buat
kena jupe penyelia dl tp dia tak da..
jadi memadai la cari peluang,,
nak tolong2 boleh sangat, asalnya rajin bertanya.
tp..kalu rajin pun..
dok depan komputer dan taip2...cam ni la.

semalam siapkan baucar pembayaran mengenai pembayaran pelajar SPP. SPT, SKD..
ntah tak tau lagi pe shortfont tu..nati nak semak dulu..
tin...tinnn

Monday, December 15, 2008

Hari Pertama Di Tempat Pratikum..

Salam Bahagia buat sahabat2 yg sama2 menjalani pratikum..
hari ini bermulanya pratikum.15bh Disember 2008.

Sesi pertama datang kat tmpat pratikum macam mana?
emm...dah tau ke tampat nak dituju..
"ish2...bangunan mana ni..."
"aik2..adik, bangunan ni la.."
"masuk pintu ni ke"
"saya nak jumpa PUan....."
"saya pelajar pratikum dari....."
"...oo...tunggu dulu yer..duduk dulu..nati dia sampai."


opps ini salah satu gelagat awal datang kat baru la katakan..
tapi last2 dapat juga temu orang yang dicari..
lega la juga rasanya.

emm...awak pelajar pratikum ye....
"sekejap ye"

emm...bedebar juga nak hadapi suasana baru ni..
alam nak kerja kan..
tapi bila ingat yg dr Dr Inspirasi
"
“Anda perlu berada di peringkat di mana anda merasakan bahawa tindakan lebih penting daripada hasilnya sama ada menang atau kalah.”
Arthur Ashe
Kesimpulannya, lakukanlah perkara yang anda ingin lakukan supaya anda tidak menyesal. Mungkin anda akan kalah, tetapi sekurang-kurangnya anda tidak akan menyesal. Adakah anda ingin suatu hari nanti di kala anda tua, anda berkata, “alangkahnya baiknya aku mencuba melakukan perkara tersebut dahulu”.?
jadi diri ini mesti kuat semangat la..juga kawan2
kita yang akan memandu diri kita..kita juga yang mampu mengawal

5 Tips mengurus masa dengan lebih efektif.

1. Selesaikan semua tugasan dengan segera. Elakkan daripada mengambil sikap bertangguh. Semakin lama anda bertangguh, maka momentum anda semakin hilang. Jadi lakukannya secepat mungkin untuk mengelak momentum tersebut hilang umhnya.

2. Tahu dan kenalpasti tugasan yang menjadi keutamaan anda. Tentukan apa yang yang penting dan perlu disiapkan segera.

3. Agihkan kerja dan minta bantuan daripada orang lain yang lebih mahir. Berilah mereka peluang untuk membantu anda.Seperti seorang murid yang meminta pertolongan seorang guru untuk menyelesaikan soalan yang sukar hendak dijawab.

4. Amalkan sikap mementingkan diri sendiri kadang kala. Kadang-kadang anda perlu kikiskan rasa bersalah tidak membantu orang lain. Andalah sebenarnya perlu dibantu.

5. Lakukan perancangan. Untuk sesuatu tugasan, rancang dahulu bagaimana anda hendak menyelesaikannya. Ia mampu menjimatkan banyak masa anda.
Pengurusan masa penting dalam menjadi pelajar dan manusia Smart. juga pelajar pratikum yang BEST!!!

Tuesday, October 28, 2008

Musim Exam Dunia

Yaa Sohabii..
sekarang kita dah berada dalam musim exam..
Exam dunia nak berjaya dalam dunia dan kita juga mahukan keberkatan dan keredhaan Allah SWT juga.

Sebagai persedian kita mesti lah membuat persediaan dengan baik untuk mencapai kejayan..
sesungguhnya kejayaan tidak akan datang tanpa usaha."bergolak depan mata: aku berjaya tapi aku tak baca buku pun" itu aneh bin ajaib.. dia mungkin ada ilmu lain tu..

kita mulakan usaha dengan sebaik mungkin,
dengan ALLAH kita memohon supaya kita berada dalam ketenangan dalam musim exam ni.
al-Maklum, jika emosi dan hati tidak tenang macam mana kita nak study..
masalah datang, kepala otak yang nak stdy pun bercampur dengan buku-buku yang belum habis lagi stdy..oooOO... skitnya,,gem..jem..

Oleh itu persiapan diri dari segi rohani perlu bagi makanan rohani dan dalaman kita.
antara petua amalan yang di amalkan oleh pelajar2 sebagai senjat pelajar muslim menghadapi Peperiksaan
1) selalu amalkan solat hajat setiap hari
Lakukan amalan ini secara berterusan (istiqamah)
Melakukan solat hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat setiap hari

2) membaca surah Yassin setiap hari
membaca Surah Yassin selepas Solat Subuh atau Maghrib setiap malam

3) berdoa dengan doa2 mathurat
Berdoa dgn doa2 dari al-Qur'an dan hadis Rasulullah SAW bagi menuntut kejayaan dalam proses pembelajaran dan kehidupan.

أحب الأعمل الى الله تعالى ادوامها وأن قل

Amalan yang disukai oleh ALLAH ialah yang berterusan walaupun sedikit

Ini antara senjata yang digunakan oleh pelajar, semoga ia menjadi panduan kita bersama.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN BEROLEH KEJAYAAN DUNIA WAA AKHIRAT

Bagi yang last Sem..buat elok2 exam..
last udah nak berada dlm dewan exam sebagai status student.
Bagi kawan2 yang lambat habis exam tu, banyak2 bersabar la yer. Dan sesiapa yang belum dapat tau pasal tempat pratikum lagi tu pun, bersabar ar..pasti dapat cuma lambat jer, risau sikit2 jer ye..fikir exam dulu. mungkin kawan2 dapat tempat yang best2 la tu.

Sebelum menduduki peperiksaan ini, @na mengambil kesempatan ini memohon maaf, andai salah & silap kepada sesiapa yang mengenali diri ini, lebih2 lagi kwan seangkatan yang sedang belajar di UUM kos Pentadbiran Muamalat, kwn2 yg sudi berinteraksi dalam blog ni dan sesiapa saja mengetahui dan mengenali diri "widad". Gurau senda, sindir + senyum + terasa hati + marah2 tu..asam garam perencah kemanisan persahabatan..=) aiwah2..kalau betul2 terasa hati tu mita maaf ye kawan2.

Dan kita semua juga, jangan lupa jasa & pengorbanan emak dan ayah kita , juga buat guru2 dan pensyarah2 yang mengajar dan mendidik kita sampai saat kini. ketahui siapa sebenarnya diri kita ini..
Di mana kita, ke Mana kita selepas ini?

Friday, October 24, 2008

Nilai Wang !

Nilai mata wang hanya sekeping kertas dan akan ada turun naik.
tidak menentu kedudukannya.
tidak seperti alat2 pengukir yang lain.
anehnya, sejak sekian lama manusia tidak dapat menyediakan wang nilai dengan stabil.
berlain dengan emas, yg mempunyai nilai yg sama dan penurunan yg berlaku jatuh mendadak.

kesan riba terhadap semua orang bukan sahaja yg menggunakan ttpi juga orang sekeliling.
memburukkan masalah penguguran. golongan kapitalis enggan melabur sekiranya kadar pulangan pelaburan adalah lebih rendah dari kadar faedah (riba) semasa. contohnya kadar keuntungan 3% tapi kena bayar faedah 4%. jadi projek yg dibuat menjadi tidak proaktif dimana pelabur tidak akan melabur dalam aktiviti itu. kesannya sumber2 kawasan itu akan dibiarkan tanpa diusahakan.

riba juga boleh menyebabkan kemelesatan ekonomi bertambah kronik.
ia menyebabkan bertambah buruk kes penguguran dan pembahagian kekayaan yg tidak adil kepada masyarakat. bagaimana akan berlaku pada golongan yg tidak berkemampuan dan berpendapatan rendah, semakin susah mereka. semakin kuat bekerja, semakin banyak mencari, semakin tiada duit, semakin hidup kesempatan. keperluan hidup tidak mampu menampung kehidupan sekarang. pengimbangan nilai harga sekarang tidak menentu..

sedarlah kita semua..kekayaan itu adalah hak milik ALLAH. manusia hanyalah sebagai pemegang amanah untuk menjaga harta tersebut.

berkait tentang isu riba yang tidak akan ada jalan penyelesaiannya.
manusia di Bumi ini akan berhadapan dengan riba,
walau sekecil2 mana pun.

menyambung tentang PTPTN

PTPTN sejak awal diperkenalkan, isu caj perkhidmatan ini sememangnya tidak sunyi daripada polemik perdebatan di kalangan massa. Isu ini kembali menjadi tumpuan lebih-lebih lagi ketika kerajaan dilihat begitu serius dalam usaha memperhebatkan perkembangan sistem kewangan dan perbankan Islam di negara ini. Pelbagai kempen yang dijalankan tampak semakin berjaya meningkatkan kesedaran rakyat mengenai halal haram dalam urusniaga muamalah khususnya berkaitan riba.


Sememangnya pembangunan sistem alternatif yang bebas riba amat bertepatan dengan amaran Allah S.W.T.: “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman. Jika tidak, Allah dan RasulNya mengisytiharkan perang terhadap kamu. Dan jika kamu bertaubat, maka bagimu pokok hartamu, agar kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”. (Al-Baqarah:278).


Kecelakaan riba ini turut ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. yang mengingatkan dalam satu hadis: “Riba mempunyai 72 pintu. Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seseorang lelaki berzina dengan ibunya sendiri.” (At-Tabrani, 7/158; Riwayat Al-Hakim).


Demikianlah bahana riba yang dikategorikan sebagai dosa besar yang bukan sahaja diumpamakan seperti berzina dengan ibu kandung sendiri malah lebih parah lagi sehinggakan Allah dan RasulNya mengisytiharkan perang terhadap pengamalnya.


Sebab itulah dalam konteks urusniaga kewangan semasa, ulama banyak memperincikan garis panduan berasaskan prinsip syarak dalam memastikan urusan muamalah umat benar-benar bebas daripada unsur-unsur riba yang diharamkan.


Salah satu bentuk riba yang jelas diharamkan oleh Islam ialah riba yang terkait dengan amalan memberi hutang atau dinamakan sebagai Riba Al-Qard atau Riba Al-Duyun. Dalam konteks ini, syariat jelas memperincikan bahawa hutang atau pinjaman tidak boleh dikenakan sebarang caj tambahan sama ada bersifat faedah mahupun perkhidmatan. Prinsip ini turut dipertegaskan dalam satu hadis: “Setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat bagi pemberi pinjaman maka ia adalah riba”.


Majlis fatwa antarabangsa yang mengawal selia operasi sistem kewangan Islam seperti AAOIFI menyataka bahawa, “semua faedah atau lebihan (daripada jumlah yang dipinjam) yang dipersetujui atau disyaratkan di dalam kontrak atau akad pinjaman dibuat pada awal kontrak ataupun dikenakan ketika kelewatan membayar balik pinjaman sama ada dalam bentuk wang, barangan atau apa-apa manfaat lain dilarang dan adalah riba”.


Berkenaan dengan kos perkhidmatan pula, Majlis Syariah AAOIFI dan Majlis Fiqh Sedunia di bawah OIC (Persidangan Negara-negara Islam), mengeluarkan resolusi yang jelas dengan menyatakan bahawa caj bagi perkhidmatan hanya dibolehkan dengan syarat ia adalah kos sebenar pengurusan teknikal sahaja. Manakala caj yang dikenakan melebihi kos sebenar adalah haram.


Ini bermakna sebarang caj yang dikenakan mestilah berasaskan kos pengurusan yang sebenar dan bukannya sekadar meletakkan peratusan seperti 1 peratus, 2 peratus ataupun 3 peratus daripada jumlah pinjaman. Inilah yang dikatakan riba kerana manfaat diperoleh daripada nilai hutang yang diberikan dan bukannya berasaskan kos pengurusan sebenar.


Sebaliknya yang dibenarkan oleh Majlis Fatwa OIC tadi ialah apabila caj dikenakan berasaskan kos pengurusan sebenar tanpa terikat kepada nilai hutang peminjam. Sebagai contoh, sekiranya kos pengurusan sebenar (termasuk kos dokumentasi, peguam, cukai setem dan lain-lain) bagi setiap transaksi adalah sebanyak RM600. Maka caj tersebut boleh dikenakan kepada peminjam tanpa mengira jumlah atau nilai hutang yang diberikan.


Demikianlah perincian yang dilakukan oleh para ulama dalam memperhalusi isu riba dalam urusniaga kewangan khususnya dalam aspek pemberian pinjaman yang sudah menjadi asam garam kehidupan hari ini. Apa yang penting elemen riba tidak boleh dikompromi sama sekali dalam upaya mencari jalan keluar bagi mempermudahkan urusan kehidupan masyarakat.



Hukum Caj PTPTN


Sebelum ini saya telah menulis fatwa ulama Islam berkenaan hukum caj perkhidmatan dalam pinjaman jenis begini di sekitar tahun 2006 yang lalu. Kesimpulannya, kaedah caj perkhidmatan yang dilaksanakan dengan mengenakan peratusan terhadap jumlah pinjaman yang diberi adalah bukan caj perkhidmatan yang diiktiraf di sisi Islam dan ia adalah Riba yang haram di sisi Shariah. Sila baca berkenaannya di sini Hukum Caj Perkhidmatan PTPTN


Umum juga telah mengetahui bahawa pihak PTPTN sebenarnya meminjam duit dari dana KWSP dengan kadar faedah 5 % (ini juga adalah riba yang diharamkan), lalu apa yang dikenakan oleh PTPTN kepada pelajar iaitu 3 % dikira agak rendah, ini adalah hasil subsidi sebanyak 2 % yang diberikan oleh kerajaan. Namun, riba tetap haram samada banyak atau sedikit, samada redha atau tidak, ia tetap riba yang diharamkan.


Justeru, disebabkan keputusan untuk mengabaikan permintaan pelbagai pihak untuk menghapuskan caj PTPTN masih belum dimuktamadkan, kita berharap lebih banyak pihak termasuk NGO di Negara kita sudi membantu para pelajar Malaysia dengan mendesak pihak berwajib dan berbincang agar caj perkhidmatan tersebut dapat dihapuskan.


Ia amat penting kerana mengelak riba serta merupakan tanggung jawab sosial kerajaan yang sebelum ini mewarwarkan ingin meningkatkan pembangunan manusia.

(http://www.zaharuddin.net)

Wednesday, October 22, 2008

Hutang

Salam Syawal bagi yang masih berbaki sekarang..
Semoga sahabat semua dapat melaksana ibadat dgn baik dan ibadat kita semua diterima oleh ALLAH..
bersyukur la kita masih dapat dikurniakan nikmat pernafasan sampai saat ini.
Mari kita sama2 koleksi amalan hingga saat ini..
sudah terlaksanakah hutang piutang kita?
hutang ibadat wajib mesti segera laksanakan..
jangan bertangguh..bagi peringatan bersama, bila mana kita mampu dan sihat walafiat ini elok kita segera laksana dan tunaikan..
kerana bila kita dalam keadaan tidak sihat dan terdesak, sehingga ke pringkat tiada jalan penyelasaian akan membuatkan diri kelam kabut serta tidak tenang.
hidup yang tenang dan ceria di limpah gundah gulana.
kemewahan yang dinikmati telah dirampas.
hutang mesti ditunaikan walau tidak dituntut.

tapi hendak di certakan mengenai kehidupan mojiriti pelajar yg menuntut di pengajian tinggi menanggung hutang..
hutang ptptn.
tidak dapat lari..
banyak kurang.. cepat lambat masuknya duit..
dgn PTPTN..
hebat bergaya pun dgn duit tu la juga.
kajian telah dibuat mengenai status kedudukan ptptn.
ada gharar tentangnya..ia dikatakan pinjaman.
tapi mengena pinjaman yang interest yang dikatakan mempunyai riba.
emm...banyaknye..
kajian mengenainya sedang dibuat.
baru-baru ni, hangat PTPTN di sebut.
dan last-last nak abis sem pun da dok bertanya juga..
sebabnya duit dah abis.
ptptn dah kurang
tapi rezeki ALLAH..dua tiga hari ni, da org ramai dok beratur panjang depan mesin atm, nak ambil duit baru masuk. ntah la tetiba da duit masuk,
pe yang berlaku ialah PTPTN masukkan duit kerna duit pada awal sem berkurang, nilai yang diperolehi tak sama.
Perkhabaran berita mengatakan duit di masukkan coz di tolak dari insurans. Insurans telah dijelaskan..
ntah kami jadi pelik jer..
tapi biasa la, org akan senyap gembira bila dapat duit..
boleh hepi la, lega...da duit
tapi tengok toime tak da duit.
jimat berbelanja la.

kes ini belum jelas..
kena tanya dulu pihak terbabit..
apa yang berlaku pada PTPTN sebenarnya ?


Thursday, October 16, 2008

Kenapa KITA MERASAI PEDIH dan SUSAH , RASA SAKIT HATI

Dalam hidup ini, manusia akan menghadapi 2 kesakitan. Haish pelik bukan? Apa 2 kesakitan tersebut?


” Dalam hidup manusia akan menghadapi 2 kesakitan.
Sakit kerana mendisiplin diri atau sakit kerana menyesal.”
Kedua-duanya adalah sakit dan anda tidak mampu untuk mengelaknya. Tetapi yang membezakan kedua-dua kesakitan ini adalah tempoh masanya. Kesakitan mendisiplin diri hanya dirasai dalam tempoh yang pendek sahaja. Iaitu mungkin sekitar 2-6 bulan sahaja. Contoh di mana seorang pelajar mendapat ‘sakit‘ dalam mendisplin diri belajar dan mengulangkaji pelajaran untuk memperolehi keputusan yang cemerlang.
Tetapi kesakitan kerana menyesal mengambil tempoh yang lebih lama untuk pulih. Lebih teruk lagi, mungkin ianya tidak terubat seumur hidup anda.
Kata orang, ” Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya.”

Jadi, apa pilihan anda?

Wednesday, September 24, 2008

Selamat Menyambut AIdifitri


Sekarang umat Islam di ambang kegembiraan bagi mereka yang ingin menyambut Hari Kebesaran selepas berpuasa selama sebulan dan juga merasai kesedihan kerana akan kehilangan bulan yang penuh dengan keberkatan, kerahmatan, pengampunan dan kebebasan dari azab api neraka. almaklum, umat Islam tidak pasti adakah mampu meraih Bulan Ramadhan pada tahun depan.

Dengan sisa yang berbaki ini, bagi mereka yang mampu dan kesihatan walafiat terutama golongan muda dewasa mesti menggunakan dengan sebaik mungkin. Pada usia muda yang masih menuntut ilmu dan tiada bebanan melainkan tugasan akademik mampu melakukan ibadah puasa ini dengan lebih mantap. Tetapi umrah manusia punya kekangan dan dugaan yang menghalang. Niat i'tiqaf di masjid amat2 lah digalakkan di masjid. Tetapi berapa kerat sangat golongan tersebut yang bertindak demikian.

Sedarkah kita??
terlalu banyak perkara yang melalaikan kehidupan ini,
Dunia semakin sakit dengan makhluk manusia yang banyak memusnah dari memelihara,
Walaupun golanagan muda ini sihat dan ramai, namun terlalu sikit yang mengi'marahkan masjid..
apa SILAPnya?
fikir2.....

Bagi diri ana Terlalu tunggi dugaan yang di uji olh ALLah SWT
ia mangajar ana bahawa takdir ALLAH tidak dapat dielakkan.
kita mesti menerima KEtetapan yang ALLAH tetapkan dengan Redha setelah kita berusaha.
SEtiap yang berlaku Dari ALLAH untuk kita (manusia) dan hikmahnya.
Redha...REdha..dan cuba lagi..
pasti boleh
InsyaALLAH

Setelah memohon doa ditetapan hati kita dan di beri ketenangan atas yang berlaku,
@na cuba muhasabah diri balik..
@na bersama sohabii yang suka berada di masjid sama berqiamulail dan bersahur di masjid pada 20 malam terakhir di Masjid Badlishah.

Kenangan di M. Badlishah amat bermakna..
tawa ria, suka duka, konflik ketenangan dikongsi bersama2
kawan yang sentiasa ceria..Aishah "budak Pratikum" kecoh dengan gayanya..
tapi settle bawa kami senang dengannya..
Lebih2 time nak buat hidangan berbuka puasa.
Waktu yang biasa la, kul 6.30 ptg Muslimin Muslimat UUM akan berbaris..
ambik makanan...kalu ari xkerja bubur lambuk pasti ada..
makanan best2..
pasti rindu ar kenangan ni nanti..

24hb ni, Sultan Kedah datang..
emm...berseri2 la Masjid Badlishah dihias, dicat...
tapi nak certa lucu..
alkisah Sultan nak turun semua tempat mesti clean
suatu pagi, dtg orang atas buat pemantauan....tut..tut..
ubat + berus gigi kami yang tak bawa balik lepas sahur tu telah di ambik oleh mak cik cleaner..
bommm.....
gempaq dalam masjid petang tu...dok certa..mana la mak cik tu letak..ubat gigi banyak lagi tu..
tak leh gosok gigi ar lpas magrib tu, terpaksa p beli baru ubat gigi, tapi tu pun kongsi ar..
hmm....sultan nak datang punye pasal
tapi pagi soknya..kami p la tanya makcik tu...
mujur dia simpan elok...dapat balikk..:)

Dalam 24hb tu jugak kami dah nak balik beraya kat kampung..
sudah ramai yang balik..
bas yang masuk pasti kluar penuh..berdiri la
kelas pun berapa kerat sangat yang datang, datang pun nak hantar asgment.

balik la jupa mak ayah pula.
buka puasa dgn mak ayah yer...
lama dah tak juper..
emm...rindu nak makan lauk mak masak...
moi kita balik kampung malam ni.
kami and the geng blok D naik bas XPDC agennya CT KL..
akhir kalam SELAMAT BALIK KAMPUNG & SELAMAT BERAYA + JANGAN LUPA DATANG BALIK SAMBUNG KELAS>prensentation plak..










Ringkasan Adab-adab Berhari Raya

(http://raihana-insyirah.blog.friendster.com)


1. Sunat mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.


Imam Malik r.h. meriwayatkan sebuah hadith di dalam al-Muwatto’ (الموطأ)


أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى


Maksudnya : “Bawasanya ‘Abdullah bin ‘Umar seringkali akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya.”


2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Aid al-Fitri dan sebaliknya untuk ‘Aid al-Adha


Termasuk di dalam adab berhari raya al-Fitri ialah makan dahulu sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya :


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا


Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan terlebih dahulu beberapa biji Tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” (al-Bukhari : 953)


3. Bertakbir pada hari Raya


Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt :


وَلِتُكْمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْن


Maksudnya : “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah : 185)


Daripada al-Walid bin Muslim katanya : “Aku bertanya kepada al-Auza’ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata mereka berdua : “Ya, adalah ‘Abdullah bin ‘Umar menzahirkan takbir pada hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya).”


Bertakbir pada pagi hari raya ketika keluar dari rumah menuju ke tempat mendirikan solat dan sehingga keluarnya Imam adalah suatu perkara yang benar-benar masyhur di sisi generasi Salaf, sekumpulan ulama yang menulis seperti Ibn Abi Syaibah, ‘Abdul Razak dan al-Firyabi dalam kitabnya Ahkam al-‘Iedain menukilkan perkara ini dari generasi Salaf, kerana itu Nafi’ bin Jubair sentiasa akan bertakbir (pada pagi hari raya) dan beliau menganggap pelik orang-orang yang tidak bertakbir (pada pagi hari raya) sambil berkata : “Apakah kamu semua tidak bertakbir?”


Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.


4. Lafaz Takbir Hari Raya


Di dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibn Mas’ud r.a. yang bertakbir pada hari Tasyrik dengan lafaz :


اللهُ أكْبَرُ اللهُ أكْبَرُ لَا إلهَ إلاَّ اللهُ وَاللهُ أكْبَرُ اللهُ أكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْد


Maksudnya : Allah maha besar, Allah maha besar, tidak ada ilah melainkan Allah dan Allah yang maha besar, Allah yang masa besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”


Ibn Abi Syaibah juga meriwayatkan di kesempatan yang lain dengan sanadnya sendiri, dimana takbir itu diucapkan sebanyak 3 kali.


Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat di masjid, di rumah dan di pasa-pasar.


5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya


Termasuk daripada adab berhari raya ialah dengan menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan :


1. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ - (Taqabbalallahu minna wa minkum) Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua)

2. عِيْدُ مُبَارَكْ – (Eid Mubarak) (Selamat) hari raya yang diberkati.


Atau ucapan yang seumpama dengan di atas yang terdiri dari ungkapan-ungkapan tahniah yang dibenarkan. Jubair bin Nufair berkata : “Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya mereka mengucapkan تُقُبَِّلَ مِنَّا وَمِنْكُمْ , Ibn Hajar berkata : Isnad (riwayat ini ) Hasan. (Fath al-Bari : 2/446)


6. Bercantik di Hari raya


Daripada Jabir r.a. katanya : “Bagi Nabi saw ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” (Sahih Ibn Khuzaimah : 1765)


Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibn ‘Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.

Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa seperti sabda Nabi saw :

وليخرجن تَفِلات


Maksudnya : “Dan hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian (berpakaian biasa dan tidak bertabarruj).”


7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain.


Daripada Jabir bin Abdillah r.’anhuma katanya :


كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ


Maksudnya : “Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” (al-Bukhari : 986)


Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini


i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya dari perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii. Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah swt
iv. Untuk menyakitkan hati orang-orang Munafikin dan Yahudi dan sebagai menakutkan mereka dengan ramainya umat Islam.
v. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan solatur rahim.


8. Solat Hari Raya


Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya, sebahagian mengatakan hukumnya sunat, sebahagian yang lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah fardhu ‘ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim. Al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Abdillah bin Baz menyebut : “Pendapat ini lebih terserlah pada dalil-dalilnya dan lebih hampir kepada kebenaran.”


Cara-caranya (kaifiyatnya) Solat Hari Raya.


- Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan sebanyak 2 rakaat. Rakaat pertama ada 7 kali takbir dan rakaat kedua ada 5 kali takbir. Hukum bilangan-bilangan takbir ini adalah sunnat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit dari para sahabat Nabi saw, dan tidak ada bukti yang menunjukkan sebaliknya.


- Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-‘Ala (سبح اسم ربك الأعلى) dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasiah (هل أتاك حديث الغاشية) berdasarkan hadith riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf (ق) pada rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar (القمر) pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadith riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi saw.


- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah
Ini berdasarkan hadith di dalam Musnad Ahmad daripada Ibn ‘Abbas r’anhuma :


أَشْهَدُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى قَبْلَ الْخُطْبَةِ فِي الْعِيدِ ثُمَّ خَطَبَ


Maksudnya : “Aku menyaksikan Rasulullah saw menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”


- Keringanan meninggalkan khutbah bagi yang mahu

Daripada Abdullah bin Sa-ib (عبد الله بن السائب) katanya : “Aku menyaksikan hari raya bersama Nabi saw, apabila selesai solat (hari raya) baginda bersabda : “Sesungguhnya kami akan berkhutbah, maka sesiapa yang hendak mendengar khutbah duduklah, dan sesiapa yang hendak pergi (tidak mendengar khutbah) bolehlah dia pergi.” (Irwa’ al-Ghalil : 3/96)


- Khutbah raya dimulakan dengan memuji-muji Allah, tidak terdapat petunjuk dari Baginda saw memulakan khutbah dengan bertakbir.


- Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya


Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari. Ibn Hajar al-‘Asqalani di dalam Fath al-Bari menukilkan perkataan Ibn Battal (ابن بطال) : “Telah sepakat para fuqaha’ bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat sunat.”


9. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya

Daripada ‘Ali bin Abi Tolib r.a. katanya : “Termasuk di dalam sunnah, mendatangi (solat) hari raya dengan berjalan kaki.” (Riwayat al-Tirmizi dan beliau menghasakannya). Kata al-Tirmizi : “Beramal dengan hadith ini kebanyakan para ulama, mereka memandang sunat orang lelaki keluar (utk solat hari raya) dengan berjalan kaki.” Kata Ibn al-Munzir : “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawadhu’, dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.”


Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn ‘Umar katanya :


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ ، مَاشِيًا وَيَرْجِعُ مَاشِيًا


Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” (al-Albani menghasankan hadith ini di dalam Sahih Ibn Majah)


10. Wanita juga keluar menunaikan solat hari raya


Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi saw. Dari Umm ‘Atiyyah r.’anha katanya : “Kami disuruh oleh Nabi saw untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.”



11. Zakat al-Fitr


Nabi saw menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya. Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal berdasarkan hadith Ibn ‘Umar r.’anhuma yang diriwayatkan oleh al-Bukhari :


وكانوا يعطون قبل الفطر بيوم أو يومين


Maksudnya : “Adalah mereka (sahabat nabi saw) mengeluarkan (zakat al-Fitr) sebelum hari raya sehari atau dua hari.”


Sesiapa yang menunaikan zakat fitrah selepas solat hari raya maka ia tidak dikira sebagai zakat fitrah berdasarkan hadith Nabi saw daripada Ibn ‘Abbas r.’anhuma :


من أداها قبل الصلاة فهي زكاة مقبولة، ومن أداها بعد الصلاة فهي صدقة من الصدقات


Maksudnya : “Sesiapa yang membayarnya (zakat fitrah) sebelum solat (hari raya), maka itulah zakat fitrah yang diterima, dan sesiapa yang membayarnya selepas solat, maka ianya hanya sekadar sedekah dari sedekah yang lain.”


Maka berdasarkan hadith ini haram hukumnya melewatkan membayar zakat sehingga selesai solat hari raya tanpa sebarang keuzuran. Jika dia terlewat disebabkan keuzuran seperti orang yang dalam perjalanan (musafir) yang tidak memiliki wang atau tidak mendapati orang yang boleh diberikannya zakat, dia boleh mengeluarkannya selepas daripada solat hari raya disebabkan dia termasuk orang yang mempunyai keuzuran.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Beberapa Kesalahan Yang Dilakukan Pada Hari Raya


1. Anggapan sunat menghidupkan malam hari raya


Sebahagian orang ada yang beranggapan sunat menghidukan malam hari raya dengan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti qiyam al-Lail dan seumpamanya. Anggapan ini adalah salah kerana tidak terdapat dari petunjuk Nabi saw. Adapun hadith yang menyebut tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya ini adalah dhoief ataupun lemah untuk dinisbahkan kepada perkataan Nabi saw. Hadith tersebut ialah :

من أحيا ليلة العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب


Maksudnya : “Siapa yang menghidupkan malam hari raya, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati (manusia lainnya).”


Hadith ini TIDAK SAHIH, ia datang dari 2 jalan periwayatan dimana salah satunya Maudhu’ atau PALSU dan salah satu lagi LEMAH. (Sila lihat Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhu’ah, oleh al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani : 520-521)


Maka tidak disyariatkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan qiyam al-lail, melainkan bagi mereka yang sememangnya telah menjadi kebiasaannya menghidupkan malam-malam yang lain juga.


2. Menziarahi Kubur pada 2 hari raya


Perbuatan sebahagian orang yang menjadikan awal pagi dua hari raya untuk menziarahi kubur adalah perbuatan yang bertentangan dengan maksud dan syiar hari raya. Yang mana sepatutnya dizahirkan kegembiraan dan keseronokan.


Perbuatan menziarahi kubur pada hari raya ini juga bertentangan dengan petunjuk Nabi saw dan perbuatan generasi awal umat Islam (al-Salaf) yang dididik oleh Baginda. Perbuatan ini dibimbangi termasuk di dalam larangan Nabi saw dari menjadikan tanah perkuburan sebagai sambutan hari raya, dimana jika dimaksudkan (sunat menziarahi kubur) pada waktu-waktu tertentu dan ada pada musim-musim yang tertentu (seperti pada dua hari raya), maka perbuatan ini termasuk larangan menjadikan tanah perkuburan sebagai tempat sambutan hari raya seperti yang disebut oleh para ulama. (Sila lihat Ahkam al-Jana-iz wa Bida’uha oleh al-Albani. m.s. 219 & 258)


(http://raihana-insyirah.blog.friendster.com)

Saturday, September 20, 2008

Uruf Yang Berlaku


@na mengambil artikel ni dari portal http://ukhwah.com
Berdasarkan penilaian yang berlaku pada masa sekarang, lebih2 lagi waktu cuti, kebanyakan masyarakat akan mengadakan majlis antaranya, majlis pertunangan ataupun perkahwinan. Oleh yang demikian @na ingin berkongsi dgn sahabat2 semua pasal adab/uruf yang berlaku mengenainya..

  • Majlis Pertunangan

Rata-rata pasangan yang sedang di dalam tempoh pertunangan akan menghadapi masalah mengawal batas-batas perhubungan di antara pasangan. Kalau sebelum bertunang segala-galanya jelas; tidak boleh dating, tidak boleh berbalas sms, tidak boleh tegur menegur ikut suka dan sebagainya, tetapi di dalam tempoh pertunangan ianya akan menjadi sedikit kelabu. Mungkin sebab itulah agaknya sebahagian ibu bapa lebih suka menangguhkan majlis pertunangan dan melewatkannya sehingga hampir-hampir hari pernikahan. Ibu bapa tidak yakin agaknya anak-anaknya yang wara’ ini boleh mengawal perasaan dan jiwa mudanya ketika tempoh bertunang. Sebelum ini saya lebih suka jika mana-mana pasangan yang telah nekad untuk hidup bersama melangsungkan pertunangan rasmi agar setiap pasangan merasai sedikit komitmen dan menyediakan diri untuk perkahwinan itu. Tetapi setelah melihat beberapa kes yang berlaku kepada beberapa pemuda-pemudi wara’, rasa seperti saya terpaksa menyokong pula pandangan kebanyakan ibu bapa.


Pertunangan dalam erti kata mudahnya adalah satu proses menanda bahawa diri ini sudah berpunya. Sebab itu lepas seseorang bertunang, dia akan pakai satu cincin yang di dalam masyarakat kita dikenali sebagai cincin tanda. Kalau orang Arab, mereka akan memakai cincin tersebut di jari tertentu untuk menunjukkan bahawa dia sudah bertunang. Kalau sudah berkahwin, cincin dipakai di jari lain. Dalam erti kata mudah kita kata pertunangan ini hanyalah satu proses ‘cup’ sahaja.


Ada atau tidak apa-apa komitmen semasa tempoh pertunangan? Jawapannya ada tetapi amat sedikit. Lelaki tidak wajib memberikan nafkah. Wanita pula tidak wajib taat dan minta izin ke mana-mana dari tunangnya. Lelaki tidak wajib menyediakan rumah dan wanita pula tidak wajib mengemas rumah tersebut untuk tunangnya. Jika putus tunang, tidak ada eddah dan tidak juga perlu untuk pulangkan kembali hadiah-hadiah pertunangan kecuali mahar untuk perkahwinan yang kadang-kadang diberikan awal. Komitmen yang perlu diberikan adalah wanita perlu setia dan tidak menerima pinangan orang lain kecuali setelah pertunangan itu diputuskan secara rasmi. Lelaki mungkin boleh meminang orang lain sebab syarak benarkan dia untuk berkahwin empat, tapi macam gelojoh sangat pula jika si lelaki meminang lebih dari seorang wanita semasa masih bujang.


Ini semua kerana pertunangan bukan perkahwinan. Bezanya amat jauh. Kebenaran yang diberikan oleh syarak kepada orang yang bertunang tidak sama dengan kebenaran kepada orang yang sudah berkahwin. Permilikan mutlak masih lagi belum berlaku. Maka batas-batasnya sama seperti orang-orang bujang yang lain. Si wanita pada tunangnya adalah orang asing. Kalau si wanita jumpa ayah lelaki tersebut dalam tempoh pertunangan masih lagi belum boleh mencium tangan ayahnya sebab ayah lelaki itu pun masih lagi orang asing. Nak panggil ayah mungkin boleh tapi tak payahlah agaknya, macam mengada-ngada rasanya. Tidak ada ikatan lagi. Bahkan sebenarnya ayah lelaki tersebut boleh berkahwin dengan tunang anaknya itu kalau putus tunang.


Oleh itu kena kuatkan iman sepanjang tempoh pertunangan. Nak bercakap-cakap boleh kalau ada sebabnya dan dengan adab-adabnya. Ada orang tengah seperti ada ahli keluarganya sekali. Begitu juga berutus sms atau email. Dating tidak sama sekali. Keluar makan sama-sama juga tidak sama sekali.


Pernah berlaku1 kes, di mana seorang lelaki bertunang dengan seorang wanita. Dia menziarahi keluarga wanita tersebut bersama keluarganya. Sampai situ ok lagi. Tiba-tiba lelaki tadi memanggil wanita, tunangnya itu dan meminta tuangkan air. Ya salaammm. Tak bolehlah macam tu. Dalam satu kes yang lain pula lebih berat dari itu, si wanita memanggil tunangnya dengan kuat di hadapan semua ahli keluarga ‘ABANG’. Belum jadi ‘abang’ lagi saudari! Sabarlah sikit. Jangan tunjuk sangat depan orang. Semua orang tahu awak tu tengah seronok.


Kesimpulannya jagalah batas-batas dengan tunang sama seperti kita menjaga batas dengan orang lain. Ada sedikit tarikan untuk kita mengexpesskan perasaan kita kepada tunang, kawallah perasaan itu. Nanti lepas akad, ungkapkanlah ‘kaulah ratu hatiku’ dan sebagainya.

Bersabarlah sedikit demi sebuah perkahwinan yang Islamik.dr http://www.ukhwah.com)

  • Adab Perkahwinan Melayu

Mengikut adat resam bangsa Melayu, majlis perkahwinan sepatutnya diambil berat sepenuhnya. Kepada bangsa Melayu, majlis perkahwinan adalah peristiwa yang amat penting dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan pengantin tetapi kepada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga serta sahabat handai yang rapatAdat yang berkaitan dengan perkahwinan termasuk aspek-aspek merisik, meminang, bertunang, penghantaran belanja, majllis bersanding seharusnya yang paling hebat peristiwanya.


Mengikut adat silam, dari segi persediaan untuk perkahwinan terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi dan berinai. Kemuncak dalam adat resam perkahwinan keseluruhannya adalah majlis bersanding.


Di masa silam, bersanding adalah satu aspek perjalanan hidup yang dijalankan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak masing-masing. Biasanya apabila ibu bapa merasai anak lelaki sudah sampai masa untuk berkahwin, mereka mula merisik untuk memilih gadis yang sesuai.


Pada umumnya, ibu bapa meminta saudara mara mengesan dan mencari gadis sesuai dikahwinkan dengan anak lelaki mereka. Adab Meminang. Dalam zaman mengejar kemajuan ini, adakalanya adat resam dikebelakangkan. Ini termasuklah dalam soal adat meminang. Adat meminang boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Merisik dan Meminang.Apabila hati seorang teruna telah berkenan pada seorang dara, biasanya dia akan menghantar wakil untuk merisik bagi menentukan sama ada si dara telah berpunya atau belum.


Kadang kala semasa merisik, wakil teruna akan menyerahkan sebentuk cincin tanya. Jika pihak dara bersetuju, mereka akan menetapkan tarikh untuk masuk meminang dan seterusnya bertunang.Apabila hari yang ditetapkan tiba, wakil teruna akan masuk meminang secara rasmi.


Biasanya pihak teruna akan membawa bersama hadiah beberapa dulang hantaran termasuk sebentuk cincin atau sebagainya. Pada ketika ini, kedua-dua wakil akan menetapkan tarikh ijab kabul dan persandingan mengikut kesesuaian kedua belah pihak.Namun kini, hanya adat masuk meminang sahaja yang masih diamalkan. Pada zaman teknologi maklumat ini, biasanya kedua-dua teruna dara telah berkenalan terlebih dahulu. Jadi adat merisik khabar dirasakan tidak perlu lagi. Tambahan pula ini dapat menjimatkan kos dan masa.


Namun bagi sesetengah pasangan yang inginkan cara yang lebih tertib dan menyeronokkan, mereka lebih gemar mengikut adat. Sesuatu yang perlu diingat apabila anda ingin mendirikan rumahtangga ialah jangan sesekali membelakangkan ibu bapa. Mintalah pendapat dan nasihat mereka kerana restu orang tua ada hikmatnya.

Hantaran?... Hantaran tidak wujud di dalam Islam. Lebih-lebih lagi barang yang digubah menjadi itik, angsa, burung dan pelbagai bentuk binatang. Ini unsur-unsur syirik yang tidak sepatutnya diamalkan oleh umat Islam. Sekiranya ingin memberi barang dengan niat ikhlas kepada bakal isteri, seeloknya diserahkan lebih awal iaitu sebelum dijalankan akad nikah. Tidak dengan beradat dulang apatah lagi dulang emas atau perak yang dilarang Islam kerana bejana (barangan atau perhiasan rumah) emas dan perak, haram umat Islam menggunakannya. Tambahan pula budaya hantaran hanya akan mendatangkan kesan yang buruk jika berlaku perselisihan faham. Sekiranya hantaran diberi sebelum bernikah andai pihak gadis memutuskan perhubungan adat menetapkan pihak lelaki boleh menuntut ganti rugi dua kali ganda hantaran yang diberikan kepada bakal isteri. Ini hanya akan membebankan keluarga gadis itu.


Mencari isteri yang manis rupanya seperti dinyatakan Hadis Nabi di dalam Riwayat Ibnu Hibban menyatakan; Sebaik-baik wanita ialah yang cantik, manis rupanya dan murah pula mas kahwinnya.Untuk tidak melambat-lambatkan pernikahan sekiranya kedua pasangan sudah suka antara satu sama lain. Dinyatakan dalam Riwayat Al-Baihaqie; "Tiga perkara yang tidak dapat ditangguh-tangguhkan lagi ialah solat bila tiba waktunya, jenazah yang sudah tiba dan wanita bila diperolehi sekufu (sesuai) dinikahi.Namun apa yang sering berlaku kala peminangan;


1. Apabila lelaki datang meminang, maka yang ditanya ibu bapa perempuan ialah kerja, pendapatan, pangkat, kereta serta harta bendanya sehingga memperlihatkan bukan ciri-ciri lelaki terbaik yang dipilih sebaliknya kebendaan.


2. Bila diterima, akan ditetapkan belanja hantaran yang memberatkan dan menjadi kemegahan sekiranya hantaran mahal bersama serba satu pakaian dan perhiasan.Dibincangkan tempoh untuk melangsungkan pernikahan. Jarang menyegerakan pernikahan sebaliknya ditangguhkan sehingga dua atau tiga tahun. Kesannya memberi peluang pasangan bergaul bebas, meminta dibelikan pakaian, perbelanjaan dan sebagainya kerana pada anggapan mereka bertunang seolah-olah sudah menjadi hak tidak rasmi.


Perkahwinan dalam adat istiadat Melayu suatu upacara panjang lebar yang penuh dengan adat istiadat.

Walau sehari tidak ketemu disarakan bagai setahun, namun adat diketepi jangan.
Untuk memiliki si jantung hati harus datang beradat.
Setiap hasrat disampaikan dalam jalur kesopanan.
Bunga yang kembang mekar hendaklah ditilik dirisik terlebih dahulu.
Apabila sah belum disunting maka bertandangkan rombongan merisik.
"Datang kami datang berhajat ingin memetik bunga di taman."
Maka disambut si tuan rumah,"
Kalau kena dengan cara suntingan, kecil tapak tangan nyiru kami ditadahkan."
Setelah pinangan diterima menyusul adat hantar tanda.
Ibarat pepatah orang tua-tua "kerbau ditambat dengan tali, janji diikat dengan tanda."
Justeru wajarlah sebentuk cincin pengikat kata."
Lantas dihulurkan sebutir cincin belah rotan atau bertatah intan atau berlian.
Bagaimanapun sebelum itu dirundingkan segala hal-hal bersangkut-paut dengan hantaran; berapa mas kahwin yanng dikehendaki?
Berapa belanja hangus.
Apakah barang-barang yang dikehendaki waris si dara?
Adakah hantaran ini mahu dibawa pada hari pertunangan atau langsung atau sebahagian pada hari bertunang dan bakinya pada hari pernikahan?
Semuanya harus diputuskan sebelum menjelang hari pertunangan. Membuka tabir budi bicara, berkatalah wakil pihak perempuan.
"Hidup dikandung adat maka seperti yang kebiasaan begitulah kehendak kami. Tetapi besarlah hati kami jika selain dari sepersalinan dapat kiranya serba satu putih berdiri."
Indah, halus dan penuh beralas.
Hidup menjunjung adat bangsa Melayu kaya dengan kiasan.
Permintaan diungkapkan dalam kata-kata indah dan manis, tidak kurang yang berpantun. http://ukhwah.com

Apa yang @na posting ini sebagai peringatan dan panduan kita semua..mana yang boleh diamalkan dan yang buruk jadi pedoman:)



Wednesday, September 17, 2008

Do'a-Do'a


YA ALLAH ..
YA MAHA MEMBAIKI..
PERBAIKILAH DIRI KAMI..
AGAR DAPAT MENJADI HAMBAMU YANG BAIK..
DAPAT MELAKUKAN SEGALA KEBAIKAN..
PERBAIKILAH AMALAN KAMI..
AMALAN DUNIA DAN AKHIRAT KAMI

YA ALLAH YA LATIF
YANG MAHA LEMAH LEMBUT..
SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAN BESI
KEPADA HAMBUMU DAUD ALAIHISSALAM
MAKA, KAU LEMBUTKANLAH HATI-HATI KAMI
YANG KERAS INI
AGAR DAPAT KAMI MENERUSKAN
PERJUANGAN YANG SUCI INI..
DALAM KETENANGAN DAN KETAATAN..
DALAM KECERIAAN DAN KERAHMATAN..
DALAM KEBENARAN DAN KEREDHAAN..
BANTULAH KAMI TUHAN..

YA ALLAH YA QUDDUS
YANG MAHA SUCI..
BERSIHKANLAH HATI-HATI KAMI
DARI SEGALA KEKOTORAN MAZMUMAH
YANG MENJADI PENGHALANG
UNTUK KAMI BERBAKTI DENGAN KETABAHAN
SEMOGA..DAPAT KAMI TERUSKAN
PERJUANGANMERAIH REDHAMU..
DAPAT KAMI BERUSAHA DENGAN KEGIGIHAN
BEJUANG PENUH KEIKHLASAN..
BERAMAL DENGAN PENUH KETAATAN..
BERBAKTI DENGAN PENUH KETABAHAN..

Do'a-Do'a

Do'a Kelapangan Hati



Ertinya: "Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku." (QS. Thaahaa: 27)

Penjelasan:
Doa di atas balk sekali dibaca ketika menghadapi kezhaliman seseorang, kelompok, dan penguasa. Juga dibaca agar mendapatkan kelancaran, kemudahan dalam berdakwah. Doa ini pula yang sering dibaca oleh para mubaligh.
Al-Quran mengisahkan, bahwa doa tersebut dibaca oleh Nabi Musa a.s. ketika mendapat perintah dari Allah Swt. agar menyampaikan risalah kepada Fir'aun. Dan akhirnya Allah Swt. mengabulkan permintaan Nabi Musa a.s., bisa dilihat dalam Al-Quran Surah Al-kahfi dari ayat 24-36.

Do'a Mohon Jodoh dan Keturunan yang Baik




Ertinya: "Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik." (QS. Al-Anbiyai': 89).





Ertinya: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa." (QS. Ali 'Imran: 38).


Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang shalih.
Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakariya a.s. agar diberi keturunan sebagai pelenjut perjuangannya menegakkan agama Allah. Kisah Nabi Zakaria bisa dilihat dalam Al-Our'an Surah Al-Anbiya' ayat, 89-90; Ali-'Imran, 38-14

Do'a Mohon Terlepas dari Musibah


Ertinya: "Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari bisikan-bisikan setan. Dan aku berlindung pula kepada-Mu, ya Tuhan kami dari kedatangan mereka kepadaku." (OS. Al-Mukminan: 97-98).


Penjelasan:
Doa di atas dibaca dalam berbagai keadaan agar selamat dari tipu daya syathan, baik dalam beramal maupun dalam pergaulan. Dan doa diatas merupakan perintah Allah agar kita memperbanyak membacanya ketika terjadi musibah. (QS. Al-Mukminan ayat 93-94)

Do'a Mohon Kemuliaan




Ertinya: "Ya Tuhan kami, jauhkanlah adzab Jahanam dari kami, Sungguh 'adzab itu adalah kebinasaan yang kekal." (QS. Al-Furq�n: 65).




Ertinya: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa." (QS. Al-Furqan: 74).


Penjelasan:
Dalam Al-Quran dikisahkan, bahwa doa tersebut dibaca oleh orang-orang yang senantiasa memuji dan menyucikannya. Mereka senantiasa berpegang teguh pada etika Islam, beramal shalih, memperbanyak dzikir dan doa dalam segala kesempatan




Amin.

"Marhaban Ya Ramadhan"

Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Marhaban Ya Ramadhan - Selamat Datang Bulan Ramadhan

Do'a Malaikat Jibril adalah sbb:

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

- Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
- Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
- Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullahpun mengatakan amiin sebanyak 3 kali.
Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah
dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.


Tanpa Disadari


11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan
tak semua menyejukkan,

11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,


11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan
menjadi bagian dari diri,



saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia"
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri


Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan,


Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan do'a - do'a
dan kembali menjadi fitrah

___________________________________________________________
Tenang

Aku ingin melihat TENANG, melihat ladang-ladang yang
Aku ingin menatap TENANG, menatap langit biru dan awan
Aku ingin merasa TENANG. merasa laut tediih diam tanpa
saujana.
putih.
taufan....


Aku ingin melihat TENANG, TENANG saat kita dalam kabut.
Aku ingin menatap TENANG. TENANG kota sunyi tanpa
Aku ingin merasa TENANG, TENANG dari kata ke rongga
bunyi.
kalbu.

(Ghazali Hajj Ibrahim, 1990, hlm. 512)


Monday, September 15, 2008

Jadual Harian Orang Berpuasa D Bulan Ramadhan

4.00 pagi Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA
mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan
membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah,berwangi-wangian.


4.20 pagi Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.


Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.


Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.


Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima ramalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


5.00 pagi Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.


5.30 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran
atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.


7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun.
Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca
Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.


12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor
berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai
berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu
masih ada dlm diri kita !!!


6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda
Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk waktu Magrib, Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku
beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.


8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat
Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun
kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali
dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari
esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini
kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)


Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Madah Ilmuan

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Just to charge information

Indahnya Kata-kata

Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.

INgat2kan....Sekarang Bulan Ramadhan 1430 H

Total Pageviews