Search This Blog

Saturday, March 20, 2010

Beberapa FATWA penting

Posted on October 28, 2008 by produkhalal

Baja Daripada Tahi Babi

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke – 2
Tarikh : 12 Mei 1981
Keputusan Muzakarah :

” Berdasarkan nas daripada kitab tersebut di atas mesyuarat Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan seperti berikut -

( a ) Bahawa baja yang diperbuat daripada tahi babi adalah najis mughalazah, sementara hukum menggunakannya sebagai baja adalah harus serta makruh

( b ) Bahawa makanan ayam yang diproses daripada bahan-bahan yang bercampur dengan najis seperti darah lembu , darah babi dan lain-lain adalah harus atau halal. “

Penggunaan Bulu Babi

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-12

Tarikh : 21-22 Januari 1985

Keputusan Fatwa :

” Penggunaan berus yang diperbuat daripada bulu babi adalah haram. Sekiranya tidak pasti sama ada berus tersebut daripada bulu babi atau tidak maka harus digunakan“.

Gas Daripada Tahi Babi

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-2

Tarikh : 12 – 13 Mei 1981

Keputusan Fatwa :

‘ Gas yang diproses daripada tahi babi dengan menggunakan api hukumnya najis dan yang tidak menggunakan api hukumnya suci’.

Alkohol Sebagai Penstabil Minuman Ringan

Muzakaran Jawatankuasa Fatwa Kali Ke 22

Tarikh : 24 November 1988

Keputusan Fatwa :

‘ Kordial yang mengandungi bahan citarasa (flavour) yang dimasukkan alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya :

a) Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak

b) bahawa kuantiti alkohol dalam citarasa (flavour) itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan.

Hukum Wine Vinegar ( Cuka wain )
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke – 76

Tarikh : 4-6 April 2006

Keputusan Muzakarah :

” Haram menggunakan Cuka Wain ( Wine Vinegar ) yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walaubagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal.”

Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke – 76

Tarikh : 21 – 23 November 2006

Keputusan Muzakarah :

” Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak.”

Rujukan drp: http://www.halal.gov.my/fatwas.php

Thursday, March 18, 2010

Penulisan, maklumat negatif racuni minda pembaca

MUTAKHIR ini banyak konflik nilai yang merosakkan akhlak insan, sehingga institusi kekeluargaan sudah tidak mampu melindungi ahlinya daripada bahaya dan malapetaka. Apabila berlaku penderaan, penyeksaan, remaja merokok dan menghisap dadah, mencuri, sumbang mahram dan buang bayi, setiap kali itulah persoalan siapa yang bersalah menjadi isu hangat dibincangkan.

Masing-masing menuding jari menyalahkan antara satu sama lain. Ketua keluarga menyalahkan rakan sebaya dan persekitaran, seolah-olah perihal rumah tangga seharusnya dijaga pemimpin masyarakat, bukannya setiap ibu atau bapa yang mengatur sahsiah setiap anak sejak mereka kecil sehingga dewasa.

Memang tidak pernah terbukti ramai di kalangan kita menekuni nilai murni disebabkan faktor luaran, sebaliknya kebanyakan individu yang menjunjung akhlak mulia adalah disebabkan pengaruh dan didikan dalam keluarga yang diteladani sejak mula mengenal dunia. Selain mewarisi cara hidup yang baik, tautan antara ilmu dan iman juga difahami sejelas-jelasnya sehingga mereka ini tidak mengabaikan ilmu serta menjadikannya pemangkin untuk mengenali Tuhan dan menghargai hidup sesudah mati.

Antara perosak yang memusnahkan sahsiah individu hari ini ialah tulisan. Dalam dunia tanpa sempadan, tiada apa yang memisahkan sesiapa saja daripada mendapat maklumat. Ia tentunya amat bermakna buat seorang pelajar yang ingin mendapatkan ilmu dengan pantas tetapi situasinya berbeza kepada seseorang yang menjadikan tulisan sebagai objek untuk menundukkan akal.

Kebanjiran buku dan majalah di pasaran yang langsung tidak memaparkan nilai murni bagaikan menjadi ‘petua’ untuk meruntuhkan sosial dan akhlak remaja masa kini. Novel asmara pula menggunakan bahasa dan plot cerita yang melampaui batas untuk menyampaikan maksud yang sepatutnya boleh difahami tanpa perincian keterlaluan.

Ia tidak termasuk majalah hiburan yang langsung tidak membina sahsiah sebaliknya menjadi halwa mata yang mengkhayalkan pembaca. Malah, lebih parah dengan kemudahan internet yang menyediakan segala jenis bacaan tanpa mengambil kira kesan buruk kepada dunia dan isinya. Dengan bermodalkan hujung jari, apa saja boleh dicapai dalam sekelip mata. Masalahnya ini bukan saja berlaku kepada remaja yang tidak selalunya berfikir panjang, malah juga golongan dewasa dan tua yang turut mengambil kesempatan.
Bukan saja boleh menjadi racun dengan paparan mengaibkan, tulisan juga boleh menjadi tuba dalam masyarakat. Provokasi, adu domba, celaan dan fitnah turut disampaikan dengan tulisan melalui pelbagai cara. Gosip pula menjadi modal menjana wang yang banyak, sehingga sanggup mengaibkan maruah saudara seagama.

Ada juga yang menggunakan laman sosial maya untuk melagakan-lagakan sesama sendiri, mereka-reka cerita tanpa menunjukkan identiti diri atau berselindung di sebalik nama dan pengenalan palsu. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘Hamba Allah yang paling baik adalah apabila dilihat maka mereka mengingatkan seseorang untuk berzikir kepada Allah dan seburuk-buruknya hamba Allah adalah mereka yang berjalan di muka bumi untuk mengadu domba dan memisahkan orang saling menyintai, yang menginginkan kebinasaan bagi orang tidak bersalah.’

Islam menolak sekeras-kerasnya perbuatan adu domba, juga fitnah dan buruk sangka, dan nyata ia boleh dilakukan dengan tulisan juga. Malah, tanpa rasa malu kepada Allah, penulis seakan berbangga apabila tulisannya dibaca ramai orang, sekali gus meracuni minda dan jiwa pembaca. Sehingga Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: ‘Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba.’ (Muttafaq ‘alaih).

Lebih parah lagi, ada kanak-kanak yang turut mengunjungi laman sosial dengan pengetahuan dan bantuan ibu bapa. Mereka terdedah dengan keasyikan bermain ‘mainan maya’ yang tidak berkesudahan selain turut berkomunikasi dengan pengunjung lain, menggunakan bahasa yang tidak sepatutnya. Mereka juga sangat mudah terpengaruh dengan apa yang dibaca selain berpotensi menjadi penjenayah tanpa sengaja hanya kerana tulisan.

Tulisan yang menghasut tentulah menjadi ancaman kepada agama dan negara. Ia turut merosakkan keharmonian dan perpaduan bangsa yang terbina dengan asas toleransi dan kesepaduan untuk hidup bersama tanpa mengira agama dan budaya.

Hari ini, sesiapa saja boleh menggunakan kuasa menulis untuk menggadaikan agama kepada kepentingan duniawi. Apalah salahnya kita menulis dengan jujur dan amanah, sekurang-kurangnya, jika tidak dapat memberi manfaat walau dengan sebaris ayat, cubalah untuk tidak mengganggu umat Islam lain dengan pena yang menjadi fitnah kepada agama.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘Orang Muslim sejati adalah orang yang mampu menyelamatkan orang Islam lainnya daripada gangguan lisan dan tangannya.’ (Hadis riwayat Muslim)

Penulis ialah pensyarah kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pengajian di United Kingdom
http://www.bharian.com.my/bharian/articles

Monday, March 15, 2010

Kehebatan cinta feb..Nauzubillah..

Salam..Perkongsian dari sahabat untuk sahabat..Sama2 kita renung2kan dan Sampai2kan

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb

Bu, adik Cuma ingin bertanya…

Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...

Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?



Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?



Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?



Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?



Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?

Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?



Mengapa ibu?

Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?

Renung renung kanlah !!!

-Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.... Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya........

-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
-MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Akhir kata SAYANGILAH IBUBAPA KITA,TANPA MEREKA KITA TIADA DIMUKA DUNIA INI......DAN TANPA MEREKA,SAPALA KITA...TUL TAK????

Siti Sarah Binti Abdul Malik
Unit Korporat
INTAN Bukit Kiara

Friday, March 12, 2010

Tumpang Gembira...=)

Pencapaian SPM 2009 membanggakan, 7,987 peroleh gred cemerlang

PUTRAJAYA: Seramai 7,987 atau 1.99 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 memperoleh gred cemerlang (A+, A dan A-) bagi semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 6,277 atau 1.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 214 calon Kementerian Pelajaran serta 41 calon persendirian, swasta dan tajaan agensi, mendapat gred cemerlang tertinggi A+ mengikut penggredan baru yang mula diperkenalkan tahun lalu. Menerusi penggredan baru itu, pelajar diberikan gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G.

Dalam keputusan SPM yang diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, semalam dua calon mendapat keputusan A+ bagi semua 15 subjek, satu calon (14 subjek), tiga calon (13 subjek), 19 calon (12 subjek), 59 calon (11 subjek), 79 calon (10 subjek) dan 51 calon (sembilan subjek).

Sambil menyifatkan pencapaian keseluruhan tahun ini membanggakan, Alimuddin berkata, 364,046 calon mendapat sijil SPM kali ini, berbanding 347,443 pada 2008.

Beliau berkata, walaupun peratusan bagi 2009 dan 2008 adalah sama, iaitu 90.8 peratus, ada pertambahan calon seramai 16,603 yang berjaya mendapat sijil SPM kali ini.
Katanya, Gred Purata Nasional (GPN) SPM menunjukkan pencapaian lebih baik, iaitu 5.34 berbanding 5.51 tahun sebelumnya.

Beliau berkata, 68,131 atau 17 peratus calon sekolah Kementerian Pelajaran mendapat sekurang-kurangnya gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 60,902 atau 15.9 peratus pada 2008.

Bagaimanapun, katanya, bilangan calon yang gagal atau memperoleh gred G turut meningkat, iaitu 4,626 atau 1.15 peratus berbanding 2,589 atau 0.67 peratus pada tahun sebelumnya.

Alimuddin turut mengumumkan Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak, sebagai pelajar terbaik SPM 2009 dan Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan sebagai sekolah terbaik.

Sembilan pelajar terbaik lain ialah Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor); Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan); Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis); Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan); Amelia Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor); Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan); Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka); Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor) dan Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak).

Sembilan lagi sekolah terbaik pula ialah Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Kuala Lumpur; Sekolah Tun Fatimah, Johor; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; SBPI Rawang, Selangor; Sekolah Menengah Sains Muar, Johor; SBPI Temerloh, Pahang; SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor dan Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan.

Tahun lalu, 465,853 pelajar menduduki SPM membabitkan 406,420 atau 87.2 peratus calon Kementerian Pelajaran; calon persendirian perseorangan (32,561/tujuh peratus), calon Sekolah Menengah Agama Rakyat dan sekolah swasta (11,036/2.4 peratus); sekolah menengah agama negeri (8,765/1.9 peratus), manakala Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah Kementerian Pertahanan (7,071/1.5 peratus).

Alimuddin juga berkata, 258 daripada 538 calon istimewa atau 51.9 peratus berjaya mendapat sijil SPM berbanding 208 atau 47.8 peratus tahun lalu.

Beliau berkata, seorang calon rabun penglihatan berjaya mendapat keputusan cemerlang 4 A+, 3 A, 4A- daripada 11 mata pelajaran yang diambil, manakala seorang lagi mendapat 4A+, 3A, 3A- daripada 10 mata pelajaran.

Mengenai pencapaian sekolah, beliau berkata, 66 sekolah dikategorikan cemerlang, 278 baik, 1,654 pada tahap memuaskan dan 143 berpotensi.

Beliau berkata, calon yang mendapat gred cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu turut menunjukkan peningkatan daripada 25.4 peratus pada 2008 kepada 31.3 peratus tahun lalu, manakala Bahasa Inggeris meningkat kepada 75.6 peratus berbanding 73.9 peratus pada tahun sebelumnya.

Seramai 97,341 atau 24.3 peratus calon memperoleh sijil GCE O-Level untuk Bahasa Inggeris 1119 berbanding 87,383 atau 22.9 peratus pada tahun sebelumnya.
Daripada jumlah itu, 15,289 atau 3.8 peratus calon berjaya memperoleh gred 1A atau 2A berbanding 12,645 atau 3.3 peratus sebelum ini.

Mengenai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Alimuddin berkata, 3,138 calon berjaya memperoleh sijil itu berbanding 3,098 pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 422 memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang) berbanding 562 pada tahun sebelumnya.

Sunday, March 07, 2010

KENA BAYAR BALIK..

wahai insan....
wahai saudara...wahai saudari..
siapa yang guna perkhidmatan PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Wajar lah kiranya membuat pembayaran jangan banyak membuat penangguhan.

http://www.ptptn.gov.my/c/portal

Peminjam digalakkan untuk membayar balik pembiayaan tanpa menunggu surat tuntutan bayaran balik daripada PTPTN. Tempoh bayaran balik pembiayaan berdasarkan jumlah pinjaman seperti berikut:
i) RM10,000 dan ke bawah - 60 bulan

ii) RM10,001 hingga RM22,000 - 120 bulan

iii) RM22,001 hingga RM50,000 - 180 bulan

iv) RM50,001 ke atas - 240 bulan



Kos pentadbiran 4% setahun dikenakan bagi tarikh bayaran balik pembiayaan sehingga 31 Disember 2003. Mulai 1 Januari 2004 kos pentadbiran diturunkan kepada 3% setahun atas baki berkurangan.
Kos pentadbiran akan mula dikira selepas 6 bulan tamat pengajian atau tamat pembiayaan sebagaimana dinyatakan dalam perjanjian yang ditandatangani. Tiada pengurangan diberi ke atas kos pentadbiran yang telah dikenakan.
Penangguhan bayaran balik pembiayaan boleh dipertimbangkan bagi peminjam yang masih meneruskan pengajian atau belum bekerja dengan mengemukakan permohonan rasmi ke PTPTN. Walau bagaimanapun kos pentadbiran tetap dikenakan sepanjang tempoh penangguhan.
Penyelesaian penuh pembiayaan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian atau tamat pembiayaan tidak akan dikenakan kos pentadbiran.
Pengecualian daripada membayar balik pembiayaan hanya boleh dipertimbangkan kepada peminjam yang mendapat kelulusan Kelas Pertama Peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi kelulusan pinjaman sebelum 1 Julai 2005 SAHAJA dengan mengemukakan permohonan rasmi
ke PTPTN.

Bayaran melalui cek/bank draf/kiriman wang hendaklah berpalang dan dibayar atas nama 'PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL'. Sila poskan bayaran anda menggunakan sampul surat kepada alamat berikut:

Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
(u.p: Unit Terimaan)

* Jangan kirimkan wang tunai.

Pastikan No. Kad Pengenalan dan nama anda ditulis dibelakang cek/bank draf/kiriman wang.

B. BAYARAN SECARA ON-LINE MELALUI WEBSITE

e-FES
www.maybank2u.com
www.cimbclicks.com.my
www.bankislam.biz
www.rhb.com.my
www.publicbank.com.my
www.posonline.com.my
Debit Payment (DPE)

C. BAYARAN MELALUI KAUNTER

Kaunter One Stop Center di KL Sentral. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Semua cawangan Bank Islam Malaysia Malaysia (BIMB).

Semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Semua cawangan CIMB Bank.
Semua cawangan Pos Malaysia Berhad.
D. POTONGAN GAJI MELALUI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN)

Kemukakan maklumat lengkap majikan secara bersurat atau e-mel ke PTPTN.

Arahan potongan kepada majikan akan dikeluarkan oleh LHDN.
Sementara menunggu urusan diproses, sila kemukakan bayaran sendiri melalui kaedah ditetapkan.

Monday, March 01, 2010

Siapa Minat DPLI??? Boleh Mencuba

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT)
JABATAN PENGAJIAN TINGGI

PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN AMBILAN JULAI 2010

Pemohon lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang berkelayakan dipelawa mengemukakan permohonan bagi mengikuti Program Diploma Pendidikan (DPLI) di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ambilan Julai 2010.


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

PENDAFTAR
BAHAGIAN AKADEMIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
JALAN SLIM
35900 TANJUNG MALIM
PERAK
NO. TELEFON:
Talian 1 : 05-4506932
Talian 2 : 05-4506929
NO. FAKS : 05-4582670
http://www.upsi. edu.my

PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN
AT03D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Sains Sukan / Rekreasi
* Sains Kesihatan

BAHASA INGGERIS
AT06D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris

PERDAGANGAN / PERNIAGAAN
AT21D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Perakaunan
* Perniagaan / Perdagangan

SEJARAH
AT32D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Sejarah / Sosiologi / Antropologi

PENDIDIKAN MORAL
AT41D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Pengajian Islam
* Psikologi
* Kaunseling
* Pembangunan Manusia
* Kerja Sosial

PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN
AT45D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Ekonomi
* Kewangan
* Perakaunan
* Perniagaan / Perdagangan
* Keusahawanan

EKONOMI RUMAH TANGGA
AT63D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Hospitaliti
* Fesyen & Tekstil
* Sains Makanan
* Teknologi Makanan
* Pembangunan Manusia
* Kulinari


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)
BANGUNAN UIC
40450 SHAH ALAM
SELANGOR
NO. TELEFON :
Talian 1 : 03-55443164
Talian 2 : 03-55443165
NO. FAKS : 03-55443170
http://istudent. uitm.edu. my/intake

PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN
ET03D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Sains Sukan / Rekreasi
* Sains Kesihatan

BAHASA INGGERIS
ET06D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris

PENDIDIKAN SENI/SENI VISUAL
ET23D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Seni Halus
* Seni Kreatif
* Seni Lukis
* Seni Visual

PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN
ET45D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Ekonomi
* Kewangan
* Perakaunan
* Perniagaan / Perdagangan
* Keusahawanan


UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

BAHAGIAN PERKHIDMATAN AKADEMIK
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
ARAS 3 BLOK UTARA
BANGUNAN CANSELORI
PETI SURAT NO. 2073
88999 KOTA KINABALU
SABAH
NO. TELEFON :
Talian 1 : 08-8320213
Talian 2 : 08-8321259
NO. FAKS : 088-320361
http:// bpa.ums.edu. my

BAHASA INGGERIS
HT06D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris

GEOGRAFI
HT33D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Geografi
* Kejuruteraan Alam Sekitar
* Perancangan Bandar dan Wilayah
* Sains Alam Sekitar


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

BAHAGIAN AKADEMIK
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
43400 SERDANG
SELANGOR
NO. TELEFON :
Talian 1 : 03-89466000
Talian 2 : 03-89466059
Talian 3 : 03-89466060
NO. FAKS : 03-89426469
http://www.upm. edu.my

BAHASA INGGERIS
PT06D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris

SAINS PERTANIAN
PT09D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Pertanian
* Perhutanan
* Kejuruteraan Pertanian
* Bioteknologi

EKONOMI RUMAH TANGGA
PT63D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Hospitaliti
* Fesyen & Tekstil
* Sains Makanan
* Teknologi Makanan
* Pembangunan Manusia
* Kulinari


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

UNIT PENGAMBILAN & KEMASUKAN
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
ARAS 2, JABATAN PENDAFTAR
11800 P.PINANG
NO. TELEFON :
Talian 1 : 04-6575613
Talian 2 : 04-6533329
Talian 3 : 04-6533059
Talian 4 : 04-6533073
NO. FAKS : 04-6533328
http://www.usm. my

BAHASA INGGERIS
ST06D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris


UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

UNIT KEMASUKAN, PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)
P.O BOX 10
50728 W.P. KUALA LUMPUR
NO. TELEFON :
Talian 1 : 03-61964000
NO. FAKS : 03-61964163
http://www.iiu. edu.my/pgstudy

BAHASA INGGERIS
YT06D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris



SYARAT AM UNIVERSITI

Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja serta berumur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1975.

Syarat Am

1. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan
PNGK sekurang - sekurangnya 2.75;
atau
2. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti.
dan
3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
dan
4. Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai;
dan
5. Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)
6. Lulus Temu duga dan diperaku oleh panel penemu duga.

Syarat Khas Program

1. Pemohon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM dalam e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA di laman web http://upu.mohe. gov.my
2. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang dipohon akan diberi keutamaan.
3. Semua program pengajian di UiTM dikhaskan untuk Bumiputera sahaja.

Syarat Tambahan

1. Pemohon yang telah tamat pengajian dan memiliki ijazah ( skrol ) sahaja yang akan dipertimbangkan.
2. Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
3. Pemohon yang memohon bidang pengajian Sains Tulen/ Sains Teknikal atau Matematik hendaklah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dalam aspek lisan dan penulisan.
4. Sila semak laman web http://www.interact ive.jpa.gov. my/webinteraktif /frmMainiktiraf. asp untuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.
5. Pemohon wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 19 Mac 2010. Salinan dokumen yang perlu disahkan dan dihantar adalah seperti berikut :-

o Maklumat Permohonan
o Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon
o Salinan Sijil Kelahiran Calon
o Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa (Calon UiTM sahaja)
o Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan
o Salinan Transkrip Akademik yang lengkap dan telah di sahkan oleh Senat.
o Salinan sijil SPM


PERMOHONAN ONLINE dibuka mulai 1 MAC 2010 (ISNIN) jam 12.00 TENGAH HARI di Laman Web Kemasukan ke IPTA : http://upu.mohe. gov.my


PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

Bayaran boleh dibuat di Kaunter, Mesin ATM atau Perbankan SMS BSN dengan harga RM20.60 (termasuk RM0.60 bayaran perkhidmatan bank)

Melalui mesin ATM - Pilih URUSAN LAIN > NO. PIN > IPTA > DIPLOMA PENDIDIKAN


TEMPOH PERMOHONAN & PEMBELIAN NO. UNIK ID (PIN) : 1 - 16 MAC 2010


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 16 MAC 2010



Ujian MEdSI dan Temu duga

1. Pemohon yang layak untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan.
2. Hanya pemohon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.
3. Panggilan untuk ujian MEdSI boleh disemak mulai 15.4.2010 melalui laman web http://www.mpm. edu.my.
4. Panggilan temu duga boleh disemak mulai 11.5.2010 melalui laman web http://upu.mohe. gov.my
5. Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan pemohon.

Catatan:-

* Kementerian Pelajaran Malaysia akan menaja yuran pengajian serta elaun bagi pemohon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA.
* Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di IPTA adalah dianggap tidak berjaya.

Madah Ilmuan

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Just to charge information

Indahnya Kata-kata

Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.

INgat2kan....Sekarang Bulan Ramadhan 1430 H

Total Pageviews