apa pandangan sahabat2 tntg Unit Baitul Muslim (UBM)?
saya ambik pndangan dr sahabat saya mengenainya:
" Umpamanya CINTA kita analogikan seperti hembusan angin yang boleh dirasai tapi tidak boleh dipegang dan dilihat dengan mata kasar. penilaian CINTA juga berbeza-beza mengikut siapa yang menuturkannya.
jika kita tanya kepada ustaz apa itu CINTA, maka jawapan yang akan dikeluarkan pasti akan mengandungi dalil-dalil dan nas-nas. Dalil naqli yang selalu diperdengarkan kepada kita adalah daripada surah al-Isra ayat 32. bagaimana pula jika tanya kepada seorang arkitek mengenai CINTA? Wallahua'lam sebab aku pun tidak pernah bertanyakan soalan ini pada golongan tersebut.
aku sebenarnya lebih selesa berbincang mengenai perkara-perkara yang menjurus kepada perasaan emosi ini pada 'ustaz'. bagi aku, penyelesaian menerusi nasihat serta pandangan ustaz adalah akan menjurus kepada penyelesaian ISLAM itu tersendiri. bayangkan jika aku pergi bertanya kepada mereka yang sedang kecanduan dek kerana manisnya CINTA manusiawi (lebih manis daripada kemanisan iman) pasti jawapannya akan mengagungkan percintaan itu mengikut kepala dan idea mereka sendiri.
terkadang aku tidak akan memberi respon kepada isu ini jika ada sahabat yang bertanyakan kepadaku, bukan sombong tapi aku sendiri buntu dan juga masih mencari jawapan tepat untuk menjawab persoalan sebegini. nanti aku jawap " dalam ISLAM tidak ada percintaan sebelum kahwin", dikata pula aku ini jumud. mereka pula akan nasihat aku kembali dan pasti akan kata ISLAM ini agama yang mudah dan bercinta sebelum ada ikatan itu boleh yang penting! ikut syariat. mesti sahabat-sahabat yang lain pernah mengalami situasi ini kan!!
cumanya aku pun pelik la jika statement 'mengikut syariat' itu digunakan. dimana syariat jika dok bersms setiap hari? dimana syariat jika keluar bersama ketempat yang sama walaupun dengan alasan "kami keluar ketempat awam atau ada orang ketiga bersama kami" jika diniatkan memang mahu keluar bersama si dia? pelik juga. Aku sebenarnya takut juga nak berkomentar mengenai permasalahan hati, ini kerana takut kalau-kalau Allah menurunkan ujian berupa CINTA. teori dan kenyataan tidak sama bukan.
oleh kerana ada antara sahabatku yang telah terlibat secara lansung dalam kancah percintaan 'enti enta' ini, maka aku boleh simpulkan melalui pemerhatian bahawa golongan yang 'berkawan' tetapi berada dalam saff memperjuangkan agama ALLAH tidak boleh kita 'blame' mereka seratus peratus. mungkin mereka berusaha sedaya upaya untuk menjaga batasan mereka, mungkin juga si muslimin itu mahu mengikat muslimat itu cepat (takut disambar orang) semua ada kemungkinan. namun apa yang penting kita sebagai golongan yang mengaku berada di saff perjuangan tidak boleh terlalu sinis terhadap mereka ini. pendekatan yang lebih proaktif perlu dilaksanakan.ada sahaja ura-ura mengatakan sahabat kita seorang ini sedang dok contact dengan si fulan maka bertindak segera. bukan 'sudah terhantuk baru terngada' seperti yang dilakukan oleh kerajaan kita kini, ada kes baru tubuh suruhanjaya.
apapun kepada sahabatku yang berada diluar sana, terutama yang muslimat. seorang yang bergelar muslim tidak akan memberi seribu harapan kepada kita kerana itu merupakan satu bentuk kezaliman emosi. siapa dia untuk memastikan harapan yang dibentangkanya kepada pasanganya akan terlaksana? jika mereka yang ikhlas dan jujur terhadap agamanya (ISLAM) pasti akan simpan harapan tersebut dan mengutarakan apabila masa itu sudah tiba. bukannya menyulam harapan demi harapan ketika masih belajar dan rupa-rupanya ingin disempurnakan selepas tamat pengajian. sungguh zalim insan tersebut, tidak berperikemanusiaan, dan mencemarkan nama suci ISLAM itu sendiri.
nasihatku pada diri sendiri dan sahabat diluar sana UBM ada, salurkan perasaan tersebut pada unit tersebut. Agar kita tidak terkesimpang dengan matlamat utama kita. UBM itu apa? UBM(Unit Baitul Muslim) berfungsi sebagai pihak ketiga kepada meraka yang sudah dan belum ada pasangan. jangan kata sistem ini kolot, kerana sistem ini sebenarnya berniat untuk menjaga perhubungan setiap pasangan itu, supaya tidak tergelincir dari norma-norma yang telah ditetapkan oleh ISLAM.
bagi mereka yang masih belum berpunya mai pakat ramei-ramie minta nasihat pada USTAZ dan masuk UBM. bagi mereka yang lansung tidak terfikir tentang mencari pasangan, seeloknya fokus dulu pada yang aula jika mahasiswa aulanya belajar, jika pendokong Islam aulanya adalah pada perjuangan. namun perkahwinan juga adalah dituntut dalam Islam kerana ianya menyempurnakan separuh dari agama kita..
harus kita ingat sesebuah institusi keluarga yang harmoni dan penuh dengan keredhaan dari Allah S.W.T adalah dipermulaan proses pencarian pasangan hidup, memenuhi syarat yang ditetapkan oleh syariat. bak kata pepatah 'matlamat tidak menghalalkan cara'.
(http://www.bolaapi.blogspot.com)"
"Seseorang Manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya"
Search This Blog
Saturday, September 13, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
Madah Ilmuan
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...
Just to charge information
Indahnya Kata-kata
Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.