Search This Blog

Showing posts with label Bencana. Show all posts
Showing posts with label Bencana. Show all posts

Saturday, November 06, 2010

Exam Ditangguh, UUM


Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa menangguhkan peperiksaan akhir yang dijadual berlangsung pada Isnin hingga 3 Dis ini atas sebab-sebab keselamatan dan juga banjir.

Naib Canselor UUM Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata tarikh baru untuk peperiksaan itu adalah pada 21 Nov hingga 13 Disember ini.

"Kita membuat keputusan itu selepas mengambil kira nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pusat Gerakan Banjir Negara," kata beliau dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata antara sebab penangguhan peperiksaan itu ialah jalan utama yang menghubungkan UUM dengan Bandaraya Alor Setar yang melibatkan Lebuhraya Utara Selatan ditutup dan pada masa yang sama Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim juga ditutup kerana banjir.

"Keadaan itu menyebabkan pelajar-pelajar yang pulang ke kampung semasa minggu ulang kaji tidak dapat kembali semula ke kampus," katanya.

Mohamed Mustafa berkata keputusan itu terpaksa dibuat demi keselamatan dan kebajikan pelajar dan kakitangan selain situasi tersebut tidak mengizinkan UUM meneruskan peperiksaan.

Bagaimanapun, keadaan dalam kampus terkawal dan ibu bapa tidak perlu bimbang dengan keselamatan pelajar, kerana UUM telah memastikan bekalan makanan untuk mereka yang berada di dalam kampus mencukupi dan bilik gerakan banjir juga ditubuhkan bagi memastikan bantuan sewajarnya diberikan kepadanya.

Beliau berkata pelajar-pelajar yang berada di kampung halaman diminta merujuk kepada laman web dan portal UUM bagi mengetahui jadual peperiksaan akhir yang terkini.

Sementara itu Kementerian Kesihatan telah menangguhkan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi pegawai serta kakitangannya di Kedah dan Perlis akibat kedua-dua negeri itu dilanda banjir.

Ketua Komunikasi Korporat kementerian itu Zailani Hashim dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini berkata peperiksaan itu yang dijadual diadakan pada Isnin hingga Khamis ini ditangguhkan ke satu tarikah yang akan dimaklumkan.

- BERNAMA

Tuesday, March 31, 2009

La Nina...El-Nino

La Nina ialah perubahan cuaca sejuk menyebabkan hujan, berlawanan El Nino yang membawa kemarau DALAM tempoh seminggu bermula 3 Mac lalu, bandar raya Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Johor dilanda banjir kilat akibat hujan lebat antara tiga hingga tujuh jam menyebabkan lebih 300 kenderaan musnah dihanyutkan air manakala lebih 1,200 penduduk terpaksa berpindah. Banjir kilat itu menyebabkan kira-kira 40 orang terperangkap dalam bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) manakala hampir semua jalan utama di ibu negara mengalami kesesakan teruk berikutan air naik mendadak.

Kebiasaannya, menjelang Mac, cuaca di Malaysia dikatakan mengalami musim panas tetapi situasi sebaliknya berlaku. Semua ini mempunyai kaitan dengan La Nina, iaitu fenomena yang mana suhu permukaan di Lautan Pasifik Tengah dan Timur menjadi lebih rendah daripada biasa. Fenomena ini berlaku disebabkan tekanan atmosfera permukaan di khatulistiwa Pasifik Barat menurun menyebabkan pembentukan awan lebih banyak dan hujan lebat. Ringkasnya, La Nina ialah perubahan cuaca sejuk menyebabkan hujan dan ia berlawanan dengan fenomena El Nino yang membawa perubahan cuaca panas menyebabkan kemarau. Di Malaysia, secara umumnya jumlah hujan melebihi purata dijangka berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara, namun, taburan hujan ini bergantung kepada pelbagai faktor lain selain faktor La Nina.

Perlu diketahui, kekuatan La Nina dan faktor masa juga memberi impak yang berbeza terhadap jumlah taburan hujan. Hakikat sebenarnya, walaupun beberapa kawasan dilanda banjir kilat, negara ini masih selamat kerana ketika ini perubahan yang berlaku itu hanya disebabkan ‘La Nina lemah’ dan Pertubuhan Meteorologi Dunia belum pasti sama ada fenomena ini akan berterusan atau sebaliknya.

Hakikat sebenarnya, walaupun beberapa kawasan dilanda banjir kilat, negara ini masih selamat kerana ketika ini perubahan yang berlaku itu hanya disebabkan ‘La Nina lemah’ dan Pertubuhan Meteorologi Dunia belum pasti sama ada fenomena ini akan berterusan atau sebaliknya. Ini kerana, perubahan data bacaan indeks suhu permukaan lautan hanya mencatatkan peningkatan yang sedikit iaitu -0.6 bagi November 2008 hingga Januari 2009 kepada -0.8 bagi Disember 2008 hingga Februari 2009. Pengarah Bahagian Pembangunan Teknikal Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Wan Azli Wan Hassan ketika mengulas situasi terkini itu berkata, belum ada mana-mana pihak yang benar-benar yakin fenomena itu akan meningkat dan mereka perlu menunggu sehingga tamat Mac ini bagi bacaan perubahan seterusnya.

“Memang ada perubahan ketara jumlah taburan hujan di beberapa kawasan dan secara kebetulan ia berlaku di Kuala Lumpur dan Johor Bahru menyebabkan banjir kilat. Jika ia berlaku di Temerloh (Pahang), mungkin tidak memberi kesan apa-apa. “Secara umumnya tempoh La Nina adalah antara sembilan hingga 12 bulan tetapi bagi sesetengah keadaan, mungkin boleh menjangkau sehingga dua tahun. Kajian saintis dunia menerusi pelbagai agensi meramalkan peningkatan tetapi belum ada pihak yang benar-benar pasti mengenainya,” katanya.

Berdasarkan rekod kajian, kali terakhir fenomena La Nina melanda dunia ialah pada April 2007 hingga Julai 2008 sebelum keadaan cuaca dikategorikan normal pada Mei hingga Disember 2008. Bagaimanapun, bacaan indeks menunjukkan peningkatan semula selepas itu hingga sekarang. Dr Wan menjelaskan, fenomena La Nina dan El Nino memberi impak global kepada kehidupan seluruh dunia, corak iklim dan di kebanyakan lokasi terutama di kawasan tropika, La Nina menunjukkan variasi iklim yang berlawanan dengan El Nino. Contohnya, sebahagian Australia dan Indonesia terdedah kepada keadaan kemarau ketika El Nino tetapi hujan lebat melebihi paras normal ketika La Nina melanda.

Sehubungan itu, katanya, ketepatan ramalan keadaan ini menjadi penting bagi memberi gambaran kemungkinan episod iklim melampau seperti banjir dan kemarau akan berlaku sekali gus dapat mengelakkan sesebuah negara daripada mengalami kerugian besar. “Ramalan kedatangan fasa sejuk atau panas adalah amat kritikal terutama bagi sektor pengangkutan, pertanian, tenaga dan pelbagai lagi bagi mengelak kerugian. Kemajuan ramalan iklim ini dapat meningkatkan peluang ekonomi terutama dalam bidang pertanian, perikanan, perhutanan dan sektor tenaga dan faedah sosial. “Jika ia dapat diramal awal, kerajaan dan orang ramai dapat bersedia lebih awal, misalnya banjir yang sering memusnahkan barang perniagaan, kenderaan dan kerosakan harta benda,” katanya.



  • FAKTA: Keadaan cuaca

  • Neutral
    El Nino
    La Nina. Tahap La Nina dan El Nino
    Lemah
    Sederhana

  • Kuat. Tahun berlaku La Nina:
    1950 hingga 1951
    1955 hingga 1956
    1970 hingga 1971
    1973 hingga 1974
    1975 hingga 1976
    1988 hingga 1989
  • 1998 hingga 2000.

INFO: Perbezaan antara La Nina dan El Nino


  • El Nino dan La Nina berlaku disebabkan interaksi antara permukaan laut dan atmosfera di Pasifik Tropika.

  • Perubahan di lautan memberi impak kepada atmosfera dan corak iklim seluruh dunia.

  • Perubahan atmosfera ini seterusnya memberi impak kepada suhu dan arus lautan semula.
  • Sistem ini berulang daripada keadaan suam (El Nino) kepada neutral (La Nina sejuk) dengan purata pusingan antara 3 hingga 4 tahun.

  • Kedua-duanya adalah fasa ekstrem yang berlaku semula jadi dalam kitaran iklim yang dikenali sebagai El Nino atau Ayunan Selatan (ENSO).

  • Kedua-dua terminologi merujuk kepada perubahan suhu permukaan laut pada skala besar di sekeliling kawasan tropika Pasifik Timur.

  • Haba dan lembapan ini meliputi kawasan tropika ketika El Nino melanda tetapi ketika La Nina berlaku, tiupan angin lazim timuran menjadi bertambah kuat sehingga menyebabkan ‘cold upwelling’ di kawasan perairan tropika dan Amerika Selatan meningkat.

  • Pada ketika ini, suhu permukaan laut di kawasan tropika boleh menurun sehingga 7 darjah F di bawah normal. (http://www.bharian.com.my)

Monday, February 02, 2009

Ambil Iktibar...

Salam buat semua Muslimin dan Muslimat..

marilah kita sama2 mengambil iktibar dan menginsafi kesenangan yang kita miliki tidak sama yang dimiliki oleh umat Islam yang sedang berada di bumi Palestin sekarang. Perkara ini tidak akan berhenti. Kita semua yang seagama, yang memegang akidah yang sama dan mengadap Allah s.w.t yang Esa serta melakukan ibadat ikhlas kerana ALLAH S.W.T.

Sedarlah kita semua umat Islam sedang diancam..

Penghujung yang bakal tiba ialah Akhirat.

Pengganas Yahudi Menyerang Dunia

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Tiada kata yang dapat menggambarkan sakit hati dan kemarahan kita terhadap Yahudi di ketika ini.

Laporan berita BBC sebentar tadi ( 29 Dis 08 jam 10 pm waktu UK) memaparkan petikan ucapan Setiausaha Agung United Nation, Ban Ki-Moon yang amat tidak waras lagi tidak beraqal. Namun sejuta maki hamun kita masih belum mampu membantu rakyat Muslim Palestin.
Mr Ban said he was "deeply alarmed" by the escalation of violence in Gaza. While recognising Israel's right to defend itself from militant rocket attacks, he condemned its "excessive use of force". (http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/middle_east/7803711.stm)

Laporan bertulis BBC itu tidak memasukkan ucapan awal Ban yang mengecam Hamas sebagaimana yang disiarkan dalam berita mereka. Namun anda boleh mendengar sendiri ucapannya di link BBC di atas.
Ban berkata :-
"kami mengecam serangan yang dilakukan oleh Hamas terhadap Israel, dalam pada masa kami mengakui hak Israel untuk mempertahankan dirinya, kami turut mengecam serangan besar-besaran yang dilakukan Israel"
Nada selari tanpa aqal ini sebenarnya dikarang oleh White House sebagaiman dilaporkan oleh White House
The White House, meanwhile, said Monday that Israel was not looking to "retake" the Gaza Strip and was only acting to defend its citizens (http://www.aljazeera.com/news/newsfull.php?newid=198833)
Demikianlah rupa United Nation yang begitu menikus dalam kenataaannya sehingga menafikan fakta, mujur laporan berita BBC kelihatan lebih rasional dengan kelihatan tidak berpuas hati dengan serangan Israel, ia juga mendedahkan betapa rakyat Palestin di Gaza yang dipenuhi dengan orang awam diserang.
Laporan mereka turut mendedahkan beberapa kawasan Israel yang diserang namun dengan jelas pengulas mengatakan, perasaan takut di kawasan Israel terlalu sedikit berbanding suasana menakutkan di Gaza.

KEMATIAN DAN KEMUSNAHAN

Di Gaza, dilaporkan sekitar 350 orang Palestin telah maut dimamah senjata dan sebahagian dari jumlah tersebut disahkan dengan rasmi adalah orang awam, kanak-kanak dan wanita serta orang awam tanpa senjata. Sekitar 1550 orang pula cedera. Manakala menurut laporannya hanya 4 orang Yahudi maut dalamserangan balas HAMAS.
Sebuah keluarga diragut hidup mereka di waktu sedang tidur apabila rumah mereka terkena serangan bom, dinding runtuh dan hanya seorang sahaja yang selamat.

OBJEKTIF SERANGAN

Berita BBC turut melaporkan, pihak Yahudi dilaporkan sengaja menyerang besar-besaran bagi meningkatkan rasa keyakinan terhadap pertahanan dan ketenteraan mereka serta menimbulkan rasa takut di kalangan musuhnya, terutamanya Hamas dan Hizbullah.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Yahudi, Haim Ramon ; Objektif utama mereka pula adalah menjatuhkan kerajaan pimpinan HAMAS, DAN MEREKA HANYA AKAN BERHENTI SERANG APABILA KERAJAAN DIAMBIL OLEH SESIAPA SELAIN HAMAS!. (http://www.aljazeera.com/news/newsfull.php?newid=198833)

Motif tersirat adalah pembersihan etnik Palestin dari muka bumi.! Bukankah dahulu US dan kuncunya sibuk mempromosikan demokrasi ? dan HAMAS adalah kerajaan yang sah di pilih melalui sistem tersebut! Justeru mengapa diganggu dan ingin dijatuhkan secara keji!.

Jurucakap tentera Israel, Avi Benayhu pula melaporkan serangan ini hanya baru di peringkat permulaan, beratus-ratus kereta kebal Israel sedang berbaris di sempadan menunggu isyarat serang. Moga mereka hancur sebelum sempat menyerang.

YAHUDI ISRAEL ADALAH TERRORIST

Benar, itulah Yahudi Israel jika dilhat dari definisi terrorist menurut kerajaan Amerika
Under Section 3 of Executive Order 13224 "Blocking Property and prohibiting Transactions with Persons who commit, threaten to commit, or support Terrorism", the term "terrorism" means an activity that...
(i) involves a violent act or an act dangerous to human life, property, or infrastructure; and
(ii) appears to be intended
• to intimidate or coerce a civilian population;
• to influence the policy of a government by intimidation or coercion; or
• to affect the conduct of a government by mass destruction, assassination, kidnapping, or hostage-taking.
Selain itu, mereka turut menunjuk kuasa melebihi US, Eropah dan dunia apabila memulakan serangan tanpa sebarang perbincangan dengan kuasa dunia uyang lain.

BANTUAN TERPANTAS KITA

La hawla wal Quwwata Illah billah, bantuan terpantas dari kita buat masa ini adalah qunut nazilah, serta doa buat umat Islam Palestin dan moga Allah s.w.t menghancurkan tentera Israel dengan tentera MalaikatNya. Jika doa Muslim Palestin tidak mencukupi bagi mendapatkan kemaqbulan di ketika ini, marilah kita sama-sama dengan segera membantu mereka, di harap doa kita mampu membantu mereka dalam kadar segera.
Sememangnya ramai yang tidak peduli dengan serangan ini. Pemimpin arab dan barat semuanya akan bermain dengan kata-kata semata-mata. Tanpa menafikan adalah lebih baik pemimpin yang berkata dan mengecam dari yang terus senyap membisu seribu bahasa.

Wednesday, January 28, 2009

BERITA UTAMA - Bertempur semula


Bilakah Hal ini akan berhenti..

Pada 28 Januari 2009,
Israel cabuli gencatan senjata, lancar serangan di Gaza BAITULMAQDIS: Gencatan senjata yang berkuat kuasa lebih seminggu lalu antara Hamas dengan Israel, terancam seketika semalam apabila seorang penduduk Palestin maut ditembak tentera Yahudi sejurus selepas sebuah stesen televisyen Arab melaporkan seorang tentera Yahudi terbunuh dalam satu letupan bom berhampiran sempadan Gaza. Anwar al-Dreim, 24, terkorban berhampiran sempadan Gaza dengan Israel, kata pasukan perubatan tetapi tidak dapat dipastikan jenis tembakan, artileri atau bedilan helikopter tempur, yang membunuhnya.


Sementara itu, tentera Israel semalam menceroboh semula seketika ke dalam kawasan Gaza selepas berundur lebih seminggu lalu, bagi memburu mereka yang bertanggungjawab terhadap letupan itu. Dentuman tembakan kedengaran di kawasan sempadan dan helikopter tentera Israel kelihatan berlegar sambil melepaskan tembakan mesingan ke arah sasaran di tengah Gaza. Ia adalah pertempuran paling serius sejak kedua-dua pihak yang bertelagah, mengumumkan gencatan senjata secara bersendirian berikutan tekanan antarabangsa selepas tentera rejim Zionis mengganas selama 22 hari di Gaza dengan membunuh kira-kira 1,300 penduduk Palestin.


Tentera Israel mendakwa, letupan bom terbabit mensasarkan pasukannya yang meronda di kawasan sempadan Kissufim. Bagaimanapun Tel Aviv tidak memberi butiran lanjut dan setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. Sebuah jet pejuang Israel juga kelihatan terbang rendah di atas Bandaraya Gaza mencetuskan letupan bunyi yang kuat, mungkin sebagai amaran berikutan insiden tentera Israel terbunuh itu. Israel juga untuk seketika menutup pintu sempadan dengan Gaza berikutan serangan bom itu. Seorang pemimpin Hamas, Mushir al-Masri, berkata Israel harus dipersalahkan ke atas insiden terbaru itu kerana terus melepaskan tembakan ke arah Gaza walaupun ada gencatan senjata. "Rejim Zionis bertanggungjawab di atas mana-mana keganasan yang tercetus," katanya.


Mesir kini menjadi orang tengah dalam rundingan gencatan senjata jangka panjang bagi membolehkan bantuan disampaikan kepada 1.4 juta penduduk Gaza yang teruk menjadi mangsa pengeboman Israel. Hamas yang memerintah Gaza sejak Jun 2007 selepas mengusir kumpulan Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas, menuntut Israel dan Mesir membuka semula sempadan dengan Gaza yang ditutup sejak ia berkuasa di wilayah itu. Israel pula mahu jaminan penyeludupan senjata ke wilayah Palestin itu dihentikan dan Hamas tidak lagi melancarkan roket ke wilayah yang diduduki Yahudi. Serangan Israel terhadap Gaza membunuh 1,285 rakyat Palestin, lebih separuh daripadanya orang awam, menurut rekod Pusat Hak Asasi Palestin, manakala 13 rakyat Israel, termasuk tiga orang awam terbunuh dalam perang tiga minggu itu.


Monday, January 19, 2009

Ingati Saudara Kita Se-Islam

Sekumpulan peguam fail permohonan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa Rabu












GENEVA: Sekumpulan peguam dan juri antarabangsa memulakan inisiatif bagi memohon Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menyiasat dan mendakwa Israel terhadap tuduhan melakukan jenayah perang serta jenayah kemanusiaan di Semenanjung Gaza. Kumpulan itu mengadakan rundingan di Geneva, kelmarin, untuk mencapai perincian terakhir berhubung serangan Israel di Gaza bagi menghasilkan dokumen mengenai pencabulan hak asasi manusia oleh tentera rejim Yahudi itu.



Jurucakap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Arab, Haytham Manna, berkata permohonan itu akan dikemukakan di The Hague, Rabu ini. Suruhanjaya itu adalah antara 300 kumpulan hak asasi manusia yang merancang menghantar maklumat setebal 37 muka surat kepada ICC yang berpejabat di Belanda. ICC mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan berhubung jenayah perang, jenayah kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai sejak 2002. Ia boleh membicarakan individu jika jenayah didakwa dilakukan ke atas jajahan atau negara atau parti negara anggota.



Walaupun Israel bukan negara anggota, kumpulan peguam dan juri itu berkata, ICC masih boleh mendakwa individu yang bertanggungjawab dalam serangan ganas itu. Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, sendiri mendedahkan sekurang-kurangnya 1,300 penduduk Gaza termasuk terlebih 400 kanak-kanak maut, manakala 5,300 lagi cedera dalam serangan 22 hari tentera Yahudi itu yang turut menyebabkan banyak kemusnahan bangunan dan kediaman. Manna berkata, sesetengah negara anggota seperti Venezuela dan Bolivia turut berminat merujuk Israel kepada ICC. Malah, Bolivia sedang bersedia untuk meminta Israel didakwa oleh ICC dan mahu mengumpul sokongan di kalangan rakan serantau bagi memastikan 'pemimpin politik dan tentera Yahudi yang bertanggungjawab ke atas serangan di Gaza' dihadapkan ke muka pengadilan.
Rabu lalu, Venezuela dan Bolivia memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel berikutan kekejaman rejim itu di Gaza dan keengganannya mematuhi gesaan antarabangsa untuk gencatan senjata lebih awal. - AFP

Wednesday, January 07, 2009

Motif Sebenar

Salam Pertemuan baru bagi lebaran kehidupan hari ini.


Adakah semakin ceria kawan2 semua. Alhamdulillah, kita bekesempatan untuk menikmati bkehidupan ini dengan sebaik mungkin. Tapi diri kita juga mesti kembali kepada fitrah alam ini, ada gembira dan ada kesedihan. Dalam kita ceria ada sahabat2 kita seagama di Palestin yang mengalami tekanan kekejaman dari Israel. Keperitan dan kesedihan mereka tidak kita rasai, tetapi ketahuilah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Marilah kita sama2 berdoa semoga kekajaman itu redha dan umat Islam tabah menghadapi dugaan yang Allah turunkan. Sesungguhnya ada hikmah terhadap setiap apa ynag teerjadi. ALLAH MAHA BERKUASA DALAM MELAKSANAKANNYA>



Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,

Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,Goncangkan pendirian mereka,

Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada merekaWahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,

Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,

Ya Allah,

Ya Allah,

Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Amien…!

MAi la sama2 kita memohon kepada Allah supaya setiap yang zalim itu akan dibalas dengan kejahatan juga.

Hakikat kehidupan, kejadian manusia dicipta oleh ALLAH untuk melakukan ibadah. Motif kejadian manusia untuk melakukan ibadah, melaksanakan perkara yang makruf dan meninggalkan yang mungkar.?

Bagaimana hari ini? Tepuk dada tanya iman masing2. Setakat hari ini sekilo mana? seberat mana? amalan kita dalam melaksanakan suruhan ALLAH s.w.t.

Madah Ilmuan

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Just to charge information

Indahnya Kata-kata

Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.

INgat2kan....Sekarang Bulan Ramadhan 1430 H

Total Pageviews