Search This Blog

Tuesday, January 26, 2010

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA.......

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA............






Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Tuesday, January 19, 2010

BANK NEGARA : Had NPL tiga bulan


Bank Negara singkatkan tempoh hutang tak berbayar mulai 1 Januari

KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari lalu, pengkelasan tempoh hutang tidak berbayar (NPL) bank bagi semua jenis kemudahan kredit diselaraskan kepada tiga bulan berbanding sehingga enam bulan sebelum ini.

Berikutan keputusan Bank Negara Malaysia itu, bank dijangka lebih berhati-hati ketika meluluskan permohonan pinjaman, selain tegas terhadap pengguna yang gagal melunaskan pinjaman mereka mengikut jadual.

Difahamkan, Bank Negara baru-baru ini menghantar pekeliling kepada syarikat kewangan tempatan mengenai perubahan tempoh NPL dan peruntukan pelarasan membaik pulih pinjaman.

Difahamkan, Bank Negara mengambil keputusan itu untuk memenuhi keperluan piawaian antarabangsa di bawah Standard Laporan Kewangan 139 (FRS139).

Langkah memendekkan tempoh pengkelasan NPL daripada enam bulan kepada tiga bulan itu turut membabitkan kemudahan overdraf, pinjaman berjangka, pajakan, sewa beli, pusingan kredit dan pinjaman lain.

Kategori kredit lain seperti kemudahan pinjaman perdagangan dan kad kredit kekal dalam klasifikasi tiga bulan seperti sebelumnya.

Berikutan pelaksanaan perubahan tempoh NPL itu juga, bank juga perlu menstruktur semula pinjaman mereka.

Seorang pegawai kanan perbankan komersial yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, langkah Bank Negara akan menyebabkan bank bertindak tegas terhadap peminjam kurang berdisiplin dalam membayar pinjaman kerana bank kini terpaksa membuat peruntukan NPL sebaik tiga bulan berturut-turut peminjam gagal melunaskan pinjaman.

"Hampir semua bank sudah mengguna pakai had tiga bulan untuk kategori NPL termasuk pinjaman sewa beli kenderaan, namun ketegasan dalam melaksanakannya bergantung kepada risiko aset masing-masing.

"Berikutan dasar itu, peminjam kini perlu lebih bertanggungjawab dan berdisiplin dalam menggunakan kemudahan kredit. Jika dulu peminjam 'selamat' jika tidak bayar hutang sewa beli kereta lebih tiga bulan, sekarang ia tidak mungkin berlaku," katanya.

Bagaimanapun, beliau berpendapat ia bukan isu besar kerana statistik menunjukkan sebahagian besar peminjam di negara ini melunaskan pinjaman mengikut jadual.

"Walaupun begitu, bagi pelanggan bermasalah bank terpaksa menstruktur semula pinjaman masing-masing," katanya.

Bank Negara merombak kaedah pengiraan NPL daripada tiga bulan kepada enam bulan pada 23 September 1998, dalam usaha memperkukuhkan sistem perbankan negara yang terjejas ekoran Krisis Kewangan Asia 1997.

Sementara itu, Ketua Penyelidik Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Anthony Dass, berkata pelarasan tempoh NPL menggambarkan sistem perbankan negara semakin kukuh dan kualiti pinjaman semakin meningkat.

"Sudah tiba masanya ia (tiga bulan) dilaksanakan semula. Ini bukan baru kerana standard itu pernah amalkan sebelum krisis kewangan 1997. Pelarasan dengan standard kewangan antarabangsa berupaya meningkatkan keyakinan pelabur terhadap pasaran kewangan dan perbankan tempatan.

"Ia juga penting untuk menjadikan Malaysia pusat kewangan utama di rantau ini dan peneraju sistem perbankan Islam antarabangsa.

"Dengan liberalisasi sistem kewangan yang akan menyaksikan kemasukan bank asing dan penubuhan bank Islam mega tahun ini, pelaksanaan pengkelasan NPL kepada tiga bulan adalah tepat pada masanya," katanya.
http://www.bharian.com.my

Thursday, January 14, 2010

@pa La MAkn@ PeNGuRUs@N????


Kisah Ini KIsah Si Budak.
Budak ni banyak benar masalah..EMMM....dia la yang fikir masalah...tak nak jadi masalah ...but terjadi masalah.ok, pikir la tak da masalah yer..=)

Cerita time si budak ni yang belajar kat U, dia berada dalam Universiti dan stay dalam kampus juga. Kenderaan luar tak perlu sebenarnya.
tapi bagi mencetuskan keenakan dalam kehidupan yang ada masam dan manis.
Satu bahan yang bagus untuk memberikan kehidupan yang seronok =), iaitu budak ini nak buat permohonan sticker. Dr nak buat permohonan tak begitu menyusahkan menjadi very complicated..
You know: must take the signature Deanc, and walk to UK. You know UK?? Unit Keselamatan not United Kingdom =)
At last story, si budak dapat sticker dengan harga RM100, it diferrent with any student. Special Case.

The case study is:
ADa student yang mendapatkan sticker dengan bayaran RM3
Ada student yang dapatkan sticker dengan bayaran RM100
Ada student yang dapatkan bayaran tanpa ada masalah

Problem is : Kenapa beza yang sangat jauh antara RM3 dan RM100.

Solution: Kerana pihak pentddbiran tidak menggalakkan penggunaan transportation yang banyak dalam area tersebut.

But, more better between getting the sticker with pay about RM100 or
using the persona tranportation without sticker.

Both of them having the pro and contra.
Adakah pengurusan begitu boleh memberi keselesaaan kepada pengguna? Bila di fikir masalah, adalah tidak sepatutnya diletakkan peraturan sebegitu. kEraana Pengurusan begitu membuatkan orang teranianya.
Pengurusan perlu diperbaiki.

Friday, January 08, 2010

Bu@T assigment!!!!

This is first semester....
utk M.Sc Management by Coursework

Minimum requirement is 36 credit hours, which comprise the following:
* Candidates are required to complete a Project Paper of 20,000 words, on relevant topic after consultation with their supervisor.

Core Courses (24 credit hours)
....................................................................................
GMUL 5063 Ethics, Law and Corporate Social Responsibility; or
GMUL 5023 Law and Ethics
BPMM 6013 Marketing Management
BPMN 6013 Organizational Behaviour and Development
BPMN 6023 Strategic Management
BPMN 6053 Management Information System
BPMN 6073 Research Methodology
BSMH 5013 Human Resource Management
BJMP 5023
............................................................
Elective Courses (6 credit hours)
Select any TWO (2) elective courses from the following list:

SCCG 5013 Communication Skills for Managers
BFMA 6043 International Business
BPME 6093 Entrepreneur Development
BPMS 6013 Theory and Philosophy of Muamalat
BPMS 6023 Muamalat Management
BPMS 6033 Muamalat Principle in Islamic Capital and Money Market
BWFM 5013 Corporate Finance

Project Paper (6 credit hours)
BPMZ 6996 Master’s Project Paper
...................................................................................

Tempoh untuk master ini 2 tahun.. But, God Willing try to settle around 1 1/2 years

For this semester juast take.

BPMS 6033 Muamalat Principle in Islamic Capital and Money Market
BPMM 6013 Marketing Management
BPMN 6053 Management Information System
BSMH 5013 Human Resource Management

So many assignment..So HAppay =)

Thursday, January 07, 2010

DiRi DiDug@

...sedih...geram...pasrah..bimbang...terasa kecewa...putus asa...
Ya Allah..ujian hanya kecil tapi mengapa lah rasa putus asa sangat...
Minggu ini, dua minggu dalam study, banyak benda hilang..
macam mana nak dapat balik?????
nak balik??? benda tu hak kita...Kenapa diorang nak ambil.?
"musim hujan ambik payung sebab basah kena hujan.."
"orang belajar guna pendrive nak save info, dia dah ada kenapa nak ambik hak orang lagi???"
manusia yang tak pernah rasa cukup. mengambil hak orang...ZZALIMMM...

Tuesday, January 05, 2010

KULI@H SUD@H BERMUL@

Salam Mawardah buat semua..
Sekarang sesi pembelajaran telah bermula. Sesi Persekolahan 2010 dgn azam baru. Cikgu Baru. Tempat Baru dan semua baru. Tapi ada juga yang lama. Apa ye?
Rumah? Orang? Azam? ...Emmm... diri sendiri yang jawab yee...

Bagi @na dan kawan2 di Sintok, alam pembelajaran kembali sekali lagi tapi dalam suasana yang berbeza. Daripada undergraudate hingga nak ambil Master, still di Universiti Utara Malaysia, bila jumpa junior, banyak la yang bertanya,, "Buat apa kat sini?" " Kerja ke?" "Oo, Sambung belajar ye!".
Ada juga yang bertanya ,"Sem berapa ni?", "Sem satu ke?", ehh2.... ada rupa macam sem satu lagi ni... tapi memang la kami sem satu tapi sem satu Sarjana la.

Itu soalan baru2 jumpa, lama-lama sikit da pula yang soalan peribadi pula..??????
Apa ye?... Ada la...

Dah tau dari awal pendaftaran lagi, andai ambil master kelas tak la banyak macam ijazah sarjana Muda, kelas skit je... Sehari satu kelas. Kalau ambil 4 subjek, 4 kelas, jadi 4 hari jer la.

Tapi ceritanya panjang....
walau sedikit tapi kerjanya...emmm...... banyak tau...
Assignment..? Ini baru minggu kedua tapi dah 4 assignment. Kerja nya cari Jurnal je..
Dah tu, jurnal da kat libary. So, time rehat time dengan libary. Sekarang libary jadi tempat utama selepas kelas.

Pasal assginment, Pasal group asgnment.
Master ni ramai sangat orang foregni. Setiap kelas pasti ada. Kadang2 kalau berada di kalangan subjek Management or Technologi, group2 diorang la yang kongka.
emm....kelas yang berada di Malaysia macam berada bukan di MAlaysia.
Cakapnya....bukan main kuat lagi..Arabic... tapi apa pun tak faham.
Kalau English, boleh la juga dari tak tau langsung.

Kami kalau nak buat grouping akan duduk senyap dulu. Bila lecteru arah buat grouping...emmm...pak-pak Arab ni pun terus mara. Cari member group. Yang lucu pun ada...Nak cari member group yang boleh cakap arab je..
Kitaorg tak kisah. Selalunya dapat group. Yang best dapat foreign... da kisah la..nati sambung semula

Madah Ilmuan

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Just to charge information

Indahnya Kata-kata

Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.

INgat2kan....Sekarang Bulan Ramadhan 1430 H

Total Pageviews