"Seseorang Manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya"
Search This Blog
Thursday, July 23, 2009
Bila Mana Ia Sudah Menjadi Amanah
Salam Ukhwah buat Saudara Saudari pengunjung blog. Moga2 dalam rahmat keberkatan Allah SWT senantiasa. Bagi melakar sejarah hari-hari kehidupan. Bagaimanakah episod kehidupan kawan2 sahabat yang dah habis belajar khususnya? Alam belajar di universiti telah berlalu, maka bermula pembuka fail untuk mencari kerja atau pendapat bagi menampung kehidupan yang semakin meningkat usia. Lain orang lain pendapat. Ada pihak yang lepasan ijazah berhajat untuk mencari kerja untuk mendapatkan pendapatan sendiri. Terdapat pendapat pula mengatakan selepas ijazah sarjana muda eloknya untuk sambung sarjana dan seterusnya. Lain orang, lain pendapat. Tapi masing2 mempunyai pendirian yang tersendiri.
Bagi insan @ yang baru lagak2nya tamat belajar ijazah sarjana muda bulan April, tapi belum konvo lagi ni... InsyaALLAH 3-5 Oktober 2009 ni konvo. Lepas je siap pratikum di KKPG, rest cuti Kenapa kata cuti? .. ada bagus jugak cuti ni.. tak da jadual tetap nak mesti dibuat TAPI mesti FAHAM2 la. kerja mesti buat juga. walhal duduk di rumah saja2 pun.
Namun cuti bukan sebarang cuti, tapi cuti untuk membuat permohanan kerja. Andai ada kekosongan yang rasa agak sesuai, terus dicuba untuk membuat pemohanan kerja kosong. Almaklum agak terasa lama berada di rumah, tapi tak boring pun.. lagi terasa best je dok rumah.
Tiba masa ada juga pergi interveiw, tapi nak menunggu jawapan panggilan tuuu...lama betul rasanya... gelisah...
dan pengakhiran untuk kerja pada 5 Julai, tapi ....
Akhirnya kini berada di Sekolah Rendah Islam At-Tahfiz, Pasir Gudang.
Dengan bantuan dan sokongan keluarga untuk membantu memberi ruang untuk bekerja sebagai pendidik di sana. Sekolah ini sekolah swasta/private. Bayaran gaji berdasarkan yuran yang dibayar oleh pelajar. anak didik sekolah ini kebanyakkannya adalah dari golongan ibubapa yang berpendapatan yang agak tinggi serta berkeinginan supaya anak-anak mereka berjaya dalam akademik dan ad-diniah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Madah Ilmuan
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...
Just to charge information
Indahnya Kata-kata
Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.