Search This Blog

Monday, September 15, 2008

Jadual Harian Orang Berpuasa D Bulan Ramadhan

4.00 pagi Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA
mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan
membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah,berwangi-wangian.


4.20 pagi Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.


Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.


Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.


Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima ramalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


5.00 pagi Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.


5.30 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran
atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.


7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun.
Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca
Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.


12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor
berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai
berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu
masih ada dlm diri kita !!!


6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda
Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk waktu Magrib, Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku
beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.


8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat
Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun
kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali
dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari
esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini
kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)


Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Ramadhan..yaa Ramadhan

Oleh AHMAD SHUKRI YUSOFF

EKSEKUTIF PENERANGAN KHAS
PUSAT PUNGUTAN ZAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN
shukri@zakat.com.my

Sebab-sebab bulan Ramadan Diutamakan
· "Bulan Ramadan, yang diturunkan di dalamnya Al Quran menjadi petunjuk kepada manusia." (Al Baqarah: 185)


· Adanya malam Lailatul Qadar "Malam Lailatul Qadar (malam penentuan) lebih utama daripada 1000 bulan." (Al Qadr: 3)


· Puasa sepanjang bulan Ramadan "Barangsiapa yang mengerjakan puasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan kepada Allah dan benar-benar mengharapkan keampunan, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


· Ibadat dalam bulan Ramadan "Barangsiapa yang membuat satu kebajikan di bulan Ramadan akan dibalas sepuluh kali ganda dan barang-siapa mengerjakan keburukan akan dibalas menurut apa yang dibuatnya." (Hadis)


· Membersihkan diri dengan mengeluarkan zakat fitrah "Rasulullah saw telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan sebanyak satu sa' (2.3 kg) kurma atau gandum kepada tiap-tiap orang Islam merdeka atau hamba lelaki atau perem-puan." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Bulan Ramadan bulan yang penuh dengan berkat, rahmat dan kasih mesra antara makhluk-makhluk Allah yang hidup di bumi Allah ini.


Tingkatan Puasa


· Puasa Umum iaitu puasa mukmin yang masih melakukan perbuatan maksiat kepada Allah SWT. Puasanya sangat mudah - tidak makan, tidak minum, dan tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa. Tapi anggota lahirnya seperti mata, telinga, mulut, kaki, tangan tidak berpuasa sama. Manakala hatinya bersarang dengan sifat mazmumah - hasad dengki, pemarah, sombong, riyak. Puasa ini tidak dapat memilahara diri dari kejahatan nafsu dan syaitan. Rasulullah SAW bersabda; "Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi tidak dapat apa-apa daripada puasanya itu melainkan lapar dan dahaga sahaja."


· Puasa Khusus iaitu puasa orang soleh, berpuasa seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT, Dia juga dapat menahan anggotanya dari melakukan dosa termasuk berjaya memelihara hatinya daripada sifat mazmumah antaranya pemarah, sombong, riyak, ujub, takabur, gila puji.


· Puasa Khususul Khusus iaitu puasa orang yang hatinya hampir dengan Allah. Berpuasa segala anggota lahir dan batin, bahkan hatinya turut berpuasa daripada mengingati hal-hal dunia. Hatinya sepanjang masa mengingati Allah. Ini adalah bentuk puasa para nabi, rasul dan aulia.

Wasoya Al-Rasul s.a.w


1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-


2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.

- Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-


3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.

- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-


4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).

-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-


5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.

-Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-


Panduan Amalan Pada Bulan Ramadan


TERAWIH

Solat ini hanya boleh dikerjakan di bulan Ramadan sahaja. Hukumnya - Sunnah muakkadah. Masanya - Setelah seseorang itu mengerjakan solat fardu Isyak. Afdal (utama) dikerjakan berjemaah di masjid. Boleh dikerjakan bersendirian sahaja.
Menurut hadis Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah maksudnya: "Adalah Rasulullah saw sangat sukacita menganjurkannya supaya beramal di malam-malam bulan Ramadan, hanya baginda itu tidak menganjurkannya dengan keras. Baginda bersabda: "Siapa yang menunaikan ibadat solat pada malam-malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah nescaya diampunkan oleh Allah dosa-dosanya yang lalu."


WITIR

Solat witir (ganjil) boleh dikerjakan pada tiap-tiap malam dan yang lebih afdal pada bulan Ramadan, bersendirian atau berjemaah. Solat ini dikerjakan sekurang-kurangnya 1 rakaat dan boleh dikerjakan 3 rakaat, 5 rakaat, 7 rakaat, 9 rakaat dan sebanyaknya 11 rakaat.
Abu Daud dan an-Nasa'i telah meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Ayub yang maksudnya: "Rasulullah saw pernah bersabda" Solat witir itu hak, siapa yang suka mengerjakannya lima rakaat kerjakanlah, siapa yang suka mengerjakannya tiga rakaat kerjakanlah, dan siapa yang suka mengerjakannya satu rakaat sahaja pun kerjakanlah."
Niat witir dua rakaat: "Sahaja aku solat witir dua rakaat menjadi makmum kerana Allah Taala." Niat witir satu rakaat: "Sahaja aku solat witir satu rakaat menjadi makmum kerana Allah Taala."


SOLAT TAHAJJUD

Firman Allah dalam surah al Isra' ayat 19 yang bermaksud: "Pada sebahagian malam, bersolat tahajjudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan."
Niatnya: "Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala."


IKTIKAF

Iktikaf ertinya berhenti seketika atau lebih di dalam masjid dengan niat beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah.
Hukumnya sunat dan istimewa sesudah tanggal 20 Ramadan hingga ke akhirnya. Aisyah ra meriwayatkan yang maksudnya: "Adalah Rasulullah saw melakukan iktikaf sesudah tanggal 20 Ramadan, hal ini menjadi amalan Baginda hingga Baginda wafat." Niat Iktikaf: "Sahaja aku beriktikaf dalam masjid ini kerana Allah Taala."


LAILATUL QADAR

Firman Allah dalam surah al Qadr ayat 1-3: "Kami telah menurunkan al Quran pada malam Lailatul Qadar. Apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu terlebih baik dari seribu bulan..."
Para ulama berselisih pendapat tentang masanya Lailatul Qadar. Pendapat yang terkuat sekali menyatakan malam Lailatul Qadar jatuhnya pada malam-malam yang ganjil selepas tanggal 20 Ramadan iaitu: 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.
Pada malam-malam itu sangat eloklah kalau kita membanyakkan ibadat seperti solat, membaca al Quran, berselawat, berzikir dan memohon doa minta diampunkan dosa. Imam Ahmad Ibni Majah dan Al Tarmidzi telah melaporkan sebuah hadis yang diterimanya dari Aisyah: Bahawa Rasulullah telah mengajarkan kepada-nya doa yang diucapkan pada malam Lailatul Qadar iaitu: "Wahai Tuhanku, bahawasanya Engkau Tuhan yang Maka Pemaaf, Engkau menggemari ke-maafan, maka maafkanlah daku."


MENUJU KESEMPURNAAN IBADAH PUASA

Matlamat puasa itu bukan hanya memelihara kewajipan-kewajipan lahiriahnya, bahkan memelihara kewajipan-kewajipan bathiniyahnya. Al-Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan bathiniyah puasa itu antara lain seperti berikut:


1) Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menggangu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta'ala.


2) Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata riya'.


3) Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya:

"Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
(Surah Al-Ma'idah: 42)


4) Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan yang syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang yang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana, kemudian dia menghancurkan sebuah kota (kerana dalam kota ada istana itu).


5) Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.


6) Hendaklah hati merasa bimbang antara takut dan harapan, kerana tiadalah diketahui apakah amalan puasa itu diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, sehingga seseorang itu digolongkan ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah), ataupun puasanya tertolak, maka terhitung dia ke dalam golongan orang yang terjauh daripada rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.


Oleh kerana itu apabila puasa itu dapat dilaksanakan dengan sempurna menurut syarat-syarat zahir dan batinnya, iaitu bukan hanya berpuasa dengan menahan perut dan syahwatnya serta mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki juga seluruh anggota, bahkan menahan dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang membawa dosa, ditambah lagi bahawa hatinya berpuasa daripada perkara-perkara yang memesongkan perhatiannya selain Allah Subhanahu wa Ta'ala, maka orang yang berpuasa sedemikian akan mudah mencapai martabat orang-orang yang taqwa sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
(Surah Al-Baqarah: 183)

Moga ada manfaat....


SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN AL-MUBARAK

(http://agamaku.tripod.com)


About "Lintah"

Ramai skrg org memperkata tntg lintah, yg dl binatang itu tidak mempunyai manfaat apa2. terapi sekarang mempunyai harga amat lumayan. @na mengambil insiatif utk kita sama berkongsi ilmu tntg lintah ini. Ini pun setelah lecture @na dok bg cth dalam kelas Pengantar Komunikasi.

Menurut kajian, lintah dijadikan ubat untuk merawat pesakit dan melancarkan peredaran darah manusia.

Lintah atau nama saintifiknya Hirudo medicinali dikenali sebagai sumber perubatan bermula di pusat pelatih perubatan di Jerman. dikatakan,setiap tahun kira-kira 250000 ekor lintah digunakan untuk mengatasi masalah pendarahan dan juga digunakan dalam pembedahan plastik.

Terbukti kaedah rawatan dengan menggunakan lintah ini adalah sejak abad pertengahan lagi. pada masa itu, pesakit yang mengalami masalah pada sendi lutut akan merasa lebih selesa apabila melekatkan lintah pada luka mereka selama beberapa minggu. Kini, lintah diakui sebagai pembantu manusia. Di kerongkong tempat isapannya terdapat tiga rahang yang berbentuk seperti

setengah gergaji yang dihiasi sampai 100 gigi kecil. Mengambil masa selama 30 minit lintah untuk menyedut darah dan didapati sebanyak 15 ml darah yang diisapnya. Darah tersebut sudah cukup untuk menampung hidupnya selama setengah tahun (6 bulan).

Dalam air liur lintah mengandungi zat aktif yang dianggarkan terdapat 15 unsur, di antaranya zat yang terkandung dalam putih telur “hirudin” yang bermanfaat untuk melicinkan perjalanan darah dan ia juga mengandung “penisilin”.

Lintah juga digunakan sebagai ubat kepada penyakit skizofrenia maupun depresi, juga untuk merangsang mata, mengempiskan lidah bengkak, dan meringankan rasa sakit usus buntu serta perdarahan.

Kemampuan lintah ini menarik perhatian Manfred Roth. Maka, sejak sepuluh tahun lalu ahli zoology dan pecinta haiwan “haus” darah ini menjadi pengelola dan satu-satunya pengimport lintah di Jerman. Ia membiakan binatang ini pada bekas-bekas kaca.

Lintah peliharaannya diletakkan di antara tumbuhan air, seperti bunga teratai, di kolam berair jernih dengan pengawasan kebersihan yang rapi.

Sekurang-kurangnya ada 19 kolam tempat pemeliharaan. Tahun ini saja dihasilkan 100000 ekor lintah untuk dipasarkan kepada doktor, klinik dan tabib.

Kerana keupayaannya tadi, dalam Bahasa Inggris seorang tabib pada Abad Pertengahan dianggap sebagai leechers. Orang Teuton (Jerman kuno) mengartikan leech hampir sama artinya dengan kata “penyembuh”.

Dhanvantari, salah seorang dewi India, dalam Ayurveda digambarkan memegang seekor lintah di salah satu dari empat tangannya.

Jadi, haiwan yang menakutkan kerana ia menghisap darah ini menyimpan sejuta rahsia yang sangat bermanfaat kepada manusia.

Menurut pengguna lintah sebagai tujuan perubatan cara menggunakannya adalah setelah digunakan mestilah dibuang kembali ke dalam sawah kerana dikuatiri akan terkena jangkitan seperti hiv semasa merawat pesakit.


salam kasih


Sambil2 tu dengar budak kecik nasyid arab..:
hiburkan hati saper yang tiket bas xbeli lagi
tapi jangan tak p beli plak..
@na dah beli, beli dalam booking, yg pastinye tiket bas da la
24hb ni dah, kejap jer bila pk nak balik, dah kita dok nati2 kee :)..waantum/antunna?

Tiket balik kelantan, cepat sangat lakunye..
lebih macam gapo ler nak ibaratnya "pisang goreng panas" laku tiket lagi.
maklum la, balik kampung cuti raya nga mak ayah..
sapo xsey..sedih la dok di perantau..
kot2 maner pun balik jugak walau jauh dalam semenanjung..
org kelate plak ramai yg suka merantau.jadinye berebut rebut la puak2 klate g beli.

time balik kampung tentung meriah la..
semua org rasa bahagia, lebih2 lagi emak dan ayah yg dok menunggu.
emm...tak sabar la plak...Sabar2
waakhir ayat..jangan lupa jagak yg kita sekarang berada di bulan Ramdha. sudah masuk pertengahan Ramadhan=magrifah (keampunan)

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.

Tingkatkanlah amal ibadat kita, berdoa yang baik2..semoga kita senantiasa dalam rahmat ALLAh dan dimudahkan amalan utk kebajikan InsyaALLAH._widad



nasyid arab..best

Manusia Tidak Sempurna

Pagi ini @na scearh blog2 dari sahabat2 yang @na link..
tiba2 @na terbaca artikel dari Ustaz Saifulislam..
Terharu @na baca certa dia..sahabat sume boleh la baca juga kat
http://saifulislam.com/?p=75

sambil tu @na cuba fikir balik ayat ustaz:

"Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhaiâ"

Betul kan?..
kita hendaklah menerima dengan redha ketetapan Ilahi buat diri kita,
bilamana ia sudah menjadi ketetapan bagi diri kita,
kita tidak boleh membuat pandangan yang melampau untuk mencari kesempurnaan,
kerana kita mesti ingat bahawa MANUSIA TIDAK SEMPURNA.

Madah Ilmuan

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Just to charge information

Indahnya Kata-kata

Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.

INgat2kan....Sekarang Bulan Ramadhan 1430 H

Total Pageviews