Search This Blog

Friday, July 30, 2010

Wednesday, July 28, 2010

Muamalat Management : Kaedah dan Penyelesaian Hala Tuju Wang Syubhah

Pendahuluan

Perkataan syubhah berasal drpd bahasa Arab yang beerti samar iaitu tidak jelas. Dr. Yusof al-Qardawi dalam bukunya "Halal dan Haram dalam Islam" mendefinasikan perkara syubhah sebagai suatu perenggan ditengah-tengah halal terang dan haram yang jelas yang masih samar-samar dan mengelirukan manusia, yakni masih samar-samar sama ada ia halal atau haram. (Jakim)

Takrif Harta Haram

Harta Haram yang dimaksudkan ialah harta yang dimiliki dengan cara yang tidak diiktiraf oleh syariah. ia termasuklah wang yang diperoehi dari hasil pinjaman dengan tranksaksi riba, harta curi, tipu, judi pecah amanah, rasuah, hasil perniagaan haram, hasil keuntungan dari jualan barang curi, hasil keuntungan dari jualan pelaburan haram, hasil wang dari proses perniagaan secara monopoli dan banyak lagi (Zaharuddin, 2010)

Tuesday, July 27, 2010

Predicting intention to choos halal product using theory of reasoned action


Article by Suddin Lada, Geoffrey Harvey Tanakinjal and Hanudin Amin

Purpose - Emphasis (penekanan, penegasan) on the importance of halal product is now growing. It is fast becoming a new market force and brand identifier and is now moving into the mainstream (aliran utama) market, affecting and changing perception on how business should be conducted, including from a marketing point of view. The purpose of this paper is to test the applicability of the theory of reasoned action (TRA) in predicting (meramalkan)the intention to choose halal product among Malaysian consumers.

The Finding indicated that the TRA is valid mode in the prediction of the intention to choose halal product. Attitude and subjective norm were found to be positively related to intention, with subjective norm being the more influential predictor. Subjective norm was also positively related to the attitude to chose halal product.

Monday, July 26, 2010

HALAL FOODS PRODUCT

Time to write my Project Paper. For proposal must ready to Research Methodology.
The Title: The Awareness of Halal Foods Product Among College Student.

my lecture proceed this topic. After i meeting with supervisor,
he say: " Ok, you can do it. You have Dependent Variable (DV) and Independent Variable (IV).

So, I drawing my frame work..
But i must read the article.

First Article about: Shaping the Halal into brand? by Jonathan A.J Wilson and Jonathan Liu.

The purpose of this paper is to review current literature and practices concerning (berkaitan) the usage (penggunaan, adat kebiasaan) and consumption (penggunaan) of halal, within marketing and branding. Following this, the paper is to both stimulate (mendorong)discussions and encourage (mengalakkan) further thinking within in this field.

Design/ Methodology/approach- the paper uses inductive reasoning and syllogisms, as a basis for conceptual metophor theory and critical discourse analysis. Evidence gathered from structured and systematic literature reviews-suppoerted by existing emprical data, enecdotal evidence, persenol observations and experience ai also used.

Finding- in business, the doctrine (fahaman, ajaran) of what halal, has culminated (berakhir dgn, kemuncak) in the creation of ingredient brands and in some cases forms (bentuk, gaya) of co-branding. However, the Halal's full potential has yet to be harnessed (kawal + guna) and there remain (tinggal, baki) areas of dissonance (kesumbangan, kecanggahan) and misunderstanding. Reason offered by the outhors are that current applications of brand theory unnecessarily (tidak semestinya) restrict (menghad, menyekat) the term Halal and presuppose (mengadaikan, membayangkan)that there is one interpretation (tafsiran)of its meaning. Also, instead (sebaliknya, gantinya)of current trends which focus on rate determining steps within functional marketing approaches (mendekati)per se, Halal's competitive advantage is of more significance when delivered via the tacit elements of strategy and management.

.............................................................

What Deduction/ Quantitative?

The process Theory
-> Hypothesis -> Data collection (get from lecture,manager) -> Findings -> Hypothesis confirm / rejected -> Revision of theory

Eg: Use SPSS, Survey, Figure Number, Descriptive, (bias)


Induction/Qualitative?
Observation/ Finding -> Theory
Get information -> ask Questions -> Form Categories -> Look for patterns -> Develop theory -> Compare theory.

Eg: Secondary data (Library Collection), Observation, Word, Document, Content Analysis, Research Instrument. Will be bias but should be handle, Listen.

Berita Harian Online | Hanya JAKIM, JAIN keluar sijil halal

Berita Harian Online | Hanya JAKIM, JAIN keluar sijil halal

1. PENDAHULUAN

Pengertian Halal sebenarnya bukan sahaja terhad kepada makanan dan minuman sahaja seperti yang lazim kita ketahui. Namun ia juga meliputi setiap perbuatan atau perbuatan manusia. Jawapan ini walaupun akan lebih menekankan kepada konsep halal dari sudut persijilan halal iaitu dari segi makanan, minuman dan bahan gunaan orang Islam.

2. PENGERTIAN HALAL
2.1 Takrif Segi Bahasa
Halal berasal dari kalimah atau perkataan Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan

2.2 Takrif Dari Segi Syara’
Sesuatu perbuatan atau benda yang dibenarkan menurut Hukum Syara’ (Undang-Undang Islam).

Pada hakikatnya perkara-perkara yang haram atau dilarang menurut syariat Islam adalah sedikit atau sempit, dan perkara yang halal adalah malah banyak dan malah lebih meluas. Ini kerana nas-nas yang sahih dan tegas dalam hal haram adalah dalam jumlah yang minima manakala sesuatu yang tiada keterangan yang menyatakan halal dan haramnya adalah dirujuk kepada hukum asalnya iaitu halal atau mubah atau termasuk dalam kategori yang dima’fukan (dimaafkan) oleh Allah.

2.3 Dalil-Dalil

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(Al-Baqarah : 169)

”Apa saja yang Allah halalkan dalam kitab-Nya, maka dia adalah halal; dan apa saja yang Ia haramkan, maka dia itu adalah haram; sedang apa saja yang Ia diamkannya, maka dia itu dibolehkan (ma’fu). Oleh kerana itu terimalah dari Allah kemaafannya itu, sebab sesungguhnya Allah tidak bakal lupa sedikitpun.” Kemudian Rasulullah membaca ayat : dan Tuhanmu tidak lupa.”
( Hadis Riwayat : Hakim dan Bazzar)

”Dari Salman Al-Farisi, Rasulullah SAW pernah ditanya hukumya samin, keju dan keldai, maka jawab baginda : Apa yang disebut halal ialah: sesuatu yang Allah halalkan dalam Kitab-Nya; dan yang disebut haram ialah : sesuatu yang Allah haramkan dalam kitab-Nya; sedang apa yang Ia didiamkan,maka dia itu salah sayu yang Allah maafkan buat kamu.”
( Hadis Riwayat : Tirmidzi dan Ibnu Majah)

2.4 Makanan Halal Dalam Islam

Dalam surah Al Maidah ayat 4 dinyatakan bahawa makanan yang halal adalah makanan yang baik.

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" Bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya"

2.4.1 Ciri-ciri
a) Tidak mengandungi atau terdiri daripada bahagian atau binatang yang haram dimakan oleh orang Islam, atau yang tidak di sembelih mengikut hukum Syarak
b) Tidak mengandungi atau bersentuhan sesuatu yang dihukum najis mengikut hukum syarak.
c) Selamat untuk dimakan

2.4.2 Contoh
Semua benda adalah halal kecuali yang telah diharamkan oleh Allah seperti bangkai, darah yang mengalir, daging khinzir dan arak.

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Maidah : 3)

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
(Al-Maidah : 90-91)

2.5 Takrif Menurut Manual Prosedur Persijilan Halal
Manual Prosedur Persijilan Halal Sarawak telah dilancarkan pada 1 Disember 2004 oleh YB Tuan Haji Daud Abdul Rahman, Menteri Muda (Hal Ehwal Islam) semasa majlis penangguhan Seminar Halal : Prospek Industri Makanan & Bahan Gunaan Islam di Holiday Inn, Kuching.

Untuk maklumat secara terperinci, sila lihat Buku Panduan Permohonan Sijil Halal Majlis Islam Sarawak.

2.5.1 Kriteria Halal Dalam Persijilan
2.5.1.1 Secara ringkas kriteria halal yang ditetapkan dalam prosedur tersebut adalah :
a) Halal
• Seperti yang ditetapkan oleh hukum Islam
• Tiada mengandungi atau sentuhan dengan bahan daripada khinzir, anjing dan lain-lain yang haram menurut Islam
• Disembelih mengikut hukum Islam
• Tiada penggunaan alkohol
b) Suci
• Memenuhi kriteria suci dari najis dalam Islam
• Bersih atau tiada pencemaran
• Selaras dengan panduan kebersihan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan seperti HACCP, GHP, GMP, Panduan Pengendalian Makanan Bagi Restoren & Hotel dan Kod Amali Penjaja Makanan dan peraturan-peraturan kebersihan lain yang ditetapkan oleh agensi kerajaan lain seperti PBT.
c) Selamat
• Tiada kandungan yang membahayakan
• Selaras dengan Akta Makanan 1983 dan lain-lain.
d) Selaras Dengan Undang-Undang lain
• Perniagaan yang mempunyai lesen sah
• Contoh lesen dari PBT, BDKU, Jabatan Pertanian, KPDNHEP dan lain-lain
• Premis yang sah

Friday, July 23, 2010

Renung-renungan

PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka
perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.





KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya,
kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih
penting pabila usia semakin tua.




KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari.
Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang
anda perlu



KEEMPAT .

Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.



KELIMA.

Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.



KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.



KETUJUH...
Percayailah cinta pandang pertama.



KELAPAN..

Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak
memiliki apa-apa.



KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang.
Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi
percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.



KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman.
Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.



KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.



KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.



KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari,
lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin
tahu?'



KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan
melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.



KELIMABELAS.

Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.



KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.


KETUJUHBELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:
1.. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda



KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah
persahabatan yang besar.




KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah
berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.



KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya
daripada suara yang mereka dengar.



KEDUAPULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

RENUNG RENUNG KAN LAH....
SELAMAT BERAMAL....

Thursday, July 22, 2010

Salam Inspirasi


Coretan dari
DrInspirasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar? Saya harap anda sihat selalu. Hari ini saya ingin berkongsi tips yang dapat digunakan ketika ketandusan idea untuk berbicara.

Komunikasi mampu membuatkan anda menjadi lebih ‘menonjol’ daripada orang lain. Orang yang bijak berkomunikasi kelihatan lebih menarik berbanding orang yang diam secara amnya. Mereka seolah-olah mempunyai pelbagai topik untuk dibualkan.

Apakah rahsia mereka ya? Bagaimana mereka boleh berbual padahal bagi sesetengah orang perkara tersebut kelihatan sukar. Ada tips? Yelah, apabila melakukan sesuatu aktiviti bersama, takanlah kita hendak duduk diam sahaja. Pastinya kita memerlukan sesuatu untuk dikongsi atau dibicarakan. Persoalannya topik apakah yang boleh dibualkan? Lebih-lebih lagi jika kita merupakan seorang yang pendiam dan pemalu macam saya. Hehe :-P

Frank Tibolt telah berkongsi topik yang boleh dibicarakan jika kita ‘blank’ ketika itu. Tipsnya adalah Wondderful.. Hoho..Tidak faham. Begini..

* W- Weather (Cuaca)
* O-Occupation(Occupation)
* N- News (Berita)
* D-Dining(Makan)
* D-Driving(Memandu)
* E-Entertainment(Hiburan)
* R-Radio/TV
* F-Family (Keluarga)
* U-Uplift(Perkara yang meningkatkan rasa gembira)
* L-Location(Tempat tinggal)

Salam inspirasi!

Wednesday, July 14, 2010

Episod Semester 2nd Quater

Salam mawardah warahmah..
Selamat untuk meneruskan pejuangan walau apa pun yang berlaku..
Bersua di semester yang kedua 2010, episod kehidupan tentang pelajar yang mengambil Sarjana diteruskan. Walaupun berbagai ujian dalam hidup ini namun kehidupan insan mesti diteruskan. Dengan ibadah dan amalan. Bertambah usia ? Bertambah jugakah amalan dan ibadah?
HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERKUASA
Kita insan yang kerdil, Ilmu yang sangat cetek. Amalan yang tidak tau setakat mana kiranya. Tetapi Kata2 hikmah Yang ada mengatakan "Berkerjalah Seperti kamu akan hidup Seribu Tahun, dan Beramallah Seperti Kamu Akan MAti Esok hari".

Beramal dengan ilmu, Amar Makruf Nafi Mungkar.

HAri ini sudah minggu kedua pengajian setelah membuat pendaftaran pada 3 Julai 2010
Meriah permulaan sem dengan berita tempat tinggal. Daripada menumpang rumah orang pergi menyewa rumah sewa berdekatan. Tut..tut.. seminggu menyewa dapat berita dapat kolej. Lega juga dengan berita tu, almaklum tak payah kerap kali keluar masuk dan bawa kereta.. Sebabnya kenapa? sebabnya "cost" minyak kereta amat2 la banyak. Kita ni pelajar yang tak bekerja perlu, so perlu berjimat selagi termampu.

mUdah-mudahan dimurahkan rezeki. Dan disenangkan urusan. Niat mesti ikhlas=)

Madah Ilmuan

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Just to charge information

Indahnya Kata-kata

Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.

INgat2kan....Sekarang Bulan Ramadhan 1430 H

Total Pageviews