Dalam nak sambung master ni...
nak buat projek paper tentang apa ye?
Tajuk tentang pusaka?
ke arah mana nak ditentukan? Ada kawan2 boleh kongsi idea?
dengan pembacaan sedikit ni..moga dapat idea ni??????? kena pikir dulu ni...penting juga ni.
Harta Pusaka ialah semua harta dan kepentingan simati yang kematiannya dapat dibuktikan.
Harta pusaka yang ditinggalkan seseorang apabila berlaku kematian adalah merangkumi aset dan liabiliti.
Jenis-jenis Harta Pusaka
Harta Pusaka terdiri dari dua bentuk iaitu jenis Harta Alih dan Tak Alih. Harta Pusaka tersebut boleh dikategorikan pula mengikut nilaian iaitu Harta Pusaka Kecil bagi harta yang bernilai RM600,000 dan ke bawah atau Harta Pusaka Besar bagi harta yang bernilai RM600,000 dan ke atas.
Harta Tak Alih ialah harta yang tidak boleh dipindah atau diubah dari tempat asalnya seperti bangunan dan tanah.
Harta Alih ialah harta yang boleh dipindah atau diubah dari tempatnya sama ada bentuk dan keadaannya kekal dengan dipindahkan atau berubah bentuknya seperti wang ringgit, barangan perniagaan, saham dan lain-lain.
Ahli waris Yang Layak dan Ahli Waris Yang Berhak Menerima Harta Pusaka
Ahli waris yang layak menerima harta pusaka terdiri dari 3 golongan iaitu ashabul furud, asabah dan dhawil arham.
Golongan Ashabul Furud bermaksud waris yang telah mendapat bahagiannya mengikut faraid iaitu ½, 1/3, ¼, 1/6, 1/8 dan 2/3 yang telah ditetapkan mengikut syarak.
Golongan Asabah Nasabiah pula adalah golongan waris yang tidak mendapat bahagian yang ditetapkan tetapi boleh menghabiskan baki harta setelah dibahagikan kepada Ashabul-Furud.
Golongan Dhawil Arham adalah kaum kerabat si mati tetapi tidak termasuk dalam golongan Ashabul Furud dan tidak pula dalam golongan Asabah.
Merujuk kepada ahli waris yang berhak menerima bahagian harta pusaka, mereka terdiri daripada lelaki dan perempuan.
Terdapat sepuluh golongan lelaki yang boleh mewarisi harta melalui hubungan keturunan, perkahwinan dan wala’. Mereka itu adalah :
• Anak lelaki
• Anak lelaki kepada anak lelaki dan kebawah
• Bapa
• Datuk (sebelah bapa ke atas)
• Saudara lelaki seibu sebapa, sebapa dan seibu
• Anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa dan sebapa
• Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa dan sebapa
• Suami
• Anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa dan sebapa
• Lelaki yang memerdekakan hamba
Manakala bagi golongan perempuan yang berhak menerima harta pusakanya adalah :
• Anak perempuan
• Anak perempuan kepada anak lelaki dank e bawah
• Ibu
• Nenek sebelah ibu atau bapa dan ke atas
• Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu
• Isteri atau isteri-isteri
• Wanita yang memerdekakan hamba
2. Kewajipan Membuat Pembahagian Harta Pusaka Secara Adil
Pembahagian Harta Pusaka menurut Islam adalah suatu kewajipan yang mesti ditunaikan. Ia adalah peraturan yang ditetapkan oleh syara’ dan secara jelas telah diterangkan di dalam Al-Quran. Ianya tidak boleh diubah oleh manusia dengan sewenang-wenangnya. Tetapi oleh kerana sifat manusia dengan fitrahnya yang cinta kepada harta kekayaan telah menimbulkan sifat tamak. Ini akan membawa kepada masalah individu memakan harta yang bukan milik atau bahagiannya yang diakhiri dengan pertelingkahan antara waris.
Sepatutnya apabila berlaku kematian ianya menjadi iktibar dan pengajaran kepada yang hidup. Tetapi sebaliknya yang sering berlaku, selepas kematian seseorang, perpecahan dan pertelingkahan antara para ahli waris pula yang berlaku.
Bagi yang hidup sudah pasti mahu warisnya dalam keadaan aman apabila ia tiada kelak. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam An-Nisa, ayat 9 yang bermaksud : “Dan hendaklah takut kepada Allah, orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap kesejahteraan mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar”.
Ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT memerintahkan kepada kita berhati-hati agar kita tidak meninggalkan zuriat yang lemah. Jika tidak mereka akan bertelingkah sesama mereka dalam merebut harta pusaka sehingga tidak ada masa untuk mendoakan untuk kita apabila kita sudah tiada kelak.
Terdapat juga keadaan, simati telah meninggalkan harta pusaka yang cukup untuk warisnya. Tetapi bagaimanakah pula urusan pentadbiran harta pusaka tersebut dibuat oleh warisnya yang masih hidup? Adakah mereka mengikut pembahagian pusaka yang sepatutnya? Apabila kehendak disertai dengan nafsu maka akan timbul keretakan hubungan di kalangan waris yang hidup kerana masing-masing berebut harta pusaka yang ditinggalkan sehingga ada hak waris yang diketepikan atau tidak mendapat bahagian yang sepatutnya.
Di dalam surah Al-Ahzaab, ayat 72 yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan” .
Daripada ayat tersebut jelas bahawa, manusia telah berjanji dan bersedia untuk memegang amanah yang diberikan oleh Allah s.w.t. yang tidak sanggup ditanggung oleh makhluk lain. Harta pusaka yang ditinggalkan oleh simati juga adalah merupakan satu Amanah yang perlu diuruskan dengan baik.
Surah Al-Anfaal : Ayat 27
“Allah SWT berfiman : “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati Amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui”.
Ayat tersebut turut menerangkan perkara yang sama kepada umat Islam yang bertaqwa agar amanah yang diterima hendaklah disempurnakan mengikut yang sepatutnya.
Surah An-Nisa : Ayat 59 :
Allah SWT juga berfirman : “Hai orang-rang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan orang-orang yang berkuasa di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya”.
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa sekiranya kita menemui jalan buntu dalam menyelesaikan sesuatu masalah maka hendaklah kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Malah di dalam Al-Quran telah diterangkan kepada umat Islam mengenai pembahagian hak setiap waris. Ini bertujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan di kalangan waris yang meruntuhkan institusi kekeluargaan. Perkara ini juga bagi memastikan masalah waris menggunakan harta pusaka milik orang lain tidak berlaku. Telah diterangkan juga dengan jelas dalam ayat suci Al-Quran bahawa setiap waris mempunyai bahagiannya masing-masing. Oleh itu pembahagian harta pusaka mestilah dibuat secara adil agar hak setiap waris terpelihara.
3. Larangan Menggunakan / Memakan Harta Pusaka Milik Orang Lain
Masalah yang wujud sehingga menyebabkan waris menggunakan harta pusaka milik waris yang lain adalah berpunca pembahagian harta pusaka tidak dibuat mengikut undang-undang yang telah ditentukan. Perkara ini menyebabkan ada di kalangan waris telah menggunakan harta pusaka yang bukan haknya secara sedar atau pun tidak. Akibatnya waris yang tidak mendapat haknya akan teraniaya. Masalah ini sudah pasti menjejaskan institusi kekeluargaan apabila waris bergaduh sesama sendiri sehingga ada diantaranya berlanjutan ke anak cucu.
Surah An-Nisa ayat 13 & 14 yang bermaksud : “ Hukum-hukum tersebut adalah ketentuan –ketentuan dari Allah.Barangsiapa taat kepada Allah dan RasulNya nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai,sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar
“ Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya serta melanggar ketentuan-ketentuanNya nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya dan baginya seksa yang menghinakan”
Diterangkan kepada kita melalui ayat di atas agar setiap orang mematuhi setiap ketetapan-ketetapan yang telah di jelaskan agar mendapat balasan baik di akhirat kelak. Manakala setiap perlanggaran terhadap ketetapan tersebut akan di balas dengan balasan yang setimpal sepertimana yang telah di janjikan
4. Peranan Amanah Raya Berhad Sebagai Pentadbir Harta Pusaka
Urusan pentadbiran harta pusaka adalah melibatkan wang simpanan dalam akaun simati, wang KWSP, wang pencen, pampasan, harta sepencarian dan sebagainya. Urusan ini juga melibatkan golongan pewaris yang berhak menerima pusaka, kadar pembahagian setiap waris dan cara pembahagian harta pusaka tersebut.
Justeru itu kami di ARB menyarankan bagi mengelakkan terjadinya keruntuhan institusi keluarga apabila berlakunya kematian, perkara utama dalam pembahagian harta pusaka ialah dengan melantik Amanah Raya Berhad sebagai pentadbir.
Di ARB kami menawarkan kepada anda perkhidmatan dan kepakaran kami dalam menguruskan pentadbiran harta pusaka selama lebih 80 tahun. Tambahan pula dengan adanya 20 cawangan ARB di seluruh negara, ianya dapat mempercepatkan pentadbiran harta pusaka yang diuruskan oleh ARB.
"Seseorang Manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya"
Search This Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Madah Ilmuan
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...
Just to charge information
Indahnya Kata-kata
Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.
No comments:
Post a Comment