"Seseorang Manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya"
Search This Blog
Friday, January 30, 2009
Wednesday, January 28, 2009
BERITA UTAMA - Bertempur semula
Mesir kini menjadi orang tengah dalam rundingan gencatan senjata jangka panjang bagi membolehkan bantuan disampaikan kepada 1.4 juta penduduk Gaza yang teruk menjadi mangsa pengeboman Israel. Hamas yang memerintah Gaza sejak Jun 2007 selepas mengusir kumpulan Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas, menuntut Israel dan Mesir membuka semula sempadan dengan Gaza yang ditutup sejak ia berkuasa di wilayah itu. Israel pula mahu jaminan penyeludupan senjata ke wilayah Palestin itu dihentikan dan Hamas tidak lagi melancarkan roket ke wilayah yang diduduki Yahudi. Serangan Israel terhadap Gaza membunuh 1,285 rakyat Palestin, lebih separuh daripadanya orang awam, menurut rekod Pusat Hak Asasi Palestin, manakala 13 rakyat Israel, termasuk tiga orang awam terbunuh dalam perang tiga minggu itu.
Friday, January 23, 2009
Cuti Untuk Rehat?
Tuesday, January 20, 2009
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Pada 1 September 1973 hingga 30 November 1973, SPP ditempatkan di Tingkat 9, Bangunan U.M.B.C. di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Pada ketika itu, bangunan tersebut adalah merupakan ruang pejabat yang disewa bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Pada 1 Disember 1973 pula, dengan persetujuan Jabatan Pos dan Kementerian Kerja Raya, SPP telah berpindah ke Tingkat 6, Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur. Dalam tempoh masa tersebut, Jawatankuasa Ruangan Pejabat Kerajaan dan Kementerian Kerja Raya telah bersetuju untuk membina sebuah bangunan khas untuk SPP.
Pada pertengahan tahun 1975, SPP telah berpindah ke bangunan baru tersebut yang terletak di Jalan Spooner (kini dikenali sebagai Jalan Cenderawasih), Kuala Lumpur. Seterusnya pada tahun 1988, SPP telah berpindah ke bangunan Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. SPP telah berpindah ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya mulai tahun 1999 hingga kini.
Bagi melancarkan urusan pelantikan dan perkhidmatan pendidikan di negeri Sarawak, maka urus setia cawangan Sarawak telah ditubuhkan secara rasminya pada 16 Julai 1976 berdasarkan kepada Education Act 1961 (Extension to Sarawak Order 1976). Urusan perkhidmatan pendidikan di negeri Sarawak hanya dilaksanakan berdasarkan kepada peraturan-peraturan Persekutuan sepenuhnya selepas 1 Julai 1978 iaitu setelah berkuatkuasa Laporan Jawatankuasa Kabinet. Sebelum tarikh tersebut, peraturan-peraturan yang digunapakai adalah berasaskan kepada Perintah Am Negeri, Pekeliling-Pekeliling dan Peraturan-Peraturan yang digunapakai pada masa itu.
Urus setia cawangan Sabah pula telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1977 bagi tujuan yang sama iaitu melancarkan urusan perkhidmatan pendidikan di negeri Sabah. Bagi urusan kenaikan pangkat dan tindakan tatatertib ianya dikendalikan secara terus oleh ibu pejabat SPP di Putrajaya.
Secara umumnya, urus setia membantu melaksanakan semua aktiviti di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan bagi mengendalikan urusan berhubung dengan fungsi SPP. Pada peringkat awal penubuhannya, keanggotaan SPP terdiri daripada seorang Pengerusi dan empat (4) orang Anggota. Mulai tahun 1978, jawatan Timbalan Pengerusi diwujudkan. Kini, keanggotaan semasa SPP ialah seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 24 orang Anggota.
Sepanjang penubuhannya, seramai 7 orang Pengerusi dan 9 orang Timbalan Pengerusi telah dilantik. Dalam tempoh yang sama, seramai 11 orang Setiausaha telah menerajui SPP selaku Ketua Jabatan.
PENGERUSI SPP
Tan Sri Sheikh Hussein bin Sheikh Mohamed 01.01.1974 - 31.03.1986
Tan Sri Dato' Haji Othman bin Abdul Malek 01.04.1986 - 31.03.1992
Datuk Abdul Aziz bin Ismail01.04.1992 - 09.08.1992
Dato' Abdul Halim bin Dato' Haji Abdul Rauf 20.10.1993 - 19.10.1998
Tan Sri Dr. Mazlan bin Ahmad 08. 01.1999 - 07.01.2005
Tan Sri Abdul Rafie bin Mahat 08.01.2005 - 08.03.2006
Dato' Hj. Kusaini bin Hj. Hasbullah 29 .10.2007 - Kini
TIMBALAN PENGERUSI SPP
Encik Halimi bin Haji Sharbaini 04.12.1979 - 04.12.1981
Tuan Haji Abdul Samad bin Yim 01.04.1982 - 31.03.1990
Datuk Abdul Aziz bin Ismail 01.04.1990 - 31.03.1992
Dato' Nik Mohamed Amin bin Nik Abu Bakar 01.04.1992 - 31.03.1997
Dato' Azmeer bin Rashid 01.04.1997 - 31.3.2000
Dato' Dr. Noor Azmi bin Ibrahim 04.07.2000 - 03.01.2001
Dato' Hj. Abdul Raof bin Hussin 22.08.2001 - 20.09.2006
Dato' Hj. Kusaini bin Hj. Hasbullah 16.10.2006 - 28.10.2007
Y. Bhg. Dato' Hajah Rahimah bt. Dato' Hj. Ahmad 15.11.2007 - Kini
SETIAUSAHA
Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan 01.09.1973 - 31.10.1977
Encik Mohd. Hassan bin Mohd. Hashim 01.11.1977 - 31.12.1983
Encik Baharuddin bin Abdul Muluk 16.01.1984 - 20.04.1987
Encik Mohd Zain bin Ahmad 01.05.1987 - 06.01.1990
Dato' Shahbudin bin Imam Mohamad 16.03.1990 - 15.12.1990
Tuan Haji Shaari bin Mohd. Noor 16.12.1990 - 09.07.1994
Encik Mohd Akbar bin Haji Baba 10.07.1994 - 05.07.1999
Puan Hajah Zaleha bt. Ahamad Osman 06.07.1999 - 18.11.2002
Y. Bhg. Dato' Hajah Rahimah bt. Dato' Hj. Ahmad 18.11.2002 - 12.09.2005
Y. Bhg. Dato' Nooraishah bt. Ahmad Tajudin 13.09.2005 - 26.08.2007
Y. Bhg. Dato' Wan Khazanah bt. Ismail 27.08.2007 - Kini
TIMBALAN SETIAUSAHA
Encik Mohd Arip bin Mahmod 16.11.2000 - 30.09.2004
Encik Azmi bin Ali (Pengambilan) 01.11.2004 - 15.04.2005
Encik Chin Weng Peng (Perkhidmatan) 16.12.2004 - Kini
Encik Abdul Razak bin Wahab (Pengambilan) 01.06.2005 -12.10.2008
Encik Mohd Taupik bin Yusof (Pengambilan) 13.10.2008 - Kini
Visi
Menjadikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sebuah organisasi yang dinamik, berkualiti dan mesra pelanggan.
Misi
Memastikan urusan pengambilan dan perkhidmatan Anggota Perkhidmatan Pendidikan dilaksanakan dengan berkualiti ke arah pencapaian matlamat pendidikan negara.
Objektif
Melaksanakan kuasa-kuasa di bawah Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan dari segi pelantikan, urusan perkhidmatan dan kawalan tatatertib dan naik pangkat Anggota Perkhidmatan Pendidikan dengan cekap dan berkualiti bagi memenuhi keperluan sektor pendidikan.
Dasar Kualiti
SPP adalah komited terhadap usaha penambahbaikan yang berterusan bagi mencapai harapan pelanggan
Slogan Q
Bersama Ke Arah Kecemerlangan
Kod Etika
Amanah dan Ikhlas
Mesra Pelanggan
Bertanggungjawab dan Beriltizam
Tegas Dan Berdisiplin
Bersyukur dan Berusaha Ke Arah Kecemerlangan Diri
Latarbelakang e-Permohonan
SPP e-Permohonan telah mula dilaksanakan mulai dari 1 Januari 2003.
Perlaksanaan SPP e-Permohonan ini adalah selaras dengan saranan kerajaan ke arah kerajaan elektronik bertujuan memberi kemudahan kepada pelanggan SPP dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan pelanggan SPP.
Apakah e-Permohonan?
1. SPP e-Permohonan adalah merupakan Aplikasi Komputer yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi membolehkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) memohon perlantikan ke Jawatan Tetap Perkhidmatan Pendidikan secara atas talian (on-line).
2. Urusan permohonan boleh dilaksanakan melalui mikrokomputer (PC) yang mempunyai sambungan ke Internet.
Faedah menggunakan e-Permohonan
Faedah Mendaftar Melalui e-Permohonan (bagi calon yang berkenaan sahaja):
1. Ia lebih cepat, lebih mudah dan akuan terima permohonan (tarikh permohonan didaftarkan) adalah serta-merta.
2. Calon TIDAK PERLU mengemukakan salinan sijil bila memohon. Salinan sijil, salinan dokumen lain dan gambar berukuran pasport hendaklah dibawa semasa sesi temuduga bersama dengan yang asal.
3. Calon juga boleh mengetahui status urusan pengambilan melalui Laman Web SPP.
4. Jimat Kos
Jawatan Perlantikan Tetap Yang Boleh Dipohon Melalui e-Permohonan
Jawatan Perkhidmatan Pendidikan Gred:
1. DG41 (DG3) = Ijazah
2. DGA29 (DGA6) = Diploma
3. DG27 / DG17 (DG6 / DG8)
Calon yang BOLEH MEMOHON Melalui e-Permohonan
1. Calon yang telah MEMPEROLEHI IJAZAH BERSERTA PENDIDIKAN dari universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dan telah ditempatkan mengajar (Guru Sandaran Terlatih (GST)).
2. Calon yang telah MEMPEROLEHI DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA dari Maktab Perguruan dan telah ditempatkan mengajar (Guru Sandaran Terlatih (GST)).
3. Calon yang telah MEMPEROLEHI DIPLOMA PENDIDIKAN secara Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan telah ditempatkan mengajar (Guru Sandaran Terlatih (GST)).
4.Calon yang telah MEMPEROLEHI IJAZAH PERTAMA setelah diberi kebenaran Cuti Belajar Separuh Gaji oleh KPM (Calon Meningkat Kelayakan (CMK)).
Calon yang TIDAK BOLEH MEMOHON Melalui e-Permohonan
Calon yang berikut TIDAK BOLEH MEMOHON Melalui e-Permohonan:
1. Calon yang pernah letak jawatan atau dibuang kerja dari perkhidmatan kerajaan.
2. Calon lulusan Pendidikan Jarak Jauh (PJJ).
3. Calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan selain daripada PPP.
4. Calon dari bekas tentera / polis
- Calon-calon ini dikehendaki mengemukakan permohonan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia.
-->
Langkah-langkah dan Panduan Untuk Memohon Melalui Borang e-Pemohonan
1. Calon digalakkan mencetak Borang Kosong mengikut jawatan yang di pohon dan mengisi borang tersebut terlebih dahulu bagi memudahkan calon mengisi Borang e-Permohonan. Borang kosong boleh didapati dari ruangan MUAT TURUN BORANG di Laman Web utama SPP.
2. Klik pada mana-mana link [e-Permohonan] di Laman Web Utama SPP untuk memulakan Aplikasi SPP e-Permohonan.
3. Calon yang pertama kali menggunakan e-Permohonan atau pengguna baru dimestikan mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada butang [Daftar] di skrin Log Masuk e-Permohonan.
(Nota: Kata Laluan dan Nama Ibu yang diberi semasa mendaftar hendaklah diingat. Kata Laluan adalah rahsia anda dan diperlukan untuk masuk (login) ke Borang e-Permohonan. Nama Ibu diperlukan sekiranya calon terlupa kata laluan dan ingin menukarnya ).
4. Calon yang terlupa kata laluan dan / atau ingin menukar kata laluan boleh dilakukan dengan klik di link Terlupa Kata Laluan/ Tukar Kata Laluan, yang terdapat di Skrin Log Masuk e-Permohonan. Calon dikehendaki memasukkan maklumat ibu (case sensitive) yang diberikan semasa Daftar Pengguna.
5. Masuk (Login) ke Borang e-Permohonan.
Hanya calon berdaftar sahaja boleh mengunakan Borang e-Permohonan dengan memasukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan di ruangan Pemohon Berdaftar dan klik butang [Masuk] di Skrin Log Masuk e-Permohonan.
6. Memilih Borang e-Permohonan
Pemohon Berdaftar yang pertama kali masuk ke Borang e-Permohonan akan diminta memilih Borang e-Permohonan mengikut jawatan yang ingin di pohon dengan klik di butang borang bersesuaian dengan jawatan di pohon di Skrin Borang e-Permohonan.
(Nota: Calon dinasihatkan memilih Borang e-Permohonan dengan berhati-hati mengikut jawatan yang di pohon iaitu DG41 atau DGA29 atau DG27/DG17. Calon yang tersalah pilih Borang e-Permohonan tidak dibenarkan menukar borang dan perlu menghubungi Pentadbir e-Permohonan SPP).
7. Mengisi Medan-medan Maklumat di Borang e-Permohonan
Calon dikehendaki mempastikan medan-medan maklumat yang disediakan di Borang e-Permohonan diisi dengan selengkapnya. Terdapat lima Ruangan medan-medan yang perlu dimasukkan iaitu:
i. Maklumat Peribadi
ii. Maklumat Penempatan & Perkhidmatan
iii. Maklumat Akademik dan
iv. Maklumat Kelayakan / Nilai Taraf
v: Pengakuan Pemohon
8. Pastikan Semua Status Maklumat menunjukkan "Rekod Lengkap".
Terdapat 3 jenis status kemasukan maklumat bagi setiap ruangan maklumat iaitu:
i. "Tiada Rekod" - Semua medan ruangan maklumat ini belum dimasukkan.
ii. "Rekod Tidak Lengkap" - Medan maklumat telah dimasukkan tetapi tidak lengkap.
iii. "Rekod Lengkap" - Medan maklumat bagi ruangan ini telah lengkap diisi.
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
9. Simpan Maklumat
Klik Butang [SIMPAN] bagi menyimpan maklumat yang anda masukkan dan membolehkan anda keluar dan masuk (login) bagi menyambung semula kemasukkan sehingga status semua maklumat adalah "Rekod Lengkap".
10. Penghantaran Permohonan ke SPP
Calon hanya boleh menghantar permohonan ke SPP setelah status kesemua ruangan maklumat (Maklumat Peribadi, Penempatan & Perkhidmatan, Akademik dan Kelayakan / Nilai Taraf) adalah "Rekod Lengkap".
Klik butang [HANTAR] di ruangan Pengakuan Pemohon. (Nota: Butang [HANTAR] ini hanya akan kelihatan sekiranya semua status maklumat adalah "Rekod Lengkap".
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
11. Sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul sebelum klik butang [HANTAR].Sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul sebelum klik butang [HANTAR].
(Nota: Calon tidak boleh lagi meminda maklumat yang telah dimasukkan sebaik saja penghantaran berjaya dilaksanakan. Pemohon perlu menghubungi Pentadbir e-Permohonan bagi pindaan selepas penghantaraan).
12. Penghantaraan permohonan anda berjaya di terima oleh SPP sekiranya skrin komputer anda memaparkan skrin berikut sebaik saja anda klik butang [HANTAR]:
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
Ini menunjukkan permohonan anda telah didaftarkan. (Nota: Klik butang [Cetak Borang] untuk mencetak maklumat yang telah anda hantar untuk rekod dan rujukan anda).
Keterangan Am
1. Sebarang pertanyaan mengenai e-Permohonan atau pindaan permohonan bolehlah dibuat melalui internet dengan menggunakan alamat e-mail webmaster@spp.gov.my yang terdapat dalam Laman Web Rasmi SPP di bahagian Maklumbalas. Sila nyatakan segala butir-butir yg diperlukan di laman tersebut.
2. Pemohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan akan ditemuduga dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh Suruhanjaya menerima permohonannya atau tarikh e-Permohonan didaftarkan (tidak termasuk tempoh musim cuti sekolah).
3. Bagi calon yang layak memohon tetapi permohonannya tidak dapat dilengkapkan kerana sekolah tempat bertugas atau IPT tempat belajar tidak tersenarai dalam sistem, mereka diminta membuat aduan melalui talian 03 - 8871 7300 untuk tindakan pihak SPP.
4.Pemohon yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan akan disenaraihitamkan dan boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989).
Monday, January 19, 2009
Ingati Saudara Kita Se-Islam
Rabu lalu, Venezuela dan Bolivia memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel berikutan kekejaman rejim itu di Gaza dan keengganannya mematuhi gesaan antarabangsa untuk gencatan senjata lebih awal. - AFP
Friday, January 16, 2009
Menjadi Insan Berkredibiliti
Wednesday, January 14, 2009
Monday, January 12, 2009
Masa amat Berharga
Mengenal di mana Universiti, rasa lelah dengan tugasan dan prgm dan dan,,, banyak dan
ragam hidup berbeza dengan kerja.
"On time must to do"
But must settle, don't tangguh2, dan satu lagi kerja kena cermat. cermat di sini prihatin dengan suasana setempat. kadang2 kerja tak ada depan kita tapi belakang ada.
Contoh la kan,
Bagaimana kita hdk berhadapan dengan hidup jika asyik bertangguh,
dari kerja yang sedikit akan jadi banyak, dan makin banyak.
akhirnya bawa rasa tension, fed up dan entah pe2 la perasaannya.
geram pun ada.
Ada satu kisah dekat tepi ni..
kerja pentadbiran dalam struktur kerajaan tidak lah banyak kerjanya, tapi bila ada sifat dan peal malas ni maka telah berlakulah kerja yang banyak..
fail bertingkat2 tersusun nak kena siap dalam waktu ni juga, al-maklum pengarah @ bos nak tengok baru la terkejar2 kena buat. ada la yang over time nye..
sampai pukul 7 merangkap pukul 8 malam baru balik.
Dan yang berlaku dekat sini, certa la ni kan..Kebanyakkan yang berkerja di sini iaitu bahagian pentadbiran adalah mata gaji mereka Gred N17/w17. yang memohon kerja menggunakkan Sijil,SPM, dll. Maka bagi mereka yang bersemangat nak tingkatkan diri akan belajar PJJ. itu adalah kerna nak naikkan mata gaji.
dan kisahnya, ada staf di sini yang telah berjaya menamatkan pembelajarannya dan memohon KPLI. dan alhmdulillah, dia telah berjaya masuk KPLI.
Setelah itu, dia diminta untulk menyiapkan kerja-kerjanya dalam bahgian tersebut. Banyak kerja yang terbengkalai. Ditamabah pula dengan diri yang tak sihat kerna pembawakan anak.
Bagus semangat juangnya untuk menuntut ilmu itu, tetapi bila kita mebuat kerja dengan tidak bersungguh-sungguh juga akan berlakulah ketidakstabilan hidup.
Not accountability. So, that way the Institution ......But not all.
To settle the problem, some one take over her duty.
Moral of the story: Jangan Tangguh2
Serta buat insan yang menulis ini juga.(,')
Friday, January 09, 2009
Sementara ada Peluang..
Kesempatan waktu yang Allah kurniakan ini, ingin rasanya berkongsi pengalaman di tempat pratikum Kolej Komuniti Pasir Gudang ini.
Pada 8hb Januari 2009 bersamaan hari Khamis dan 11 Muharram 1430H semua warga Kolej Komuniti datang awal ke pejabat. Halnya kerna Pengarah Kolej buat meeting waktu pagi. jadi macam mana sekalipun sebab2 : jem jalan, lewatnya, mengantuknya bangun awal tidur lambat dan apa sebab sekalipun, mestilah datang awal. Pengarahnya seorang yg tetap dgn masaa. Tetapi almaklum la, mungkin telah menjadi hakikatorang yang memperkatakan bahawa janji melayu " selalu je lewat, pukul 8 janji. kul 8.30 baru sampai" ish2...
Kena ubah caranya, kita sebagai orang Melayu Islam perlu menepati masa, jangan terus mengikuti dan menjadi kenyataan itu benar.
Dalam mesyuarat tersebut, Puan Pengarah banyak menekankan tentang prinsip2 yang digunakan dalam memajukan Kolej Komuniti Pasir Gudang dalam meberikan perkhidmatan kepada komuniti setempat. Moto kolej iaitu " Memberikan Pembelajaran Sepanjang Hayat"
Begitulah antara perjalanan rentetan kehidupan.
Ada org kata la kan..jadi org besar ni bagus?banyak kelebihan, bilik pun besar, org bawah akan dengar cakap org atas ( org besar)
tapi da jugak yang menggunakan org atas untuk kelebihan untuk cepat maju ke depan.
Dalam organisasi ini baru la tau " kena semasa kerja da juga istilah kena kipas, kipas orang da kuasa. tau ke maksud kena kipas tu,? kena kipas, kena bodek ar.."
emm..begitu la.
Sebenarnya hidup kita masih banyak perlu belajar. Setiap hari ada sesuatu yang barui kita temui. Kita memang tidak mampu untuk menakluki semau ilmu tetapi kita digalakkan untuk belajar. ilmu yang kita perolehi mesti diamalkan dan disebarkan. Tidak perlu kita mempertikaikan kehidupan orang lain namun kita wajar untuk menegur skiranya ada salah kerana matlamat tidak menghalalkan cara.
walau niatnya baik tapi arah pelaksanaannya salah dan menyalahi syariat maka haram lah ia.
Wednesday, January 07, 2009
Motif Sebenar
Adakah semakin ceria kawan2 semua. Alhamdulillah, kita bekesempatan untuk menikmati bkehidupan ini dengan sebaik mungkin. Tapi diri kita juga mesti kembali kepada fitrah alam ini, ada gembira dan ada kesedihan. Dalam kita ceria ada sahabat2 kita seagama di Palestin yang mengalami tekanan kekejaman dari Israel. Keperitan dan kesedihan mereka tidak kita rasai, tetapi ketahuilah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Marilah kita sama2 berdoa semoga kekajaman itu redha dan umat Islam tabah menghadapi dugaan yang Allah turunkan. Sesungguhnya ada hikmah terhadap setiap apa ynag teerjadi. ALLAH MAHA BERKUASA DALAM MELAKSANAKANNYA>
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah,Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada merekaWahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amien…!
MAi la sama2 kita memohon kepada Allah supaya setiap yang zalim itu akan dibalas dengan kejahatan juga.
Hakikat kehidupan, kejadian manusia dicipta oleh ALLAH untuk melakukan ibadah. Motif kejadian manusia untuk melakukan ibadah, melaksanakan perkara yang makruf dan meninggalkan yang mungkar.?
Bagaimana hari ini? Tepuk dada tanya iman masing2. Setakat hari ini sekilo mana? seberat mana? amalan kita dalam melaksanakan suruhan ALLAH s.w.t.
Friday, January 02, 2009
Keikhlasan
- Perjalanan hidup diteruskan hari demi hari. Bermula dengan kosong, tidak ada ap-apa yang tahu kepada tahu dan mengeanal tentang hidup. Tetapi setakat mana yang kita ketahui? Sejauh man fahaman kita? Demi untuk menjawab persoalan itu kita mesti lah belajar.
- SENYUMlah untuk CERIA.
- Dalam alam pratikum nii...banyak perkara kena belajar, hati budi orang yang berlaianan persaan,, otak permikiran yang ke kiri dan ke kanan, ke tengah, ke depan dsbnya. Orang yrabg berpangkat tinggi, berendah, bersosial, bergelak ketawa, berharmoni, berdiam dan sebaginya gelagat..
- Jadi kita cuba lah pelajari semampu kita, berdamai dengan yang sepatutnya, beradab dengan setempatnya, ber akhlak dengan sesopan santun, berkomnunikasi selancar yang perlu, berdiam diri semampu perkara serta bersemuka dalam yang had.
- insyaallah..MAMPU= boleh BERHADAPAN dengan hati yang senang. jiwa yan g tenang dan muka yang CERIA").
Madah Ilmuan
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...
Just to charge information