Search This Blog

Monday, January 19, 2009

Ingati Saudara Kita Se-Islam

Sekumpulan peguam fail permohonan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa Rabu












GENEVA: Sekumpulan peguam dan juri antarabangsa memulakan inisiatif bagi memohon Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menyiasat dan mendakwa Israel terhadap tuduhan melakukan jenayah perang serta jenayah kemanusiaan di Semenanjung Gaza. Kumpulan itu mengadakan rundingan di Geneva, kelmarin, untuk mencapai perincian terakhir berhubung serangan Israel di Gaza bagi menghasilkan dokumen mengenai pencabulan hak asasi manusia oleh tentera rejim Yahudi itu.



Jurucakap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Arab, Haytham Manna, berkata permohonan itu akan dikemukakan di The Hague, Rabu ini. Suruhanjaya itu adalah antara 300 kumpulan hak asasi manusia yang merancang menghantar maklumat setebal 37 muka surat kepada ICC yang berpejabat di Belanda. ICC mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan berhubung jenayah perang, jenayah kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai sejak 2002. Ia boleh membicarakan individu jika jenayah didakwa dilakukan ke atas jajahan atau negara atau parti negara anggota.



Walaupun Israel bukan negara anggota, kumpulan peguam dan juri itu berkata, ICC masih boleh mendakwa individu yang bertanggungjawab dalam serangan ganas itu. Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, sendiri mendedahkan sekurang-kurangnya 1,300 penduduk Gaza termasuk terlebih 400 kanak-kanak maut, manakala 5,300 lagi cedera dalam serangan 22 hari tentera Yahudi itu yang turut menyebabkan banyak kemusnahan bangunan dan kediaman. Manna berkata, sesetengah negara anggota seperti Venezuela dan Bolivia turut berminat merujuk Israel kepada ICC. Malah, Bolivia sedang bersedia untuk meminta Israel didakwa oleh ICC dan mahu mengumpul sokongan di kalangan rakan serantau bagi memastikan 'pemimpin politik dan tentera Yahudi yang bertanggungjawab ke atas serangan di Gaza' dihadapkan ke muka pengadilan.
Rabu lalu, Venezuela dan Bolivia memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel berikutan kekejaman rejim itu di Gaza dan keengganannya mematuhi gesaan antarabangsa untuk gencatan senjata lebih awal. - AFP

No comments:

Madah Ilmuan

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Just to charge information

Indahnya Kata-kata

Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.

INgat2kan....Sekarang Bulan Ramadhan 1430 H

Total Pageviews