Search This Blog

Thursday, January 27, 2011

Make A Power PERSON??

Bagaimanakah untuk menjadi pemenang atau seorang yang hebat? Soalan motivasi yang perlu difikirkan pada hari ini. :-P

Jawapannya adalah mudah. According to Dr Inpirasi, Untuk menjadi juara ataupun hebat , kita mestilah memiliki mentaliti sama seperti orang hebat atau juara berfikir. Dr Stapler,yang merupakan penulis untuk buku ‘Think Like A Winner” telah menggariskan mereka yang hebat ini mempunyai 10 kepercayaan atau corak pemikiran. 10 kepercayaan inilah yang sebenarnya menjadi asas kepada pencapaian hebat mereka. Jadi, jika kita hendak menjadi seperti mereka, kita mestilah berfikiran seperti mereka (that means, Orang Hebat dan Juara). Membentuk mentaliti ini perlahan demi perlahan seterusnya mendapat hasilan yang optimun.

10 kepercayaan utama mereka.


* Orang hebat bukanlah dilahirkan, mereka dicipta.
* Daya yang menentukan kewujudan anda adalah fikiran yang anda masukkan.
* Anda berkuasa dalam menentukan realiti anda.
* Terdapat hikmah disebalik kepayahan.
* Setiap kepercayaan anda adalah pilihan.
* Anda tidak dikalahkan sehinggalah anda menerima realiti bahawa anda dikalahkan dan mengambil keputusan untuk berhenti.
* Anda sememangnya mempunyai potensi berjaya sekurang-kurangnya satu kawasan dalam kehidupan anda.
* Batasan sebenar yang menghalang anda mencapai apa yang diingini dalam kehidupan ini adalah anda.
* Tiada pencapaian yang hebat tanpa komitmen yang hebat.
* Anda memerlukan sokongan anda kerjasama daripada orang lain dalam mencapai impian yang bermakna.

Tanpa kita suka atau tidak, pemahaman ini yang diterapkan oleh orang hebat dalam hidup mereka. Suka atau tidak, ini yang perlu kita ada dalam perjalanan menjadi insan yang Hebat. Sedikit demi sedikit berusaha untuk menjadi diri mereka. Ayuh!
Bergerak kita untuk menjadi orang yang hebat!! Menghasilkan kerja yang sempurna untuk hasil yang CEMERLANG..

Salam Motivasi

No comments:

Madah Ilmuan

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Just to charge information

Indahnya Kata-kata

Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.

INgat2kan....Sekarang Bulan Ramadhan 1430 H

Total Pageviews