Search This Blog

Sunday, April 25, 2010

sEleS@I t@Sk Mu@MaL@T=)




Dari Hari Rabu hingga hari ini Ahad, alh@amdulilla@H dapat selesai dan hantar
BPMN 6033 Muamalat Princple In Islamic Capital And Money Market. Lecture Ustaz yang power punya.. Soalan ala-ala master katakan.. dengan semangat c0-operation dengan semua kawan2 nak "develop satu produk yang tak pernah wujud atas dunia ini " kata ustaz.
fikir dan fikir, buat juga walaupun macam2 benda kena selesai.
dari seorang kawan kepada seorang kawan datang berkunjung, bertukar idea, bertanya??
kami yang hanya ada sedikit ini ditambah dengan buku yang tak berapa ada, tapi ada la juga..hasilnya ada la.

untuk dikongsi...produk yang kami buat ?
tapi fikir2 betul k? boleh terima juga la..tapi kalau bagi kat SC, mgkin reject
1) Pembiayaan Perumahan: Pembiayaan rumah siap menggunakan konsep al-ijarah al-Muntahiyah bi al-Tamlik
Kontrak al-ijarah al-Muntahiyah bi al-Tamlik atau al-Ijarah Thumma al-Bay’ merupakan kontrak untuk memajak atau menyewa dan akhirnya memilikinya. Kombinasi dua jenis kontrak yang ditandatangani secara berasingan dn berturutan iaitu permulaannya kontrak al-ijarah dan kemudian kontrak al-Bay’. Dalam kontrak pertama penyewa menyewa suatu barang daripada pemiliknya pada harga sewa yang dipersetujui untuk suatu tempoh tertentu. Apabila tempoh sewaan tamat, penyewa menandatangani kontrak kedua untuk membeli barang itu daripada pemiliknya pada suatu harga yang dipersetujui bersama. Dalam kontrak sewaan tersebut ia menepati syarat kedua-dua belah pihak bersetuju dan rela untuk mengadakan tersebut. Manfaat barang yang disewa (al-Ma’qud ‘Alayh) mestilah diketahui tempohnya, kadar bayaran upah dan sewa, lokasi dan perkara-perkara yang mustahak yang perlu diketahui.
Dalam konteks pembiayaan rumah siap, ia adalah kontrak di mana institusi kewangan atau bank menyewa rumah yang telah siap kepada pelanggan dengan menggenakan sejumlah bayaran. Sebagai contoh pembiayaan ini dibuat bagi golongan yang berkerja khususnya. Pihak majikan perlulah membeli rumah tersebut dari pemilik asal dan menyewakan kepada kakitangannya dengan kadar boleh ubah (mestilah disebut di awal-awal kontrak sewaan). Kadar boleh berubah jenis ini HARUS digunakan dalam aqad ‘Ijarah' atau sewaan. Ini bermakna, pihak majikan menyewakan rumah itu kepada kakitangannya dengan kadar 3% atau (sebagai contoh RM1200 sebulan) selagi mana ia berkhidmat. Sejurus ia berhenti (jika majikan adalah bank), jumlah sewaan akan dikaji semula mengikut harga pasaran. Cara ini adalah diterima oleh semua cendiakawan Shariah dalam dan luar negara. Adapun, jika majikan bukan sebuah bank dan sukar untuk meneruskan konsep ini selepas kakitangan berhenti, majikan bolehlah mensyaratkan kakitangannya untuk berjanji akan membeli rumah tadi dengan satu harga yang akan ditetapkan sejurus mereka berhenti. Ini bermakna si kakitangan tadi perlulah mencari mana-mana Bank Islam untuk proses ‘Re-Financing' (pembiayaan semula).
Kelebihan penggunaan alternatif ini memberi manfaat kepada pengguna khususnya pengguna Islam untuk menggunakan produk Islam. Walaupun pada dasarnya ia menyerupai kewangan konvensional. Pengguna yang tidak mampu untuk memiliki sebuah rumah yang siap dapat memiliki rumah walaupun mengambil masa untuk membayar. Pembelian rumah pada akhir pembelian akan menguntungkan pengguna, kerana apabila pengguna membuat pembayaran sewaan mengikut bulanan apabila dihitung akan menghasilkan jumlah untuk harga sebuah rumah. Harga jualan rumah tersebut telah ditetapkan semasa memeterai kontrak. Tiada kos tambahan atau tersembunyi yang akan mempengaruhi harga jualan. Jumlah pembayaran tidak dipengaruhi oleh pergerakan kadar faedah. Jumlah tertunggak tidak dikompaun dan ia memberi perancangan kewangan yang lebih baik

2) Pembiayaan Kenderaan: Pembiayaan Kenderaan menggunakan konsep Murabahah Lil Amir Bishira
Murabahah Lil Amir Bishira bermaksud Murabahah dengan pihak yang pinta beli. Murabahah Lil Amir Bishira didefinisikan sebagai jualan Murabahah bagi individu yang berjanji untuk membeli atau Murabahah to the purchase orderer, ia adalah satu bentuk permintaan satu pihak (pelanggan) kepada satu pihak lain yang mempunyai wang (biasanya bank) untuk membeli satu satu aset yang diingini pelanggan dengan pihak pelanggan berjanji akan membelinya dari pihak yang pembeli awal (bank) dengan harga yang lebih tinggi dari pembelian pertama. Dalam konsep ini, pembeli dan pembiaya akan berjanji untuk membeli barangan yang dipesan. Pelanggan menyempurnakan janjinya setelah memiliki barangan pesanan tersebut. Barangan yang telah wujud akan megikat kontrak jual beli antara bank dengan penjual pertama iaitu pemilik barangan. Urusniaga ini berjanji untuk membeli (Wa’d bi al-Syira’) dan jualan dengan margin keuntungan (Bay’ bi al-Murabahah). Ia bukan seperti jualan barangan yang tidak dimiliki kerana pembiaya sebenarnya tidak menawarkan sesuatu untuk dijual tanpa memilikinya. Sebaliknya dia cuba untuk memenuhi pesanan pelanggan dan menjualkannya setelah barangan itu diperolehi. Konsep ini tidak mengandungi unsur untung yang tidak dijamin kerana pihak pembiaya menjualnya setelah memiliki barangan tersebut dan dia menanggung segala risiko kerosakan dan lain-lain bencana sehingga diserahkan kepada pembeli.
Kelebihan produk tersebut ialah pembeli mampu memiliki kereta. Pembeli atau pelanggan kepada pembiaya (bank) telah berjanji untuk membeli baranagn yang dipesan. Pelanggan tidak dibebankan kecuali menyempurnakan janjinya untuk memiliki barangan yang dipesan. Barang yang ingin dimiliki wujud dalam pasaran dan kontrak yang dibuat mestilah sah di sisi syariah. Kontark yang dibuat secar mudhrabah antara bank dengan pelanggan dibuat setelah barangan itu benar-benar menjadi hak milik bank kerana ia menjadi asas bagi membolehkan bank mengambil untung. Sekiranya pembayaran secara tangguh, bank akan menaikkan pembayaran.

3) Pembiayaan Kad Kredit Khusus bagi Ziarah dan Haji dengan konsep Qard Hasan
Kad Kredit adalah merupakan kad khas yang dikeluarkan oleh sesebuah institusi kewangan yang membolehkan pembawanya mendapatkan barang-barang perkhimatan atau mata wang yang boleh berinteraksi dengan kad ini.
Dalam konsep produk ini, pihak yang membawa kad kredit boleh mendapatkan barang dari pihak yang mengeluarkannya dengan syarat, pihak yang membawa kad tersebut hendaklah membayar harga barangan perkhidmatan atau mata wang yang diperolehi sewaktu menggunakannya di musim haji atau umrah. Pengeluar kad membuat jaminan pada masa kontrak kad dibuat, yang akan membayar segala hutang yang tercatat di atas kad bagi pihak pembawa kad dengan pinjaman kebajikan iaitu qard hasan. Apabila pembawa kad membeli sesuatu, peniaga akan menemui pengeluar kad (yang merupakan penjamin) untuk mendapatkan nilai barangan tersebut daripadanya. Pihak pengeluar kad kredit tidak boleh ingkar (tabung haji) untuk membayar nilai wang yang dituntut itu. Hal ini kerana di antara pembawa dan pengeluar kad terdapat kontrak yang menwajibkannya membuat bayaran apabila diminta. Apabila pihak pengeluar kad selesai membuat pembayaran, ia akan menemui pembawa kad dan memintanya membayar nilai yang telah dibayar kepada peniaga.
Kelebihan penggunaan kad kredit ini bukan mengalakkan pengguna untuk berhutang tetapi memudahkan pengguna sebagai langkah keselamatan untuk membawa duit dalam nilai yang banyak semasa melakukan ibadat. Konsep qard hasan yang ditawarkan akan menghadkan pinjaman bagi nilai yang terkurang daripada RM1000. Hal ini akan mengurang risiko kerugian kepada pihak Tabung Haji sekiranya dalam masa yang sama terlalu ramai dan tidak mampu untuk membuat kitaran transaksi. Produk ini juga akan menarik ramai pengguna untuk menggunakan pinjaman terbabit kerana tidak mempunyai bunga atau faedah.

4) Pembiayaan Pendidikan menggunakan Konsep al-Tawarruq
Al-Tawarruq ialah menukarkan pinjaman kepada jualan barangan itu sendiri kepada pihak yang meminjam secara ansuran dengan harga yang lebih mahal, bagi membolehkan pembeli menjualnya semula di pasaran secara tunai bagi mendapatkan wang yang diperlukan.
Dalam konsep pembiayaan pendidikan ini, seseorang yang memerlukan wang menemui seorang peniaga atau bank lalu membeli satu barangan daripadanya dengan harga ansuran untuk tempoh tertentu, kemudian pembeli menjualnya di pasar secara tunai dengan harga yang kurang daripada harga yang dibelinya bagi menbolehkannya melepaskan hajatnya dengan harga yang diperolehi secara tunai.
Melalui konsep ini pembeli membeli barangan tersebut tetapi tidak berniat untuk menggunakannya tetapi mengambil manfaat daripadanya dengan menjualnya walaupun terpaksa menanggung kerugiaan.
Kelebihannya produk yang digunakan menggunakan transaksi yang mengikut syariah. Pengguna dapat menggunakan manfaat wang secara tunai dan menanggung kerugian bagi memenuhi hajatnya untuk mendapatkan wang tersebut. Di samping itu juga, kerugian tersebut adalah bagi membantu bank Islam untuk mendapatkan keuntungan di atas perkhidmatan yang diberikan serta untuk membantu Bank Islam membuat modal pusingan untuk tranksaksi yang seterusnya. Sebagai kemudahan kepada umat Islam untuk melanjutkan pelajaran, pihak bank memberikan ‘qard hasan' atau pinjaman kebajikan kepada pelajar terbabit. Syaratnya ialah peminjam boleh meminjam bagi nilai yang tidak kurang daripada RM60000.

5) Pembiayaan Perniagaan menggunakan Konsep Mudharabah al-Musytarikah
Al-Mudharabah al-Musytarikah mengabungkan sumber-sumber simpanan deposit individu di bank, dengan bank bertindak sebagai pengantaraan atau mudarib untuk membuat pelaburan, melantik pula pihak ketiga menjalankan kerja-kerja pelaburan demi faedah bersama antara ketiga-tiga pihak. Keuntugan akan dikongsi bersama antara ketiga-tiga pihak mengikut persetujan bersama dan kerugian akan ditanggung oleh pemberi modal.
Dalam konsep produk Al-Mudharabah al-Musytarikah melibatkan perhubungan tiga pihak iaitu pihak pertama yang terdiri daripada sekumpulan pelabur yang menyediakan sumber kewangan, dalam bentuk individu untuk pelaburan dalam mudharabah. Pihak kedua yang diwakili oleh rakan kongsi aktif yang secara persendirian mengambil tanggungjawab membuat aktiviti pelaburan, dan pihak ketiga yang bertindak sebagai pengantaraan pihak pertama dengan pihak kedua yang merancang dan menyelaraskan pengumpulan wang dari pihak pertama dan mengeluarkannya kepada pihak ketiga. Sebagai contoh peniaga (rakan kongsi yang aktif) ini ingin mengadakan perjanjian dengan bank untuk memulakan perniagaan. Dia tidak mempunyai modal untuk memulakan perniagaan tersebut. Oleh itu, peniaga ini meminta bantuan dari bank untuk memulakan perniagaan tersebut. Pihak bank akan memberi modal tersebut kepada peniaga dengan menggunakan konsep Al-Mudharabah al-Musytarikah. Peniaga terbabit akan mendapat model dan mengusahakan model tersebut. Keuntungan yang diperolehi akan dibahagi.
Kelebihan penggunaan produk ini ialah mereka yang tidak mempunyai modal yang cukup boleh membuat pinjaman dengan pihak yang mempunyai kewangan untuk memulakan perniagaan. Perniagaan akan bertambah maju dan selepas itu mampu untuk dikembangkan. Prinsip yang digunakan akan terhindar daripada riba. Walaupun terdapat banyak transaksi namun hasil akad jual beli yang diberlaku akan terhindar dari perkara yang terlarang oleh Allah swt.

1 comment:

widad said...

produk yang sedia ada seperti pembiayaan rumah., kenderaan, kad kredit, pemdidikan, perniagaan.. rasanya semua sudah ada, cuma prinsip yang diguna sewaktu transaksi tu yang lain.

Madah Ilmuan

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Just to charge information

Indahnya Kata-kata

Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.

INgat2kan....Sekarang Bulan Ramadhan 1430 H

Total Pageviews