Search This Blog

Thursday, July 30, 2009

H1N1 ???

INFLUENZA A (H1N1)

A. Berkenaan Penyakit
1. Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?
Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh
sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung
dan manusia.
2. Negara mana yang dilanda penyakit ini?
Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal
dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009
dan telah terus menular ke negara-negara lain.
Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk
laman web www.moh.gov.my dan www.who.int.
3. Apakah tanda dan gejala penyakit ini?
Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit
kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau
cirit birit.
4. Bagaimana kita boleh dijangkiti?
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.
Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaanpermukaan
(surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan
dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit
atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair
pesakit.
5. Pada masa ini, adakah jangkitan berlaku daripada babi kepada manusia?
Tidak
6. Apakah nasihat kepada orang yang dijangkiti virus ini?
• SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.
• Untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain, tutup mulut dengan tisu
atau sapu tangan apabila batuk dan bersin. Kerap mencuci tangan
dengan air dan sabun.
• Tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. Elak
menyentuh mata, hidung dan mulut.
• Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.
• Jangan gunakan pengangkutan awam untuk menggelakkan jangkitan
kepada orang lain.
7. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?
• Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari
dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini.
• Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih
lama.
8. Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?
• Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
• Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.
• Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mengurangkan
kemungkinan jangkitan.
• Jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada di
tempat awam yang sesak.
• Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan
yang perlu diambil.
• Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat
dan lakukan aktiviti fizikal.

No comments:

Madah Ilmuan

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Just to charge information

Indahnya Kata-kata

Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.

INgat2kan....Sekarang Bulan Ramadhan 1430 H

Total Pageviews