Search This Blog

Sunday, August 31, 2008

Adab Berbuka Puasa - Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.


ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.

Sedangkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:

“Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kepalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabat bahawa mereka melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

(Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).

Yang penting di dalam bulan Ramadan ini adalah adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang, iaitu al-Quran atau sunah. Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis:

  1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Hadis ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunah Nabi s.a.w., iaitu Baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala. Kata at-Tibi (meninggal 743H):

    “Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa, ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat, membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ia menyanggahi ahli bidaah yang berpendapat wajib melewatkannya.”

    (at-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).

  2. Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya:

    “Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”

    (Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).

    Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H):

    “Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada, maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air.”

    (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar, maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunah Nabi s.a.w.

  3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:

    “Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Riwayat di atas juga menambah:

    Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, sedangkan beliau mendengar bacaan imam. Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar, boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat, disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata an-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.

    (An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).

    Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat Maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk. Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut:

    “Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.”

    (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).

    Malangnya ada di kalangan yang kurang faham, lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang, hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jemaah. Inilah kedangkalan meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w., lalu mengandaikan agama dengan emosi sendiri.

    Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H):

    “Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.”

    (Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).

  4. Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya:

    Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.

    (Surah al-`Araf:31).

    Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:

    “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”

    (Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).

    Hadis ini salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w. menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksimum. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu Baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.

  5. Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:

    “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”

    (Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).

    Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut:

    ”Hadis di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota.”

    (Faidh al-Qadir, 2/500).

    Di sana ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:

    “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah.”

    (Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)

    Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.

  6. Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:

    “Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”

    (Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ia sahih 5/158). Maka berdoalah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.

Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita. ( http://drmaza.com)

**Artikel yang dicadangkan untuk bacaan bersempena dengan Ramadhan ini ialah “Puasa Tidak Boleh Berpisah Dari Dalil Sunah”. Sila klik di sini untuk artikel tersebut.

Perutusan khas sempena Ramadan al-mubarak

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat. - mks.

Presiden PAS_

Ramadhan dan Kematian

Ramadan datang lagi. Alhamdulillah kita sempat menyapa dan mendakapinya penuh erat. Ia kurniaan Ilahi maha hebat, cukup sempurna, menyejukkan gelisah, mententeramkan resah.

Awalannya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirannya bebas dari api neraka. Masya-Allah.

Namun, ini mungkin Ramadan terakhir buat kita. Penghujung nyawa adalah rahsia. Renungilah.

Berapa ramai anggota keluarga terdekat dan teman rakan, yang bersama kita Ramadan setahun lalu, kini tiada lagi, tidak sempat untuk menikmati ujian dan menjalani tarbiyah dalam madrasah penuh pengorbanan ini.

Justeru jangan terleka. Peluklah dengan penuh kecintaan - setelah rindu yang amat sangat terlerai sudah - Ramadan yang sarat dengan keberkatan ini. Pintu-pintu syurga terbuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan terbelenggu. Hamparan ketakwaan dibentang seluas-luasnya.

Detik nafasmu adalah ibadah. Tidur rehatmu adalah ibadah. Apa lagi dengan bertadarus, menyantuni anak yatim, menyempurnakan silaturrahim, membela golongan tertindas, bersedekah, memuliakan ibu bapa, mengasihi orang tua, membantu golongan tidak berupaya, menyediakan bahan berbuka, selain berdoa dan memanjangkan sujud, serta menghidupkan malam dengan munajat dan taubat selepas bertarawih, sementara menanti malam seribu bulan.

Menghampiri Ramadan kerap mengingatkan saya tentang pemergian secara tiba-tiba buat selama-lamanya, jantung hati kami sekeluarga, Nurul Syafiqah, pada pagi 1 Ramadan, jam 8.15, tiga tahun lalu. Dalam usia 11 tahun, kematian Syafiqah, anak kedua kami, cukup meremukkan hati; mencampakkan saya, isteri dan empat anak yang lain ke penjuru satu dunia berbeza.

Ternyata kasih sayang buat anak kecil darah daging sendiri begitu luar biasa, tertanam jauh di dalam kalbu, menyelinap setiap denyut nadi.

Ya, Ramadan dan kematian menjadi cukup intim, saling mengingatkan, walaupun selalunya peringatan itu mudah dilupakan. Khabar kematian sering mengejutkan. Debarannya keras sekali.

Hentakannya boleh memutuskan angan-angan. Sayang, insan selalu alpa. Kematian anak kecil, apa lagi yang tidak didahului dengan sakit memanjang, lebih "istimewa" berbanding kehilangan ibu atau ayah, atau keluarga terdekat lainnya.

Ia memang menyesakkan nafas, membuntukan fikir, namun secara misteri mudah menyuntik rasa sedar-insaf bahawa panggilan Ilahi bisa datang secara tiba-tiba, tanpa bertanyakan apakah persiapan sudah beres atau masih khayal dengan hal duniawi yang tidak berkesudahan.

Benar sekali sabda nabi. Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat merenggut kelazatan dunia, iaitu mati. Rasulullah pernah ditanya tentang orang Mukmin yang paling mulia, maka jawabnya adalah orang yang paling baik akhlaknya.

Ditanya lagi, orang Mukmin mana yang paling beruntung atau cerdas, maka jawab baginda, mereka yang paling banyak mengingati mati dan mempunyai bekal yang banyak untuk menghadapi kematian.

Ramadan menjanjikan gandaan pahala, menghaluskan jiwa dan mendorong untuk melakukan amalan kebajikan. Manakala mengingati kematian menyebabkan seseorang menyegerakan taubat, rendah hati dan rajin beribadah. Namun Ramadan bukan pula membungkus seseorang dengan aktiviti individualistik semata.

Khidmat buat masyarakat, menarik tangan masyarakat bawahan yang tertekan, terutama dalam kesempitan hidup yang menggigit ini; semuanya perlu ditingkatkan setulusnya, sebagai satu persembahan agung buat Ilahi. Sesungguhnya Allah amat mencintai makhluk yang paling penyayang pada makhluk yang lain, yang paling bersungguh-sungguh dalam memenuhi keperluannya.

Usah terlepas lagi daripada merangkul kenikmatan Ramadan yang sangat istimewa itu. Pesan saya buat diri yang sangat mudah terleka ini mks._


My Member 4ever ex Student Maahad Raudhah An-Nazirin





x-student Raudhah  Al-Nazirin 2003
Azizul Awang
2 Januari 1985
Status: Student
Kg Buki Jering, 17610, Kuala Balah, Kelantan.
09-9361273 * 013-9091685
ajijul_2010@yahoo.com.my
“Bukan susah nak susah, bukan senang nak senang, maka persenangkanlah yang mana susah”

Mohd Afzan Mohd Nasir
8 Januari 1985
Status: Kerja
Kg Bukit Jering, 17610, Kuala Balah, Kelantan.
09-9361059 / 013-9933135
“Jangan mudah untuk maju”

Faridah Bt Daud
26 Januari 1985
Status: Kerja
Kg Relak, 17610, Kuala Balah, Kelantan.
09-9361729
“Berjaya Dunia & Akhirat”

Ahmad Abdulah
28 Januari 1985
Status: Kerja
Kg Jerimbong, 17610, Kuala Balah, Kelantan.
09-9361571
“Tak pandai takpo, biar jaso, desa kito perlu dijago…”

Mohd Hafidi Yunus
30 Januari 1985
Status: KAGAT
Kg Relak, 17610, Kuala Balah Kelantan.
09-9362784 / 017-2796674
“ Hidup Biar Berjasa”

Ahmad Al-Hafis Bin Salleh
23 Februari 1985
Status: UiTM
Kg Bukit Jering, 17610, Kuala Balah, Kelantan.
017-6126794 / 019-2518272
“Never settle less than your best”

Nor Hidayah Bt Che Derahman
3 Mac 1985
Status: Usim
D/A Kg. Bkt Berangan, 17610, Kuala Balah, Kelantan.
09-9361290 / 019-3508353
durratul_qalbi85@yahoo.com.my
Hidup ini penuh dengan pancaroba, tabahkan diri kuatkan semangat, tenangkan hati serta redha dengan ketentuannya”

Yusfairus Yusoff
5 Mac 1985
Status: Student
Kg. Bkt Selar 17610, Kuala Balah, Kelantan.
09-9361293 / 013-9610382
Boleh Aku Boleh, Juara Aku Juara, Mari Bersama Kita Bersama Mencapai Kecemerlangan”

Mohd Noor Bin Ismail
6 Mac 1985
Status: Kerja
No 42, Kg Belahat, 17610, Jeli, Kelantan.
“Berjaya di Dunia & di Akhirat”

Rohayati Bt Mohd Yusoff
6 Mac 1985
Status: Usim
Lot 1987, Kaw Rawa, Kg. Tunku Abd. Rahman, 17610 Kuala Balah Kelantan.
09-9361191 / 019-9566078
“Biarpun dikau dapat menggapai bintang kejora. Pastikan kakim berpijak di bumi yang nyata”
Orang Lain Boleh,Mengapa Aku Tak Boleh!!

Siti Zamilah Mat Diah
10 Mac 1985
Status: Kerja
Kg Kubur Datu,17610, Kuala Balah Kelantan.
09-9362842
“Buat Benda Asalkan Hati Gembira”

Nurul Hidayah Haji Ahmad
11 Mac 1985
Status: KIAS
No 36, Kg. Jebang 17610, Kuala Balah, Kelantan.
09-9361978 / 013-9177478
“Sememangnya sukar untuk menjadi permata berkilau,seaandainya tidak tunduk kpd keegooan & berpaling dari kesilapan ”

Zaharah Bt Muhammad
13 Mac 1985
Status: UM
Kg. Bkt Jering 17610, Kuala Balah, Kelantan.
013-9858625
“Berusaha sementara ada kesempatan, jangan tunggu sehingga kesempitan”

Mahani Bt Resmi
20 Mac 1985
Status: Jururawat Melaka
Kg. Jerimbong 17610, Kuala Balah, Kelantan.
013-9054805
“Hidup Biar Berjasa, Ikhlas Kerana ALLAH”

Mohd Sapuan Bin Mohd Nor
3 April 1985
Status: TLDM
Kg. Bkt Jering 17610, Kuala Balah, Kelantan.
013-9091456
“Good Luck! Study Hard! Your Future Must Be Brighter”

Siti Noredayu Bt Yusoff
13 Mei 1985
Status: Kerja
Kg. Kubur Datu 17610, Kuala Balah, Kelantan.
09-9361
“Hiasilah wajahmu ibarat bulan yang bersinar tanpa dicemari”

Che Saufi Bin Che Mat Nasir
3 Jun 1985
Status: Kerja
Kg. Sungai Batu, 18200, Kuala Krai, Kelantan.
01926255909
“Berusaha secara luar biasa”

Raihan Bt Ibrahim
16 Jun 1985
Status: UM
Lot 204, Kg Jerimbong, 17610 Kuala Balah, Kelantan.
017-9248656
syahadah_syifa@yahoo.com.my
“Carilah keredhaan ALLAh utk kejayaan Dunia & Akhirat krn syg Tuhan tdk bertepi, kasih Tuhan janjiNya pasti & ingatlah cinta manusia tiada hakiki, syg manusia tiada abadi”

Mohd Baihaqi Mohd Naim
21 Jun 1985
Status: Kerja
No 3, Kg. Desa Taqwa, Kandek, 18200, Dabong Kuala Krai, Kelantan.
019-9291550 / 017-9379615
“Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian”

Nik Azman Bin Mohd Zain
1 Julai 1985
Status: Institusi Penguruan Islam
Kg. Bechah Mulong, Peringat,16400, Kota Bharu Kelantan.
019-6442878
nik_raudhah2010@yahoo.com.my
“Penuhi jiwamu dengan sesuatu yang bermakna”

Mohd Alif Suhaity Bin Mahhasali
14 Julai 1985
Status: Pelajar
Kg. Jerimbong 17610, Kuala Balah, Kelantan.
014-8074931
“Nothing Impossible, Buatlah apa saja yang kamu rasa ianya betul & membahagia kamu”


Nur Hafizah Bt Abd. Azib
21 Julai 1985
Status: Pengawai Tadbir-Melaka
Lot 191, Jalan Utama, Kg. Bkt Jering 17610, Kuala Balah, Kelantan.
014-8161738
“Study biar relax, result cayalah pasti gempak..”

Mohd Wafi Bin Husin
8 Ogos 1985
Status:
Kg. Lubok Bongor 17600, Jeli, Kelantan.
09-9361782 / 017-9656672
“Have a peace mind & think before you act”

Ainul Mardiah Bt Ismail
10 Ogos 1985
Status:
Kg. Bkt Berangan 17610, Kuala Balah, Kelantan.
017-9756950
“Kecemerlangan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa”

Noor Jamilah Bt Salleh
12 Ogos 1986
Status:
Jalan Masjid, Lorong Imam Desa Taqwa, Kandek, 18200, Dabong Kuala Krai, Kelantan.
019-
“Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”

Nur Hafizan Bt Mohd Nordin
15 Ogos 1985
Status: UIAM
d/a Kedai Abg Noor, 17610, Kuala Balah, Kelantan.
09-9361809 / 013-2038652
fyansweet85@yahoo.com.my
“Hiasilah hidup & diri dgn benih-benih keimanan & siramilah ia tumbuh subur”

Mohd Fadil Mohamed
17 Ogos 1985
Status:
Kg. Bkt Jering 17610, Kuala Balah, Kelantan.
013-9461634
“be positive..”

Mohd Huzaifah Bin Mamat
25 Ogos 1985
Status: Kerja
d/a Kedai Solehah, 17610, Kuala Balah, Kelantan.
09-9362213 / 017-2886473
“Sayangi orang yang menyayangi, usah menyayangi orang yang disayangi”

Norhabibah Bt Che Harun
27 Ogos 1985
Status: UUM
O3, Depan Masjid Kg Bkt. Selar, 17610 Kuala Balah Kelantan.
09-9362414 / 017-4162708
widawafa@yahoo.com
Lunaskan segala tangungjawab yang ada pada kita & jadilah kita seorang manusia yang bebas dari masalah”

Azlinda Bt Mohd Hussin
5 September 1985
Status: Kerja
Kg Kubur Datu,17610, Kuala Balah Kelantan.
019-9527282
“Selami rahsia hati kerana hati tdk pernah mati”

Siti Rogayah Bt Hassan
4 September 1985
Status: UIAM
Kaw. Balah, Kg Tunku Abd. Rahman,17610, Kuala Balah Kelantan.
09-9362203 / 012-3224525
aya_alazraq@yahoo.com
“Istiqamah dlm mencari keredhaan ALLAH”

Nur Shiha Bt Che Mood
!6 September 1985
Status: Kerja
Kg Kandek,18200, Kuala Krai, Kelantan.
017-9582990 / 013-9139219
“ Apabila buat sesuatu biarlah ikhlas kerana ALLAH”

Che Normazwana Che Osman
29 Oktober1985
Status: KIAS
Kg Jebang,17610, Kuala Balah Kelantan.
013-9261306 / 017-9476478
“Masa itu ibarat emas, gunakan masa dengan sebaik-baiknya”

Noor Afiza Bt Nordin
30 Oktober 1985
Status: Kerja
Kg Bkt Berangan,17610, Kuala Balah Kelantan.
09-………
“Boleh, Aku Boleh”

Khairunnisa Bt Abdullah
3 November 1985
Status: Kerja
d/a Kedai Mak Mak Chu Minah, No 4, Kg Lubok Bongor, 17600 Jeli Kelantan.
013-7490483
“together we stands fight for our dreams”


Nik Faizimah Bt Nik Othman
11 November 1985
Status:
Kg. Bkt Selar 17610, Kuala Balah, Kelantan.
*013-9610382
“Be the Best among the Best”

Rosmani Bt Isa
26 November 1985
Status:
Kg Biak B, 18200, Kuala Krai, Kelantan.
012…..
“Ingin berjaya dalam Hidup”

Siti Zawiah Bt Kamarudin
14 Disember 1985
Status: Jururawat
Kg. Bkt Jering 17610, Kuala Balah, Kelantan.
013-9975394
“Nak seribu daya tak nak seribu dalih”

Zarina Bt Sudin
21 Disember 1985
Status: Student KIAS
Kg Srijaya Kemubu, 18000 Kuala Krai, Kelantan.
013-9476259
“Hidup biar berjasa, ikhlas kerana ALLAH”

Masnani Bt Zawawi
26 Disember 1985
Status: UKM
Lot 881, Depan Masjid, Kg. Lubok Bongor, 17600, Jeli, Kelantan.
09-9362708 / 013-9610135
masnani85@yahoo.com.my
“Kecantikkan bukan terletak pada paras rupa, tetapi cantiknya dinilai pada budi pekerti”

Sharifah Bt Mat Noor
31 Disember 1985
Status:
d/a Kedai Kopi Hassan, Kg Bkt Jering 17610, Kuala Balah, Kelantan.
013-9489561-………
“Ingat di mana kita berada”














Member Seangkatan.. Dari Tahun
1998-2003

Peralihan
Ainol Hayah Nazri, Kg. Bkt. Jering
Shamsual Affendi Baktiar Affendi, Kg. Bkt. Jering
Dazuki Abdullah, Kg. Bkt. Jering
Mohd Syakib Izwan Yusof, Kg. Bkt. Tok Ali

Tingkatan Satu, 1999
Shahrizan Bin Shafie, Kg. Lubok Bongor
Hazazi Bin Hasmi, No 11, Kg Jambu Panji, 16100 Kota Bharu
Yunus Idris, Kg. Bkt. Selar
Mohd Rais Bin Abdul Rahman, Kg. Bkt. Jering
Halimatul Saadiah, Kg. Kuala Balah
Nor Diana Bt Che Sulaiman, Kg. Kuala Balah

Tingkatan Dua, 2000
Zaki Ali Akbar, Kg. Bkt Jering
Khairul Zaki, Kg. Bkt Jering
Yusri Bin Yahya, Kg Kubur Datu
Azrul Mohd Rebun, Kg Jebang
Ibnu Zubair
Che Khairul Ipazri

Tingkatan Empat
Siti Nurul Aishikin Che Omar, Kg. Bkt Selar
Rubiah Hassan, Kg Kubur Datu
Mazura Mohd Zain, Kg Kubur Datu
Norosilawati Abd Rahman, Lot 1117 Jln Hj Othman, Rantau Panjang, 42100 Klang Sel.
Abdul Hadi Abdullah, Kg. Bkt Jering
Nik Ahmad Mudzaffar Bin Bakri, Kg. Bkt Jering
Siti Zilyana Kamarudin, Kg Bkt Berangan
Norazura Mat Yaman, Kg Jerimbong
Mohd Khairuddin Ismail, Kg Kubur Datu
Abd Aziz Mohammad, Kg. Jerimbong
Nur Naimah Othman, Kg. Bkt Jering
Nor Hidayah Ramli, Kg. Bkt Jering

Tingkatan Lima, 2003
Nor Haslinda Ahmad, Kg. Bkt Jering
Nor Hayati Mahmood, Kg. Bkt Jering
Rosmariah Mohd Kamal, Kg. Bkt Jering
Rasyidah Abd Rahman, Kg. Bkt Jering

Mohon maaf kalu da kwn yg xtersenarai. nati tlg habaq mai lai kalu yg xda n perlu tukar.

p/s bagitau nama kwn2 yg xtersenarai kat comment ye

Merdeka..Merdeka


pe makna merdeka...
emm...sekarang negara Malaysia sudah mencapai kemerdekaan kali ke 51
biarlah erti kemerdekaan di fahami bukan sekadar bebas dari penjajah Barat ke atas tanah air, tetapi juga bebas dari pengaruh & tipu dayanya,,
kat UUM sekarang bunga api berdetum..tumm...tumm
meriahnya bunga api...
tapi apa makna bunga api tu..
hanya sekadar simbolik kemeriahan menyambut kemerdekaan
bila mana jarum sudah menunjukkan jam 12
bagi menunjukkan bahawa sudah tiba waktunya dan detiknya

namun yang lebih perlu dan menanti kesedaran bagi umat Islam ialah
sekarang sudah tiba waktunya yang bakal menjelma
Ramadhan al-Mubarak yang membawa banyak kelebihan dan kemerdekaan pada diri
umat Islam
Dalam tempoh sebulan umat Islam dikurniakan kenikmatan yang tidak akan diperolehi melainkan Bulan Ramadhan
Tempoh ini pintu Shurga telah dibuka dgn seluas-luasnya.
manakala pintu neraka akan ditutup. Syaitan-syaitan diikat dari mengganggu umat Islam melakukan ibadah.
Tenangnya dan bahagianya bulan Rahmat ini.
10 hari pertama adalah kerahmatan, 10 hari pertengahan adalah pengampunan dan 10 hari yang terakhir ialah pembebasan api neraka
Marilah kita umat Islam mengunakan peluang yang diberi pada kali ini dengan sebaik mungkin.
kita tidak pasti adakah kita berpeluang lagi atau tidak untuk berjumpa dengan bulan Rahmat ini.

Salam Ramadhan 1429 H & Salam Merdeka 2008

Friday, August 29, 2008

DOA WuDUK

ahukah teman-teman, salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna dengan wudhuk yang sempurna insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang.
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Penjelasannya:
1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa ?. Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam ?. Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu.

"Sampaikanlah pesanku biar pun satu perkataan......"



Setulus Hati..

p/s:klu nak kngsi pe2 anta le kekawan smua ye.

Ahlan Wasahlan

Madah Ilmuan

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Just to charge information

Indahnya Kata-kata

Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.

INgat2kan....Sekarang Bulan Ramadhan 1430 H

Total Pageviews