Search This Blog

Friday, February 06, 2009

~Telah diTetapkan~


Salam Ukhwah buat semua,
sedikit pengisian untuk kita sama2 berfikir
Mengenai negara kita Malaysia;

Negara Malaysia telah heboh sejak dua mejak ni mengenai isu pilihan raya di negeri Perak.
Kawasan yang diduduki oleh pemimpin Pakatan Rakyat telah beralih arah telah menyebabkan kedududukan pemerintahan rakyat di Peraka berubah,
"emm...senang nye perubahan berlaku"
Itu lah kekuasaan Alllah. Sesungguhnya Allah mampu untuk melakukan sesuatu, baik itu baik untuk kita atau sebaliknya, kita terimalah dengan hati yang terbuka. Mungkin terdapat hikmah yang kita tidak ketahui.

Tetapi untuk sama-sama kita fikir, alangkah mudahnya berubah arah pemimpin-pemimpin sekrang. Daripada berada dalam satu pihak yang di anggap baik dengan tetiba beralih..
Langkah-langkah sebelum menduduki sesuatu pihak pula dilakukan dengan angkat sumpah..
setiap pihak pun akan berlaku angkat sumpah, Tetapi di mana sumpahnya untuk taat setia..?
Di mana setia nya? Tidak ada makna pun itu semau. BIla-bila masa saja angin berubah, begitulah manusia. Tidak akan tetap.
Jadi tak perlu lah rasanya bermain dengan sumpah dan taat setia jika tidak mampu untuk taat setia dalam tanggungjawab.

Dan kita sebagai orang yang bakal menerusi generasi yang berada sekarang, cuba2 lah berfikir dengan sebaik mungkin dan sematang-matang buah fikiran dalam membuat keputusan serta tindakan.
Jangan biarkan orang yang berada dibawah pimpinan kita dan dipertanggungjawab untuk kita kecewa dengan tindakan yang dibuat.
Jadikanlah Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik untuk sebuah kepimpinan yang baik dan Pelan Strategik yang terancang.

Wallahua'alam.

Monday, February 02, 2009

Ambil Iktibar...

Salam buat semua Muslimin dan Muslimat..

marilah kita sama2 mengambil iktibar dan menginsafi kesenangan yang kita miliki tidak sama yang dimiliki oleh umat Islam yang sedang berada di bumi Palestin sekarang. Perkara ini tidak akan berhenti. Kita semua yang seagama, yang memegang akidah yang sama dan mengadap Allah s.w.t yang Esa serta melakukan ibadat ikhlas kerana ALLAH S.W.T.

Sedarlah kita semua umat Islam sedang diancam..

Penghujung yang bakal tiba ialah Akhirat.

Pengganas Yahudi Menyerang Dunia

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Tiada kata yang dapat menggambarkan sakit hati dan kemarahan kita terhadap Yahudi di ketika ini.

Laporan berita BBC sebentar tadi ( 29 Dis 08 jam 10 pm waktu UK) memaparkan petikan ucapan Setiausaha Agung United Nation, Ban Ki-Moon yang amat tidak waras lagi tidak beraqal. Namun sejuta maki hamun kita masih belum mampu membantu rakyat Muslim Palestin.
Mr Ban said he was "deeply alarmed" by the escalation of violence in Gaza. While recognising Israel's right to defend itself from militant rocket attacks, he condemned its "excessive use of force". (http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/middle_east/7803711.stm)

Laporan bertulis BBC itu tidak memasukkan ucapan awal Ban yang mengecam Hamas sebagaimana yang disiarkan dalam berita mereka. Namun anda boleh mendengar sendiri ucapannya di link BBC di atas.
Ban berkata :-
"kami mengecam serangan yang dilakukan oleh Hamas terhadap Israel, dalam pada masa kami mengakui hak Israel untuk mempertahankan dirinya, kami turut mengecam serangan besar-besaran yang dilakukan Israel"
Nada selari tanpa aqal ini sebenarnya dikarang oleh White House sebagaiman dilaporkan oleh White House
The White House, meanwhile, said Monday that Israel was not looking to "retake" the Gaza Strip and was only acting to defend its citizens (http://www.aljazeera.com/news/newsfull.php?newid=198833)
Demikianlah rupa United Nation yang begitu menikus dalam kenataaannya sehingga menafikan fakta, mujur laporan berita BBC kelihatan lebih rasional dengan kelihatan tidak berpuas hati dengan serangan Israel, ia juga mendedahkan betapa rakyat Palestin di Gaza yang dipenuhi dengan orang awam diserang.
Laporan mereka turut mendedahkan beberapa kawasan Israel yang diserang namun dengan jelas pengulas mengatakan, perasaan takut di kawasan Israel terlalu sedikit berbanding suasana menakutkan di Gaza.

KEMATIAN DAN KEMUSNAHAN

Di Gaza, dilaporkan sekitar 350 orang Palestin telah maut dimamah senjata dan sebahagian dari jumlah tersebut disahkan dengan rasmi adalah orang awam, kanak-kanak dan wanita serta orang awam tanpa senjata. Sekitar 1550 orang pula cedera. Manakala menurut laporannya hanya 4 orang Yahudi maut dalamserangan balas HAMAS.
Sebuah keluarga diragut hidup mereka di waktu sedang tidur apabila rumah mereka terkena serangan bom, dinding runtuh dan hanya seorang sahaja yang selamat.

OBJEKTIF SERANGAN

Berita BBC turut melaporkan, pihak Yahudi dilaporkan sengaja menyerang besar-besaran bagi meningkatkan rasa keyakinan terhadap pertahanan dan ketenteraan mereka serta menimbulkan rasa takut di kalangan musuhnya, terutamanya Hamas dan Hizbullah.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Yahudi, Haim Ramon ; Objektif utama mereka pula adalah menjatuhkan kerajaan pimpinan HAMAS, DAN MEREKA HANYA AKAN BERHENTI SERANG APABILA KERAJAAN DIAMBIL OLEH SESIAPA SELAIN HAMAS!. (http://www.aljazeera.com/news/newsfull.php?newid=198833)

Motif tersirat adalah pembersihan etnik Palestin dari muka bumi.! Bukankah dahulu US dan kuncunya sibuk mempromosikan demokrasi ? dan HAMAS adalah kerajaan yang sah di pilih melalui sistem tersebut! Justeru mengapa diganggu dan ingin dijatuhkan secara keji!.

Jurucakap tentera Israel, Avi Benayhu pula melaporkan serangan ini hanya baru di peringkat permulaan, beratus-ratus kereta kebal Israel sedang berbaris di sempadan menunggu isyarat serang. Moga mereka hancur sebelum sempat menyerang.

YAHUDI ISRAEL ADALAH TERRORIST

Benar, itulah Yahudi Israel jika dilhat dari definisi terrorist menurut kerajaan Amerika
Under Section 3 of Executive Order 13224 "Blocking Property and prohibiting Transactions with Persons who commit, threaten to commit, or support Terrorism", the term "terrorism" means an activity that...
(i) involves a violent act or an act dangerous to human life, property, or infrastructure; and
(ii) appears to be intended
• to intimidate or coerce a civilian population;
• to influence the policy of a government by intimidation or coercion; or
• to affect the conduct of a government by mass destruction, assassination, kidnapping, or hostage-taking.
Selain itu, mereka turut menunjuk kuasa melebihi US, Eropah dan dunia apabila memulakan serangan tanpa sebarang perbincangan dengan kuasa dunia uyang lain.

BANTUAN TERPANTAS KITA

La hawla wal Quwwata Illah billah, bantuan terpantas dari kita buat masa ini adalah qunut nazilah, serta doa buat umat Islam Palestin dan moga Allah s.w.t menghancurkan tentera Israel dengan tentera MalaikatNya. Jika doa Muslim Palestin tidak mencukupi bagi mendapatkan kemaqbulan di ketika ini, marilah kita sama-sama dengan segera membantu mereka, di harap doa kita mampu membantu mereka dalam kadar segera.
Sememangnya ramai yang tidak peduli dengan serangan ini. Pemimpin arab dan barat semuanya akan bermain dengan kata-kata semata-mata. Tanpa menafikan adalah lebih baik pemimpin yang berkata dan mengecam dari yang terus senyap membisu seribu bahasa.

Friday, January 30, 2009

Wednesday, January 28, 2009

BERITA UTAMA - Bertempur semula


Bilakah Hal ini akan berhenti..

Pada 28 Januari 2009,
Israel cabuli gencatan senjata, lancar serangan di Gaza BAITULMAQDIS: Gencatan senjata yang berkuat kuasa lebih seminggu lalu antara Hamas dengan Israel, terancam seketika semalam apabila seorang penduduk Palestin maut ditembak tentera Yahudi sejurus selepas sebuah stesen televisyen Arab melaporkan seorang tentera Yahudi terbunuh dalam satu letupan bom berhampiran sempadan Gaza. Anwar al-Dreim, 24, terkorban berhampiran sempadan Gaza dengan Israel, kata pasukan perubatan tetapi tidak dapat dipastikan jenis tembakan, artileri atau bedilan helikopter tempur, yang membunuhnya.


Sementara itu, tentera Israel semalam menceroboh semula seketika ke dalam kawasan Gaza selepas berundur lebih seminggu lalu, bagi memburu mereka yang bertanggungjawab terhadap letupan itu. Dentuman tembakan kedengaran di kawasan sempadan dan helikopter tentera Israel kelihatan berlegar sambil melepaskan tembakan mesingan ke arah sasaran di tengah Gaza. Ia adalah pertempuran paling serius sejak kedua-dua pihak yang bertelagah, mengumumkan gencatan senjata secara bersendirian berikutan tekanan antarabangsa selepas tentera rejim Zionis mengganas selama 22 hari di Gaza dengan membunuh kira-kira 1,300 penduduk Palestin.


Tentera Israel mendakwa, letupan bom terbabit mensasarkan pasukannya yang meronda di kawasan sempadan Kissufim. Bagaimanapun Tel Aviv tidak memberi butiran lanjut dan setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. Sebuah jet pejuang Israel juga kelihatan terbang rendah di atas Bandaraya Gaza mencetuskan letupan bunyi yang kuat, mungkin sebagai amaran berikutan insiden tentera Israel terbunuh itu. Israel juga untuk seketika menutup pintu sempadan dengan Gaza berikutan serangan bom itu. Seorang pemimpin Hamas, Mushir al-Masri, berkata Israel harus dipersalahkan ke atas insiden terbaru itu kerana terus melepaskan tembakan ke arah Gaza walaupun ada gencatan senjata. "Rejim Zionis bertanggungjawab di atas mana-mana keganasan yang tercetus," katanya.


Mesir kini menjadi orang tengah dalam rundingan gencatan senjata jangka panjang bagi membolehkan bantuan disampaikan kepada 1.4 juta penduduk Gaza yang teruk menjadi mangsa pengeboman Israel. Hamas yang memerintah Gaza sejak Jun 2007 selepas mengusir kumpulan Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas, menuntut Israel dan Mesir membuka semula sempadan dengan Gaza yang ditutup sejak ia berkuasa di wilayah itu. Israel pula mahu jaminan penyeludupan senjata ke wilayah Palestin itu dihentikan dan Hamas tidak lagi melancarkan roket ke wilayah yang diduduki Yahudi. Serangan Israel terhadap Gaza membunuh 1,285 rakyat Palestin, lebih separuh daripadanya orang awam, menurut rekod Pusat Hak Asasi Palestin, manakala 13 rakyat Israel, termasuk tiga orang awam terbunuh dalam perang tiga minggu itu.


Friday, January 23, 2009

Cuti Untuk Rehat?





Salam Budiman dan Selamat Berbahagia Sahabat2 semua..

Selamat Berhujung minggu dan selamat berehat

walaupum kita sebagai orang Melayu beragama Islam tidak meraya hari raya Cina tetapi kita sama2 bercuti dan memeriahkan hari cuti Raya Cina bagi masyarakat Cina. Lebih2 lagi di Malaysia kita bermasyarakat majmuk dan berbilang bangsa.

Di kesempatan ini juga masyarakat warga kampus akan bercuti semester.

Emm..gembira:)

Tetapi apa yang kita gembira ye..

kerna kita akan bercuti dari bebanan kerja buat sementara waktu
kita tidak perlu perlu bergegas ke tempat kerja di awal pagi.
kita tidak perlu melalui jalan sesak yang di penuhi kereta ke tempat kerja

dan kita boleh berasama-sama keluarga dan adik beradik.

dan kita boleh bercuti
dan kita boleh berjumpa kawan2
dll..so on...
Namun begitu dalam gembira jaga lupa diri
Buat tetapan kawan pratikum..
Dah mula buat laporan k?

Kalau dah tu, boleh lah kita berbincang pasal projek yang bakal di buat dalam company tersebut.

Benda ini pun penting juga, perlu disiapkan dan dihantar.

jadi jangan lupa untuk menyiapkannya.: Smoga Dalam Redha Allah semuanya.

Madah Ilmuan

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Just to charge information

Indahnya Kata-kata

Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.

INgat2kan....Sekarang Bulan Ramadhan 1430 H

Total Pageviews