Search This Blog

Wednesday, January 28, 2009

BERITA UTAMA - Bertempur semula


Bilakah Hal ini akan berhenti..

Pada 28 Januari 2009,
Israel cabuli gencatan senjata, lancar serangan di Gaza BAITULMAQDIS: Gencatan senjata yang berkuat kuasa lebih seminggu lalu antara Hamas dengan Israel, terancam seketika semalam apabila seorang penduduk Palestin maut ditembak tentera Yahudi sejurus selepas sebuah stesen televisyen Arab melaporkan seorang tentera Yahudi terbunuh dalam satu letupan bom berhampiran sempadan Gaza. Anwar al-Dreim, 24, terkorban berhampiran sempadan Gaza dengan Israel, kata pasukan perubatan tetapi tidak dapat dipastikan jenis tembakan, artileri atau bedilan helikopter tempur, yang membunuhnya.


Sementara itu, tentera Israel semalam menceroboh semula seketika ke dalam kawasan Gaza selepas berundur lebih seminggu lalu, bagi memburu mereka yang bertanggungjawab terhadap letupan itu. Dentuman tembakan kedengaran di kawasan sempadan dan helikopter tentera Israel kelihatan berlegar sambil melepaskan tembakan mesingan ke arah sasaran di tengah Gaza. Ia adalah pertempuran paling serius sejak kedua-dua pihak yang bertelagah, mengumumkan gencatan senjata secara bersendirian berikutan tekanan antarabangsa selepas tentera rejim Zionis mengganas selama 22 hari di Gaza dengan membunuh kira-kira 1,300 penduduk Palestin.


Tentera Israel mendakwa, letupan bom terbabit mensasarkan pasukannya yang meronda di kawasan sempadan Kissufim. Bagaimanapun Tel Aviv tidak memberi butiran lanjut dan setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. Sebuah jet pejuang Israel juga kelihatan terbang rendah di atas Bandaraya Gaza mencetuskan letupan bunyi yang kuat, mungkin sebagai amaran berikutan insiden tentera Israel terbunuh itu. Israel juga untuk seketika menutup pintu sempadan dengan Gaza berikutan serangan bom itu. Seorang pemimpin Hamas, Mushir al-Masri, berkata Israel harus dipersalahkan ke atas insiden terbaru itu kerana terus melepaskan tembakan ke arah Gaza walaupun ada gencatan senjata. "Rejim Zionis bertanggungjawab di atas mana-mana keganasan yang tercetus," katanya.


Mesir kini menjadi orang tengah dalam rundingan gencatan senjata jangka panjang bagi membolehkan bantuan disampaikan kepada 1.4 juta penduduk Gaza yang teruk menjadi mangsa pengeboman Israel. Hamas yang memerintah Gaza sejak Jun 2007 selepas mengusir kumpulan Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas, menuntut Israel dan Mesir membuka semula sempadan dengan Gaza yang ditutup sejak ia berkuasa di wilayah itu. Israel pula mahu jaminan penyeludupan senjata ke wilayah Palestin itu dihentikan dan Hamas tidak lagi melancarkan roket ke wilayah yang diduduki Yahudi. Serangan Israel terhadap Gaza membunuh 1,285 rakyat Palestin, lebih separuh daripadanya orang awam, menurut rekod Pusat Hak Asasi Palestin, manakala 13 rakyat Israel, termasuk tiga orang awam terbunuh dalam perang tiga minggu itu.


Friday, January 23, 2009

Cuti Untuk Rehat?





Salam Budiman dan Selamat Berbahagia Sahabat2 semua..

Selamat Berhujung minggu dan selamat berehat

walaupum kita sebagai orang Melayu beragama Islam tidak meraya hari raya Cina tetapi kita sama2 bercuti dan memeriahkan hari cuti Raya Cina bagi masyarakat Cina. Lebih2 lagi di Malaysia kita bermasyarakat majmuk dan berbilang bangsa.

Di kesempatan ini juga masyarakat warga kampus akan bercuti semester.

Emm..gembira:)

Tetapi apa yang kita gembira ye..

kerna kita akan bercuti dari bebanan kerja buat sementara waktu
kita tidak perlu perlu bergegas ke tempat kerja di awal pagi.
kita tidak perlu melalui jalan sesak yang di penuhi kereta ke tempat kerja

dan kita boleh berasama-sama keluarga dan adik beradik.

dan kita boleh bercuti
dan kita boleh berjumpa kawan2
dll..so on...
Namun begitu dalam gembira jaga lupa diri
Buat tetapan kawan pratikum..
Dah mula buat laporan k?

Kalau dah tu, boleh lah kita berbincang pasal projek yang bakal di buat dalam company tersebut.

Benda ini pun penting juga, perlu disiapkan dan dihantar.

jadi jangan lupa untuk menyiapkannya.: Smoga Dalam Redha Allah semuanya.

Tuesday, January 20, 2009

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Selamat Petang Kawan2...
Kawan tahu ke kewujudan SPP
SPP @ Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sama juga dengan perkhidmatan SPA@ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ia juga menjadi peluang kerjaya kepada pelajar lepasan IPTA/IPTS
Sejarah..
SPP telah ditubuhkan pada 1 Januari 1974. Penubuhan SPP adalah hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja mengenai perkhidmatan perguruan yang ditubuhkan bagi mengkaji perkhidmatan guru-guru, gaji-gaji dan syarat-syarat perkhidmatan mereka serta lain-lain kakitangan sekolah (lebih dikenali dengan nama Suruhanjaya Diraja Aziz) yang telah mengemukakan perakuan supaya sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan berasingan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), ditubuhkan bagi Perkhidmatan Pelajaran.

Pada 1 September 1973 hingga 30 November 1973, SPP ditempatkan di Tingkat 9, Bangunan U.M.B.C. di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Pada ketika itu, bangunan tersebut adalah merupakan ruang pejabat yang disewa bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pada 1 Disember 1973 pula, dengan persetujuan Jabatan Pos dan Kementerian Kerja Raya, SPP telah berpindah ke Tingkat 6, Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur. Dalam tempoh masa tersebut, Jawatankuasa Ruangan Pejabat Kerajaan dan Kementerian Kerja Raya telah bersetuju untuk membina sebuah bangunan khas untuk SPP.

Pada pertengahan tahun 1975, SPP telah berpindah ke bangunan baru tersebut yang terletak di Jalan Spooner (kini dikenali sebagai Jalan Cenderawasih), Kuala Lumpur. Seterusnya pada tahun 1988, SPP telah berpindah ke bangunan Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. SPP telah berpindah ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya mulai tahun 1999 hingga kini.

Bagi melancarkan urusan pelantikan dan perkhidmatan pendidikan di negeri Sarawak, maka urus setia cawangan Sarawak telah ditubuhkan secara rasminya pada 16 Julai 1976 berdasarkan kepada Education Act 1961 (Extension to Sarawak Order 1976). Urusan perkhidmatan pendidikan di negeri Sarawak hanya dilaksanakan berdasarkan kepada peraturan-peraturan Persekutuan sepenuhnya selepas 1 Julai 1978 iaitu setelah berkuatkuasa Laporan Jawatankuasa Kabinet. Sebelum tarikh tersebut, peraturan-peraturan yang digunapakai adalah berasaskan kepada Perintah Am Negeri, Pekeliling-Pekeliling dan Peraturan-Peraturan yang digunapakai pada masa itu.

Urus setia cawangan Sabah pula telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1977 bagi tujuan yang sama iaitu melancarkan urusan perkhidmatan pendidikan di negeri Sabah. Bagi urusan kenaikan pangkat dan tindakan tatatertib ianya dikendalikan secara terus oleh ibu pejabat SPP di Putrajaya.

Secara umumnya, urus setia membantu melaksanakan semua aktiviti di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan bagi mengendalikan urusan berhubung dengan fungsi SPP. Pada peringkat awal penubuhannya, keanggotaan SPP terdiri daripada seorang Pengerusi dan empat (4) orang Anggota. Mulai tahun 1978, jawatan Timbalan Pengerusi diwujudkan. Kini, keanggotaan semasa SPP ialah seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 24 orang Anggota.

Sepanjang penubuhannya, seramai 7 orang Pengerusi dan 9 orang Timbalan Pengerusi telah dilantik. Dalam tempoh yang sama, seramai 11 orang Setiausaha telah menerajui SPP selaku Ketua Jabatan.
Mereka ialah:

PENGERUSI SPP

Tan Sri Sheikh Hussein bin Sheikh Mohamed 01.01.1974 - 31.03.1986
Tan Sri Dato' Haji Othman bin Abdul Malek 01.04.1986 - 31.03.1992
Datuk Abdul Aziz bin Ismail01.04.1992 - 09.08.1992
Dato' Abdul Halim bin Dato' Haji Abdul Rauf 20.10.1993 - 19.10.1998
Tan Sri Dr. Mazlan bin Ahmad 08. 01.1999 - 07.01.2005
Tan Sri Abdul Rafie bin Mahat 08.01.2005 - 08.03.2006
Dato' Hj. Kusaini bin Hj. Hasbullah 29 .10.2007 - Kini

TIMBALAN PENGERUSI SPP
Encik Halimi bin Haji Sharbaini 04.12.1979 - 04.12.1981
Tuan Haji Abdul Samad bin Yim 01.04.1982 - 31.03.1990
Datuk Abdul Aziz bin Ismail 01.04.1990 - 31.03.1992
Dato' Nik Mohamed Amin bin Nik Abu Bakar 01.04.1992 - 31.03.1997
Dato' Azmeer bin Rashid 01.04.1997 - 31.3.2000
Dato' Dr. Noor Azmi bin Ibrahim 04.07.2000 - 03.01.2001
Dato' Hj. Abdul Raof bin Hussin 22.08.2001 - 20.09.2006
Dato' Hj. Kusaini bin Hj. Hasbullah 16.10.2006 - 28.10.2007
Y. Bhg. Dato' Hajah Rahimah bt. Dato' Hj. Ahmad 15.11.2007 - Kini

SETIAUSAHA
Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan 01.09.1973 - 31.10.1977
Encik Mohd. Hassan bin Mohd. Hashim 01.11.1977 - 31.12.1983
Encik Baharuddin bin Abdul Muluk 16.01.1984 - 20.04.1987
Encik Mohd Zain bin Ahmad 01.05.1987 - 06.01.1990
Dato' Shahbudin bin Imam Mohamad 16.03.1990 - 15.12.1990
Tuan Haji Shaari bin Mohd. Noor 16.12.1990 - 09.07.1994
Encik Mohd Akbar bin Haji Baba 10.07.1994 - 05.07.1999
Puan Hajah Zaleha bt. Ahamad Osman 06.07.1999 - 18.11.2002
Y. Bhg. Dato' Hajah Rahimah bt. Dato' Hj. Ahmad 18.11.2002 - 12.09.2005
Y. Bhg. Dato' Nooraishah bt. Ahmad Tajudin 13.09.2005 - 26.08.2007
Y. Bhg. Dato' Wan Khazanah bt. Ismail 27.08.2007 - Kini

TIMBALAN SETIAUSAHA
Encik Mohd Arip bin Mahmod 16.11.2000 - 30.09.2004
Encik Azmi bin Ali (Pengambilan) 01.11.2004 - 15.04.2005
Encik Chin Weng Peng (Perkhidmatan) 16.12.2004 - Kini
Encik Abdul Razak bin Wahab (Pengambilan) 01.06.2005 -12.10.2008
Encik Mohd Taupik bin Yusof (Pengambilan) 13.10.2008 - Kini

Visi
Menjadikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sebuah organisasi yang dinamik, berkualiti dan mesra pelanggan.

Misi
Memastikan urusan pengambilan dan perkhidmatan Anggota Perkhidmatan Pendidikan dilaksanakan dengan berkualiti ke arah pencapaian matlamat pendidikan negara.

Objektif
Melaksanakan kuasa-kuasa di bawah Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan dari segi pelantikan, urusan perkhidmatan dan kawalan tatatertib dan naik pangkat Anggota Perkhidmatan Pendidikan dengan cekap dan berkualiti bagi memenuhi keperluan sektor pendidikan.

Dasar Kualiti
SPP adalah komited terhadap usaha penambahbaikan yang berterusan bagi mencapai harapan pelanggan

Slogan Q
Bersama Ke Arah Kecemerlangan

Kod Etika
Amanah dan Ikhlas
Mesra Pelanggan
Bertanggungjawab dan Beriltizam
Tegas Dan Berdisiplin
Bersyukur dan Berusaha Ke Arah Kecemerlangan Diri

Fungsi:
Di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya adalah berkuasa terhadap perlantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, pertukaran tetap perkhidmatan, kenaikan pangkat dan kawalan tatatertib ke atas Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) dalam perkhidmatan pendidikan.
PANDUAN E-PERMOHONAN - Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi

Latarbelakang e-Permohonan
SPP e-Permohonan telah mula dilaksanakan mulai dari 1 Januari 2003.
Perlaksanaan SPP e-Permohonan ini adalah selaras dengan saranan kerajaan ke arah kerajaan elektronik bertujuan memberi kemudahan kepada pelanggan SPP dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan pelanggan SPP.

Apakah e-Permohonan?
1. SPP e-Permohonan adalah merupakan Aplikasi Komputer yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi membolehkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) memohon perlantikan ke Jawatan Tetap Perkhidmatan Pendidikan secara atas talian (on-line).

2. Urusan permohonan boleh dilaksanakan melalui mikrokomputer (PC) yang mempunyai sambungan ke Internet.

Faedah menggunakan e-Permohonan
Faedah Mendaftar Melalui e-Permohonan (bagi calon yang berkenaan sahaja):
1. Ia lebih cepat, lebih mudah dan akuan terima permohonan (tarikh permohonan didaftarkan) adalah serta-merta.
2. Calon TIDAK PERLU mengemukakan salinan sijil bila memohon. Salinan sijil, salinan dokumen lain dan gambar berukuran pasport hendaklah dibawa semasa sesi temuduga bersama dengan yang asal.
3. Calon juga boleh mengetahui status urusan pengambilan melalui Laman Web SPP.
4. Jimat Kos
Jawatan Perlantikan Tetap Yang Boleh Dipohon Melalui e-Permohonan
Jawatan Perkhidmatan Pendidikan Gred:
1. DG41 (DG3) = Ijazah
2. DGA29 (DGA6) = Diploma
3. DG27 / DG17 (DG6 / DG8)

Calon yang BOLEH MEMOHON Melalui e-Permohonan

1. Calon yang telah MEMPEROLEHI IJAZAH BERSERTA PENDIDIKAN dari universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dan telah ditempatkan mengajar (Guru Sandaran Terlatih (GST)).
2. Calon yang telah MEMPEROLEHI DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA dari Maktab Perguruan dan telah ditempatkan mengajar (Guru Sandaran Terlatih (GST)).
3. Calon yang telah MEMPEROLEHI DIPLOMA PENDIDIKAN secara Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan telah ditempatkan mengajar (Guru Sandaran Terlatih (GST)).
4.Calon yang telah MEMPEROLEHI IJAZAH PERTAMA setelah diberi kebenaran Cuti Belajar Separuh Gaji oleh KPM (Calon Meningkat Kelayakan (CMK)).
Calon yang TIDAK BOLEH MEMOHON Melalui e-Permohonan

Calon yang berikut TIDAK BOLEH MEMOHON Melalui e-Permohonan:

1. Calon yang pernah letak jawatan atau dibuang kerja dari perkhidmatan kerajaan.
2. Calon lulusan Pendidikan Jarak Jauh (PJJ).
3. Calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan selain daripada PPP.
4. Calon dari bekas tentera / polis

- Calon-calon ini dikehendaki mengemukakan permohonan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia.
-->
Langkah-langkah dan Panduan Untuk Memohon Melalui Borang e-Pemohonan
1. Calon digalakkan mencetak Borang Kosong mengikut jawatan yang di pohon dan mengisi borang tersebut terlebih dahulu bagi memudahkan calon mengisi Borang e-Permohonan. Borang kosong boleh didapati dari ruangan MUAT TURUN BORANG di Laman Web utama SPP.

2. Klik pada mana-mana link [e-Permohonan] di Laman Web Utama SPP untuk memulakan Aplikasi SPP e-Permohonan.

3. Calon yang pertama kali menggunakan e-Permohonan atau pengguna baru dimestikan mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada butang [Daftar] di skrin Log Masuk e-Permohonan.
(Nota: Kata Laluan dan Nama Ibu yang diberi semasa mendaftar hendaklah diingat. Kata Laluan adalah rahsia anda dan diperlukan untuk masuk (login) ke Borang e-Permohonan. Nama Ibu diperlukan sekiranya calon terlupa kata laluan dan ingin menukarnya ).

4. Calon yang terlupa kata laluan dan / atau ingin menukar kata laluan boleh dilakukan dengan klik di link Terlupa Kata Laluan/ Tukar Kata Laluan, yang terdapat di Skrin Log Masuk e-Permohonan. Calon dikehendaki memasukkan maklumat ibu (case sensitive) yang diberikan semasa Daftar Pengguna.

5. Masuk (Login) ke Borang e-Permohonan.
Hanya calon berdaftar sahaja boleh mengunakan Borang e-Permohonan dengan memasukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan di ruangan Pemohon Berdaftar dan klik butang [Masuk] di Skrin Log Masuk e-Permohonan.

6. Memilih Borang e-Permohonan
Pemohon Berdaftar yang pertama kali masuk ke Borang e-Permohonan akan diminta memilih Borang e-Permohonan mengikut jawatan yang ingin di pohon dengan klik di butang borang bersesuaian dengan jawatan di pohon di Skrin Borang e-Permohonan.
(Nota: Calon dinasihatkan memilih Borang e-Permohonan dengan berhati-hati mengikut jawatan yang di pohon iaitu DG41 atau DGA29 atau DG27/DG17. Calon yang tersalah pilih Borang e-Permohonan tidak dibenarkan menukar borang dan perlu menghubungi Pentadbir e-Permohonan SPP).

7. Mengisi Medan-medan Maklumat di Borang e-Permohonan
Calon dikehendaki mempastikan medan-medan maklumat yang disediakan di Borang e-Permohonan diisi dengan selengkapnya. Terdapat lima Ruangan medan-medan yang perlu dimasukkan iaitu:
i. Maklumat Peribadi
ii. Maklumat Penempatan & Perkhidmatan
iii. Maklumat Akademik dan
iv. Maklumat Kelayakan / Nilai Taraf
v: Pengakuan Pemohon

8. Pastikan Semua Status Maklumat menunjukkan "Rekod Lengkap".
Terdapat 3 jenis status kemasukan maklumat bagi setiap ruangan maklumat iaitu:
i. "Tiada Rekod" - Semua medan ruangan maklumat ini belum dimasukkan.
ii. "Rekod Tidak Lengkap" - Medan maklumat telah dimasukkan tetapi tidak lengkap.
iii. "Rekod Lengkap" - Medan maklumat bagi ruangan ini telah lengkap diisi.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
9. Simpan Maklumat
Klik Butang [SIMPAN] bagi menyimpan maklumat yang anda masukkan dan membolehkan anda keluar dan masuk (login) bagi menyambung semula kemasukkan sehingga status semua maklumat adalah "Rekod Lengkap".
10. Penghantaran Permohonan ke SPP
Calon hanya boleh menghantar permohonan ke SPP setelah status kesemua ruangan maklumat (Maklumat Peribadi, Penempatan & Perkhidmatan, Akademik dan Kelayakan / Nilai Taraf) adalah "Rekod Lengkap".
Klik butang [HANTAR] di ruangan Pengakuan Pemohon. (Nota: Butang [HANTAR] ini hanya akan kelihatan sekiranya semua status maklumat adalah "Rekod Lengkap".

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

11. Sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul sebelum klik butang [HANTAR].Sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul sebelum klik butang [HANTAR].
(Nota: Calon tidak boleh lagi meminda maklumat yang telah dimasukkan sebaik saja penghantaran berjaya dilaksanakan. Pemohon perlu menghubungi Pentadbir e-Permohonan bagi pindaan selepas penghantaraan).
12. Penghantaraan permohonan anda berjaya di terima oleh SPP sekiranya skrin komputer anda memaparkan skrin berikut sebaik saja anda klik butang [HANTAR]:

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
Ini menunjukkan permohonan anda telah didaftarkan. (Nota: Klik butang [Cetak Borang] untuk mencetak maklumat yang telah anda hantar untuk rekod dan rujukan anda).
Keterangan Am
1. Sebarang pertanyaan mengenai e-Permohonan atau pindaan permohonan bolehlah dibuat melalui internet dengan menggunakan alamat e-mail webmaster@spp.gov.my yang terdapat dalam Laman Web Rasmi SPP di bahagian Maklumbalas. Sila nyatakan segala butir-butir yg diperlukan di laman tersebut.
2. Pemohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan akan ditemuduga dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh Suruhanjaya menerima permohonannya atau tarikh e-Permohonan didaftarkan (tidak termasuk tempoh musim cuti sekolah).
3. Bagi calon yang layak memohon tetapi permohonannya tidak dapat dilengkapkan kerana sekolah tempat bertugas atau IPT tempat belajar tidak tersenarai dalam sistem, mereka diminta membuat aduan melalui talian 03 - 8871 7300 untuk tindakan pihak SPP.
4.Pemohon yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan akan disenaraihitamkan dan boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989).
maklumat lanjut ke laman : http://www.spp.gov.my/index.htm

Monday, January 19, 2009

Ingati Saudara Kita Se-Islam

Sekumpulan peguam fail permohonan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa Rabu












GENEVA: Sekumpulan peguam dan juri antarabangsa memulakan inisiatif bagi memohon Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menyiasat dan mendakwa Israel terhadap tuduhan melakukan jenayah perang serta jenayah kemanusiaan di Semenanjung Gaza. Kumpulan itu mengadakan rundingan di Geneva, kelmarin, untuk mencapai perincian terakhir berhubung serangan Israel di Gaza bagi menghasilkan dokumen mengenai pencabulan hak asasi manusia oleh tentera rejim Yahudi itu.



Jurucakap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Arab, Haytham Manna, berkata permohonan itu akan dikemukakan di The Hague, Rabu ini. Suruhanjaya itu adalah antara 300 kumpulan hak asasi manusia yang merancang menghantar maklumat setebal 37 muka surat kepada ICC yang berpejabat di Belanda. ICC mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan berhubung jenayah perang, jenayah kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai sejak 2002. Ia boleh membicarakan individu jika jenayah didakwa dilakukan ke atas jajahan atau negara atau parti negara anggota.



Walaupun Israel bukan negara anggota, kumpulan peguam dan juri itu berkata, ICC masih boleh mendakwa individu yang bertanggungjawab dalam serangan ganas itu. Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, sendiri mendedahkan sekurang-kurangnya 1,300 penduduk Gaza termasuk terlebih 400 kanak-kanak maut, manakala 5,300 lagi cedera dalam serangan 22 hari tentera Yahudi itu yang turut menyebabkan banyak kemusnahan bangunan dan kediaman. Manna berkata, sesetengah negara anggota seperti Venezuela dan Bolivia turut berminat merujuk Israel kepada ICC. Malah, Bolivia sedang bersedia untuk meminta Israel didakwa oleh ICC dan mahu mengumpul sokongan di kalangan rakan serantau bagi memastikan 'pemimpin politik dan tentera Yahudi yang bertanggungjawab ke atas serangan di Gaza' dihadapkan ke muka pengadilan.
Rabu lalu, Venezuela dan Bolivia memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel berikutan kekejaman rejim itu di Gaza dan keengganannya mematuhi gesaan antarabangsa untuk gencatan senjata lebih awal. - AFP

Friday, January 16, 2009

Menjadi Insan Berkredibiliti

Saudaraku yang terhormat..
waktu adalah umur kita. Jangan sesekali menjual umur kita dengan harga murah, kemudian membeli mahal barang murahan yang tidak berharga, Kita mesti terus membayar kerugian kerana telah melaburkan waktu di lembah kesesatan, kehampaan dan kekosongan.
Kita mesti tahu bahawa pernyataan di atas merupakan kandungan daripada al-Qur'an. Dengan firman Allah s.w.t.
" Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhan kamu dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi yang sediakan untuk orang-orang yang bertakwa"
(Ali Imran :133)
Ramai manusia yang berumur singkat, tetapi sejarah mengabdikannya sehingga ratusan tahun. Sedangkan mereka yang lahir kemudian ditindas oleh sejarah. Usia seseorang tidak ditentukan oleh panjang pendeknya seperti anggapan banyak kalangan. Namun oleh karya besar yang dihasilkannya.
Usamah bin Zaid memimpin pasukan Muslimin ketika masih 16 tahun. Memimpin pasukan yang bukan sebarang pasukan. Pasukan yang di dalamnya terdapat ramai sahabat besar. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Dia lebih pantas dan mampu.; (HR Bukhari)
Kemudian Muhammad al-Fatih yang berusia 23 tahun berjaya menakluki Konstantinopel yang tidak dapat dijamah oleh pasukan Muslimin sebelumnya. Sa'ad bin Mu'az memeluk Islam di usia yang ketiga puluh dan wafat ketika genap berusia 37 tahun. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Arsy bergetar sebab kematian Sa'ad bin Mu'az. " (HR. Muslim dan Tarmizi)
Ibnu Rajab mengatakan," Dengan jariku ini, aku telah menulis lebih dari 2000 jilid buku. "orang-orang yang kemudian membahgai seluruh karyanya semasa hidup dengan usianya, mendapati Ibnu Rajab menulis 9 buku sehari.

Madah Ilmuan

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Just to charge information

Indahnya Kata-kata

Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.

INgat2kan....Sekarang Bulan Ramadhan 1430 H

Total Pageviews