"Seseorang Manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya"
Search This Blog
Saturday, September 13, 2008
Maudha: Mahabbah=Cinta
saya ambik pndangan dr sahabat saya mengenainya:
" Umpamanya CINTA kita analogikan seperti hembusan angin yang boleh dirasai tapi tidak boleh dipegang dan dilihat dengan mata kasar. penilaian CINTA juga berbeza-beza mengikut siapa yang menuturkannya.
jika kita tanya kepada ustaz apa itu CINTA, maka jawapan yang akan dikeluarkan pasti akan mengandungi dalil-dalil dan nas-nas. Dalil naqli yang selalu diperdengarkan kepada kita adalah daripada surah al-Isra ayat 32. bagaimana pula jika tanya kepada seorang arkitek mengenai CINTA? Wallahua'lam sebab aku pun tidak pernah bertanyakan soalan ini pada golongan tersebut.
aku sebenarnya lebih selesa berbincang mengenai perkara-perkara yang menjurus kepada perasaan emosi ini pada 'ustaz'. bagi aku, penyelesaian menerusi nasihat serta pandangan ustaz adalah akan menjurus kepada penyelesaian ISLAM itu tersendiri. bayangkan jika aku pergi bertanya kepada mereka yang sedang kecanduan dek kerana manisnya CINTA manusiawi (lebih manis daripada kemanisan iman) pasti jawapannya akan mengagungkan percintaan itu mengikut kepala dan idea mereka sendiri.
terkadang aku tidak akan memberi respon kepada isu ini jika ada sahabat yang bertanyakan kepadaku, bukan sombong tapi aku sendiri buntu dan juga masih mencari jawapan tepat untuk menjawab persoalan sebegini. nanti aku jawap " dalam ISLAM tidak ada percintaan sebelum kahwin", dikata pula aku ini jumud. mereka pula akan nasihat aku kembali dan pasti akan kata ISLAM ini agama yang mudah dan bercinta sebelum ada ikatan itu boleh yang penting! ikut syariat. mesti sahabat-sahabat yang lain pernah mengalami situasi ini kan!!
cumanya aku pun pelik la jika statement 'mengikut syariat' itu digunakan. dimana syariat jika dok bersms setiap hari? dimana syariat jika keluar bersama ketempat yang sama walaupun dengan alasan "kami keluar ketempat awam atau ada orang ketiga bersama kami" jika diniatkan memang mahu keluar bersama si dia? pelik juga. Aku sebenarnya takut juga nak berkomentar mengenai permasalahan hati, ini kerana takut kalau-kalau Allah menurunkan ujian berupa CINTA. teori dan kenyataan tidak sama bukan.
oleh kerana ada antara sahabatku yang telah terlibat secara lansung dalam kancah percintaan 'enti enta' ini, maka aku boleh simpulkan melalui pemerhatian bahawa golongan yang 'berkawan' tetapi berada dalam saff memperjuangkan agama ALLAH tidak boleh kita 'blame' mereka seratus peratus. mungkin mereka berusaha sedaya upaya untuk menjaga batasan mereka, mungkin juga si muslimin itu mahu mengikat muslimat itu cepat (takut disambar orang) semua ada kemungkinan. namun apa yang penting kita sebagai golongan yang mengaku berada di saff perjuangan tidak boleh terlalu sinis terhadap mereka ini. pendekatan yang lebih proaktif perlu dilaksanakan.ada sahaja ura-ura mengatakan sahabat kita seorang ini sedang dok contact dengan si fulan maka bertindak segera. bukan 'sudah terhantuk baru terngada' seperti yang dilakukan oleh kerajaan kita kini, ada kes baru tubuh suruhanjaya.
apapun kepada sahabatku yang berada diluar sana, terutama yang muslimat. seorang yang bergelar muslim tidak akan memberi seribu harapan kepada kita kerana itu merupakan satu bentuk kezaliman emosi. siapa dia untuk memastikan harapan yang dibentangkanya kepada pasanganya akan terlaksana? jika mereka yang ikhlas dan jujur terhadap agamanya (ISLAM) pasti akan simpan harapan tersebut dan mengutarakan apabila masa itu sudah tiba. bukannya menyulam harapan demi harapan ketika masih belajar dan rupa-rupanya ingin disempurnakan selepas tamat pengajian. sungguh zalim insan tersebut, tidak berperikemanusiaan, dan mencemarkan nama suci ISLAM itu sendiri.
nasihatku pada diri sendiri dan sahabat diluar sana UBM ada, salurkan perasaan tersebut pada unit tersebut. Agar kita tidak terkesimpang dengan matlamat utama kita. UBM itu apa? UBM(Unit Baitul Muslim) berfungsi sebagai pihak ketiga kepada meraka yang sudah dan belum ada pasangan. jangan kata sistem ini kolot, kerana sistem ini sebenarnya berniat untuk menjaga perhubungan setiap pasangan itu, supaya tidak tergelincir dari norma-norma yang telah ditetapkan oleh ISLAM.
bagi mereka yang masih belum berpunya mai pakat ramei-ramie minta nasihat pada USTAZ dan masuk UBM. bagi mereka yang lansung tidak terfikir tentang mencari pasangan, seeloknya fokus dulu pada yang aula jika mahasiswa aulanya belajar, jika pendokong Islam aulanya adalah pada perjuangan. namun perkahwinan juga adalah dituntut dalam Islam kerana ianya menyempurnakan separuh dari agama kita..
harus kita ingat sesebuah institusi keluarga yang harmoni dan penuh dengan keredhaan dari Allah S.W.T adalah dipermulaan proses pencarian pasangan hidup, memenuhi syarat yang ditetapkan oleh syariat. bak kata pepatah 'matlamat tidak menghalalkan cara'.
(http://www.bolaapi.blogspot.com)"
Thursday, September 11, 2008
4 zikir sepanjang Ramadan
t
"NABI Muhammad SAW sentiasa berdoa sepanjang Ramadan. Malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan Rasulullah SAW.
Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun);
kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah;
ketiga, berdoa meminta syurga dan
Bentuk doa yang dibacakan Rasulullah SAW juga berbeza pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan.
Diriwayatkan, pada awal Ramadan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka.
Wednesday, September 10, 2008
DEngan Nama Allah Yang Maha PEmurah Lagi Maha Penyayang

Semoga Hari Ini LEbh Baik Dari Semalam..
SEmalam telah berlalu menjadi sejarah..
Waktu yang berlalu tidak dapat diulang balik..
pentingnya masa yg berlalu tidak dipusing kembali untuk mendapat masa yang sama
pasti tidak sama..
sebabnya, itu a hakikat kejadian...
berbalik kepada hikayat hidup semalam
kelmarin widad ada masa "(hakikatnya masa itu milik Allah yg diberi pinjam +
boleh p tgok org buat bubur lambuk+boleh tido (rehat qalilah) + makan bebuka dgn kwn di Masjid + tolong agih nasi kat org berbuka + tadarus nga Aishah n berkumpulan + berterawih + study sama2 kat masjid br lpas terawih...
Namun..
waktu kita tidak sama..
hari semalam..
hati + badan + fikiran diuji dgn kwn2 group asgmnt ( tp alasan je la)
sudah ketetapan yg perlu kita hadapi..
pada kelas pertama lg, widad teruji dgn group asgmnt..
semakin dekat kena submit, ada saje benda yg perlu tukar..
ini susah...ini susah...
asyik bina masalah..
tidak cuba buat dulu. setakat termampu dari terus fikir masalah..
masalah memang timbul tapi kalau dok pk masalah jer...tak kan berjaya..
kadang2 kena berani juga...
nak semua complete...emmm...susah + payah nak cari..
lastnya ketegasan dan kata sepakat members, teruskan pelaksaan projek tu,
apa yang akan berlaku, kita pk balik..
kiri kanan...kiri kanan...selesai 1 masalah 1 asgmnt..
Asgmnt kedua, huuu....
lagi2 rasa d uji.
members group, umpama kawan baru apabila diterima masuk bekerja.
kawan baru berlaian kursus, tetapi terpaksa mengambil paper yang sama,
ada bangsa lain selain Melayu iaitu Cina..
setiap hari Ahad dan Selasa pasti da discusion pukul 2.
selalu d depan Pusat Komputer+jupe lecture
emm...kalu jupe letcure, 1 perkara must to do..must enough group member.
if not enough, can't to meet his..tension2,,,tension tu what?
tension to managing the time..
time to meet his must the free time + not clash other class.
for me, i don't to skip my class just to meet his for moment..
so, managing the time is very important.
Alhamdullah.. all agenda, can do it now..
but yesterday, group member must edit to all chapter bcoz, we must submission.
the asgmnet, with oponion all student, very regit..
must be complecated.
from 2 pm until 12am, I + 3 group members still at library.
we open fast together.
very tired but must to do it..
widad feel very sad...
we just fasting, what with us can buy from Subaidah Kafe (Kedai Mamat)
nasi goreng (sedap jugak), + kawan Kachi (roti canai)+ 2 member ( nasi kamdar)
selera jugak..
After pray, we continue the project SM: Muda Holding Bhd..
at 12.30am..that finish.
return..
badan penat, kepala sakit..
semoga pe yang berlaku..
masa yg berlalu memberi manfaat pada diri,
bukan sia-sia kerja yang dibuat walaupun ada juga pengorbanan..
pengorbanan untuk keselaesaan diri sendiri..
tp mungkin hajiyyat juga la.
kalu tak buat,+ tak siapaaa= markah tak da.(belajar tu)

lepaskan masa yang pergi itu..
pikir kan apa yang akan berlaku + apa yang mesti dilakukan seterusnya..
Agenda hari ini...
lakukan yang terbaik dari semalam
Tuesday, September 09, 2008
Motivasi...Motivasi
Anda kena lawati blog Dr Inspirasi untuk 5 tips bagaimana menjadi individu menarik di link ini…
http://drinspirasi.com/blog/index.php/tips-motivasi/tips-menjadi-individu-menarik
Untuk melatih diri supaya menjadi individu menarik, Anda cuma perlu…
1. Pamerkan Air Muka Bertenaga.
Sapa orang sekeliling dengan suara yang jelas sambil mempamerkan air muka bertenaga. Sesiapapun akan jadi kagum dengan Anda, walau pertama kali berjumpa.
2. Relaks, Be In Control.
Bercakap dengan nada gaya terkawal, tak terlalu gopoh, tak terlalu excited, tapi terkawal. Kawal emosi, walaupun ketika Anda sedang sakit hati.
Pernah tak Anda melihat gaya Jalaluddin Hassan, Datuk Seri Anuar Ibrahim, Hani Mohsin atau Halim Othman? Gaya mereka bercakap adalah gaya gentleman, gaya yang ‘always be in control’ .
Mereka adalah contoh sebenar individu-individu menarik. Jangan pula terlalu kontrol (keras!) Biar relaks, biar santai, biar lancar.
3. Pakaian Kemas Dan Bersih Ke Mana-mana Saja.
Selalu tak Anda tengok David Beckham?
Penampilannya di dalam padang bola dan ketika menghadiri majlis makan malam, pelancaran produk atau penganugerahan, dia cukup menyerlah. Kenapa ya? Sebab, dia selalu berpakaian kemas, bersih dan segak ke mana-mana saja!
Walaupun Anda suka memakai tshirt ngan jeans, biar nampak bersih, simple dan nampak menarik!
Kita perlu bijak menyesuaikan pakaian dengan situasi, keadaan atau majlis, baru kita kelihatan menonjol di situ. Sesiapa jua akan jadi tertarik untuk menegur kita.
4. Pilih Yang Positif, Lupakan Yang Negatif.
Jika Anda pernah ada krisis dengan sesiapa atau Anda pernah bertengkar dengan sesiapa, jangan ada benci. Pilihlah untuk berkawan dengannya, elak bermusuh dengannya lama-lama.
Dendam kesumat yang ada di dalam hati membuat Anda orang yang berfikiran negatif, sebab dendam itu akan menarik sifat marah, panas baran dan pendengus. Sikap-sikap ini membuat sesiapa saja kurang senang dengan Anda, walaupun ibu, bapa atau adik beradik sendiri.
Jadi, untuk menjadi individu menarik, bersedia untuk membuang sikap tersebut, langkah demi langkah. Pilih yang positif, lupakan yang negatif, selupa yang mungkin.
Buang sikap negatif jauh-jauh, sejauh yang mungkin!
5. Berkawan Dengan Sesiapa Saja.
Jangan pilih dengan sesiapa Anda berkawan. Jaga hati setiap orang. Anggap semua orang penting.
Bagi setiap individu, mereka mahu dihargai. Jadi, untuk menarik minat mereka terhadap Anda, layan mereka dengan baik sekali, pamerkan kesopanan, jaga pandangan mata (eye contact) dan jaga postur badan Anda. Elak berpeluk tubuh atau menyilang kaki ketika bercakap.
Bergaul dengan sesiapa saja, kerana ia akan membuat Anda bijak menyesuaikan diri dengan semua orang, semua peringkat umur, hampir semua bangsa.
Bak kata pepatah, bila masuk kandang ayam, berkokok. Masuk kandang kambing, mengembek.
Masuk kandang singa, kita mengaum!
5. Selalu Berterus Terang, Telus, Jujur.
Ini tips yang paling penting.
Jangan kata yang Anda ni jujur, tapi, pamerkan kejujuran dalam apa jua yang Anda lakukan, di mana jua Anda berada.
Jangan kata yang Anda ni telus, tapi pamerkan ketelusan dalam apa jua yang Anda lakukan, apa yang Anda kerjakan, anytime, anywhere, everytime, everywhere!
Buat dan buktikan lebih baik dari bercakap, sebab orang sekeliling lebih memandang apa yang Anda buat. Masyarakat bijak menilai.
Mereka tahu, orang yang banyak bercakap dari membuat, hanya tahu mempamerkan kehebatan diri dalam kata-kata yang diucapkannya tapi kurang mencapai apa-apa.
Madah Ilmuan
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...
Just to charge information
